.

Friday, September 04, 2009

Awkward moment : Budak RM 5

- Bismillah -

Lokasi : Dalam kereta kat sek 2
Masa : 1130 malam

Selepas sudah makan ABC. Aku duduk dahulu dalam kereta. Aku hidupkan enjin, pasang radio dan penyaman udara. Aku mendengar melayan lagu2 yg ke udara sebelum aku memulakan perjalanan balik ke kolej. Aku melayan perasaan. Tiba2 terdengar bunyi cermin tingkat kereta diketuk kuat berulang kali. Aku terkejut. Seorang budak linkungan umur 7 tahun sedang mengetuk. Budak itu memakai kemas baju kemeja-T dan berseluar panjang. Rambutnya juga tersikat kemas. Dia hanya berhenti mengetuk apabila aku menurunkan cermin tingkap.

Budak : Abang nak RM5 nak beli nasi.
Aku : Abang xde RM5, mana mak ayah? Nak makan cube la pegi mintak kat kedai makan. (aku tak tipu sbb aku ketika itu mmg takde RM5, aku ade berganda2 dari itu, jadi secara praktikalnya aku tak tipu)
Budak : Kalau macam itu RM2 la

Aku terus menaikkan cermin tingkap dan memandu pergi. Sampai di simpang sebelum ke jalan utama. Aku paling kebelakang. Kelihatan budak tadi sedang berjalan bersama seorang wanita gemuk dalam lingkungan umur 30-an.


- Alhamdulillah -

3 comments:

wanderfulmadnificent said...

kat seksyen 2 mmg ada budak ni, kena gak. yang scary nye, die dtg and ketuk cermin keta!! just like the old crazy lady in final destination 2. nway, i didn't open the window because scared and cautious kan and just turn my head around and when i turn my head back, die dah takde but scary gak :s

nak kena report niiii

musaf said...

hahaha ooo selalu ke die tuh? xtahu sbb ni 1st time. ciss regular rupenye die. da la mood saya tgh tak betul sket time tuh. kalo tak mesti da kene da budak tuh. haish~

Syahmi said...

ape salahnye bagi singgit...niat sedekah...;P