.

Monday, June 30, 2008

LangKaWI 08

BIsmiLLah..

tgk gamba je la

Pergi ke sana naik sampan. Sgt penat. Sampai rabu malam kamis. Uncle Nasa ambil, singgah pantai cenang kemudian trus check in hotel.

Kamis, pagi tu pusing2 Pekan Kuah memandangkan hotel di Kuah. Breakfast. Selepas dapat kereta, nissan sentra, memula jalan ke Gelari Perdana. Dalam tu sume pasal Dr M dan bininye.

Kemudian ke Kolam Air Panas. Ingat blh mandi, skali under construction. Rendam kaki je la.

Destinasi tengah hari ke Pantai Rhu. Tak mandi. Sekadar jalan2. Tanjung Rhu ni ada 2 bahagian, 1st yg dalam gamba atas ni, public beach. 2nd private beach kat sblh 1 lg.
Kemudian ke Jeti KUah, usya2 shopping complex dan eagle square

Petang itu, setelah makan goreng pisang dan rojak buat, kami ke Underwaterworld. Tgk penguin etc..

Sgt seronok. Byk lg gamba yg best2 senanyer

Boleh kata setiap malam kami lepak d KFC. Ada wireless. Sambil2 makan, aku kne siapkan sedikit kerja untuk Baktisiswa n EPISMA. Kat langkawi ni, time malam je sunyi. KOl 9, Sume kedai da tutup. Bosan.

Jumaat. Kami ke Pantai tanjung Rhu belah private beach. Stelah main2...

Kami ke Jeti tanjung rhu naik bot. 4 jam lamanya. Pusing pulau, g kasi makan helang, tgk gua buaya, meredah lautan etc..

Masa naik bot ada juga restoran terapung. Tp kami lupe bawak duit T_T

Kemudian ke gua kelawar. Makcik dr India di depan kami kene keja ngan beruk...kuang3

Kemudian da penat pusing2 pulau dan masuk gua dan tgk binatang2. Terus ke lautan luas..

Ni part paling best.. bawak bot seniri pastu lumbe ngan boat sblh yg dinaiki pasangan dr ..cina kot

Kemudian sblm balik semula ke Jeti Tanjung Rhu..singgah jap Gua..

Petang tu ke pusat kraft...

Kemudian ke cable car..time ni da sgt penat.

Sblm balik singah sat tgk donkey. Ingat nk naik tp tutup.
Malam tu mcm biasa lepak KFC

Sabtu. Ke Pantai Kok.

Kemudian ke pantai Tengah dan Pantai Cenang. Mandi manda. Petang tu igt nk ke pulau dayang bunting tp hujan. Ada 1 lg pulau tu nk g gak tp rupenye itu trip 1 hari.

Sblm hujan tu, kami ke MARDI agrotek. G usya buah-buahan tempatan. Motif utama adalah lunch. Ktrg ada the only one pelancong tempatan dalam tour group tuh. Jd secara xlangsung ktrg terpaksa jd pemandu pelancong skali. Kenyang gak la melantak buah2

Last day, Ahad. Cuma g shopping. Tq kepada P n Syamil yg jd pemandu pelancong kami. Ntah macam mana blh keni ngan depa nih. Derang ni mmg org Langkawi. Aku g langkawi bwk 2 beg tp balik bwk 3 beg. huh~

sekian

-Alhamdulillah-

Thursday, June 19, 2008

Politik


Sejak pilihan raya lalu aku rasa aku semacam minat mengikuti perkembangan politik negara. Boleh kata tiap hari aku akan melayari blog2 'taiko besar' seperti Tun Dr Mahathir, Khir Toyo etc... Bilangan pengunjung mmg gila, sbg contog blog TDM, baru 3 hari buka sudah mencecah 300 000 pengunjung. KOmen utk setiap topik yg diutarakan pasti beratus dan adakalanya beribu. Rata2 yg aku lihat pengunjungnya adalah org kuat penulis blog itu. Tak habis2 memberi sokongan padu dan utuh. Ada juga golongan pembangkang yg hanya tahu mengutuk. Dan sikit benar org yg betul2 memberikan komen dan buah fikiran yg bernas berdasarkan isu yg dilontarkan tanpa membuta tuli menyokong atau membangkang.

Rata2 penyokong, komen mereka menyokong padu, mempercayai dan membenarkan 100% org yg disokong. ATau rata2 pembangkang yang membantah, menghentam dan mengutuk sekerasnya org yg dibangkannya. Bagi aku, kan lebih baik jika kita berfikiran rasional dan berpandangan jauh sblm membabi buta menulis. Tak semestinya org yg disokong sentiasa betul dan tak juga org yg dibangkang sentiasa salah. Teringat aku kata2 Dr Rani (DUN Meru eh?), "xkesah kalah kalau parti yg menang betul2 menjalankan tanggungjawab". Begitu juga kita sbg rakyat, janganlah terlalu taksub dengan seseorang. Bak kata lecturer aku, "use ur common sense" (aku rasa die kata dekat 20 dalam masa sejam). Tiada manusia yg sempurna. Everybody lies.


Cube usya link ni, baca komen yg ke 3. Terlalu kebudak-budakkan.
>>>LINK<<< - -


.
.
Alhamdulillah

Saturday, June 14, 2008

exam & cuti

Terima kasih kpd sesiapa yg menyampaikan ucapan n beri hadiah sempena hari lahirku yg lepas. Paling best dapat tiket flight..yeaaa!! Kepada yg belum bagi, anda masih ada masa sehingga hari lahirku tahun depan. Jangan malu jgn segan.

Baru2 ini aku ada tempah bilik di satu hotel. Aku mula2 dapat khabar mengenai hotel tersebut dari sebuah forum perlancongan. Harga yg ditawarkan sgt menarik perhatian. Jd aku mula mencari no telefon hotel tersebut d internet juga yellow pages untuk call dan membuat tempahan bilik. Langsung xjumpa. Aku hairan. Kemudian aku ronda2 lagi internet dan apa yg aku jumpa bilik d hotel tersebut boleh d tempah tetapi melalui syarikat perlancongan, dan harganya melambung bukan main. Aku terus juga cari tanpa putus asa tp yg aku jumpa semua melalui syarikat perlancongan atau org tengah yg charge lebih. Hotel murah je pun, tp nk naik lebih2.

mcm dlm berita nih...
Syarikat perlancongan di siasat

Aku mmg sejak dari dulu kurang percaya dengan syarikat2 perlancongannga nih, bukan la semua, tp byk juga kawan aku yg sudah tertipu. Perlu lbh berhati2. Nasib baik aku jenis yg berjalan main redah je. Kurang berminat nk terlalu tersusun nk tempah sana sini. Kita g dulu. Da lapa baru kita pk nk cari makan katne. DA malam baru kita pk nk tido katne. Itulah yg selalu aku dan kawan2 buat. PEcah masuk surau dan masjid mmg xyah cite da byk kali....utk dijadikan bilik penginapan sampai sblm subuh. Sgt xpatut.

Terima kasih buat kakak ku yg ada kawan yg ayahnya adalah orang besa dikawasan aku ingin pergi. Tp semacam segan nk mintak tolong org besa (ala2 YB katanya) utk tempah kan bilik. Tp mmg dapat murah la. Tp yg aku risonye, setiap kali aku ckp, jwp die 2 huruf je. OK!.
..............
Aku: Sy nk bilik yg murah2, dekat ngan jeti, blh ke?
Uncle: ok
Aku: kereta kalo yg murah nk jugak
Uncle: ok
Aku: Tp nnt sy sampai lmbt sket, malam.
Uncle: ok
Aku: oo yee..blh x kalo sy nk kete tu 2 hari je?
Uncle: ok
Aku: dan kalau ada ni pn ok jgk..
Uncle: ok
Aku: bla bla...
Uncle: ok
Aku: bla bla bla..
Uncle: ok
Aku: (da xtahu nk kata apa)..terima kasih ye uncle. Nnt sy sampai sy call.
..................
Die ok aku pn ok je la. Akak aku kata situ tempat die. Die punye, mmg la die ok kn je. Aku pn ok lah.
__________________________________

may 2008, singapore
_____________________________________

22 june si syamil punye kenduri kawen. Ciss.. brani kawen dulu sblm aku. err..nk g ke tak. Esk nye exam. G, xG, G, xG, G, xg...entahlah. Yg ko pn buat time aku nk exam pesal

23-25 june aku final exam (doakan aku lulus dgn cemerlang. Moga mukhlis lulus dengan cemerlang..ameen)

25 june lepas habis exam tros kene kemas bilik angkut barang sume klua n check out. Sbb 28 june budak 1st year baru masuk, untuk minggu haluansiswa. Aku cadang tumpang sume barang kat bilik afif je..ngahaha. SOry fif, aku x sempat nk balik. Afif masuk awal sbb die jd PM (pembantu mahasiswa).

25-29 june aku g bercuti. Hbs exam, kemas bilik, angkut buku2 kotak fadex besa n sume barang2 letak bilik afif, ptg tros bertolak. pastinya sgt penat hari itu.

28 June family aku pindah umah, aku pun xtahu katne, haha. Tp time ni aku xde, adik beradik aku yg kne kemas sume. Ngehehe...sory la, org balik nnt org settle kn apa yg blom settle.

30 june aku sampai KL sentral, bertolak balik 29 june tp sbb naik ketapi yg sgt lambat, sampainye isnin jam 615pg. Aku g UM dulu usya2 junior baru. Kot2 jumpe yg berkenan d hati..hahaha. Dan mcm biasa nk cari buddy baru. Pastu ptg tu atau esk nye baru balik umah. Untuk hbs kn pindah barang. Hbs kan download stragate!! (itupun kalo tenet masih belum d benti kn)

6 july msk balik UM, 3rd year insyaAllah.

12 July ada ikhwah jemput PSIPUM buat medical checkup di suatu kawasan perumahan d damansara, sempena hari keluarga taman tu.
&
Kenduri aqiqah FIFA

19 & 20 July, kenduri yg mesti pergi

25-27 july adalah EPISMA (expo perubatan islam malaysia). Aku cuma terlibat sebagai penasihat untuk pertandingan nasyid (afif alam faizli jd pengarah) dan utk sentral keje aku mcm biasa, design baju, name tag etc..

28 july - 2 ogos ada Baktisiswa serawak kat sarikei, bintangor serawak. AKu sbg timbalan pengarah logistik dan makanan...tp apasal design2 sume aku kene wat gak!!!

3 ogos pindah ke hospital klang dan akan balik ke UM semula setahun selepas itu.

2015 kawin..hahaha (tibe!)
.
.
.
Allahumma, aku terjaga oleh MU dalam nikmat, afiat dan terjaganya rahsia2 ku, maka sempurnakan nukmat MU, afiat MU dan penjagaan MU itu atas ku, di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah


Sunday, June 08, 2008

SIMPLISITI

PROMOSI!!!
PROMOSI!!!


http://simplisiti.blogspot.com/

tahniah utk KAK MALINI

2 model yg sgt dikenali..

Alhamdulillah

Friday, June 06, 2008

Rubik's cube tutorial part 2

Jom sambung...

Lepas da siapkan 1st layer, terbalikkan cube. Kire skrg ni kuning pulak jd U

LANGKAH 3. Untuk menyiapkan 2nd layer, anda perlu mengalihkan 'middle piece' dr 3rd layer ke 2nd layer (1st layer adalah yg telah kita siapkan). Pusing 3rd layer U atau Ui supaya kedudukan 'middle piece' yg ingin dimasukkan berada pada; warna permukaan tepi adalah sama dengan 'centre piece'. Seperti dalam gambar di atas, gambar kiri; 'middle piece' hijau-merah diletakkan supaya warna hijau (warna permukaan tepi) pada 'middle piece' selari dengan 'centre piece' hijau. Boleh jd juga anda akan mendapat seperti gamba di sebelah kanan; dimana warna 'middle piece' permukaan tepi adalah merah.

Setelah diletakkan pada posisi begitu, dengan permukaan yg diselarikan warnanya td sebagai F (FRONT), jika 'middle piece' y ingin di alih dr kanan ke kiri (gambar kiri), buat algorithm ini; Ui Li U L U F Ui Fi. Jika kiri ke kanan (gambar kanan); U R Ui Ri Ui Fi U F. Ulang langkah yg sama sehingga 2nd layer siap.

F2L (First 2 layers) yg sudah siap.

LANGKAH 4 adalah untuk mendapat kan bentuk "cross" pada permukaan kuning (permukaan U). Tp sblm itu kita perlu mendapatkan bentuk "L-terbalik" (dengan bukaan menghadap luar) atau "garis lurus" seperti dalam gambar di bawah. Boleh jadi selepas siap F2L, anda akan terus mendapat "L-terbalik" atau "garis lurus" atau terus siap "cross". Boleh juga anda tidak mendapat mana2 seperti dalam gambar di atas.

Jika anda mendapat "L-terbalik", posisikan L tersebut pada kiri-belakang seperti dalam gambar di atas, dengan F seperti dalam gambar, buat algorithm ini; F U R Ui Ri Fi. Jika "garis lurus", posisikan garis lurus melintang dan dengan F seperti dalam gambar, buat; F R U Ri Ui Fi. Jika tidak mendapat apa2, buat sahaja mana2 algorithm dengan mana2 permukaan sebagai F dan anda akan mendapat samada "L-terbalik" atau "garis lurus", kemudian buat seperti biasa.

"Cross"

LANGKAH 5. Kemudian adalah untuk menyamakan warna permukaan tepi bg 'middle piece' pada 3rd layer dengan warna yg sama pada 'centre piece' pada 2nd layer seperti dalam gambar di atas.
Biasanya setelah kita siap cross, cuba pusing2 3rd layer U atau Ui dan biasanya ada 2 permukaan yg bersebelahan sudah sama seperti dalam gambar di atas. Posisikan permukaan yg sama sudah sama itu pada kanan dan belakang, dengan F seperti gambar di atas,
buat R U Ri U R U U Ri.

Jika tiada yg sama atau permukaan yg sama tidak bersebelahan tetapi bertentangan, dengan F mana2, buat sahaja algorithm tersebut dan anda akan mendapat 2 permukaan bersebelahan yg sudah sama.

LANGKAH 6. Cari 'corner piece' yg sudah berada pada kedudukan yg betul seperti dalam gambar di atas (corner piece hijau-oren-kuning berada pada bucu hijau-oren-kuning). Tak kesah 'corner piece' tersebut is flip correctly or not, janji kedudukannya betul. Dengan meletakkan 'corner piece' itu pada pada F-R-U, dengan F seperti dlm gambar di atas, buat; U R Ui Li U Ri Ui L. Dengan buat sekali atau maximum 2 kali, semua 'corner piece' akan berada pada kedudukan yg betul either its flip dengan betul atau tidak.

Jika slps cross tiada 'corner piece' yg sudah berada pada kedudukan yg betul, buat sahaja algorithm tersebut pada mana2 bucu dan anda akan mendapat 1 'corner piece' pada kedudukan yg betul.

LANGKAH 7. Buat seperti dalam gambar di atas. Tentukan F (mana2 permukaan pn boleh jd F dlm kes ini). Dengan bermula pada mana2 bucu yg belum siap (yg diletak pada kanan-depan-atas), ulang Ri Di R D sehingga posisi 'corner piece' itu betul. Kemudian pusing 3rd layer sahaja Ui dan ulang algorithm yg sama sehingga semua corner piece flip dgn betul.

TAHNIAH!!!
ANDA TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN RUBIK's CUBE ANDA YG PERTAMA!!

p/s..Cara yg aku ajar ni sebenarnya cara yg paling mudah. Ada lg cara lain yg memerlukan lbh byk kne ingat tp dapat siapkan dengan masa yg lg pendek

Alhamdulillah

Rubik's cube tutorial part 1

Memula ialah anda perlu ada Rubik's cube. Memandangkan dalam menyelesaikan cube ini kita akan menggunakan beberapa algorithm, kita kena kenal Rubik's cube dengan baik. Algorithm ni mcm sifir laaa.. 1st skali kita kene tahu yg Rubik's cube ini ada 3 layer. Dan kita akan menyelesaikannya layer by layer.

Gamba di atas adalah Rubik's cube jika dibentangkan. Biasanya kita akan menentukan permukaan depan dll sebelum kita menggunakan algorithm. Katakanlah HIJAU adalah permukaan depan F (front), merah akan jd R (right), oren=L (left), putih=U (up) dan kuning=D (down).

Dengan hijau sbg F.

Kemudian kene tahu rotation cube. Gambar di atas menunjukkan simbol yg gunakan dalam algorithm dan arah pusingan yg betul. Jika hanya huruf besar (UDRLF), pusing permukaan yg berkaitan mengikut arah jam, jika huruf besar dan ada " i " atau " ' " (UiDiRiLiFi atau U'D'R'L'F'), pusing permukaan yg berkaitan mengikut arah lawan jam.

Sebelum mula menyelesaikan Rubik's cube, kene la hancurkan dulu susanan warna, kalo x nk selesaikan apa.

LANGKAH PERTAMA adalah untuk menyiapkan lst layer. Katakanlah putih sebagai U. Untuk menyiapkan 1st layer, apa yg kita perlu buat adalah dengan membuat cross seperti dalam gambar diatas. Perlu diingatkan yg 'middle piece' utk putih perlu diletakkan dengan betul supaya warna pada bahagian tepi juga turut sama. Seperti gambar di atas, cross putih dengan warna hijau dan merah di permukaan tepi turut sama dengan 'centre piece' pada permukaan yg berkaitan dengannya, Pastikan semua 4 warna sama!


LANGKAH KEDUA adalah dengan menyempurnakan 1st layer. Masukkan 'corner piece' putih ke cubu yg sepatutnya. Ingat! 'corner piece' sebetulnya bukan hanya memasukkan putih tetapi juga warna2 di permukaan tepi dengan permukaan yg sepatutnya. Mcm gamba di atas, 'corner piece' putih-hijau-merah' berada pada bucu putih-hijau-merah dengan betul. Begitu juga dengan corner piece yg lain.

Untuk 1st layer, tiada steps yg spesifik bagaimana untuk memasukkan pieces yg betul pada tempat yg sepatutnya. Anda patut mencubanya dan akan pandai sendiri. Anda patut terus berlatih sehingga dapat menyiapkannya bawah 45 saat (sbenarnya sgt lama utk expert, tp utk beginner sudah di kira bagus).

Selamat mencuba! Da tere nnt kita blaja buat 2nd layer pulak.

Alhamdulillah

Thursday, June 05, 2008

exam lg....

Bismillah

Ya Allah..berikanlah aku kejayaan yg cemerlang untuk final exam ku 2 minggu lg nih
ameen...

Ramai yg sudah tahu bagaimana ingin menyelesaikannya...
Ramai juga masih tidak tahu..

Atas permintaan ramai...
Akan datang...
Tutorial bagaimana menyelesaikan Rubik's Cube.
Pastikan anda ada rubik's cube kalo x mcm mana nk selesaikan.
Kat Tesco Shah Alam ada jual, RM2.50 je
(tp separuh mati nk pusing, kalo xsaba mesti patah cube tu)
kat beberapa kedai mainan kat Times Square pn ada, RM18/RM15/RM10
(kualiti boleh tahan la, yg murah sket tuh kualiti makin teruk n makin keras nk pusing hampir menyamai yg tesco punye)
Nak jenis yg mantap bole didapati di Toys R Us d subang perade atau mid valley,
RM29 (kualiti paling best)

ngeheheheee..

dan semoga aku terus dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki
dan ditetapkan sentiasa di atas jalan-NYA
selamat hari lahir kepada diri aku
blaja rajin-rajin

Alhamdulillah