.

Tuesday, April 10, 2012

Majlis Sosial Pediatrik Onkologi kali ke-10

- Bismillah -




Jadi ada orang tanya gambar apa yg aku post byk2 kat fb tu. Majlis Sosial Pediatrik Onkologi kali ke-10 ini sebenarnya adalah majlis tahunan yg di anjurkan oleh jabatan Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), untuk meraikan dan menggembirakan terutamanya kanak-kanak yg mengidap cancer yg mendapat rawatan di UM. Semua kanak2 yg mengidap kanser dan keluarga mereka di jemput hadir bagi memeriahkan majlis. Majlis ini sgt santai, penuh dgn permainan, hiburan kanak2, makanan, dan persembahan. Secara tak langsung dgn ada program ini, kanak-kanak ini dan keluarga mereka boleh bersenang, berhibur dan berseronok seketika, melupakan sebentar barah yg mereka hadapi.

Aku pun tahu tentang majlis ini agak lambat, sehari sebelumnya (pada hari jumaat). Majlis ini di adakan pada sabtu (7/4/2010), dari awal pagi sehinggalah petang. Majlis anjuran PPUM ini aku perasan biasa tiada fotografer, memandangkan kebanyakan majlis adalah charity. Mmg press byk, tp mereka ambil gambar sikit2 dan balik. Jadi aku pun pergi mengambil gambar secara sukarela, memandang kan aku pun sedang free dan kebosanan.

Ok aku tipu sbb aku dgr majlis ni biasa ada makanan free yg sgt sedap2. Biasa la majlis byk terima sponsor hagagaga. Tapi sbb mcm pegi makan je tak baik jadi aku pun nk tolong lah something. Tgk mcm sukarela da cukup, tp takde fotografer. Aku aku pun dgn selambanya pergi ambil gambar mcm OP. Best par bawah kamera besar2 org kan sentiasa igt ko OP dan tak kesah bila nak ambil gambar mereka.

Jadi yg belum tgk gambar boleh tgk di link2 sini :


________________________________________


Sebenarnya Jumaat itu aiman dah msg ajak pergi Broga pada esoknya hari Sabtu. Ha'a Broga lagi. Yeeeeeeee aku tahu aku da pergi byk kali Broga. Asik Broga je. Untuk kali ke 21 lebih tepatnya. Sejak kebelakangan ini aku dan Aiman selalu pergi Broga just nk exercise. Memandangkan takde la jauh sgt dari UM. Sekitar 30 minit sahaja sbb biasa bergerak awal pagi (jam 5 pagi).

Balik dari Broga dan sampai UM jam 9 pagi. Siap2 mandi sume terus ke fakulti (majlis sosial tu di buat di fakulti perubatan UM. PPUM, medical faculty dan kolej aku boleh kata mcm bersambung antara satu sama lain, jadi semua dekat2 sahaja). 1030 pagi lari kejap pergi hanta kawan aku sorang ni, Sazali ke stesen bas Jalan Duta. Dia nak balik kampung. Kemudian jam 1130 pagi sambung pergi ambil gambar. Aiman dan Usamah yg pergi Broga pada hari yg sama, pun join skali pergi memeriahkan majlis. Ceh padahal masing2 nak makan free. Usamah siap borong aiskrim 3 kotak lagi ok bawak balik rumah. Tp sbb mmg sgt byk makanan lebih jadi di maafkan.


- Alhamdulillah -