.

Monday, January 23, 2012

SNAP - Tona Warna

- Bismillah -


Sabtu baru2 ni aku ada menghadiri satu2nya dan yg pertama kelas photography sepanjang hidup aku. Tapi not exactly kelas photography. Tapi kelas Tona Warna (gamba atas yg kanan skali).

Kelas ini :

Aku mesti kata, agak seronok. Mungkin bg sesetengah orang ini kelas photoshop, tp sebenarnya tidak bg aku. Sebab sedar tak sedar aku dah tahu photoshop agak byk. Jadi apa yg di ajar tidak membantu sgt.  NAMUN, yg paling best yg aku dapat, adalah teknik SN sendiri menghasilkan tone die. Sebab sebelum ini cara aku buat tone agak lain. cara SN lebih mudah ringkas dan nampak hasilnya. Aku punya sgt complicated, punye banyak layer tapi hasil tak consistent langsung.

Kiranya mcm buat kopi. Antara aku dan org yg mmg expert buat kopi. Tapi die punya lg sedap sbb teknik dia lebih hebat. Mungkin ada suhu tertentu. Mungkin kne masuk kopi dulu, air panas dan last skali baru susu. Mungkin serbuk kopi tu kne kisar halus lagi etc. Tapi hakikat nya dua2 pandai je buat kopi.

Tapi ape2 pun yg paling excited sebenarnya adalah bila berjumpa SN sendiri >_<

Memandangkan aku dah usya die dah agak lama. Sejak dari zaman fotopages lagi. Sejak die tak sefemes skrg lagi. Sejak die pun baru nak naik lagi. Sejak b4 aku sendri amik gamba dgn serius lagi. Sejak zaman pegang compact dan tak kenal langsung iso, shutter speed, aperture etc. Jadi bila 1st time jumpe agak excited.

Ape2 pun thanx to Abg Hanif Mahmud kerana sponsor tiket. Nanti2 sponsor la lagi >_<
Thanx Hasif Mahmud bawak kamera dan tolong ambil gambar bawah ini. Aku tak bawa kamera pun hari tu.


tambah tone sket

gamba asal.


Aku rasa utk tahap aku sekarang kerna pergi kelas yg lebih advance. Tapi kelas2 SNAP adalah sgt mahal. Tona warna ni paling murah. Itu pun orang yg blanja. Wuuuu~



- Alhamdulillah -

No comments: