.

Friday, April 27, 2012

Sentap 2.0 - Photoshoot SchaWal berlecak?

- Bismillah -



Aku tak minat sgt ambil gambar portrait, tp tgk tahap bertapa professional dan telitinya kerja2 SN dalam nk ambil gambar, dan hasil nya yg mmg tiptop, fuh mmg murmur kejap jantung nih.

Aku ada memasang impian untuk bekerja dgn mereka2 yg pakar seperti ini. Pengalaman yg susah nk dapat. Tak salah memasang angan2 kan.

0____________________o





- Alhamdulillah -

Lagi nota untuk Ummi :) versi Hannan

- Bismillah -

Sekadar berkongsi, hasil tulisan Hannan Rozman, khas buat ibunya yang baru meninggal dunia. Takziah di ucapkan kepada keluarga beliau. Semoga Roh ibunya ditempatkan dikalangan orang yg beriman. Al Fatihah.


___________________________________________________


Pagi selasa, 10 april 2012, pergi nya ummi.. insan yang paling kucintai setelah Allah dan rasul. teman berbual setiap malam, peng"like" setia di facebook :')

Ummi, sepanjang hidup yang hanya berkorban utk orang lain. Pemergian Ummi benar2 menyentuh hati ramai walaupun tak pernah kenal Ummi. MasyaAllah, ramai nya mendoakan Ummi.

Kami bangga jadi anak ummi. Walaupun tidak berharta, ummi sangat kaya dengan jiwa ummi yg besar. Tersenyum bila tgk gambar gambar ummi yang di post kawan2, tahun 2005, masa ummi terima sumbangan banjir, 2008 di hospital IJN, 2011, hingga ke hari2 terakhir ummi, ummi masih pakai lagi baju dan tudung yang sama :) mesti senang Allah nak hisab ummi kan.

Pengorbanan ummi terlalu besar ya Allah, sanggup ummi gadaikan barang kemas ummi dulu hanya untuk masukkan kami ke sekolah al-amin. Walaupun yuran yang sangat mahal, ummi tak mampu, demi tarbiyah, ummi cuba jugak buat bisnes, tlg abah saat2 kita susah dulu. Bangun seawal tiga pagi, menguli tepung. Femes ummi sbb donat hehe

Ummi pilih utk xbekerja. Sbb ummi nak jaga anak2. Masih simpan lg msg abah beberapa thun lepas,

"for me, i will forever remember the day i asked ummi in England.. "nak continue study?".. n ummi replied, "no. i want all our children to have the best love, care, comfort n education that as a mother.. i can give." ..now, 24 years later, if u ask me, .. ummi has done her best!.. n she did,.. coz look at urself n ur siblings.. to her eyes n heart, all of u are the best children a mother could possibly have! so dont worry.. always do ur best n take good care. i know ummi love all of u n very proud of u guys."

Hidup ummi penuh dgn ujian besar kan ummi? Nyata Allah sgt2 sayang ummi. Tragedi 2007 yg pd awalnya nampak kecil, hanya tergelincir di sekolah yg menyebab kan lutut ummi seliuh. yang akhirnya mengambil nyawa ummi.

Takdir Allah, doktor pasang plaster cast terlalu ketat. Hingga menyebabkan DVT (deep vein trombosis atau darah beku)
Darah beku tersumbat di paru2 ummi, sehingga jantung ummi terpaksa bekerja lebih kuat akhirnya bengkak.

Tahun 2008, ummi di masukkan ke pakar IJN utk rawatan. Skali lagi takdir Allah, doktor ummi bg ubat yg salah. akhirnya abah hantar ummi ke ampang puteri, dr Ahmad kata, the only solution is heart and lungs transplant. Allahu akbar.. Perit tgk ummi terseksa tp ummi sentiasa sabar. Keadaan ummi kritikal, tp sbb ummi kuat semangat. Dengan kasih sayang dan rahmat Allah, ummi dpt extra 4 tahun! :)

Wlpun berkerusi roda dan bantuan mesin oxygen, ummi sempat tgk hannan grad :') satu langkah ummi mcm seratus langkah orang sihat. Menitis air mata tgk ummi dtg. walaupun ummi xdpt keluar tgk dunia.. tp dalam bilik ummi tetap in touch with the world kan..semua kawan2 kami pon kawan2 ummi :p

Kalau orang datang ke rumah, mesti kata eh ummi nampak sehat je.. Sampai kan semua orang xnampak pun ummi tgh sakit. Kuat nya ummi ni. Perit ummi simpan sorang2. Ummi ku yg ceria, masih mampu tersenyum hingga ke saat2 terakhir.

Bersyukur sgt.. Ummi ramai kawan yang baik2.. Bukti Allah tu Maha Penyayang. Maha Pemberi Rezeki. Maha Menjaga. di sebalik ujian yang besar.. terlampau byk pertolongan dan kasih sayang yang Allah beri. Tak putus2 orang dtg ziarah ummi di rumah dan hosp, alhamdulillah. Bak kata kawan ummi, "the irony of her departure is that it also brings people together. Such is her blessing" :)

Sudah sampai masanya ummi, kami redha ummi pergi.. Tak sanggup tgk ummi menanggung sakit. Saat2 terakhir, ummi masih boleh ckp dengan jelas.. Siap bergambar lagi.. :p sebak Hannan sapukan air wudhuk ummi yg terakhir. Ummi hanya mampu solat baring. Selesai solat, sayup2 ummi pesan.." Hannan.. Jaga semua orang.. Illiyya n imran kecik lagi.." sempat pulak minum zamzam campur ribena, puji si khairun bancuh sedap. :D menitis air mata kami disebelah ummi, ummi pujuk "jangan lah nangis..."

Alhamdulillah, bersyukur xterkata Allah beri byk sgt peluang utk kami anak2 ummi. Kami xsempat belikan ummi kereta baru, rumah even baju2 cantik, tak pe ummi, kami Hantar ummi dengan bacaan yasin sebelah ummi saat saat genting Ummi pulang ke rahmatullah, Mandikan ummi, kafankan ummi, solat berimamkan anak ummi sendiri. Itu saja yang terbaik kami hadiahkan. Kami yakin ummi sedang berehat di sana :) tgk wajah ummi tenang, urusan jenazah yang dipermudahkan.. Ramai yang datang.. Hujan pun turun tepat2 talkin habis dibaca. Alhamdulillah

walaupun ummi dah tak ada.. tak ada apa yang hilang.. bak kata abah.. "macam naik LRT lah.. ummi naik awal 20 minit".
tabah betul abah! u are one in a million. bertuah ummi.

Buat semua yg mmbaca, tlg doa utk ummi ya.. Semoga kubur ummi seluas2 istana yang ummi idam2 kan, wangi.. Lagi wangi dr ambipur :) al fatihah..

sayangi lah ibu bg yang masih ada.. sehabis boleh. sesungguhnya syurga di bawah tapak kaki mereka

p/s: malam ni (12/4) ada bacaan yasin n doa utk ummi di masjid salahuddin al ayyubi taman melati.. bg yang dekat, jemput sama2 kita solat jemaah magrib n isya'.. di samping menambah amalan sendiri.. boleh doakan utk Ummi :) jzkk

 


My Graduation Day 16th October 2011




________________________________________________________




- Alhamdulillah -

Thursday, April 26, 2012

6 bulan, kolej 1, =(

- Bismillah- 



Al kisah koleh 6 (kolej yg aku menetap dari 1st year) akan menjalani major renovation, terutamanya pada blok B dan blok A (blok untuk senior, bilik sorang 1). Maka aku dan lbh kurang 30 orang kawan yg terpaksa mengharungi lagi 6 bulan sebelum bergelar doktor, terpaksalah ikhtiar sendiri untuk cari tempat tinggal lain. Aku fikir aku terpaksa berterima kasih dgn Nor dan Anis yg byk ke kolej2 lain untuk pohon penginapan untuk semua orang.

Dipendekkan cerita, kami dapat kolej 1. Kolej 1 ini masih terletak dalam UM. Cumanya agak jauh dari fakulti perubatan dan hospital. Ini kerana kolej 6, fakulti perubatan dan hospital adalah sebelah2. Maka mmg mudah kalau duduk kolej 6. Yang lagi best ketiga2 kompleks ini terletak di atas bukit. Dan kolej 1 pula di bawah bukit.

Kekurangan Kolej 1 berbanding 6 :

1. Bawah bukit, jadi jauh dan penat nak ke hospital hari2. Da la kelas 8-5 setiap hari. Penat dan sakit kaki hari2. Nak naik kereta pun tak boleh, sbb parking takde. Saman nk bukak clamp UM skrg dah la dinaikkan dari RM50 ke RM300. Mmg better jgn cari pasal. Dan aku sebenarnya tak kesah jalan jauh nak bukit. Part tak best bila pagi2 atau tgh hari, dah mandi bersih wangi2, naik bukit dgn panas terik lagi, sampai atas da peluh n busuk (org lain la busuk, aku wangi je selalu). Ini sgt tak best.

2. Kedai makan jerit yg kurang sedap makanannya. Aku igt kolej 6 punya kedai makan dah paling teruk dah. Rupanya ada lagi yg lagi tak sedap. Kemudian kedainya cuma ada tukang masak dan tukang buat air. Bila nk order kne pergi kaunter dan tulis sendiri nk makan ape. Dan lepas siap, dia akan jerit nama makanan yg dah siap, dan kita kne ke kaunter semua untuk ambil. Maka aku panggil kedai itu kedai makan jerit. Walaupun penduduk asal kolej ini memanggil KFC (Kedai makan First College). Kalau aku tak salah lah.

3. Pintu nk masuk ke blok takde excess card, guna kunci biasa. Jadi leceh kne bawa kunci berat2 kalau sekadar nk keluar sekejap pergi kedai atau makan atau nk berjoging. Sbb pintu masuk blok mmg auto lock. Jd mmg kne bawa kunci setiap kali nk keluar. Kemudian kunci die pulak panjang dan lubang kunci sgt kecik. Jadi selalu mcm 10 saat jugak la nk masukkan kunci ke lubang kunci sahaja. kalau malam dan tgh penat atau hypogylceamic, tambah lagi 10 saat. Sgt leceh dan lambat. Kalau tengah rushing mcm nak menyumpah-nyumpah jugaklah. Kalau kolej 6, nk masuk blok pakai excess card sahaja, sgt mudah. Mcm touch n' Go lah. Kad pun guna kad matrik, tak perlu kad tambahan.

4. Sgt panas! Yang tak bestnya panas bahang. Mmg tak tahan. Kipas pun bahang tetap bahang. Asik mandi je kejenya aku. Aku tak pasti samada ini maslah kolej atau lokasi bilik tak strategik sgt.

5. Parking jauh. Kalau duk kolej 6 ada parking besar sblh kolej. Kalau kat 1st, parling public terdekat adlah di fakulti undang2. Xde la jauh sgt tp mcm still leceh. Jadi terpaksa park kereta di sana, memandangkan ktrg masuk tgh2 sem, jadi parking kolej semua dah penuh.

6. INTERNET SGT LEMBABBBBBBB!!!!!!!!!!! Ok ini sebenarnya point paling besar tp saje tulis bawah skali. Internet die ya Rabbi, kalau siang nk bukak google pun, mmg tunggu la 10 jam pun belum tentu da bukak. Nak online biasa jam 2 pagi sampai subuh. Yang tu ok laju. So kalau aku yg jenis byk nk upload gamba nih, mmg kadang2 terpaksa tidur lambat sampai 3/4 pagi sbb nkj settlekan upload gambar dan urusan2 yg lain. Aku byk urusan buat dgn internet, termasuk lah belajar. Baru2 ini aku ada projek yg sgt sgt memerlukan internet.


- Alhamdulillah -

Tuesday, April 10, 2012

Majlis Sosial Pediatrik Onkologi kali ke-10

- Bismillah -




Jadi ada orang tanya gambar apa yg aku post byk2 kat fb tu. Majlis Sosial Pediatrik Onkologi kali ke-10 ini sebenarnya adalah majlis tahunan yg di anjurkan oleh jabatan Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), untuk meraikan dan menggembirakan terutamanya kanak-kanak yg mengidap cancer yg mendapat rawatan di UM. Semua kanak2 yg mengidap kanser dan keluarga mereka di jemput hadir bagi memeriahkan majlis. Majlis ini sgt santai, penuh dgn permainan, hiburan kanak2, makanan, dan persembahan. Secara tak langsung dgn ada program ini, kanak-kanak ini dan keluarga mereka boleh bersenang, berhibur dan berseronok seketika, melupakan sebentar barah yg mereka hadapi.

Aku pun tahu tentang majlis ini agak lambat, sehari sebelumnya (pada hari jumaat). Majlis ini di adakan pada sabtu (7/4/2010), dari awal pagi sehinggalah petang. Majlis anjuran PPUM ini aku perasan biasa tiada fotografer, memandangkan kebanyakan majlis adalah charity. Mmg press byk, tp mereka ambil gambar sikit2 dan balik. Jadi aku pun pergi mengambil gambar secara sukarela, memandang kan aku pun sedang free dan kebosanan.

Ok aku tipu sbb aku dgr majlis ni biasa ada makanan free yg sgt sedap2. Biasa la majlis byk terima sponsor hagagaga. Tapi sbb mcm pegi makan je tak baik jadi aku pun nk tolong lah something. Tgk mcm sukarela da cukup, tp takde fotografer. Aku aku pun dgn selambanya pergi ambil gambar mcm OP. Best par bawah kamera besar2 org kan sentiasa igt ko OP dan tak kesah bila nak ambil gambar mereka.

Jadi yg belum tgk gambar boleh tgk di link2 sini :


________________________________________


Sebenarnya Jumaat itu aiman dah msg ajak pergi Broga pada esoknya hari Sabtu. Ha'a Broga lagi. Yeeeeeeee aku tahu aku da pergi byk kali Broga. Asik Broga je. Untuk kali ke 21 lebih tepatnya. Sejak kebelakangan ini aku dan Aiman selalu pergi Broga just nk exercise. Memandangkan takde la jauh sgt dari UM. Sekitar 30 minit sahaja sbb biasa bergerak awal pagi (jam 5 pagi).

Balik dari Broga dan sampai UM jam 9 pagi. Siap2 mandi sume terus ke fakulti (majlis sosial tu di buat di fakulti perubatan UM. PPUM, medical faculty dan kolej aku boleh kata mcm bersambung antara satu sama lain, jadi semua dekat2 sahaja). 1030 pagi lari kejap pergi hanta kawan aku sorang ni, Sazali ke stesen bas Jalan Duta. Dia nak balik kampung. Kemudian jam 1130 pagi sambung pergi ambil gambar. Aiman dan Usamah yg pergi Broga pada hari yg sama, pun join skali pergi memeriahkan majlis. Ceh padahal masing2 nak makan free. Usamah siap borong aiskrim 3 kotak lagi ok bawak balik rumah. Tp sbb mmg sgt byk makanan lebih jadi di maafkan.


- Alhamdulillah -

Wednesday, April 04, 2012

Trekking to Annapurna Base Camp by Udeyismail

- Bismillah -




Buat korang yg minat travel and hiking, jgn lupa saksikan video2 perjalanan beliau ke Annapurna Base Camp!
http://www.youtube.com/user/udeyismail/videos

Ada byk episode. Mmg sgt menarik. Harap2 diberi peluang untuk pergi ke tempat2 begini juga satu hari nanti.


- Alhamdulillah -

Monday, April 02, 2012

Another 6 months

great




.

Vid Youtube & Gambar FB

- Bismillah -

Baru2 ini aku ada upload video untuk blog korea di Youtube. Dan selepas upload, die mcm ada keluar satu option, dia boleh detect video kita gegar ke tak. Dan youtube ada satu sistem/software untuk betulkan gegar2 tu supaya video jadi lbh smooth. Korang boleh tgk hasilnya di blog korea pada link berikut. 


Video menjadi sgt smooth walaupun kadang2 nmpk mcm pelik dan fake sikit. Itu vid yg kualiti sgt rendah, agaknya mcm mana pula kalau kualiti video yg lebih bagus. Apa2 pun sistem ini sgt menarik dan menjadikan vid lebih cantik. Maksudnye tak payah beli camera stabilizer dah la, sbb boleh smooth kan pergerakan kamera dgn software (dgn kata lain software sebegini mmg wujud dan kne cari la).

Tapi still aku nak camera stabilizer sbb yg ori dari kamera lbh bagus dan kualiti lbh baik dari editing menggunakan apa2 software.

Berkenaan kualiti gambar di FB pula, kualiti gambar di facebook telah dinaik taraf dgn resolusi skrg boleh sehingga 960 pixel. Boleh baca artikel di alamat berikut.


Dan aku baru belajar cara baru untuk mendapatkan kualiti gambar yg lebih baik di facebook. Caranya adalah kia resize siap2 gambar menjadi 960 pixel kemudian baru upload. Kalau kita upload gambar resolusi lbh besar dari itu, facebook akan secara automatik resize gambar kita akibatnya gambar kita pecah dan kualiti sgt buruk (walaupun saiz resolusi 960 pixel).

Tapi apa2 pun kualiti gambar di FB adlah masih lebih rendah berbanding di blogspot yg menggunakan picasa. Maksudnya walaupun kedua2 gambar ber-resolusi 960 pixel, tp gambar di blog adalah lebih baik.


- Alhamdulillah -