- Bismillah -
Sejak Sabtu lepas (25/9/2010) aku dengan rasmi nya telah terjebak dengan bowling padang. Selalu tgk kat tv tapi tade la rasa nak main pun. Dan kebetulan hari semalamnya kawan ku kata ada satu lagi kekosongan untuk wakil kolej bagi pertandingan sukan UM lg 2 minggu. Jadi aku pun join je lah.
Permainannya agak mudah. Namun sebenarnya tidak semudah yg dilihat. Motif permainan adalah simple, baling bola, dan bola yg paling dekat dengan sasaran (iaitu bola kecik berwarna oren atau putih) adalah menang. Seperti bowling, bowling padang punya bola adalah keras dan berat, tapi lebih kecil dan majoriti berwarna gelap. Hanya bola kecil tadi berwarna terang. Bolanya juga tiada lubang untuk jari masuk. Cara pegang bola juga agak berbeza. Dan yg paling penting, bola nya sedikit bujur tetapi symmetry, TAPI berat sebelah. Jadi bila baling bola akan bergerak kedepan sambil membuat lencongan. Maka teknik membaling dan mengagak adlah sgt penting sbb bola mmg tidak akan bergerak dengan pergerakan lurus, tetapi sentiasa membelok.
Hari pertama berlatih, mmg sgt susah. Nak biasakan baling dahulu baru proceed ke teknik balingan tepat dan mengagak. Aku tak boleh nk kawal bola juga tenaga dan bola juga selalu di luar sasaran.
Namun hari kedua aku sudah sedikit mahir untuk mengagak bagai mana membaling bola yg melencong untuk menuju ke sasaran. Aku juga sudah boleh sikit2 tolak bola orang lain. Tapi aku masih xpandai kawal tenaga. Kebanyakan bola yg aku baling selalu terlebih kuat.
Padang lawn balls adalah sgt rata dan menggunakan rumput khas yg mahal dan manja. Xboleh duduk atas padang, tak boleh pakai sports shoe. Kene pakai kasut tapak rata yg takde bunga sbb nnt rosakkan padang. Satu padang bersaiz 40m x 40m.
Tempat aku berlatih dan akan main nnt adalah di Mont Kiara, tempat ini dibina semata2 untuk sukan Komenwel 1998 dulu. Jadi adalah ber-standard antarabangsa.
Jurulatih yg mengajar player UM adalah mcm pemain kebangsaan kot. Tapi mcm player penting negara mcm tu lah. Abg din. Bagi aku setakat yg dah main, bowling padang macam main golf, sukan untuk orang2 malas. Sbb mmg sgt rilek dan jalan pun dekat je. Mmg tak penat langsung, dan 1 titik peluh pun mcm tak kua, except lenguh tangan sbb bola berat. Tapi itu kalau cuaca best redup dan berangin lah. Sbb so far yg aku main, dan waktu main yg biasa adalah tengah pagi ke before asar gitu. Jadi kebiasaan nya adalah sgt panas terik. Maka adalah sgt berpeluh2 dan penat sbb sgt panas. Juga membakar kulit sehingga ada orang yg sampai merah2 kulit menggelupas. Kalau tak pun kurang2 terbakar hangus. Maka pemain lawn balls biasanya merah atau hitam.
_______________________________
Sebenarnya aku mcm nk post cerita pasal raya, sgt byk cerita dan gambar, tapi mcm tade mood dan kalau cerita nnt mesti sgt panjang maka aku pun mcm malas. Tapi raya kali ini aku sgt sgt byk menerima jemputan terutama hujung minggu. Kurang2 mesti 4 jemputan sehari dan max adalah 6 sehari. Sgt minta maaf buat rakan2 yg menjemput tetapi tidak dapat hadir. Sbb selain penat dan dah byk rumah dan berkejar masa, jalan adalah surprisingly sgt jammed! Sebagau contoh sabtu lepas juga aku mcm terperangkap dalam jammed total hampir 5 jam! Adalah melenguhkan memenatkan dan membosankan. Dan masa mcm tu dah boleh balik kedah okeh.
Sekian.

- Alhamdulillah -
2 comments:
hey!! this is a very nice blog. thanks for sharing your life and experience here. hope you never give up. keep it up.
-.-'
berambus kau
Post a Comment