.
Friday, November 24, 2006
Saturday, October 21, 2006
[[ Jawapan Episod 1 ]]
Sebenarnya soalan2 ini pernah aku catitkan dalam buku log aku di sekolah meengah dahulu, usya2 balik mase kemas barang beberapa hari lepas terjumpa sudah. Aku cube mencari jawapan kepada persoalan yg ulang timbul tenggelam di minda ku. Kini, bile aku teringat semula solan2 ini, syukurlah..sumanya telah ku ketahui..walaupun tidak berapa mendalam.
.
- Ape kebenda sebenanyer kolestrol baik dan kolesterol jahat ?
Kolestrol adalah kolesterol. Tiada mmpunyai sifat sebaik atau sejahat yg disangka. Kolesterol sangat penting dalam tubuh manusia. Tanpa koletrol, kita akan..
- mandul
- terencat akal
- mati awal dll.
Sebenarnya, badan manusia dapat menghasilkan sendiri kolesterol untuk kegunaannya. Tanpa pengambilan kolestrol dai luar, kita mampu untuk terus hidup dengan sihat sejahtera. Namun, sifat manusia yg rakus mengambil kolestrol yg berlebihan mengakibatkan salur darah mengeras dan tersumbat dan hasilnya, manusia menyalahkan kolesterol dan takdir. Wajarkah?
.
Apa yang dikatakan mengenai kolesterol baik mahupun jahat sebenarnya bukanlah merujuk kepada kolesterol itu sendiri tetapi kepada pengangkut lemak yg bernama LIPOPROTEIN. Lipoprotein ni ada banyak spesis dan yg paling fames adalah LDL dan HDL. Tugas LDL adalah untuk mengangkut lemak ke tisu-selain-hati untuk diguna atau disimpan. Selain itu LDL juga membawa banyak kolesterol di dalamnya. Manakala tugas HDL adalah untuk mengangkut kolesterol yg bersepah dalam darah dan berlebihan di dalam tisu-selain-hati ke hati untuk dibuang (kebiasaannya). Oleh itu, HDL dikatakan kolesterol baik kerana peranannya dalam membantu badan untuk mengurangkan kolesterol dalam darah dan LDL dikatakan kolesterol jahat kerana apabila spesis ini banyak dalam darah, akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah (sbb mamat ni bwk yk kolesterol dalam badan die).
.
Oleh itu, sedarlah kita bahawa kolesterol baik dan jahat yg dimaksudkan bukan lah kolesterol, tetapi lipoprotein yang bertindak sebagai fat transporter. DAn tolonglah jgn menyalahkan mereka kerana mereka menjalan kan tugas dan amanah dengan baik dan cekap dengan memberi gelaran kepada mereka yg bukan2. Salahkan lah diri kita yg menyusahkan dan asik menunding jari kepada mereka yg tidak berdosa.
.
- Kenapa PUFA n MUFA (polyunsaturated fatty acids n monounsaturated fatty acid) lagi bagus dari saturated fatty acids
Sebab PUFA n MUFA ataupun dengan kate lain lemak yg tak tepu ini meningkatkan paras HDL dan mengurangkan paras LDL dalam darah. Manakala, lemak tepu adalah sebaliknya. Dengan kata lain, pengambilan banyak lemak tak tepu (byk dalam haiwan) dalam meningkat kan LDL seterusnya kolesterol dan kemudian kene atherosclerosis pastu jadila stroke, takpun heart attack pastu insaf...kalau hidup lagi la.
.
- Kenapa mentega/planta/marjerin lagi tak bagus dari lemak haiwan ?
Sbb lemak haiwan walaupun banyak lemak tepu (lemak yg kurang bagus), ada juga lemak tak tepu. Selain itu, lemak haiwan mempunyai lemak yg diperlukan oleh tubuh manusia. Asid lemak ni ade 2 jenis, 1 yg badan kita boleh sentisiskan dan yg ke 2 badan kite tak leh sentisiskan. Yang takleh sentisiskan atau hasilkan ni dinamakan essential fatty acid dan kite kene amik dari diet kalau nk hidup normal. Sbb tu lemak haiwan bagus (tp pada kadar yg sepatutnya la). Selain itu, apa yg aku nk tekankan sebenanyer kat sini, walaupun mentega/planta/marjerin dibuat dari lemak tumbuhan yg rata2nya mengandungi lemak tak tepu (lemak bagus). Namun dalam poses penghasilan mentega/planta/marjerin, lemak tak tepu ini di-hidrogen-kan menyebabkan stuktur molekul lemak ini bertukar dari 'cis' (yang asal) kepada 'trans' (yg dah di-hidrogen-kan). 'Trans fatty acid' ini menyebabkan peningkatan LDL dalam darah, mengurangkan HDL dalam darah. Jadi kenapa lagi tak elok dari lemak haiwan? sbb die da la non-essential fatty acid pastu kasi tinggi kite punye LDL pulak > high cholestrol > atherosclerosis > heart attact > 6 feets under ground.
.
- Apa beza cis-fatty acids and trans-fatty acids dan kenapa trans lagi bagus dari cis-fatty acids
Aku da explain kat atas
.
- Kenapa memakan organ dalaman seperti hati dan otak tak bagus ?
Sebab banyak gile KOLeSTEROL!!!
.
cukup la separuh dulu, jawapan satu2 nk panjang jer.. letih tangan aku. Da la tadi aku ade ikut sorang mamat tu g shop, shopping punyer la tak ingat ramdhan. PAstu aku pulak jadi mangse angkat barang dier, kalau satu dua beg plastik takpe, ni mencecah lime ke enam. Bunag tebiat btol...-To bE continuE-...
.
- Kandungan gula (glucose) dalam makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi dan roti lebih tinggi dari kandungan gula dalam minuman manis tetapi tak elok minum minuman manis byk2 dan selalu2 sedangkan kita makan nasi yg kandungan gula lagi tinggi tiap2 hari 3 kali sehari ?
- Kenapa pesakit diabetis/kencing manis selalu kene potong kaki?
- wanita mengandung selalu bengkak kaki ?
- wanita mengandung kuat makan dan cepat mengidam ?
- Apa itu demam kuning dan kenapa ia sering berlaku pada bayi yang baru lahir ?
- Kencing manis/Diabetis tiada penawarnya ?
- Semakin maju kita semakin banyak penyakit yg pelik2 imbul ?
Sunday, September 24, 2006
[[ Wafa' lg..xde nama lain ]]
(( ToLonG pRomotE foR mY sIs ))
.
__________________________________________
.
Alhamdulillah, akhirnya produk amal wafa enterprise (SA0036196-X), tshirt labuh akhawat telah berada di pasaran..;)antara ciri-cirinya ;- labuh melebihi paras lutut..- ada kaf di tangan.- kain tidak mengecut apabila di basuh, tidak tebal sgt n tidak nipis..- design guna digital printing..bukan rubber-dye printing..cop biasa..pendek kata...kualitinya boleh tahan insyaALlah..;)
HP no : +0133682505
Yahoo ID : usualex2000
.
.
[[ MI ]]
Myocardial Infarction [MI]
.
.
Myocardium = muscle tissue of the HeartInfarction = necrosis of tissue due to upstream obstruction of its arterial blood supply. It is the culmination of ischemia
Necrosis = is the name given to accidental death of cells and living tissue.
Ischemia = is a restriction in blood supply, generally due to factors in the blood vessels, with resultant damage or dysfunction of tissue / tissue death due to oxygen starvation.
.
Lebih dikenali sebagai Heart Attact. Merupakan suatu penyakit akibat bekalan darah ke satu2 bahagian tissue jantung menyebabkan kematian (necrosis) tisu pada bahagian jantung yg berkenaan. Sebab utama berlakunya hal ini adalah akibat sekatan dalam salur darah yg membekali tisu jantung atau dengan kata lain terbentuknya trombus ( blood clot ) didalam salur darah ( coronory artery ) yang membekali tisu jantung.
.
Akibat kekurangan atau tiada bekalan darah di satu2 kawasan tisu jantung, makan tiadalah oksigen dan nutrient debkalkan ke kawasan tersebut. Oleh itu, tisu jantung di kawasan itu akan mati dan akhirnya mengakibatkan kepada kegagalan jantung. Jantung gagal berfungsi dengan baik sebagai sebuah pam dan biasanya akan mengakibatkan tekanan darah turun dengan mendadak dan kurang darah akan dibekalkan kepada otak. Otak yg sangat memerlukan oksigen setiap masa akan shut down secara serta-merta apabila bekalan oksigen terganggu.
.
Bagaimana trombus boleh terbentuk? / bagaimana coronary artery (salur darah yg membekali darah ke tisu jantnung) boleh tersumbat?
Hal inilah yang akan dikaitkan dengan paras kolestrol dalam darah. Apabila paras kolestrol tinggi, ia akan mudah terenap pada dinding salur darah koronary dan membentuk plug. Apabila terlalu besar, plug ini akan melukakan atau mengoyak tisu salur darah dan akibatnya pembekuan darah akan berlaku dan terjadilah sumbatan atau trombus. Namun, faktor lain mungkin boleh menyebabkan pembentukan trombus tetapi akibat kolestrol adalah yg paling biasa ditemui di dalam klinik.
.
Bagaimana paras kolestrol boleh tinggi dalam darah?
Pemakanan memainkan peranan penting dalam paras kolestrol dalam darah. Makanan yg mengndungi paras kolestrol yg sgt tinggi harus dielakkan seperti kulit ayam, makanan bergoreng dan berminyak, organ dalaman seperti hati, limpa dan otak, telur dan sebagainya. Bukan la tak boleh makan langsung tetapi kurangkan lah. Selain itu, Faktor genetik sangat penting. Sebenarnya badan kita sendiri boleh menghasilkan kolestrol dan kolestrol ini sudah cukup untuk kegunaan badan. Pengambilan yg berlebihan akan membawa mudarat. Namun, sesetengah orang mengalami masalah genetik dimana genetik nya mengekod agar badan menghasilkan kolestrol yg berlebihan dan ini sangat bahaya. Sbb itu apabila kita membuat pemeriksaan kesihatan atau menerima rawatan, doktor akan bertanyakan mengenai ibu bapa, adik beradik, nenek datok moyang dan sebagainya.
Aku adalah salah satu contohnya, keturunan sebelah ayah aku mmg ada high kolestrol walaupun kitorang menjaga pemakanan dengan baik. Penghasilan kolestrol dalam ahli keluarga keturunan aku ini akan menghasilkan kolestrol dengan berlebihan dan akibatnya risiko untuk mendapat heart attact adalah tinggi. Namun begitu perlu diingatkan, dalam masalah genetik, tidak semestinya sesuatu genetik yg tidak elok itu diturunkan, boleh jadi aku tiada genetik penghasilan kolestrol berlebihan dan asik aku ada atau sebaliknya. Namun langkah berwaspada perlu dititik beratkan sbb MACAM MANA AKU NK TAHU yg aku takde gene tuh? Sebenarnya sejak aku mengetahui hal ini aku menjadi sgt risau. 2 bulan lepas, pak uteh ku yg bekerja sebagai pilot baru sahaja kene bypass surgery akibat MI dan paras kolestrol yg tinggi ini. Sepupu aku yg kurus kerempengpn telah disahkan ada high kolestrol.
.
Erk..dasat! Apa faktor yg menyumbang kepada berlakunya MI ini?
Antaranya yg diketahui...
- High Kolestrol
- Genetik
- Jantina (lelaki lebih berisiko tinggi utk kene compare dgn wanita)
- post-Menopausal women (wanita yg sudah berhenti haid)
- Pesakit Diabetis
- Pesakit Diabetis
- Perokok
- Umur (org tua lebih mudah kene MI)
- HIgh blood pressure
- Pemakanan yg tidak sehat
- nisbah HDL:LDL darah tak stabil (nisbah LDL yg lebih tinggi atau HDL yg lebih rendah)
- Life style yg tak sehat (makan-tido-malas)
.
Dan banyak lagi sbb yg tidak diketahui. Lebih banyak kombinasi faktor2 diatas yg anda ada, makin berisiko lh anda untuk kene. Perlu diingatkan saiz badan tidak memainkan peranan penting sgt, cume biasanya yg chubby atau gemuk lebih mudah untuk kena. Namun begitu yang kurus kerempeng pun ramai jer. Bnayak lemak tak semestinya banyak kolestrol, sikit lemak tak semestinya paras kolestrol die rendah.
.
Tanda2nyer pulak?
Biasanya bermula abila ada rasa sakit di dada, seperti ada gajah duduk atas dada. Tetapi dalam kebanyakan kes, tiada tanda2 didapati dan tahu2 tiba2 satu perasaan yg sangat sakit mencengkam dada anda dan terus tidak sedarkan diri selepas itu. Orang panggil hal ini sebagai Silent Heart Attact. Semakin byk faktor2 risiko yang anda ada, semakin mudah la berlaku intant and silent attact.
.
Selain sakit didada, kesikitan juga boleh menjalar ke bahu (biasanya kanan), leher, rahang, abdomen dan belakang. Kesakitan biasa berlaku di salah satu lokasi ini. Tp kalau nk berlaku di lebih dari 1 lakosi, boleh je. Biasanya kesakitan ini berlangsung lebih kurang 20 minit atau lebih dan tidak mudah hilang dengan sekadar berehat.
.
Rasa sakit boleh jadi teruk atau sedang2. It can feel like:
- squeezing or heavy pressure
- a tight band on the chest
- squeezing or heavy pressure
- a tight band on the chest
- "an elephant sitting on [your] chest"
- bad indigestion
.
- bad indigestion
.
Other symptoms you may have either alone or along with chest pain include:
- Shortness of breath
- Cough
- Lightheadedness - dizziness
- Fainting
- Nausea or vomiting
- Sweating, which may be profuse
- Feeling of "impending doom"
- Anxiety
- Shortness of breath
- Cough
- Lightheadedness - dizziness
- Fainting
- Nausea or vomiting
- Sweating, which may be profuse
- Feeling of "impending doom"
- Anxiety
.
Sekian wassalam
Friday, July 28, 2006
[[ Team Medical Dragon ]]
When fate is your only hope are you strong enough to fight your future.
Sebuah kesah yang menonjolkan mengenai seorang pakar bedah, Asada Ryutaro (Ryu) yang teknik dan cara rawatannya telah menarik perhatian para doktor di Jepun. Asalnya manga ini aku mula membacanya awal tahun ini tetapi kurang menarik perhatian aku, tetapi baru2 ini sahabat ku telah membeli komik edisi bahasa melayu bejilid 4 dari 10 yang membawa kisah mengenai Coronary Artery Bypass Grafting dan Batista's Surgery yang sangat menarik perhatian aku. Dan secara langsung menyebabkan aku tros suke cite nih.
Memule aku ingat cite ni ade manga jer, rupa-rupanya ada anime, drama series juga movie die yang agak baru direleaskan. Dramanye pn masih ditayang kan ketika ini dijepun dan aku pastiya akan mencarinya..wahaha
.
"ketika mula2 menjadi doktor, semua doktor akan berasa sedih dan tertekan bila pesakit yang dirawat mati. Untuk elakkan segala perasaan yang bersabut dan menyedihkan, mereka cuba untuk tidak terlalu rpat denga pesakit agar kemesraan yg terjalin tidak diragut suatu hari nanti. Lama-kelamaan sikap yg dikatakan professional itu timbul dan mereka sudah tidak bersedih sehingga satu tahap mereka langsung tidak merasa apa jika pesakit mereka mati. Ada juga berasa lega bila pesakit mati, tak perlu pening kepala menguruskan pesakit dan memikirkan kaedah rawatannya. Antara wang dan pesakit, antara tesis yang perlu disiapkan dan perasaan ahli keluarga dan orang terdekat pesakit. Antara tanggungjawab dan kepentingan diri dan keluarga. Antara senang dan susah. Antara prosedur dan dan mereka yg hampir mati. Antara realiti dan fantasi. Seorang doktok perlu membuat pilihan, Hidup hanya sekali"
Friday, June 30, 2006
[[ pr|soN brEak ]]
Dari 5 bintang, 6 bintang aku bagi. Stakat ni baru tgk sampai episode 12, ade 22 epsode sume skali. Setiap episode sangat mendebarkan =] aku sangat suke. Esok baki 10 episode akan dihabis download oleh rahim. Waaaa..tak sabanyer aku. (dapat idea slps usya blog si asma` haslan).
Prison Break Summary:Prison Break centers on Lincoln Burrows (Dominic Purcell) who is on death row for a crime he did not commit. His brother Michael (Wentworth Miller) decides to get incarcerated in order to free his brother and prove his innocence. Michael aligns himself with other prisoners as well as his one and only outside ally, defense attorney and longtime friend Veronica Donovan, to prove Lincoln's innocence.Undoubtedly pitched to network executives as "24 Behind Bars," the weekly, hour-long continuing drama Prison Break starred Wentworth Miller as structural engineer Michael Scofield, who when first seen by the audience was somewhat inexplicably in the process of committing a bank robbery -- and then allowing himself to be arrested and convicted. Scofield was sentenced to five years at Fox River Penitentiary, where, by a stunning coincidence, his brother Lincoln Burrows (Dominic Purcell) was spending his last month on Death Row, awaiting execution for the murder of the brother of the U.S. vice president. Convinced that Lincoln was innocent and the victim of a government conspiracy, Scofield had purposely gotten himself incarcerated at Fox River for the express purpose of helping his brother escape -- a task made slightly less formidable by the fact that Scofield had helped design the prison! Our hero's meticulously worked out scheme depended upon the cooperation of several co-conspirators, among them Scofield's likable cellmate Sucre (Amaury Nolasco); well-connected mobster (and fellow prisoner) Abruzzi (Peter Stormare); Charles Westmoreland (Muse Watson), who may or may have not really been the legendary hijacker D.B. Cooper; and sympathetic prison doctor Sara Tancredi (Sarah Wayne Callies), whose dad was the governor of Illinois. Meanwhile, Lincoln's former girlfriend, lawyer Veronica Donovan (Robin Tunney), burned the midnight oil to figure out who would want to frame Lincoln and why; and Lincoln's 15-year-old son LJ (Marshall Allman) desperately tried to make sense of the fact that both his dad and his favorite uncle were now beyond his reach (temporarily, anyway). Others in the cast included Stacey Keach as Warden Pope, Robert Knepper as fearsome white-supremacist convict T-Bag, and Wade Williams as highly suspicious senior correctional officer Bellick. Merrily playing fast and loose with such intangibles as logic and common sense, Prison Break was given a major publicity blitz before its Fox network debut on August 29, 2005. Hal Erickson, All Movie Guide
Thursday, June 29, 2006
[[ 29 June 2006 ]]
ayoo...what happen??
Bagi mengubati kekecewaan terhadap diri ku, sejak pagi lg aku sudah keluar rumah untuk ke maxis center klang bagi membuat semula simkad tariq yang kehilangan hp (suke sangat hilangkan baran dier nih). Kemudian aku dan beberapa orang kawan terus ke sunway, membawa hati yang sayu dan pilu ini ke kawasan yang lebih sejuk. Bermula dari jam 1, aku dan kengkawan meluncur sepuas2 nya sehingga jam 6.15. Dekat 5 jam jugak la aku men ice skating nih campur rehat kejap ngan g solat, banyak skill baru da davelope. Penat tahap dewa punya. Lepas ni kalo g ngan syami mesti die kagum ngan kemahiran aku yang dah tinggi, walaupun kali kedua main da mcm sebulan blatih dah..wahahaha. Lepas ni bukak sem baru aku mesti rajin berusaha lagi. Aja-aja fighting!!!
(Gambar itu adalah hasil meluncur selama 5 jam..huhu)
Wednesday, June 28, 2006
[[ appendix ]]
Untuk kak Long...Appendicitis
Appendicitis or epityphlitis adalah satu keadaan dimana imflammation appendix berlaku. Appendix yg slalu korang sebut2 tu bukan penyakit tetapi merupan satu organ yg terletak di hujung bawah accendeing colon. Kenapa mende ni boleh berlaku tak pasti tetapi antara teori yg kuat adalah kerana obstruction of the appendiceal orifice, yang disebab oleh jangkitan. Jangkitan ni berlaku akibat pembiakan kuman dan bakteria yg biasanya sebab ada makanan masuk kat dalam appendix. Yela, ade makanan, mesti la ade pemakan nyer ye dak? FUngsi appendix ni macam yg korang sedia maklum belum diketahui tetapi ada pelbagai teori seperti tempat penghasilan antibody, pembiakan bakteri di kolon dan sebagainya. Kalau da rosak, appendix ni kene la buang dan prosedurnya disebut laparotomy. BIasanya nak tahu korang kene penyakit nih bile perut korang terutamnya bahagian kanan sakit tak henti. Rawatan kepada penyakit nih tak lain tak bukan adalah pembedahan untuk buang appendix. BIasanya tada kesan sampingan kepada pesakit selepas pembedahan, sbb tu fungsi sebenar appendix masih belum dapat di pastikan.

Yang gamba ni takde kaitan ngan appendix, tp ini adalah akibat bermain bola mase sukan hira' hari tuh. Da la aku pakai kasut nk men badminton, tak pasal2 men bola di padang yg basah dan sangat licin. Di saat satu ketika aku ingin menyelamatkan bola, aku bertembung dengan zul dan ini lah akibatnyer~. Mase kene tak la rase sangat tp 2 jam lepas tuh, nk jalan pn takleh. Merana tak sudah. Tp kesan seperti di atas jelas setelah keesokan harinya. Warna ungu tu menunjukkan kawasan2 yg tak menerina bekalan darah yg cukup akibat arteri pecah dan sebagainya. Da la merancang ingin bermain ice skating dan ke lowyat khamis ini ditambah pula nk jalan2 ngan org miri ke genting highland jumaat nih. Kemudian sabtu pula ke melaka...waaa! pasti makin teruk kaki ku yg tak sempat pulih ini T_T
-sekIan-
Friday, June 16, 2006
Monday, June 05, 2006
[[ 4 JUN 2006 ]]
Satu hari bertarikhkan 4 JUN 2006.
_______________________
.
_______________________
.
kol 1230 aku bertolak ke surau sek 7..awalnyer aku datang. Duk dalam dewan MBSA tu sampai zohor pastu g semayang pastu sambung lg lepak2 sampai kol 230. Ni sume si syami ngan abg naim aa makan lambat sangat, jenuh la pulak tunggu mamat dua eko nih. kunyah sorang2 sampai 40 kali, ikut sunnah la katekan.
.
Pastu kitorang berkonvo ke dewan Raja Hamzah kat sblh sungai Klang yang indah dan permai. G kenduri si Ejat ngan Ahmad. AKu punyer la pk sape la minah yg bernama Edzati tp batch aku.. korek punyer korek kotak ingatan aku pn aku tak igt..tp mcm pernah ku dengar ini nama. Bile da sampai tgk..ooo..budak ni mmg aku tak igt langsung, pastu sembang2 ngan ayah die die kate si Ejat ni masuk hira' sampai darjah 4 je..pastut laa..aku time ti innocent lg.. laki pn tak habis kenal inikan pula perempuan. Hidup aku time tu yg aku igt tiap kali habis sekolah aku ngan geng2 selekeh aku g men bola or konda kondi or layang2 or mancing kat blakang sekolah. Gamba kat cni aku lupe nk amik..mane tak..tunggu ejat je kol 4 baru dpt jumpe..hampeh! pastu sembang2 tros balik.
.
.
.
.
Samapi umah aku da menguap..ye laa makan punyer banyak.. kat kenduri nik fatimah berapa ketu ayam aku sumbat aku pn tak igt, pastu kat kenduri si amad ni lagi la..ngan ape jenis makanan akupn tahu..yg aku igt aku makan byk nasi impit+sup (soto eh namanyer?) sampai 4 kali tambah ngan ABC. ni la 1st time aku datang kenduri kawen makan ABC. Aku igt akunyer nnt nk hidang burger la pulak, pastu cendol, pizza, KFC, A&W dan lain2 fast food..hahaha, balik dr kenduri aku baik korang cek kandungan kolestrol ngan TG korang.
.
SAmpai je umah aku terlelap jap,kol 6 aku bgn solat..pastu lalok2 g online sat. tetibe kakak aku call suh aku charge bateri camera. aku pn g la buat. akak2 n adik2 aku baru balik dr pasar malam beli mcm2 makanan. time tu aku tak seda pape lg tetibe adik aku dtg dr belakang pastu ramai2 nyanyi...hampesss!!! kejutan yg sangat menjadi dan tak tersangke2. da la tgk blur2 lg time tuh..

SANAH HILWAH YA PAK UTEH from WAFA'
.
.
sejak bile pulak anak sedare aku ni pandai beli kek kasi kat aku.. papepn trimas la kasih sayang aku buat engkorang sume. SApe2 yang tak kasi hadiah lagi tu jgn la buat2 lupe eh. Tunaikan tanggung jawab anda sebagai rakyat mesia.

Sunday, May 14, 2006
Monday, February 27, 2006
Ra|haN
ART|S SEBENAR NO.1 MALAYSIA
.
.
.
BERJAYA membolosi Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah, Afrika Selatan dan Russia, kumpulan nasyid terkenal, Raihan, tidak duduk berpeluk tubuh.
.
Empat anggotanya terus mara dan buktinya, mereka baru kembali daripada membuat persembahan khas di benua Amerika Utara, baru-baru ini.
.
Apa yang membanggakan, Raihan diundang mengadakan persembahan di National Trade Centre Toronto, Kanada yang antara lain bertujuan memungut derma bagi mengisi tabung gempa bumi di Pakistan selain Persidangan Reviving Islamic Spirit. Pertunjukan amal itu adalah susulan dari showcase mereka di Manchester, United Kingdom (UK), pada Aidilfitri lalu.
.
Kejayaan terbaru Raihan itu bukan saja dapat memartabatkan lagi lagu nasyid Melayu, bahkan turut membawa nama Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam dunia nyanyian.
.
Jelas selepas meninggalkan kenangan manis di Russia, Indonesia dan UK, tahun lalu, benua Amerika Utara pula melakarkan sejarah manis buat Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.
.
Kunjungan ke Kanada sebenarnya bukan baru kerana sebelum ini, Raihan pernah muncul di Toronto, Julai lalu sempena Muslim Day di Paramount Wonderland yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton.
.
Dalam kunjungan terbaru kali ini, Raihan mendapat sambutan hangat dan kehadiran mereka memang dinantikan apabila kira-kira 15,000 penonton dari Kanada dan Amerika Syarikat (AS) membanjiri National Trade Centre Toronto.
.
Masing-masing nyata terpukau dengan lagu yang dipersembahkan dan menghayati semua mesej yang disalurkan.
.
Ketika ditemui Bintang Popular, minggu lalu, Che Amran berkata, Raihan sebelum ini pernah diundang mengadakan persembahan dalam Persidangan Reviving Islamic Spirit, pada tahun lalu, tetapi tawaran itu terpaksa ditolak kerana bertembung dengan program Jelajah Perancis 2004 mereka.
.
“Kali ini barulah kami berpeluang ke sana. Persembahan kami selama 45 minit itu diiringi dua pemuzik iaitu Khairul dan Shahrizan dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
.
“Kami menyampaikan lagu Arab, Melayu dan Inggeris pada konsert itu seperti 99 Nama Allah, Assolatuwassalam, Thank You Allah, Allahu, Selawat, Syukur, Puji Pujian dan Cahaya Selawat.
.
“Kami amat bersyukur kerana nama Raihan mula dikenali peminat Muslim di Kanada. Ini kerana mereka sudah lama memiliki album kami yang dijual di sana. Walaupun mereka tidak memahami bahasa Melayu tetapi rata-ratanya cukup tertarik dengan rentak, melodi dan konsep lagu kita.
.
Selain itu, ada juga lagu dalam bahasa Arab dan Inggeris yang boleh difahami mereka,” katanya.
Dia berkata, matlamat Raihan mengunjungi benua Amerika Utara tempoh hari bukan sekadar memenuhi undangan nyanyian, malah bagi mempromosikan album mereka, Brotherhood yang diterbitkan khas untuk pasaran antarabangsa. Album berkenaan turut menyelitkan lagu dalam bahasa Inggeris dan Arab khas untuk pendengar luar.
.
Sesudah benua Amerika Utara, Raihan bakal menjayakan Raihan World Tour 2006 yang bermula dengan persembahan di Thailand pada hujung Januari ini, diikuti Trinidad & Tobago, bulan depan.
.
di copy paste dr http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/Variasi/20060123183112/Article/