.

Tuesday, September 25, 2012

BBE & QE


- Bismillah -

Alhamdulillah

Aku sebenarnya taknak cerita lagi tentang perkara ini. Tapi mungkin ada dikalangan pembaca yang dah tahu sikit2 tentang apa itu QE dan apa itu BBE. Buat masa ini aku sedang sibuk dengan exam, dan 2 perkara ini.

Dan yang menariknya, makin lama ia menjadi makin menarik. Doa-doakanlah semuanya berjalan lancar dan akan berjaya.

Tak sabar nk habiskan exam dan fokus dalam 2 perkara ini >_<

Akan ku ceritakan penuh selepas exam nanti. Aku sendiri tidak percaya apa yg aku sedang buat sebenarnya. Hihi.


Oh jgn risau, aku masih nak jadi doktor =D
Cuma mungkin doktor ++ >_<

- Alhamdulillah -


Friday, September 14, 2012

Lampu Brek Kereta


- Bismillah -




2 tahun lepas aku pergi servis kereta macam biasa. Waktu itu sgt tak perasan yang ketiga2 lampu brek sudah terbakar. Terkejut juga bila test. Sebab itu lampu belakang, jadi kadang2 kita tak perasan. Tak tahu berapa lama dah semua lampu tidak hidup. Yang aku perasan 2 bulan sebelum itu, satu lampu sahaja tidak hidup. Waktu itu aku biarkan dulu, memikirkan mesti mahal ingin hantar bengkel untuk repair.

Jadi masa servis aku pun tanya lah harga, satu mentol RM8. Upah tukar semua RM18. Jadi total RM42. Ok lah aku pun tukar sahaja.

Baru2 ini, sekitar bulan 6 hari itu, 1 lampu brek terbakar lagi. Aiseyman nak kene keluar duit lagi. Lecehnya.
Tapi aku biar dahulu. Namun beberapa hari selepas itu lampu kedua pula terbakar. Akibatnya 2 lampu sudah tidak hidup. Dan masalah masalahnya lampu brek dan lampu belakang adalah sama. Maka pada waktu malam, kereta pula warna biru tua, kereta memang tidak nampak dari belakang. Sangat bahaya. Tiada lampu brek juga bahaya sebab orang belakang tak tahu kita brek dan ada kemungkinan untuk berlanggar.

Jadi fikir untuk jimat, aku teringat bagaimana mekanik kereta 2 tahun lepas tukar mentol. Ia tidak susah mana pun. Jadi aku pun buka lampu break dan ambil mentol, pergi kedai hardware dan tanya mentol jenis yang sama. Kata orang kedai, itu mentol lampu motor. Jadi aku ke kedai motor dan tanya. Dengan selambe apek tu kata, "satu biji selinggit".

Terkejut aku, tp muka control la haha. So aku terus beli 6 biji. Dan tukar sendiri. 4 lagi suat spare, jadi kos yang aku keluar bila buat sendiri total cuma RM2 sahaja. Sgt jimat bukan.

Jadi kesimpulannya uamh nak tukar mentol lampu brek adalah sangat mudah. Ambil tahu dan anda sebenarnya jimat banyak. Ini untuk mentol jenis biasa lah. Yang LED tak tahu lagi mcm mana. Cuma yang aku tahu LED labih murah dan 80% lebih jimat elektrik dan tahan jauh lebih lama (sbb tak panas).

Masalah lampu brek mati bukan jarang-jarang. Tapi sangat banyak. Bila anda memandu keluar ke jalan raya, aku berani jamin yg korang akan nampak kurang2 1 kereta yang lampu belakang atau brek nya mati. Kalau jalan yang sgt byk kereta macam faderal higway, memang berpuluh2 boleh nampak. Biasa nampak waktu malam lah. Siang nampak kalau kereta tersebut brek. Jadi kepada anda-anda di luar sana, sila tukar mentol lampu brek anda. Elakkan kemalangan yang tidak di ingini. Murah je pun. Takkan seringgit 1 mentol tak mampu. Kalau tak mampu sgt dan tak tahu sgt dan takde duit sgt boleh jumpa aku, aku buat kan free je, mentol pun aku belanja.

Aku tak tahu exactly knp lampu brek selalu terbakar, tapi aku rasa sbb ia kongsi lampu sama dgn lampu belakang. Jadi setiap kali brek kita akan kasi voltan yang lebih. Akibatnya lama2 mentol terbakar. Mungkin ini lah kot kenapa.


- Alhamdulillah -



Multiple Myeloma

urghhhhhhhhhhhhh knp tak terfikir langsung   >=[

Wednesday, September 12, 2012

Laporan PERCUMA : 7 Kesilapan Besar Pelaburan Hartanah



Memandangkan aku sekarang terlibat dapam pelaburan hartanah, aku rasakan ini adalah nasihat yang bagus.
Buat yang belum mendapatkan laporan PERCUMA ini :

7 Kesilapan Paling Besar Pelaburan Hartanah Yang Mungkin Anda Telah Lakukan

 

Dapatkan di sini :


.

Vico 2kg

- Bismillah -


Minggu lepas aku ke Carrefour Pantai Dalam di Bangsar South. Antara tujuannya ingin membeli VIco. AKu memang selalu beli Vico memandangkan harganya yang lebih murah dari Milo, tetapi rasa lebih kurang. AKu rasa Milo mahal sbb brand dia dah lama dan dah terkenal.

Dan kebiasaannya aku selalu membeli 900g punya pek. Nak dijadikan cerita aku cek harga pek 900g adalah RM14 lebih. Aku pelik juga kenapa Vico buat 900g dan bukan pek 1kg mcm Milo. Mungkin nak buat identiti sendiri.

Ok tak kesahlah yang tu. Jadi tangan teruslah ambil yg 900g. Nak beli 2kg walaupun lebih murah pergram, tp mcm tak perlulah kot byk sgt. Nak saving2 juga. Tapi tiba2 ternampak tanda harga untuk pek Vico 2kg, RM16.40!!!! Hahhhhhhh!!! Bia betul???

Tak puas hati jadi aku cek di mesin pengimbas. Memang RM16.40!!! Patut la aku mcm pelik sebab aku tgk pek 900g dan pek 450g (eh ke 400g? atau 500g?) sgt banyak lagi. Tapi pek 2kg ini tinggal 2 je. Jadi aku terus ambil dan bayar. Memang RM16.40 ._____________.

Dalam hati nak ambil je 1 lagi. Tapi fikir balik bila pulak aku nak minum byk2 sgt nih. Takpe lah jgn tamak, nnt tak habis jadi membazir pula. Inipun dah rezeki. Tapi patut la tinggal 2 pek je. Ramai yg dah perasan harga murah ini.

Betullah rezeki tuhan tu datang tak disangka-sangka.

errrr ..Betul ke rezeki?  .___.
Ke patut aku beri tahu orang Carrefour yg harga tu mungkin tersilap letak?
Mungkin dia nk letak RM36?? err tatau la.


>_<


- Alhamdulillah -

Tuesday, August 28, 2012

Puasa Sunat

- Bismillah -



Aku dapati puasa sunat sebenarnya sangat senang untuk dilakukan. Walaupun aku suka makan.
Sangat senang setakat tahan nafsu makan dari subuh sampai maghrib.
Dan aku dapati juga bila berpuasa sangat senang nak tak buat dosa. Mood puasa tu menyebabkan xde mood nak buat dosa. Mungkin sbb kita lapar? atau mmg itulah hikmah berpuasa.

Tapi yang susah, nak elak perkara-perkara lagha dan melalaikan.
Namun aku dapati ia menjadi sgt senang bila kita meyibukkan diri dalam perkara2 yang lebih besar dan penting. Sebab secara automatik kita akan menyibukkan diri kita ke arah perkara yang kecil dan tidak bermanfaat, bila kita terlampau banyak masa kosong.

Juga sgt susah nk perbanyakkan perkara-perkara sunat.
Nak buat secara konsisten perlukan kesabaran dan kesungguhan sebalum ia jadi tabiat.
Dah jadi tabiat insyaAllah ia jadi mudah.

Alhamdulillah baru syawal ke 10, aku dah habis puasa 6 untuk hari ke 5. Esok habiskan terus.
Aku rasa kalau mcm ni hari2 puasa sunat pun takde masalah.
Ia jadi mudah sebab skrg kolej dah tak sediakan makanan. Nak makan kne pergi beli.
Ini menjadikan aku sgt malas dan sgt berjimat. Akibatnya tak makan seharian tak pun makan sehari sekali.
Jadi aku berfikir baik berpuasa, kan.

Namun bila makanan free byk depan mata, puasa menjadi sgt susah.
Memandangkan aku suka makan .____.



- Alhamdulillah -





Monday, August 06, 2012

Negatif


- Bismillah -


Sejak terlibat dalam dunia perniagaan selama 7 tahun secara suka-suka dan setahun secara lebih serius, aku dapati sikap negatif antara sikap yang sangat-sangat perlu dijauhi. Bukan sahaja sikap dalam diri, orang yang negatif pun sama perlu dijauhi. Kadang2 aku un-friend orang yang asik dengan kata-kata negatif di alam maya. Di alam realiti pula aku akan menjauhkan diri dari orang jenis begitu.

Sikap positif dan persekitaran yg positif adalah sangat perlu dalam apa jua bidang kalau ingin berjaya. Kerana nak taknak ia akan mempengruhi semangat dan motivasi kita. Kita hanya manusia.


Ini satu contoh negativity yang aku sangat tak suka. AKu benci KOSMO!


Pekak kan telinga butakan mata. Tapi jangan lah sampai syok sendiri dan langsung tak terima nasihat dan muhasabah diri.

At the end, it's every man for himself.


- Alhamdulillah -