.

Sunday, September 06, 2009

Awkward moment : roti jala

- Bismillah -

Masa : Sabtu, 5/9/09/, Selepas masuk waktu berbuka
Lokasi : Rumah Atas Bukit, Hulu Langat

KISAH 1

Bila azan berkumandang, aku meluru ke meja makan. Air tebu aku teguk secawan. Aku Ambil pinggan, murtabak, karipap, roti jala dan dadih menjadi pilihan. Aku duduk di kerusi dibawah bumbung. Kemudian datang seorang orang muda, lingkangan umur 30-an, dengan membawa 2 pinggan penuh dengan makanan, dadih 2 dan air secewan. Di letakkan di atas meja dan meja kecil itu ditarik supaya berada di depannye. Dia duduk di kiri aku.

Aku : Banyak makan
Orang muda : Da datang dari jauh, kene la makan sampai puas
Aku : Dari mana?
Orang muda : Shah Alam
Aku : Ohhh..sedara ke dengan tuan rumah?
Orang muda : Orang rumah saya, tapi dia tak dapat datang
Aku : Oooo.. eh roti jala ni kuah dia sedap la
Orang muda : Ye ke (sambil bangun semula mengambil roti jala penuh sepinggan)

Aku lihat begitu banyak lauk kuah roti jala orang muda itu ambil

Aku : Banyak lagi ke roti jala td?
Orang muda : Banyak, tapi kuah dia punya lauk da nak habis, tu yang saya melombong tu

Aku terus bangun untuk tambah dan melombong.

Selingan


Selingan lagi (sukati la, aku punye blog)

KISAH 2

Sedang lahap memakan roti jala, Seorang remaja datang duduk di sebelah kanan aku pula. Pinggannya hanya ada karipap dan dia sedang makan dadih.

Aku : xmakan roti jala ni ke? sedap
Remaja : Sekejap lagi la, orang tengah ramai
Aku : Orang tengah ramai la kene pergi skrg, nnt habis
Remaja : ..... (terus makan dadih. Kemudian dia bangun dan menuju ke meja tempat hidang makan)

Setelah seminit, remaja itu kembali sambil ditangannya memegang dua bekas dadih. Aku memandang remaja itu.

Remaja : Orang tengah ramai

Aku lihat ke meja tempat makanan dihidang, tiada siapa yang sedang ambil roti jala. Tiba-tiba Orang muda bangun menuju ke meja tempat makanan dihidang dan pulang dengan roti jala dan hasil loombongan lauk kuah roti jala lagi.

Aku : Byk lagi?
Orang muda : Dah nak habis

Aku bangun dan menuju ke meja tempat makanaan dihidang.

Selingan

KISAH 3

Semasa dalam kereta hendak pulang aku terfikir

Aku : siapa derang td tu?

.


- Alhamdulillah -

3 comments:

Anonymous said...

siapakah? haih. mkn mcm ape. ptot la aku x nmpk bayang lgsg roti jale. haih haih.

123456789 said...

u..it's 'awkward' la

nice pics indeed

:)

musaf said...

oh haaa thanx