.

Friday, September 14, 2012

Lampu Brek Kereta


- Bismillah -




2 tahun lepas aku pergi servis kereta macam biasa. Waktu itu sgt tak perasan yang ketiga2 lampu brek sudah terbakar. Terkejut juga bila test. Sebab itu lampu belakang, jadi kadang2 kita tak perasan. Tak tahu berapa lama dah semua lampu tidak hidup. Yang aku perasan 2 bulan sebelum itu, satu lampu sahaja tidak hidup. Waktu itu aku biarkan dulu, memikirkan mesti mahal ingin hantar bengkel untuk repair.

Jadi masa servis aku pun tanya lah harga, satu mentol RM8. Upah tukar semua RM18. Jadi total RM42. Ok lah aku pun tukar sahaja.

Baru2 ini, sekitar bulan 6 hari itu, 1 lampu brek terbakar lagi. Aiseyman nak kene keluar duit lagi. Lecehnya.
Tapi aku biar dahulu. Namun beberapa hari selepas itu lampu kedua pula terbakar. Akibatnya 2 lampu sudah tidak hidup. Dan masalah masalahnya lampu brek dan lampu belakang adalah sama. Maka pada waktu malam, kereta pula warna biru tua, kereta memang tidak nampak dari belakang. Sangat bahaya. Tiada lampu brek juga bahaya sebab orang belakang tak tahu kita brek dan ada kemungkinan untuk berlanggar.

Jadi fikir untuk jimat, aku teringat bagaimana mekanik kereta 2 tahun lepas tukar mentol. Ia tidak susah mana pun. Jadi aku pun buka lampu break dan ambil mentol, pergi kedai hardware dan tanya mentol jenis yang sama. Kata orang kedai, itu mentol lampu motor. Jadi aku ke kedai motor dan tanya. Dengan selambe apek tu kata, "satu biji selinggit".

Terkejut aku, tp muka control la haha. So aku terus beli 6 biji. Dan tukar sendiri. 4 lagi suat spare, jadi kos yang aku keluar bila buat sendiri total cuma RM2 sahaja. Sgt jimat bukan.

Jadi kesimpulannya uamh nak tukar mentol lampu brek adalah sangat mudah. Ambil tahu dan anda sebenarnya jimat banyak. Ini untuk mentol jenis biasa lah. Yang LED tak tahu lagi mcm mana. Cuma yang aku tahu LED labih murah dan 80% lebih jimat elektrik dan tahan jauh lebih lama (sbb tak panas).

Masalah lampu brek mati bukan jarang-jarang. Tapi sangat banyak. Bila anda memandu keluar ke jalan raya, aku berani jamin yg korang akan nampak kurang2 1 kereta yang lampu belakang atau brek nya mati. Kalau jalan yang sgt byk kereta macam faderal higway, memang berpuluh2 boleh nampak. Biasa nampak waktu malam lah. Siang nampak kalau kereta tersebut brek. Jadi kepada anda-anda di luar sana, sila tukar mentol lampu brek anda. Elakkan kemalangan yang tidak di ingini. Murah je pun. Takkan seringgit 1 mentol tak mampu. Kalau tak mampu sgt dan tak tahu sgt dan takde duit sgt boleh jumpa aku, aku buat kan free je, mentol pun aku belanja.

Aku tak tahu exactly knp lampu brek selalu terbakar, tapi aku rasa sbb ia kongsi lampu sama dgn lampu belakang. Jadi setiap kali brek kita akan kasi voltan yang lebih. Akibatnya lama2 mentol terbakar. Mungkin ini lah kot kenapa.


- Alhamdulillah -



1 comment:

mazafirzie said...

Weh... tau tukar lampu depan tak heheh susah ke senang???