.

Thursday, April 26, 2012

6 bulan, kolej 1, =(

- Bismillah- 



Al kisah koleh 6 (kolej yg aku menetap dari 1st year) akan menjalani major renovation, terutamanya pada blok B dan blok A (blok untuk senior, bilik sorang 1). Maka aku dan lbh kurang 30 orang kawan yg terpaksa mengharungi lagi 6 bulan sebelum bergelar doktor, terpaksalah ikhtiar sendiri untuk cari tempat tinggal lain. Aku fikir aku terpaksa berterima kasih dgn Nor dan Anis yg byk ke kolej2 lain untuk pohon penginapan untuk semua orang.

Dipendekkan cerita, kami dapat kolej 1. Kolej 1 ini masih terletak dalam UM. Cumanya agak jauh dari fakulti perubatan dan hospital. Ini kerana kolej 6, fakulti perubatan dan hospital adalah sebelah2. Maka mmg mudah kalau duduk kolej 6. Yang lagi best ketiga2 kompleks ini terletak di atas bukit. Dan kolej 1 pula di bawah bukit.

Kekurangan Kolej 1 berbanding 6 :

1. Bawah bukit, jadi jauh dan penat nak ke hospital hari2. Da la kelas 8-5 setiap hari. Penat dan sakit kaki hari2. Nak naik kereta pun tak boleh, sbb parking takde. Saman nk bukak clamp UM skrg dah la dinaikkan dari RM50 ke RM300. Mmg better jgn cari pasal. Dan aku sebenarnya tak kesah jalan jauh nak bukit. Part tak best bila pagi2 atau tgh hari, dah mandi bersih wangi2, naik bukit dgn panas terik lagi, sampai atas da peluh n busuk (org lain la busuk, aku wangi je selalu). Ini sgt tak best.

2. Kedai makan jerit yg kurang sedap makanannya. Aku igt kolej 6 punya kedai makan dah paling teruk dah. Rupanya ada lagi yg lagi tak sedap. Kemudian kedainya cuma ada tukang masak dan tukang buat air. Bila nk order kne pergi kaunter dan tulis sendiri nk makan ape. Dan lepas siap, dia akan jerit nama makanan yg dah siap, dan kita kne ke kaunter semua untuk ambil. Maka aku panggil kedai itu kedai makan jerit. Walaupun penduduk asal kolej ini memanggil KFC (Kedai makan First College). Kalau aku tak salah lah.

3. Pintu nk masuk ke blok takde excess card, guna kunci biasa. Jadi leceh kne bawa kunci berat2 kalau sekadar nk keluar sekejap pergi kedai atau makan atau nk berjoging. Sbb pintu masuk blok mmg auto lock. Jd mmg kne bawa kunci setiap kali nk keluar. Kemudian kunci die pulak panjang dan lubang kunci sgt kecik. Jadi selalu mcm 10 saat jugak la nk masukkan kunci ke lubang kunci sahaja. kalau malam dan tgh penat atau hypogylceamic, tambah lagi 10 saat. Sgt leceh dan lambat. Kalau tengah rushing mcm nak menyumpah-nyumpah jugaklah. Kalau kolej 6, nk masuk blok pakai excess card sahaja, sgt mudah. Mcm touch n' Go lah. Kad pun guna kad matrik, tak perlu kad tambahan.

4. Sgt panas! Yang tak bestnya panas bahang. Mmg tak tahan. Kipas pun bahang tetap bahang. Asik mandi je kejenya aku. Aku tak pasti samada ini maslah kolej atau lokasi bilik tak strategik sgt.

5. Parking jauh. Kalau duk kolej 6 ada parking besar sblh kolej. Kalau kat 1st, parling public terdekat adlah di fakulti undang2. Xde la jauh sgt tp mcm still leceh. Jadi terpaksa park kereta di sana, memandangkan ktrg masuk tgh2 sem, jadi parking kolej semua dah penuh.

6. INTERNET SGT LEMBABBBBBBB!!!!!!!!!!! Ok ini sebenarnya point paling besar tp saje tulis bawah skali. Internet die ya Rabbi, kalau siang nk bukak google pun, mmg tunggu la 10 jam pun belum tentu da bukak. Nak online biasa jam 2 pagi sampai subuh. Yang tu ok laju. So kalau aku yg jenis byk nk upload gamba nih, mmg kadang2 terpaksa tidur lambat sampai 3/4 pagi sbb nkj settlekan upload gambar dan urusan2 yg lain. Aku byk urusan buat dgn internet, termasuk lah belajar. Baru2 ini aku ada projek yg sgt sgt memerlukan internet.


- Alhamdulillah -

No comments: