.

Friday, March 12, 2010

Shutter Speed

- Bismillah -

Definisi shutter speed adalah kelajuan bukaan bilah pisau pada lense. Juga membawa maksud, berapa lama sensor kamera terdedah kepada cahaya. Secara teori, semakin lama sensor kamera terdedah (slow shutter), semakin terang gambar, kerana exposure semakin lama, jadi lebih byk cahaya berpeluang masuk dan di kesan oleh sensor. Jadi gambar akan semakin terang, overexposed. Jika menggunakan fast shutter pula, tempoh masa sensor kamera terdedah adalah lebih singkat, jadi gambar akan underexposed, semakin gelap.

Namun biasanya exposure yg tepat boleh diperolehi dengan mengubah aperture (bukaan lense) dan ISO (sensor sensitivity). Maksudnye jika menggunakan manual mode (M),
1. Gunakan ISO dan Aperture yg rendah (F number tinggi) untuk slow shutter
2. Gunakan ISO dan Aperture yg tinggi (F number rendah) untuk fast shutter

Jika menggunakan Shutter speed mode (S), kamera akan menetapkan sendiri aperture dan ISO (jika buat auto lah) kepada nilai yg bersesuaian supaya mendapat exposure yg berpatutan. Jadi kita boleh kawal kelajuan shutter speed sesuka hati. Perlu di ingat bahawa cuaca, atau cahaya yg sedia ada memainkan peranan bila menggunakan fast shutter, takut bila laju sgt, gambar akan under exposed. Kalau mendung atau malam, atau indoor, agak susah hendak menggunakan shutter speed yg telalu laju, maksudnye beribu. Begitu juga sebaliknya, kalau nk main dengan slow shutter (long exposure), cahaya yg terang sepeti waktu langit cerah, tengah hari, agak tidak sesuai kerana gambar akan ada overexposed. Melainkan dengan bantuan filter.

Shutter speed di ukur dengan saat. 1/4000 sec, 1/160 sec, 1 sec dan sebagainya. Namun kebiasaannya, dalam perbulan biasa, untuk shutter speed yg bawah satu saat, seperti 1/4000 sec, orang hanya kan ckp 4000. Kalau satu saat ke atas, orang biasa kan menambah 'saat' atau 'seconds' bila menyebutnya, sepeti 2 saat.Contoh perbualan :

contoh 1
Tariq : "Musaf, aku nk amik gamba waterdrops nih, bape nk pakai shutter speed?"
Musaf : "cube 320 dulu, tapi cahaya terang mcm ni kalo ko pakai 1000 pun ok kot. Lagu laju lagi best"

contoh 2

Tariq : "Musaf, aku nk amik gamba light trail nih, bape nk pakai shutter speed?"
Musaf : "aku biasa main 8 saat dulu, pastu tambah la jd 12 ke, 20 ke atau 30"

haha ok mcm xleh bla.

Kalau kat kamera pula, biasa akan tulis begini 2". Tanda sebelah nombor 2 itu bermasuksud saat. Istilah2 ini pula sebenarnya membawa maksud lebih kurang, dan selalu digunakan bertukar-tukar.
fast shutter = high shutter
slow shutter = long exposure
Night shoot pula biasa di kaitkan dengan long exposure.

Gambar2 dibawah ini pula adalah contoh shutter speed yg digunakan pada kadar kelajuan yg berbeza.


1/4000
1/3200

1/2500

1/2000

1/1600

1/1000

1/640

1/320

1/125

1/60

1/20

1/16

1"


- Alhamdulillah -

7 comments:

jas jamaludin said...

hu~~
nice!!

rusyd said...

hannan blaja ni....
blh tertidur dlm kls blaja ni...
busan3

musaf said...

thanx jaz =]

hannan buat ape pun boleh tertido -.-

BHB 6550 said...

ooooo....baru paham.. ak ingat shutter tu citer seram korea

musaf said...

-.-' kau memang

SMM said...

sangat menarik, cantik, bila susun begitu!

musaf said...

tq kak =]