.

Sunday, October 24, 2010

Bunga yang Suci

- Bismillah -


Naurah-Al-'Iffah
Yg membawa maksud Bunga yg Suci. Ciss adik aku tipu kata Kelopak bunga yg Segar. Patut awkward bunyi. Ini adalah baby baru kakak aku yg pertama (adik beradik ke 2), dan ini adalah anak ke 3 nya . Aku nak panggil die si baby bunga suci boleh tak? Atau pun Si bunga je la mcm pendek sket. Si suci adalah berbunyi sgt pelik. Hari tu masa raya dah mula konfius2 nama dekat2, fiefa ngan fifah, Ni iffah/iffa pulak. Karang da besa panggil sorang tiga2 menyahut. Pk2 balik waahh hebat juga mak aku, umur 52 dah 6 cucu, eh 7 insyaAllah satu lagi ondway. Nenek aku pula di 70+ dah berbelas cicit. Memang meriah. Ini adalah salah satu kelebihan kawen awal, boleh dapat cucu/cicit awal. Kalau panjang umur insyaAllah boleh tgk anak kepada cicit (apa istilahnye eh?)

Gambar ini aku ambil td. Noise mcm tinngi sket biasalah sbb indoor. dan aku lupe nk amik dalam RAW. Tapi byk lagi gambar aku amik td, daam 40+. Tapi baby tgh tido so posing sama je. Cume main angle je lah.



Oh ini salah satu gambar contoh aku ambil Sabtu lepas nk tunjuk kat student aku apa itu micro photography. Oh yeee aku skrg sudah mengajar photography. Aku datang ke rumah orang ala2 home tuition lah dan mengenakan bayaran mengikut jam. Aku rasa yg termurah boleh korang jumpe memandangkan aku sgt baik ^^, . Sekali pegi biasa sejam atau 2 jam aku ajar. Kalau outing mungkin lama sket kot.


Oh ada orang minta tolong aku untuk buat kan kerja rumah nye. Edit gambar. Die amik kelas photography secara formal di universiti. Tugasan adalah edit bg lawa? Dan buat masa ini, ini lah setakat yg aku mampu dan ada idea.

 Dah edit

Gambar ori


Tetapi terima kasih sbb aku tersecara tak belajar ter-discover mcm mana nk menaikkan langit lebih biru =D



- Alhamdulillah -

Balanjawan 2011






Tayar oh Tayar


- Bismillah -


Biasalah bila dah ada kete sendiri, nak jaga kete dengan duit seniri, hidup pun duit seniri, akan banyak perkara kene pikir, ambil perhatian kepada sesetengah perkara. Antara perkara baru yg aku terpikir adalah mengenai tayar kereta. Entah kenapa aku merasakan aku patut menukar tayar kereta ku. Rasa tayar lama yg sedia pakai dah tak elok2. Mula2 aku tanye2 la membe pasal tayar. Nak tahu jugak mcm mana pendapat mereka. Tayar elok lagi ke tak. Macam mana nk tahu da kene tuka. Harga pulak berapa. Yelah kite pun bukan anak orang kaya. Boleh tuka senang2 je kalau nk tuka, tak pun ada driver/pekerja boleh jagakan kete kita, kurang2 pun parents kita nk jaga tgk n baiki atau tukar tayar bila perlu, kalau jadi pape pun bukan duit kita. Dan kita pulak cume drive je kete tak tahu pape pasal kete, sampai nk pam tayar pun tak reti. wat dee...

 Jadi kene rajin sikit lah amik tahu byk perkara utk memudahkan kerja dan mengurangkan beban pada masa akan datang. Yelah bila da rosak lg byk duit kene keluarkan kan.

Terimakasih encik Google. Maka aku kini dah tahu sedikit mengenai tayar.









 Antara perkara penting yg kene tahu, adalah jenis tayar. Tgk gambar atas tu, tgk pada 'width, Aspect Ratio, Rim diameter'.  Tayar aku adalah 15570R12.






Seterusnya ialah tarikh bila tayar itu dibuat. Mcm gambar atas nih, nampak tak nombor 3005? 2 nombor awal adalah minggu keberapa tayar itu dibuat, dan 2 normbor kedua adalah tahun tayar itu dibuat. Sebagai contoh, tayar diatas dibuat pada minggu ke 30 pada tahun 2005.

Maka berbekalkan ilmu yg sedikit ini, aku pun keluar lepas breakfast pagi tadi pegi tenung tayar kereta sendiri dan juga usya kereta adik, mak, kakak dan abg untuk membuat perbandingan dan lebih paham. Tayar berjenama lain, susunan tulisan pada tayar juga adalah lain.

Tayar aku dari tahun 2006 punye. Sudah hampir 4 tahun. Secara kasar, tayar baru boleh bertahan 2 hingga 3 tahun, namun bergantung juga kepada cara dan kekerapan penggunaan anda. Kalau mcm Encik Rahim Khalis setahun skali kene tuka kot, atau mungkin 6 bulan sekali. Kalau aku yg mmg kereta biasa terperuk je kat kolej, seminggu 3/4 kalo je kua, tu pun dekat2, bawak pun berhemah je, mungkin boleh 3 tahun atau lebih? Akupun tak pasti sgt senanye. Sbb walaupun tidak digunakan, tayar akan mengeras. Dengan kata lain, dah tak flexible dan lebih mudah pecah. Antara tanda2 lain kne tukar adalah bila tayar sudah makin botak, bunga2 sudah hilang, bengkak pada tayar, dan bila ada semacam rekahan pada tayar. Rekahan itu menunjukkan tayar sudah mengeras.

Antara lain mungkin perkara extra kene tahu adalah jenis bunga, jenama, rim dan tayar over2 yg mestinya sesiapa yg sgt minat kereta mesti lah tahu. Aku xdelah minat sgt, skdr ambil tahulah. General knowledge kan.

Jadi kesimpulannya aku mmg kne tukar tayar. Sebelum tukar mcm biasa cek harga pasaran tayar di internet. Byk je. Kalau tak mmg sah2 kne kelentong. Teringat pesanan seorang pakcik di Hulu Langat, Kalau bukan menipu, bukan cha-ya-nun-alif lah tu. Seryes, baik mcm mana tu, mmg itulah jenis mereka. Bukan bersangka buruk, tetapi berhati2. Tapi kalau muslim tu insyaAllah baik2 belaka lah.



- Alhamdulillah -

Wednesday, October 20, 2010

Tones

 - Bismillah -


 Tgk ni kalau ada ilmu, senang2 boleh buat side income.


untuk maklumat lanjut

nway, sape yg minat photography mmg xlari dari dengar lagi satu nama besar ni, CHOT. Korang google je 'chot' atau nama femes lagi 'chot touch'. Nama betul die aku tatau lah. Die adalah pengasas street candid Malaysia. Orang yg mula2 menjadikan tempat awam sebagai tempat menarik mengambil gambar, menangkap gambar random dan telatah aksi manusia (aku minat candid tp street candid aku xminat sgt nway). Dan kelebihan chot yg aku nampak adalah pada tones nya, dan skill portrait beliau (aku xminat sgt portrait, kecuali baby atau budak kecik, tp still kne buat org dewasa punye utk wedding), selain dari street candid dan still life yg jugak boleh tahan.

Cerita mengenai tones, mmg die akan buat gamba lebih 'emo' atau ada mood. Aku nampak orang yg tak minat photgraphy tak nmpk sgt kot apa yg dimaksudkan dengan mood. Dan tone kene pandai letak sesuai dengan gambar. Dan nk buat tones pun perlukan anda belajar photoshop. Tapi mcm terkejut bile mcm ramai beli tones yg chot jual. Mula2 mmg aku kagum, tapi dengan minat dan usaha, aku rasa aku dah hampir boleh tiru kebanyakan tones yg orang buat. Malah aku buat tones sendiri pun boleh. Nak habis beratus dan beribu beli tones? Baik aku beli lense baru, xpun beli dinar ke, boleh jugak buat hantaran nanti ye tak. Dan setelah dekat 10 bulan aku main dengan photoshop, ketahuilah sesungguhnya tak susah langsung nk buat tones. Aku boleh ajar. Yg penting ada perlu tahu basics, dan kemudian dengan minat yg tinggi dan suke try test, mcm2 tones boleh dihasilkan.. Tapi ada beberapa tones chot yg aku tgk mmg sgt unik la, susah nk tiru.



- Alhamdulillah -

Dinar 20102010



Tgk abg amin pun dah jd agen jual Dinar. Tapi Dinar muslim la. Harga mengikut harga pasaran di http://www.nubex.com.my


 

Dan paling penting skrg derang mcm tgh buat promosi. Harga rendah. RM590+ xsilap.

Harga utk Dinar Kelantan pada waktu aku tulis ini

1/2 Dinar :: RM 315.5
1 Dinar :: RM 631
2 Dinar :: RM 1 262
5 Dinar :: RM 3155
8 Dinar :: RM 5 048

1 Dirham :: RM 16
2 Dirham :: RM 32
5 Dirham :: RM 80
10 Dirham :: RM 160
20 Dirham :: RM 320
 
Untuk public Dinar lagi tayah cite, lagi mahal dari Dinar Kelantan. Dan kne ada certificate -.-'