39:21 tidakkah Engkau memerhatikan? Bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu dialirkanNya menjadi sumber-sumber air di bumi; kemudian ia menumbuhkan Dengan air itu tanaman-tanaman Yang bermacam-macam warnanya; kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya menjadi kekuning-kuningan; kemudian ia menjadikannya hancur berderai-derai. Sesungguhnya Segala Yang tersebut itu mengandungi peringatan Yang menyedarkan orang-orang Yang berakal sempurna.
.
Wednesday, August 10, 2011
My printer won't feed paper!!
- Bismillah -
Lebih kurang 2 bulan lepas, aku punye Samsung laser printer SCX-4300 (exactly mcm gambar di atas) tibe2 xnak feed kertas sendiri. Frust jugak la. Aku tak tahu nk buat ape. Dah la bilik aku mmg pusat printing dan photostat. Jadi bile org nk print aku terpaksa masukkan kertas satu2 ikut ruang kecik nipis lebar depan printer tu. Leceh jugak lah lagi2 kalau org print berpuluh2 page. Tapi kene buat jugaklah kalau tak, tak jalan bisness. Kire selama 2 bulan ni dah beratus jugak lah kertas aku terpaksa bubuh satu2. Dan laser printer kn sepatutnya laju dan cepat siap. Satu saat satu paper boleh print. Tapi sbb buat manual, seminit baru mingkin 4 helai je. Jadi mcm customer tunggu lama dan tgk aku masukkan paper satu2. Dan sgt awkward ok. Jadi terpaksa aku mulakan perbualan random dan akan menjawab soalan sama untuk setiap customer yg bertanya apa apa jadi dgn printer aku. Jawapan aku, 'aku pun tak tahu, nnt lah hanta baiki'.
Tapi setelah 2 bulan tak baiki2 juga. So tetibe pagi ni aku rasa nk try google kot2 aku boleh baiki sendiri. Well sbb baru2 ni aku aku bukan sahaja baiki laptop yg ada maslah software, tp hardware. Laptop tu aku dah berani bukak keyboard sampai ke motherboard semua. Ceraikan semua dan cantum balik. Ada sedikit bangga di situ >_<. Kalau tak sblm ni desktop je, tp da laptop skali kire mcm agak advance. Ramai jugak kawan2 aku yg ada masalah PC cari aku. Jadi kadang2 aku tak tahu tp aku try and error jugak dan lama2 aku rasa dah byk jugak aku tahu skrg.
So aku try la bukak printer aku. Ceraikan bahagian bawah tgk ape yg tak kene. Sambil2 usya tenet. Tp 40 minit aku mcm nak give up. Apa yg dicadangkan kat tenet pun takleh pakai. Tetibe terjumpa Yahoo answer ini : http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20081207162300AAK2VJK . Orang ni ada maslah sama, tp die punye bubble jet lah. Dan jawapan yg diberi, katanya rubber yg nk feed paper tu berabuk atau dah kering. Cadangan nya bersih dan lembapkan dengan alcohol. Dan aku pula student medic, brg2 simple seperti plaster, ubat etc termasuk lah alcohol swab mbg byk je aku ada. So aku amik alcohol swab dan lap2. Tunggu jap 2/3 minit dan try.
Tadaaaaaaaaaaaa, boleh feed dah hahahaha. Ok pengajarannya kadang2 sesuatu perkara tu simple je. Yang penting kne cube amik tahu, rajin mencari penyelesaian dan jgn takut untuk mencuba. Tapi nk cuba pun ada limit la, jgn sampai rosak habis semua barang. Aku dah nyaris2 mmg nk hanta repair kedai dah printer nih. Agak2 mesti kne charge mahal kalau kat kedai. Sbb kita pun kadang2 tak tahu die buat ape exactly. Tahu2 die bg resit kata buat itu ini dan ganti itu ini. Sedangkan penyelesaiannya sgt sgt simple. Kedai komputer dan bengkel kereta mmg mcm ni selalu. Nak jumpe yg jujur sgt susah.
Oh mcm mana aku memulakn bisness printing kat bilik nih panjang cite nye. Next post lah.
- Alhamdulillah -
Sunday, August 07, 2011
Choc Amal Wafa'
- Bismillah -
Jadi semalam (sabtu) aku balik rumah kejap. 6ptg aku pegi hanta iPod dulu ada org minta tlg beli kan, kemudian terus balik rumah, sampai sekitar 645ptg. Usya2 adik-adik yg tgh masak dan mak yg tgh layan fb, kemudian aku pun memulakan tujuan aku pulang ke rumah, iaitu untuk ambil gambar2 coklat.
Untuk gambar2 coklat lain yg ditangkap boleh lihat di blog seperti yg tertera di atas.
Coklat ini dihasilkan oleh syarikat kakak aku, selepas produk2 nye seperti baju, alat tulis etc. Boss adalah die, pekerjanya adalah sorang je, adik aku yg bernombor 6 yg menganggur dah dekat setahun kat rumah tu. Elok sgt la tu at least die ada keje sket nk buat.
Memula aku tgk coklat tu, aku mcm malas pun nak rasa. Biasa lah homemade coklat biasa mana sedap sgt. Tapi selepas sudah rasa dan sbb selepas ternampak bahan2 mentah yg digunakan adalah yg berkualiti tinggi, aku agak kagum dengan rasa coklat yg boleh tahan sedapnya. Mungkin tak sesedap Cadbury, Tapi jauh lebih sedap dari average homemade coklat yg biasa. Kalau ada carta 1 - 10 utk kesedapan coklat, Cadbury aku beri 8, dan coklat ni aku beri 6.5, average coklat homemade lain yg siap ada rasa susu tepung tu aku bg 2.
oh untuk facebook page, boleh lihat di alamat berikut :
Aku rasa boleh improve lagi rasa. Tp lagi byk kne improve pada rupa paras coklat tu sendiri. Bentuk dan presentation xberapa cantik sgt. Aku yakin akan improve akan datang sbb pembuat nye pun baru je mula. Nasib baik lah juru foto yg mengambil gambar2 coklat tu berpengalaman, jadi nampak la sedap dan menyelerakan >_<.
So jemput2 lah ke blog dan FB Choc Amal Wafa'
- Alhamdulillah -
Saturday, August 06, 2011
Friday, August 05, 2011
Vico Free
- Bismillah -
so sabtu lepas 30/7/2011, aku dan encik Rahim pergi minum Vico percuma somewhere kat Shah Alam. Lepas zohor. Time panas2 minum VIco sejuk, free pulak tu mmg nikmat. Kemudian die punye kek pun sedap2. AKu lupe nak ambil gambar makanan sbb sibuk sgt makan makanan2 tu. Haha. So lepas tu just ambil gambar random. Boleh lihat gambar2 lain di MusafirduniaPhotography@wordpress.
Pegi kejap je makan2 (yg penting) dan amik gamba sket2. Kemudian lepas tu terus ke Kajang, ke rumah baru abang. Ada doa selamat dan tahlil sket, majlis family2 lah. Yg ni cerita lain.
- Alhamdulillah -
Thursday, August 04, 2011
MDP bs & MDP wp
- Bismillah -
Memandang kan aku mcm sgt sgt dah jarang keluar photoshoot, maka blog MusafirduniaPhotography @ Wordpress yg aku igt nk letak gambar2 landscape mcm tak terisi-isi. Maka dengan ini aku letak semua gambar2 bukan berbayar di blog itu, samada dari outing atau apa2 event sendiri, family, kawan2, kolej etc. At least terisi sikit.
Blog MusafirduniaPhotography @ Blogger biarlah untuk kerja2 photography berbayar sahaja. Untuk customer tgk. Takde la campur sana sini.
Apu lg prefer wordpress sbb boleh letak gambar lg besar (1000pixels wide) compare dari blogger yg lbh kurang 860 pixels je. Besa lagi nnt die keluar dari templete dan nampak pelik.
Aku mulakan dengan post Baby Zahir dulu yg baru aku pindahkan. Letak byk2 sket pun takpe (sampai 26 gambar satu post) sbb limit wordpress ialah 3Gb.
Byk lg akan di isi dgr gambar2 insyaAllah.
- Alhamdulillah -
Monday, August 01, 2011
LIVE Stream from Al-Masjid al-Haram in Mecca
- Bismillah -
Boleh tengok secara langsung solat Tarawih dari sana.
- Alhamdulillah -

