.

Tuesday, January 31, 2012

Novel Ramlee Awang Murshid

- Bimilillah -

Seperti yang semua tahu atau yg tak tahu, kerajaan Malaysia ada memberikan 'baucer buku 1 Malaysia' bernilai RM200 (4 keping baucer RM50) kepada semua pelajar tempatan di seluruh Malaysia. Maka aku yg masih berstatus pelajar adalah tidak berkecuali.

Mengenai novel2 Ramlee Awang Murshid, aku mmg dah lama mengikuti hasil2 penulisan novelis thriller terkemuka Malaysia ini. Sejak dari bangku sekolah lagi. Sejak dia mula masuk bersama Alaf 21 lagi. Masih ingat semasa di tingkatan 5, aku menjadi pustakawan sekolah, akulah orang yg mencadangkan untuk membeli semua novel2 penulisan beliau sebagai koleksi buku di perpustakaan sekolah. Dan aku sendiri yg pergi beli di Pesta Buku Antarabangsa ketika itu (2003), dan aku juga berjaya mendapat kan tanda tangan abang Ramlee untuk kesemua buku2 belia. Ada 5 atau 6 buku kot yg aku beli sekaligus ketika itu.




Dan sehingga sekarang, aku rasa novel2 Ramlee adalah satunya2 novel bahasa melayu yg aku baca dan sentiasa mengikuti perkembangan hasil2 karya terbarunya. Novel2 melayu lain ada baca tp kalau betul2 best je la, tapi tiada pula kenal mahupun mengikuti perkembangan karya penulisnya. Except datuk sedaraku, Abdullah Hussein. Itu tak kenal mmg nk kene la kan.

Tapi tahun 2006 aku berhenti membaca apa2 novel2 pun termasuk novel2 baru hasil penulisan Ramlee. Mungkin sbb byk sgt buku medic kne baca sampai aku dah taknak baca apa2 lain dah. Asik membaca je, walaupun mcm tak pandai2 jugak  .____. . Jadi last buku yg aku baca adalah Hijab Sang Pencipta, yg aku beli dan sampai skrg baru baca suku je haha. Masa stop baca tu igt stop kejap je, ni skali da 6 tahun tak sambung2 lagi. Rasanya lepas tu ada 6 novel baru yg aku dah tak baca - Fiksyen 302, Rayyan Fantasi, 9 Nyawa, Mikhail, Cinta Sufi, Cinta Bidadari.

Tapi sbb da ada vaucer dan beli barang di kedai buku, maka perlu genapkan harga kepada RM50 atau gandaannya, sbb kalau tidak, akan rugi,sbb xdapat baki (walaupun ada kawan aku kata masa mula2 dapat vaucer MPH Mid Valley pegi bg baki RM49 walaupun beli pen RM1). Jadi tadi aku pergi MPH Mid Valley dan aku beli Fiksyen 302 dan Rayyan Fantasi. Beli je dulu tatau la bile nk baca ._____.    ,yg 2 lagi pun igt nk beli tp yg 2 cinta2 tu tatau la nk beli tak. Walaupum ada unsur2 thriller juga, tp cinta2 tu membuat kan aku kebosanan. Dan antara sbb kenapa aku tak habis baca buku yg last aku baca tu. Baru suku je rasanya baca.

Jadi di bawah ini aku listkan semua buku2 Ramlee Awang Murshid yg diterbitkan oleh Alaf 21. Sebelum2 itu dia ada tulis3/4 buah novel juga rasanya, tp penerbitnya syarikat lain.

Novel RAMFC 

  1. Fiksyen 302 Terbaru!
  2. Rayyan Fantasi
  3. 9 Nyawa
  4. Mikhail
  5. Ungu Karmila
  6. Hatiku Di Harajuku
  7. Adam
  8. Mandatori
  9. Satu Janji
  10. Rahsia Perindu
  11. Ranggau
  12. Personal Justice
  13. Tombiruo
  14. Semangat Hutan
  15. Tombiruo Terakhir
  16. Bagaikan Puteri
  17. Cinta Sang Ratu
  18. Hijab Sang Pencinta
  19. Cinta Sufi
  20. Sutera Bidadari
Koleksi Novel Bersambung
  1. Trinovel Tombiruo -  [Tombiruo, Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir]
  2. Epik Lengkap Laksamana Sunan - [Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi & Sutera Bidadari]


2 novel baru yg juga paling latest yg baru dibeli :




Temubual Ramlee Awang Mursyid tentang Fisyen 302 :





3 Gamba di bawah merupakan yg di ambil dari google tampa izin :






Selain itu Ramlee Awang Murshid juga ada kelab peminat.
http://www.kelabram.com
https://www.facebook.com/RAMFC


- ALhamdulillah -


2 comments:

SMM said...

nak baca ADAM. ada tak?

Musaf said...

xde, byk novel2 lama sy baca kat sekolah dulu, perpustakaan punya. Yg baru2 ada la.