.

Friday, June 06, 2008

Rubik's cube tutorial part 2

Jom sambung...

Lepas da siapkan 1st layer, terbalikkan cube. Kire skrg ni kuning pulak jd U

LANGKAH 3. Untuk menyiapkan 2nd layer, anda perlu mengalihkan 'middle piece' dr 3rd layer ke 2nd layer (1st layer adalah yg telah kita siapkan). Pusing 3rd layer U atau Ui supaya kedudukan 'middle piece' yg ingin dimasukkan berada pada; warna permukaan tepi adalah sama dengan 'centre piece'. Seperti dalam gambar di atas, gambar kiri; 'middle piece' hijau-merah diletakkan supaya warna hijau (warna permukaan tepi) pada 'middle piece' selari dengan 'centre piece' hijau. Boleh jd juga anda akan mendapat seperti gamba di sebelah kanan; dimana warna 'middle piece' permukaan tepi adalah merah.

Setelah diletakkan pada posisi begitu, dengan permukaan yg diselarikan warnanya td sebagai F (FRONT), jika 'middle piece' y ingin di alih dr kanan ke kiri (gambar kiri), buat algorithm ini; Ui Li U L U F Ui Fi. Jika kiri ke kanan (gambar kanan); U R Ui Ri Ui Fi U F. Ulang langkah yg sama sehingga 2nd layer siap.

F2L (First 2 layers) yg sudah siap.

LANGKAH 4 adalah untuk mendapat kan bentuk "cross" pada permukaan kuning (permukaan U). Tp sblm itu kita perlu mendapatkan bentuk "L-terbalik" (dengan bukaan menghadap luar) atau "garis lurus" seperti dalam gambar di bawah. Boleh jadi selepas siap F2L, anda akan terus mendapat "L-terbalik" atau "garis lurus" atau terus siap "cross". Boleh juga anda tidak mendapat mana2 seperti dalam gambar di atas.

Jika anda mendapat "L-terbalik", posisikan L tersebut pada kiri-belakang seperti dalam gambar di atas, dengan F seperti dalam gambar, buat algorithm ini; F U R Ui Ri Fi. Jika "garis lurus", posisikan garis lurus melintang dan dengan F seperti dalam gambar, buat; F R U Ri Ui Fi. Jika tidak mendapat apa2, buat sahaja mana2 algorithm dengan mana2 permukaan sebagai F dan anda akan mendapat samada "L-terbalik" atau "garis lurus", kemudian buat seperti biasa.

"Cross"

LANGKAH 5. Kemudian adalah untuk menyamakan warna permukaan tepi bg 'middle piece' pada 3rd layer dengan warna yg sama pada 'centre piece' pada 2nd layer seperti dalam gambar di atas.
Biasanya setelah kita siap cross, cuba pusing2 3rd layer U atau Ui dan biasanya ada 2 permukaan yg bersebelahan sudah sama seperti dalam gambar di atas. Posisikan permukaan yg sama sudah sama itu pada kanan dan belakang, dengan F seperti gambar di atas,
buat R U Ri U R U U Ri.

Jika tiada yg sama atau permukaan yg sama tidak bersebelahan tetapi bertentangan, dengan F mana2, buat sahaja algorithm tersebut dan anda akan mendapat 2 permukaan bersebelahan yg sudah sama.

LANGKAH 6. Cari 'corner piece' yg sudah berada pada kedudukan yg betul seperti dalam gambar di atas (corner piece hijau-oren-kuning berada pada bucu hijau-oren-kuning). Tak kesah 'corner piece' tersebut is flip correctly or not, janji kedudukannya betul. Dengan meletakkan 'corner piece' itu pada pada F-R-U, dengan F seperti dlm gambar di atas, buat; U R Ui Li U Ri Ui L. Dengan buat sekali atau maximum 2 kali, semua 'corner piece' akan berada pada kedudukan yg betul either its flip dengan betul atau tidak.

Jika slps cross tiada 'corner piece' yg sudah berada pada kedudukan yg betul, buat sahaja algorithm tersebut pada mana2 bucu dan anda akan mendapat 1 'corner piece' pada kedudukan yg betul.

LANGKAH 7. Buat seperti dalam gambar di atas. Tentukan F (mana2 permukaan pn boleh jd F dlm kes ini). Dengan bermula pada mana2 bucu yg belum siap (yg diletak pada kanan-depan-atas), ulang Ri Di R D sehingga posisi 'corner piece' itu betul. Kemudian pusing 3rd layer sahaja Ui dan ulang algorithm yg sama sehingga semua corner piece flip dgn betul.

TAHNIAH!!!
ANDA TELAH BERJAYA MENYELESAIKAN RUBIK's CUBE ANDA YG PERTAMA!!

p/s..Cara yg aku ajar ni sebenarnya cara yg paling mudah. Ada lg cara lain yg memerlukan lbh byk kne ingat tp dapat siapkan dengan masa yg lg pendek

Alhamdulillah

Rubik's cube tutorial part 1

Memula ialah anda perlu ada Rubik's cube. Memandangkan dalam menyelesaikan cube ini kita akan menggunakan beberapa algorithm, kita kena kenal Rubik's cube dengan baik. Algorithm ni mcm sifir laaa.. 1st skali kita kene tahu yg Rubik's cube ini ada 3 layer. Dan kita akan menyelesaikannya layer by layer.

Gamba di atas adalah Rubik's cube jika dibentangkan. Biasanya kita akan menentukan permukaan depan dll sebelum kita menggunakan algorithm. Katakanlah HIJAU adalah permukaan depan F (front), merah akan jd R (right), oren=L (left), putih=U (up) dan kuning=D (down).

Dengan hijau sbg F.

Kemudian kene tahu rotation cube. Gambar di atas menunjukkan simbol yg gunakan dalam algorithm dan arah pusingan yg betul. Jika hanya huruf besar (UDRLF), pusing permukaan yg berkaitan mengikut arah jam, jika huruf besar dan ada " i " atau " ' " (UiDiRiLiFi atau U'D'R'L'F'), pusing permukaan yg berkaitan mengikut arah lawan jam.

Sebelum mula menyelesaikan Rubik's cube, kene la hancurkan dulu susanan warna, kalo x nk selesaikan apa.

LANGKAH PERTAMA adalah untuk menyiapkan lst layer. Katakanlah putih sebagai U. Untuk menyiapkan 1st layer, apa yg kita perlu buat adalah dengan membuat cross seperti dalam gambar diatas. Perlu diingatkan yg 'middle piece' utk putih perlu diletakkan dengan betul supaya warna pada bahagian tepi juga turut sama. Seperti gambar di atas, cross putih dengan warna hijau dan merah di permukaan tepi turut sama dengan 'centre piece' pada permukaan yg berkaitan dengannya, Pastikan semua 4 warna sama!


LANGKAH KEDUA adalah dengan menyempurnakan 1st layer. Masukkan 'corner piece' putih ke cubu yg sepatutnya. Ingat! 'corner piece' sebetulnya bukan hanya memasukkan putih tetapi juga warna2 di permukaan tepi dengan permukaan yg sepatutnya. Mcm gamba di atas, 'corner piece' putih-hijau-merah' berada pada bucu putih-hijau-merah dengan betul. Begitu juga dengan corner piece yg lain.

Untuk 1st layer, tiada steps yg spesifik bagaimana untuk memasukkan pieces yg betul pada tempat yg sepatutnya. Anda patut mencubanya dan akan pandai sendiri. Anda patut terus berlatih sehingga dapat menyiapkannya bawah 45 saat (sbenarnya sgt lama utk expert, tp utk beginner sudah di kira bagus).

Selamat mencuba! Da tere nnt kita blaja buat 2nd layer pulak.

Alhamdulillah

Thursday, June 05, 2008

exam lg....

Bismillah

Ya Allah..berikanlah aku kejayaan yg cemerlang untuk final exam ku 2 minggu lg nih
ameen...

Ramai yg sudah tahu bagaimana ingin menyelesaikannya...
Ramai juga masih tidak tahu..

Atas permintaan ramai...
Akan datang...
Tutorial bagaimana menyelesaikan Rubik's Cube.
Pastikan anda ada rubik's cube kalo x mcm mana nk selesaikan.
Kat Tesco Shah Alam ada jual, RM2.50 je
(tp separuh mati nk pusing, kalo xsaba mesti patah cube tu)
kat beberapa kedai mainan kat Times Square pn ada, RM18/RM15/RM10
(kualiti boleh tahan la, yg murah sket tuh kualiti makin teruk n makin keras nk pusing hampir menyamai yg tesco punye)
Nak jenis yg mantap bole didapati di Toys R Us d subang perade atau mid valley,
RM29 (kualiti paling best)

ngeheheheee..

dan semoga aku terus dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki
dan ditetapkan sentiasa di atas jalan-NYA
selamat hari lahir kepada diri aku
blaja rajin-rajin

Alhamdulillah

Friday, May 30, 2008

Sempena Tandas Baru






18 May 2008

Friday, May 16, 2008

.................

Bismillah...


moga aku sentiasa tergolong dalam golongan mereka yg ber-SYUKUR
dan orang-orang yang SABAR
.
.
ameen~

Thursday, May 15, 2008

sIng..

Assalamuaalaikum..

fuh~ 2 minggu yg memenatkan...

oo yee..ada pengumuman untuk semua rakyat Malaysia.
Saya mewakili AJK EPISMA ingin menjemput mana2 kumpulan nasyid yg merasakan diri mereka sgt hebat dan tere untuk menyetai pertandingan nasyid yg bakal diadakan sempena EPISMA 08 di Dewan TUnku Cancelor UM. Di ingatkan sekali lagi, kumpulan anda mesti hebat dan pernah memenangi 3 tempat pertama pada mana2 pertandingan nasyid yg pernah diadakan. Kumpulan cikai2, yg tak penah2 menang dan yg baru nk mencuba masuk pertandingan tidak akan dilayan melainkan jika ada tempat lebih. Dengan kata lain, pertandingan ini cuba mengumpulkan mereka2 yg hebat2 belaka. Jadi jika anda rasa kumpulan anda hebat marilah menyertai. Xhebat xyah join. Maaf jika pelawaan agak kasar dan kurang sopan.

Tarikh : Akhir bulan 7 (tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian)
Terbuka kpd 12 kumpulan terawal
2 lagu dalam masa 10 minit
SAlah satu lagu mesti Live..(accapella/main alat musik sendiri..xleh minus one)

maklumat yg lebih terperinci akan diberitahu kelak
Untuk pertanyaan peringkat awal boleh hubungi Mr M ditalian 0123133764

Terima Kasih.
.
.
sing dollar aku byk xgune, ni gara2 pulau sentosa tutup arr nih!!
("|)


Wednesday, May 07, 2008

HilanG DalaM DamaI

Alahmdulillah..exam da hbs . Teruknye neuro anat aku..wuuu..
kol 12 jap g nk ke times Q n lowyat.
Malam pulak balik umah sbb mama kata die da rindu.
Esk, kamis dtg balik sbb jumaat 630 pagi akan bertolak ke singapore la.
Ya Allah..berilah aku lulus..amin~

Sedikit cerita mengenai EPISMA (EXPO PERUBATAN ISLAM MALAYSIA) yang bakal di anjurkan oleh PSIPUM (persatuan siswa siswi islam perubatan UM). Nama asal adalah EXPO PERUBATAN ISLAM UM, tetapi sbb pengarah projek merangkap rumet aku sgt mantap, pelbagai agensi perubatan besar tempatan dan antara bangsa akan turut serta. Malah PPIM (persatuan perubatan islam malaysia) ingin menjadikan EXPO ini sebagai satu platform utk derang menyampaikan anugerah doktor cemerlang peringkat malasia.. da jd mcm AIM la pulak. Jadi setelah berbincang maka dipersetujui untu tukar UM jd MALAYSIA dengan singkatan EPISMA 08. Program yang menelan belanja RM100 000 lebih ini akan dilangsungkan selaba 3 hari 3 malam pada penghujung bulan 7 di Kompleks perdana siswa UM. Target kitorang nk mengalahkan kemeriahan FESKUM (festival konvokesyen UM). Kita tunggu dan lihat... Banyak aktiviti bermanfaat dan menarik turut di adkan berserta juga aktiviti2 sampingan. Detail nya akan dihuraikan kemudian sbb skrg masih dalamm peringkat awal perancaangan. Logo tu mesti la aku yg design, tp terima kasih kpd YOEPMI atas idea dan konsep.
.
Alhamdulillah
.