.

Wednesday, March 03, 2010

Taman Negara - Day 3

- Bismillah -

Isnin
22/2/2010

Hari terakhir. Masing2 sudah sangat penat. Pagi ini mmg tiada aktiviti apa2 yang spesifik.

 
  
Dan pagi ini juga menyaksikan yang kami makan sebegitu banyak kerana begitu banyak makanan lebih, gara2 ajk makanan yg cukup risau kami akan kebuluran. Semuanya kerana tidak menyangka tempat yang akan pergi penuh dengan kemudahan. Antara menu pagi ini adalah meggi dan sup cendawan.

  
Nasib baik. Semasa Din memecah kan telur untuk masak bersama meggi, didapati bila setelah cengkerangnya sudah pecah, cecair telur yg turun kelihatan begitu pelik, dan bila bau, telur telah busuk. Nasib baik meggi nye belum masukkan lagi. Tapi perencah sudah dimasukkan. Maka beralihlah ke meggi goreng.

  
Pom dan garam yang ditumpahkan pagi itu
  
  
memandangkan meggi yg dimasak pedas, jadi aku hanya makan selain meggi, roti, mushrom soup, tuna tak pedas dan timun. Agak sedap bila dimakan bersama semua itu.
  
 bye2 selipar malang

  
Kemudian sesi kemas mengemas. Ada yg sebelum itu pergi mandi sungai dan ada yg sekadar mengambil angin sambilo menghirup milo panas. Oh pagi itu minum milo, bukan teh. Dan teh yg digunakan baru aku tahu, yg dibeli bertahu2 lepas. Teh ada expired date ke?
  
  
 Sebelum pulang. Sekitar 1030 pagi.

  
 Sebelum pulang ke KL, kami singgah di rumah Asri, aku pun tak sure kat mana exactly, tp singgah untuk makan, solat dan mandi dan rehat2. Sampai2 je dah disediakan air sirap sejuk dan kuihh muih. dah la hari tu sgt panas dan kami sgt penat. sgt berterima kasih.

  
 -.-'

  
 Lauk tengah hari itu adalah ikan patin. Ini adalah antara waktu2 special dimana aku akan makan jugak pedas sampai nanges2 tapi makan jugak samada sbb sgt lapar, atau sgt sedap. T_T. Terimakasih makcik, sgt sedap dan menyelerakan. Da la free ehehe.

  
 Habis solat sblm balik, dipaksa pula makan goreng pisang panas

  
 Kemudian singgah semua ke Temerloh, umah Opah Taufeq. Untuk pulangkan periuk cerek. Kebetulan keluarga Taufeq juga pulang ke kampung. Maka byk lah makanan sempena CNY. Maka kami dipaksa untuk makan mee kari yg juga sgt sedap. Sangat sedap sampai da kenyang pun nak makan jugak sbb tanak menyesal. Makan terkeluarlah kata2 ini "takkan aku pegi camping da lepas nih, balik camping je makin gemok". Akhirnya jam 3 ptg, kami bertolak pulang.

  
Sebelum sampai ke KL, singgah pula di Lentang. Tapi tak jadi mandi sbb terlalu ramai orang.

  
Tiba di Gombak sekitar maghrib. Ikut hati mmg ingin terus pulang ke Hosp Klang. Tapi beg ada dalam Van dan van pula rosak somewhere sekitar masjid negara. Jadi terpaksa tunggu dan akhirnya jam 9 malam baru selemat keluar dari UM.

Berakhir.


- Alhamdulillah -

No comments: