Itulah konflik
Aku selalu terfikir aku kurang ngam dengan buku aku
Aku lebih dengan buku lain
.
Isnin ini aku exam
Selasa pun ada exam lagi
Kemudian jumaat pula
Bak kata membe sebelah bilik aku
’ape nak risau..derang saje nak suh korang stat stadi’
12 Januari 2008
Kawan aku kemalangan ketika baru pulang dari makan malam
Dilanggar cina mabuk
Dah tahu mabuk tapi nak bawak kereta
Bodoh
Tak pasal-pasal aku da tak boleh menumpang keluar makan
.
Hari ini
Kolej aku tiada air lagi
Spesifik lagi
Selain Blok A dan B
Blok lain semua tiada air termasuk blok aku
Blok H
Jadi aku tak mandi hari ini
Malas nak ke blok orang lain semata-mata nak mandi
.
Minggu lepas ake ke ciken hartz lagi
Dah mula rasa muak
Nak kata selalu pergi tidak jugak
Cuma dah banyak kali pergi
Menu tak berubah langsung
Baik makan murni atau nasik lemak maple macam nih
.
Sejak beberapa hari ini minat membac aku semakin meninggi
Pelbagai jenis buku dan artikel aku baca
Tapi sayang buku medic tidak tersentuh juga
Ntah kenapa
Aku sudah mula suka ke MPH
Kalau dulu mencari komik
Sekarang mencari pelbagai jenis bahan bacaan tak kira apa
Kecuali novel ’tak-ble-bla’ yg kebanyakan perempuan typical selalu baca
Aku pelik kenapa orang suka ayat-ayat cinta
Islamik atau tidak
Cinta tetap cinta
Cuma watak-watak yg lebih baik digunakan
Lebih Islamic!
Dengki dendam fitnah cemburu harapan janji manis tiga segi empat segi
Bagi aku tiada beza dgn novel-novel cinta dan jiwang yang biasa
Aku hanya larat sampai separuh separuh
Sudah tiada bosan minat aku bukan ke situ
Lain orang lain taste nya
.
Ungu karmila
Permulaan cerita sangat menarik
Tapi ending nya seperti boleh diagak
Tidak mengejut seperti selalu
.
Hari ini aku menghafal lebih kurang 100 drugs
Pagi tadi aku main bola jaring
Aku tak pernah main
Tapi turun match!
Aku cuma tahu peraturan
Itupun baru diberi tahu pagi tadi juga
Semua gara-gara match itu dijalankan awal pagi
Dan ramai pemain yg baru blatih dan tahu macam mana nak main smalam masih tidur
Jadi aku yang tak tahu apa-apa di ajak mengisi ruang kosong
Gile! Sangat susah
Rata-rata kitorang main basket ball
Jadi sangat susah
Rasanya ref pasti penat kene tiup wisel setiap 10 saat
Foul!!!!!!!!!
Patutlah bola jaring untk wanita
Tapi kenapa ada bola jaring lelaki!!!
.
ArRaid – Melangkah Jauh
Enak didengar
Mendayu-dayu
Baru aku dengar minggu lepas
Ketinggalan zaman
Itupun terjumpa kat multiply
Di upload oleh oma
.
Panjang da kot
Sekian..
.
Pssstt…aku rasa perangai aku macam da berubah sket baru-baru ini, sudah kurang jahat..hahaha!!
.
Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
1 comment:
kalau agak2 asyik bunyi wisel je, ref tere la tu. kalau agak2 mcm x selalu bunyi wisel ref x brp tere @ malas nk layan org x reti main.
Post a Comment