.

Friday, June 06, 2008

Rubik's cube tutorial part 2

Jom sambung...

Lepas da siapkan 1st layer, terbalikkan cube. Kire skrg ni kuning pulak jd U

LANGKAH 3. Untuk menyiapkan 2nd layer, anda perlu mengalihkan 'middle piece' dr 3rd layer ke 2nd layer (1st layer adalah yg telah kita siapkan). Pusing 3rd layer U atau Ui supaya kedudukan 'middle piece' yg ingin dimasukkan berada pada; warna permukaan tepi adalah sama dengan 'centre piece'. Seperti dalam gambar di atas, gambar kiri; 'middle piece' hijau-merah diletakkan supaya warna hijau (warna permukaan tepi) pada 'middle piece' selari dengan 'centre piece' hijau. Boleh jd juga anda akan mendapat seperti gamba di sebelah kanan; dimana warna 'middle piece' permukaan tepi adalah merah.

Setelah diletakkan pada posisi begitu, dengan permukaan yg diselarikan warnanya td sebagai F (FRONT), jika 'middle piece' y ingin di alih dr kanan ke kiri (gambar kiri), buat algorithm ini; Ui Li U L U F Ui Fi. Jika kiri ke kanan (gambar kanan); U R Ui Ri Ui Fi U F. Ulang langkah yg sama sehingga 2nd layer siap.

F2L (First 2 layers) yg sudah siap.

LANGKAH 4 adalah untuk mendapat kan bentuk "cross" pada permukaan kuning (permukaan U). Tp sblm itu kita perlu mendapatkan bentuk "L-terbalik" (dengan bukaan menghadap luar) atau "garis lurus" seperti dalam gambar di bawah. Boleh jadi selepas siap F2L, anda akan terus mendapat "L-terbalik" atau "garis lurus" atau terus siap "cross". Boleh juga anda tidak mendapat mana2 seperti dalam gambar di atas.

Jika anda mendapat "L-terbalik", posisikan L tersebut pada kiri-belakang seperti dalam gambar di atas, dengan F seperti dalam gambar, buat algorithm ini; F U R Ui Ri Fi. Jika "garis lurus", posisikan garis lurus melintang dan dengan F seperti dalam gambar, buat; F R U Ri Ui Fi. Jika tidak mendapat apa2, buat sahaja mana2 algorithm dengan mana2 permukaan sebagai F dan anda akan mendapat samada "L-terbalik" atau "garis lurus", kemudian buat seperti biasa.

"Cross"

LANGKAH 5. Kemudian adalah untuk menyamakan warna permukaan tepi bg 'middle piece' pada 3rd layer dengan warna yg sama pada 'centre piece' pada 2nd layer seperti dalam gambar di atas.
Biasanya setelah kita siap cross, cuba pusing2 3rd layer U atau Ui dan biasanya ada 2 permukaan yg bersebelahan sudah sama seperti dalam gambar di atas. Posisikan permukaan yg sama sudah sama itu pada kanan dan belakang, dengan F seperti gambar di atas,
buat R U Ri U R U U Ri.

Jika tiada yg sama atau permukaan yg sama tidak bersebelahan tetapi bertentangan, dengan F mana2, buat sahaja algorithm tersebut dan anda akan mendapat 2 permukaan bersebelahan yg sudah sama.

LANGKAH 6. Cari 'corner piece' yg sudah berada pada kedudukan yg betul seperti dalam gambar di atas (corner piece hijau-oren-kuning berada pada bucu hijau-oren-kuning). Tak kesah 'corner piece' tersebut is flip correctly or not, janji kedudukannya betul. Dengan meletakkan 'corner piece' itu pada pada F-R-U, dengan F seperti dlm gambar di atas, buat; U R Ui Li U Ri Ui L. Dengan buat sekali atau maximum 2 kali, semua 'corner piece' akan berada pada kedudukan yg betul either its flip dengan betul atau tidak.

Jika slps cross tiada 'corner piece' yg sudah berada pada kedudukan yg betul, buat sahaja algorithm tersebut pada mana2 bucu dan anda akan mendapat 1 'corner piece' pada kedudukan yg betul.

LANGKAH 7. Buat seperti dalam gambar di atas. Tentukan F (mana2 permukaan pn boleh jd F dlm kes ini). Dengan bermula pada mana2 bucu yg belum siap (yg diletak pada kanan-depan-atas), ulang Ri Di R D sehingga posisi 'corner piece' itu betul. Kemudian pusing 3rd layer sahaja Ui dan ulang algorithm yg sama sehingga semua corner piece flip dgn betul.

TAHNIAH!!!
ANDA TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN RUBIK's CUBE ANDA YG PERTAMA!!

p/s..Cara yg aku ajar ni sebenarnya cara yg paling mudah. Ada lg cara lain yg memerlukan lbh byk kne ingat tp dapat siapkan dengan masa yg lg pendek

Alhamdulillah

8 comments:

Anonymous said...

waaa..lajunyer part 2 kua. Grrr..sgt complicated la 3rd layer

Anonymous said...

weii...bencinye aku!!

Anonymous said...

hahaha...aku mmg mantap

Anonymous said...

aku rasa aku da paham knp ko suke sgt main mende nih..harharhar.. aja aku advance method pulak!!!

musaf said...

ceh..ko buat pe xtido lg. papepn tahniah dua posen aku ucapkan.. mada2 dane

Anonymous said...

adakah aku yg terakhir? huawawawa

Anonymous said...

Well said.

anon said...

huh. menyampah tol