.

Sunday, September 24, 2006

[[ MI ]]

Myocardial Infarction [MI]
.
.
Myocardium = muscle tissue of the Heart
Infarction = necrosis of tissue due to upstream obstruction of its arterial blood supply. It is the culmination of ischemia
Necrosis = is the name given to accidental death of cells and living tissue.
Ischemia = is a restriction in blood supply, generally due to factors in the blood vessels, with resultant damage or dysfunction of tissue / tissue death due to oxygen starvation.
.
Lebih dikenali sebagai Heart Attact. Merupakan suatu penyakit akibat bekalan darah ke satu2 bahagian tissue jantung menyebabkan kematian (necrosis) tisu pada bahagian jantung yg berkenaan. Sebab utama berlakunya hal ini adalah akibat sekatan dalam salur darah yg membekali tisu jantung atau dengan kata lain terbentuknya trombus ( blood clot ) didalam salur darah ( coronory artery ) yang membekali tisu jantung.
.
Akibat kekurangan atau tiada bekalan darah di satu2 kawasan tisu jantung, makan tiadalah oksigen dan nutrient debkalkan ke kawasan tersebut. Oleh itu, tisu jantung di kawasan itu akan mati dan akhirnya mengakibatkan kepada kegagalan jantung. Jantung gagal berfungsi dengan baik sebagai sebuah pam dan biasanya akan mengakibatkan tekanan darah turun dengan mendadak dan kurang darah akan dibekalkan kepada otak. Otak yg sangat memerlukan oksigen setiap masa akan shut down secara serta-merta apabila bekalan oksigen terganggu.
.
Bagaimana trombus boleh terbentuk? / bagaimana coronary artery (salur darah yg membekali darah ke tisu jantnung) boleh tersumbat?
Hal inilah yang akan dikaitkan dengan paras kolestrol dalam darah. Apabila paras kolestrol tinggi, ia akan mudah terenap pada dinding salur darah koronary dan membentuk plug. Apabila terlalu besar, plug ini akan melukakan atau mengoyak tisu salur darah dan akibatnya pembekuan darah akan berlaku dan terjadilah sumbatan atau trombus. Namun, faktor lain mungkin boleh menyebabkan pembentukan trombus tetapi akibat kolestrol adalah yg paling biasa ditemui di dalam klinik.
.
Bagaimana paras kolestrol boleh tinggi dalam darah?
Pemakanan memainkan peranan penting dalam paras kolestrol dalam darah. Makanan yg mengndungi paras kolestrol yg sgt tinggi harus dielakkan seperti kulit ayam, makanan bergoreng dan berminyak, organ dalaman seperti hati, limpa dan otak, telur dan sebagainya. Bukan la tak boleh makan langsung tetapi kurangkan lah. Selain itu, Faktor genetik sangat penting. Sebenarnya badan kita sendiri boleh menghasilkan kolestrol dan kolestrol ini sudah cukup untuk kegunaan badan. Pengambilan yg berlebihan akan membawa mudarat. Namun, sesetengah orang mengalami masalah genetik dimana genetik nya mengekod agar badan menghasilkan kolestrol yg berlebihan dan ini sangat bahaya. Sbb itu apabila kita membuat pemeriksaan kesihatan atau menerima rawatan, doktor akan bertanyakan mengenai ibu bapa, adik beradik, nenek datok moyang dan sebagainya.
Aku adalah salah satu contohnya, keturunan sebelah ayah aku mmg ada high kolestrol walaupun kitorang menjaga pemakanan dengan baik. Penghasilan kolestrol dalam ahli keluarga keturunan aku ini akan menghasilkan kolestrol dengan berlebihan dan akibatnya risiko untuk mendapat heart attact adalah tinggi. Namun begitu perlu diingatkan, dalam masalah genetik, tidak semestinya sesuatu genetik yg tidak elok itu diturunkan, boleh jadi aku tiada genetik penghasilan kolestrol berlebihan dan asik aku ada atau sebaliknya. Namun langkah berwaspada perlu dititik beratkan sbb MACAM MANA AKU NK TAHU yg aku takde gene tuh? Sebenarnya sejak aku mengetahui hal ini aku menjadi sgt risau. 2 bulan lepas, pak uteh ku yg bekerja sebagai pilot baru sahaja kene bypass surgery akibat MI dan paras kolestrol yg tinggi ini. Sepupu aku yg kurus kerempengpn telah disahkan ada high kolestrol.
.
Erk..dasat! Apa faktor yg menyumbang kepada berlakunya MI ini?
Antaranya yg diketahui...
- High Kolestrol
- Genetik
- Jantina (lelaki lebih berisiko tinggi utk kene compare dgn wanita)
- post-Menopausal women (wanita yg sudah berhenti haid)
- Pesakit Diabetis
- Perokok
- Umur (org tua lebih mudah kene MI)
- HIgh blood pressure
- Pemakanan yg tidak sehat
- nisbah HDL:LDL darah tak stabil (nisbah LDL yg lebih tinggi atau HDL yg lebih rendah)
- Life style yg tak sehat (makan-tido-malas)
.
Dan banyak lagi sbb yg tidak diketahui. Lebih banyak kombinasi faktor2 diatas yg anda ada, makin berisiko lh anda untuk kene. Perlu diingatkan saiz badan tidak memainkan peranan penting sgt, cume biasanya yg chubby atau gemuk lebih mudah untuk kena. Namun begitu yang kurus kerempeng pun ramai jer. Bnayak lemak tak semestinya banyak kolestrol, sikit lemak tak semestinya paras kolestrol die rendah.
.
Tanda2nyer pulak?
Biasanya bermula abila ada rasa sakit di dada, seperti ada gajah duduk atas dada. Tetapi dalam kebanyakan kes, tiada tanda2 didapati dan tahu2 tiba2 satu perasaan yg sangat sakit mencengkam dada anda dan terus tidak sedarkan diri selepas itu. Orang panggil hal ini sebagai Silent Heart Attact. Semakin byk faktor2 risiko yang anda ada, semakin mudah la berlaku intant and silent attact.
.
Selain sakit didada, kesikitan juga boleh menjalar ke bahu (biasanya kanan), leher, rahang, abdomen dan belakang. Kesakitan biasa berlaku di salah satu lokasi ini. Tp kalau nk berlaku di lebih dari 1 lakosi, boleh je. Biasanya kesakitan ini berlangsung lebih kurang 20 minit atau lebih dan tidak mudah hilang dengan sekadar berehat.
.
Rasa sakit boleh jadi teruk atau sedang2. It can feel like:
- squeezing or heavy pressure
- a tight band on the chest
- "an elephant sitting on [your] chest"
- bad indigestion
.
Other symptoms you may have either alone or along with chest pain include:
- Shortness of breath
- Cough
- Lightheadedness - dizziness
- Fainting
- Nausea or vomiting
- Sweating, which may be profuse
- Feeling of "impending doom"
- Anxiety
.
Sekian wassalam

No comments: