.

Friday, December 31, 2010

Allahumma Ameen


.

.

Wednesday, December 29, 2010

OnCall ENT

Adeh, baru aku nk update blog skali nurse call ada patient baru masuk untu amik darah, insert iv line dan buat ecg.

Friday, December 24, 2010

Cake Boss

- Bismillah -



Kalau sebelum ini aku layam Master Chef, skrg aku layan Cake Boss pula.
Oh semua mengenai makanan =D

Kisahnya mengenai sebuah kedai kek kepunyaan mamat dalam gambar atas ini. Kedai kek die mmg antara yg paling berjaya dan terkenal di US. Sedap die mmg tayah cite la. Tapi kegilaan mereka dalam menghasilkan kek2 yg gila. Seryesly gila. Saiz tak igt punye besar dan bentuk pelik2. Korang boleh google tgk gambar kek2 yg dihasilkan.


ini FB mereka.

Ini pula website


So far yg aku cari dah ada 3 seasons.
Oh untuk master chef, so far yg aku ada adalah :

Junior Master Chef Australia (season 1)
- mmg baru 1 season je
 Master Chef Australia (season 2) 
- season 1 tade, da cari mcm2 tmpt xjumpe. yg jumpe epi awal2 je. So far ada 2 season je
Master Chef US (season 1)
- mmg baru 1 season je
Top Chef Master US (season 1)
- ni pun mmg baru 1 season je. Ini mengenai master2 chef pula bertanding. Cabaran sgt pelik dan best.

AKu ada juga ternampak Master Chef India tp xdownload lg. 

Siapa nk boleh PM me =]

- Alhamdulillah -

The Magnificent 20


Super awesome group

Last 2 weeks aku posting A&E. Consultant yg sgt best. Tutorial sikit je, byk nye pegi oncall malam sampai pagi. Tapi tak busy dan sgt byk belajar. Next week ENT. Urghh penuh dengan oncall T_T ...dan stress.

.



http://jomsimpan-emas.blogspot.com/


Yeayy aku buat blog lagi. Aku pun da tatau bape byk da blog aku ada hehe.


Aku punye serius dalam jual emas sampai menyebabkan aku beli buku2 pasal emas dan belajar ilmu forex haha. Bukan lah sbb nk main forex, tp kaedah nya lebih kurang, mcm mana kita monitor dan predict harga2 matawang, macam tu juga emas. Seromok okeh! Lagi seronok bile boleh sembang2 dengan doctor2 (lecturer) yg mmg poket da tebal dan da dapat status dato'.

Orang selalu tanya ada masake aku boleh buat bisness nih. X ambil byk masa pun sebenarnye. Sbb hanya sembang2 bagi mereka faham. Atau kadang2 mmg mereka da tahu sbb biasa lah orang besa2 nih biasa mmg da tere. Mmg tak dapat dinafikan orang yg byk duit mmg da tahu tentang emas ini awal2 lg. Orang kelas pertengahan dan kelas bawahan yg tak berapa nk tahu. Itu antara sbb yg kaya makin kaya yg miskin terus miskin. Dan mula2 dulu apa yg perlu aku buat cari ilmu sedikit. Bila dah ada, nnt secara tak langsung ilmu2 lain datang dgn sendiri. Sbbnya ada org lain juga da tahu, mesti die nk sembang dgn orang da tahu. jadi di situ bertukar2 idea ilmu dan cerita.

Dan sebagai seorang medical student mmg memerlukan byk membaca dan faham, jadi aku dapat baca buku pasal pelaburan emas dan forex yg stakat 100+ muke surat dgn laju dan mudah. Nak kata jual emas untung byk xjugak lah, tp adalah perasaan yg sgt seronok bila dapat jual sesuatu. Dulu masa aku jual topup, org beli sbb orang perlukan, tp ini emas, orang tak perlukan sgt, jd kne pandai meyakinkan orang.

=>


Tuesday, December 21, 2010

Tuesday, December 07, 2010

Celoteh Emas. & berkenaan wang simpanan


- Bismillah -


__________________________________________________

Malaysia Angkat Tokoh Riba'

PUTRAJAYA 7 Dis. - Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Datuk Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dipilih menjadi penerima Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1432 pada tahun ini. Ketokohan dan kejayaan beliau dalam memimpin sistem kewangan negara telah mendapat perhatian dunia. Beliau juga berjaya mengangkat negara sebagai pusat kewangan dan perbankan Islam yang unggul. - Utusan


__________________________________________________

Jika ada yg masih tidak tahu, sistem matawang skrg yg kita gunakan adalah sistem riba'. Sistem matawang kertas adlah satu sistem yg berlandaskan hutang. Saban tahun hutang itu akan bertambah akibat interest dan riba'. Kalau dulu kita tiada pilihan, skrg kita sudah ada dinar dan dirham. Disebabkan Dinar dan Dirham belum digunakan secara meluas, kita masih tiada pilihan selain menggunakan sistem kapitalis ini. Namun apa kata kita mulakan dulu jihad ekonomi Islam kita dalam memerangi riba' dengan membeli Dinar dan Dirham secara sikit2, atau menukarkan simpanan wang kertas kita kepada Emas. Sudah ramai saudagar2 emas di luar sana termasuk aku. Jika anda tidak malas berjumpa mereka, mereka boleh berjumpa anda. Seperti yg aku katakan pada post lepas, orang yg bijak pasti ada menyimpan emas. Tak kesahlah dalam bentuk barang kemas atau dinar ataupun bar.

Ini adlah produk2 keluaran Public Gold setakat ini. Oh ada juga Silver sebenarnya, berbentuk bar seberat 250g, 500g dan 1kg.


Sebenarnya dari dulu lagi orang menyimpan emas dalam memelihara aset. Tapi apa yg berlaku, hanya orang kaya yg menyimpan emas. Orang miskin tidak mampu menyimpan emas kerana harganya terlalu mahal. Itulah yg berlaku dan akibatnya orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin. Dan apa yg menyedihkan, majoriti orang2 kaya yg menyimpan emas ini adalah org bukan Islam. Dan tahukah anda, orang Yahudi antara golongan yg mempunyai sejumlah emas yg terbanyak didunia buat masa ini. Namun dengan jumlah berat emas yg kecil seperti Dinar yg ada skrg, Emas dapat di perluaskan pemilikannya bukan hanya pada orang kaya. 


Formula penyimpanan wang yg saya belajar dari rancangan Bijak Wang, 

PENDAPATAN - SIMPANAN = PERBELANJAAN.

Anda mesti ada jumlah yg anda rancang untuk menyimpan bagi setiap pendapatan anda. Dan simpanan sekara kasarnya boleh dibahagiakan kepada 3.
1. Kecemasan
2. Jangka panjang
3. Pelaburan

Apa yg saya cuba tekankan disini, hanya orang yg kurang bijak sahaja membuat simpanan jangka panjang-nya dalam bentuk kertas, dan orang bijak dalam bentuk emas. Setiap orang mesti ada menyimpan wang bukan?, walaupun sedikit. Melainkan anda begitu boros dan tidak pernah fikir tentang masa depan. Wang kecemasan adalah lebih baik disimpan dalam bentuk cash kerana ia lebih mudah digunakan. TETAPI skrg sebenarnya tidak boleh dalam bentuk emas. Sudah ada institusi2 seperti AgroBank dan Bank rakyat yg menawarkan sistem Ar-Rahnu, iaitu sistem pajak gadai Islam. Apa yg anda perlu buat ialah memajak emas simpanan anda untuk membuat pinjaman maximum 75% (bergantung kepada institusi) dalam masa 10-20 minit sahaja. Teknik penyimpanan emas yg betul ialah anda tidak menjualnya, tetapi menggadainya dahulu sbb dengan menggadai, emas itu anda tidak hilang. Apa yg anda perlu buat selepas itu ialah berusaha mencari wang semua untuk menebus kembali emas tersebut. Kalau anda hilang emas itu, anda sedikit rugi kerana emas itu nilainya sentiasa bertambah berbanding duit kertas.

Tapi saya nasihatkan, wang yg anda mahu tukarkan kepada emas, pastikan yg anda tidak gunakan dalam tempoh yg terdekat, sebagai contoh untuk bayar bill, sewa dan sebagainya. Anda mesti simpan duit dalam cash untuk perbelanjaan harian dan dalam tempoh jangka masa yg pendek. Simpanan jangka masa pendek memang lebih sesuai dalam bentuk cash. Ini kerana sistem yg diguna pakai secara meluas sekarang adalah wang kertas. Memang tiada pilihan. Jadi anda perlu merancang dengan bijak. Anda akan rugi kalau membeli dan menjual emas dalam tempoh masa yg pendek.

Berkenaan pelaburan, ada pelbagai jenis. So far saya cuma terllibat dengan ASB, Unit Trust dan Emas, dimana risikonya sgt rendah. ASB telah disahkan hukumnya HARUS, setelah byk spekulasi yg timbul. Baru2 ini juga ada AHB yg dilancarkan. Kalau siapa byk duit mungkin boleh melabur di Hartanah terus atau Properties. Namun anda perlu tahu cara dan bagaimana membuatnya dengan betul dahulu. Emas sebebenarnya bagi aku lebih kepada simpnan, namun ada orang yg mengatakan ia pelaburan. Ini kerana emas bukan sahaja kalis inflasi dan memelihran aset kita, tetapi dengan trend kenaikan emas skrg, kadar keuntungannya jauh lebih tinggi dan berganda dari pelaburan2 seperti ASB dan Unit Trust. Malah ia sgt selamat.


Jadi kesimpulannya,
ini adalah sebab2 kenapa kita perlu menukarkan wang simpanan kerts kita kepada emas :
1. EMAS KALIS INFLASI dan wang kertas tidak. Setiap tahun negara mengalami inflasi. Jadi walaupun kita ada sejumlah wang dengan nombor yg sama, kuasa membelinya telah jatuh. Contoh paling mudah, kalau anda ada RM1 pada 15 tahun dahulu, anda boleh memberi 2 keping roti canai dan sebiji kuih dan dan sebungkus air sirap. Tetapi skrg dengan RM1 yg sama, anda hanya boleh membeli sekeping roti canai sahaja, atau 2 setengah biji kuih sahaja atau secawan air sirap sahaja. Kenapa harga makanan2 itu naik? Ketahuilah harga atau nilai makanan2 itu masih sama, apa yg berlaku ialah nilai matawang kita telah jatuh. Jadi kita memerlukan lebih byk wang kertas untuk disamakan dengan nilai barang makanan tadi. Kalau anda ada RM1000 pada 30 tahun lepas, anda sudah kaya, tapi skrg? Zaman nabi dulu 1 dinar untuk seekor kambing, dan 1 dirham untuk seekor ayam. Skrg pun jika anda ke Kelantan, masih sama. Dalam 1400 tahun lebih telah terbukti nilai emas dan perak ini lebih terpelihara.

2. HARGA EMAS SENTIASA NAIK. Tidak dapat dinafikan harga emas turun dan naik setiap hari. Tetapi dalam satu tempoh jangka masa yg panjang, harga emas naik dengan sgt tinggi. Inilah yg sentiasa berlaku, kerana permintaan emas sentiasa lebih tinggi dari pengeluaran. Permintaan tinggi tapi pengeluaran rendah, maka harga meningkatlah kan? Emas ini Tuhan jadikannya sgt istimewa, ia tidak boleh dicipta mahupun dihapuskan. Emas sukar dicari dan mempunyai sejumlah yg limited dalam dunia ini. Begitu juga dengan Perak. 

Ini adalah carta klasik yg selalu orang tunjukkan. Lihatlah dalam masa 10 tahun, harga emas naik hampir 400%. Ini bermaksud jika anda menukarkan wang simpanan anda kepada emas dengan nilai RM10 000, nilai emas anda sekarang adalah hampir RM50 000. Tetapi jika anda menyimpan sahaja RM10 000, anda masih ada RM10 000, malah kuasa membeli anda berkurangan. (sumber: www.kitco.com)

3. NILAI MATA WANG KERTAS MAKIN LAMA MAKIN MEROSOT. Antara sebab utama berlakunya perkara ini adalah akibat pencetakan matawang yg melampau. Lihatlah apa yg terjadi kepada US Dollar sekarang. Itu juga adalah akbibat kerana mereka sudah tidak mengikat wang mereka dengan Emas. Banyak negara yang sudah mula hilang percaya kepada US Dollar. Beberapa hari lepas jika anda baca atau tgk berita, Russia dan China mula menggunakan matawang masing2 dalam urusniaga antara bangsa mereka. JIka anda selalu baca blog Tun Dr Mahathir (http://chedet.co.cc/chedetblog/) juga, beliau ada menekankan tentang pentingnya Emas dan Perak ini. Banyak juga cerita tentang perang matawang. Ini semua berlaku hanya dalam bentuk duit kertas, dan tidak dalam Dinar dan Dirham. Ada yg kata bila kembali kepada Dinar dan Dirham, kita kembali mundur. Merka telah silap 100%. Dengan menggunakan wang kertaslah mereka sebenarnya mencipta suatu sistem yg lebih mundur. Apa yg cuba dibuat sekarang adalah kembali menggunakan Dinar dan Dirham yg sememangnya sudah bertamadun. Cash is trash, paper money is funny money.



Anda tahu itu apa hyperinflasion? Cube anda Wiki. Ia berlaku bilamana nilai duit jatuh terlampau teruk dalam masa yg singkat, maka harga barang akan melambung dengan sangat tinggi. Contoh terdekat dengan kita adalah Zimbabwe, inflasi mereka berlaku dengan teruk dan sampai kemuncak pada November tahun 2008. Suatu masa dahulu nilai matawang Zimbawe lebih tinggi dari US Dollar. Namun kini, mereka terpaksa menggunakan duit yg sgt banyak hanya untuk membeli sebuku roti. Sampai masa bila byk sgt duit kertas perlu guna, mereka timbang sahaja duit itu, nk kira dah byk sgt. Sampai harga barang di negara mereka sekali ganda dalam masa satu hari. Sebagai contoh katakan perkara ini berlaku di Malaysia, hari ini sebuku roti RM2, esk RM4, lusa RM8 dan seterusnya. Sehingga kerajaan terpaksa menguluarkan wang kertas dengan tulisan 10 000 000. Namun kertas hanya kertas. Tetap tidak bernilai. Sampai satu tahap, akhirnya rakyat Zimbawe terpaksa melombong emas sendiri. Duit mereka sudah tidak bernilai dan mereka terpaksa kembali kepada matawang Tuhan iaitu Emas dan Perak. Anda boleh search di Youtube 'Zimbabwe Hyperinflation' atau 'Gold for Bread - Zimbabwe'. Dan ini yg dijangka kan akan berlaku pada matawang US Dollar dan Euro. Dan kejatuhan matawang US Dollar juga antara penyebab kenapa harga emas melonjak tinggi.





4. Ada orang kata kita sebenarnya dirompak dalam senyap. Ini berlaku kerana kita berkerja susah2 untuk mencari duit, kemudian kita simpan untuk suatu jangka masa, tetapi apa yg berlaku nilai duit itu turun. Mana pergi nilai2 duit itu? Jawapannya adalah kerajaan. Dengan cara mencetak lebih byk wang kertas, mereka ada byk duit. Tapi apa yg belaku pada masa yg sama, kita dengan jumlah yg sedia ada tetapi nilainya semakin turun. Tapi dengan Emas dan Perak, perkara ini tidak akan berlaku. Kerana EMAS DAN PERAK TIDAK BOLEH DIMANIPULASI seperti wang kertas.

___________________________________________________

Jadi apa yg anda perlu buat sekarang?
Jika anda belum mempunyai emas, anda boleh beli dari saya.
Saya kini seorang agent PublicGold. Anda boleh ke website ...
http://www.publicdinar.com/ - untuk harga semasa Dinar dan
http://www.publicgold.com.my/ - untuk harga semasa bar Emas dan Perak.

Seterusnya hubungi saya untuk menempah emas.
012 313 3764
eng_0102mat@yahoo.co.uk
Atau melalui FB saya http://www.facebook.com/profile.php?id=656918924

Jika anda sudah punyai emas, boleh tambah lagi dari semasa ke semasa =D


________________________________________________


Don't be ignorant and know what to do.


- Alhamdulillah -


Saudagar Emas

- Bismillah -



Sampai ada orang tanye kenapa da lama tak update blog. Tapi aku rasa biasalah, bila kita minyibukkan diri kita dalam perkara2 yg lebih besar, kita akan kurang kepada perkara2 kecil seperti ini. Bagi aku blogging hanya perkara kecil, lebih kepada perkongsian cerita, pengalaman dan idea.

So anyway, aku skrg dalam last week posting gynae. Masa mula2 agak busy tp lama2 makin free. Dan Alhamdulillah, dikesempatan masa lapang yg ada, (minggu lepas dan minggu ini), dengan cuti awal muharram lagi, aku menyibukkan diri dalam menambah ilmu tentang perancangan kewangan dan emas. Aku cari byk bahan bacaan dan video2 berkaitan untuk dibaca dan difahamkan. Antara yg menarik ialah rancangan Bijak Wang oleh tv3. Aku tgk balik di youtube, dan pakcik Mahdzir Md Isa antara speaker yg selalu muncul. Pakcik ini sebenarnya aku pernah jumpa 3/4 kali, dan byk nasihat2 pasal kewangan, perniagaan dan ekonomi di berikan. Memang hebat dan mengujakan. Sentiasa rasa nk tahu lebih lanjut. Walaupun anak nye mcm sengal2 sket haha.

So anyway pasal emas. Bukan setakat aku kaji dan tambah ilmu, aku terus berniaga emas. Dan aku dah decide untuk jadi agent. 3/4 hari aku duduk depan komputer membuat research dan perbandingan dan akhirnya aku memilih untuk menjadi agent Public Gold, atas kelebihan2 yg aku nampak. Dan kelebihan tersebut bukan hanya pada agent, tetapi juga kepada pelanggan. Aku bila berniaga, aku suka cerita hampir semua perkara, dan aku nk berlaku jujur tampa berselindung dan ada tektik2 licik yg kadang2 keji. Aku mmg akan elakkan. Aku nk customer aku puas hati. Sumber rezeki pun biarlah berkat kan.

Dan buat masa ini aku rasa usaha aku berbaloi. Selain aku dapat jadi agent tampa mengeluarkan modal yg banyak (perlu 20k okeh), dalam 2 minggu pertama aku jual emas, aku dapat jual agak byk. Berpuluh ribu ringgit juga nilainya. Dan bila menjadi penjual emas, aku kene handle sejumlah duit yg bukan sedikit, tetapi beribu2, dan kadang berpuluh ribu. Jadi pengurusan kewangan yg baik adalah sgt perlu.

Aku memilih untuk berniaga emas kerana ia tidak mengambil byk masa. Apa yg perlu aku buat ialah educate orang tentang pentingnya menukar wang simpanan kepada emas, dan dari semasa ke semasa insyaAllah mereka akan datang cari aku selepas itu. Aku sendiri rasa agak rugi tidak membeli emas awal. Cara promosi aku buat masa ini hanyalah melalui FB, aku buat group dan invite orang, yg majoritinya adalah kawan2 medic, dan kawan2 baik yg bukan medic, juga ahli keluarga. So target aku buat masa ini ialah orang2 sekitar aku sahaja. Sbb itu sgt mudah dan tidak mengambil masa aku. Yelah dah masuk final year nih, kne lebih rajin lah stadi kan. Taknak la kne extend 6 bulan nnt. Buat masa ini mmg friends and family. Dan aku yakin perkara ini akan tersebar dari mulut ke mulut, secara tak langsung market akan berkembang. Aku juga cuba target lecturer akan datang, biasalah specialist ape sume tu mesti byk duit. Kalau kawan2 aku mampu beli emas sampai berpuluh ribu, apatah lagi doctor2 aku. Percayalah, orang yg bijak pasti akan menyimpan emas, walaupun sedikit.

Maka di group FB itu aku selalu lah post pasal emas, dan sebab2 kenapa kita kene beli emas. Ada juga video2 seperti di atas. Aku fikir orang yg belajar ekonomi akan lebih mudah faham kenapa perlu beli emas. Aku pun byk belajar istilah dan perkara2 baru dalam ekonomi semenjak serius dengan emas ini.

Oh kemudian ada juga yg aku da invite kemudian keluar dari group. Ada sesetengah orang aku tahu tak suke promosi2 sebegini, dan mungkin ada yg menyangka ini seperti MLM atau skim cepat kaya etc. Apa yg aku buat sebenarnya adalah, tolong syarikat Public Gold jual emas dan aku dapat komisyen. itu sahaja. Dan kalau aku punya byk duit, aku beli dahulu emas2 itu dan jual semula bila harga lebih tinggi. Takde kaitan langsung dengan apa2 jenis skim atau MLM. Sekadar berniaga biasa mcm barangan lain, cuma bezanya emas, harganya jauh lebih mahal.



- Alhamdulillah -

Saturday, December 04, 2010

Penat


Jumaat
Petang : Derma darah.
Malam sampai subuh : 'On-call'

Sabtu
Lepas subuh : Main tenis
9am : Rehat
10am : Tido

.