.

Sunday, August 03, 2008

EPISMA 08 - sum

-Bismillah-

EKSPO PERUBATAN ISLAM MALAYSIA 2008 telah berlangsung dengan jayanya pada 24-27 Julai 2008 lepas. Pelbagai pujian dilontarkan dan banyak respon baik diberikan. Itu untuk mereka yg tak tahu. Sebenarnya pelbagai masalah dan suka duka yg berlaku untuk pelajar menganjurkan program sebesar ini.. Campur ngan isu makan hati, amik hati rebus hati dan lain2 yg memburukkan lagi penganjuran program ini. Papepun meh kita buang yg keruh dan amik yg jernih.

Semua aktiviti dilangsungkan di sini, DTC - Dewan Tunku Canselor, UM

Antara yg menakutkan aku, beberapa minit sebelum majlis perasmian dimulakan pada malam hari 24 Julai 2008, deco untuk pentas masih belum sempurna!

Dirasmikan oleh Menteri Timbalan Pengajian Tinggi 1. Aku respek gile dengan pengetahuan ilmu agama die. Ala2 ustaz pn ada isi2 ucapannya.

In-Team sebagai artis jemputan

Jumaat malam sabtu, ceramah perdana oleh Dr Danial. Sgt hebat!
Jumlah pengunjung yg sgt mengagumkan

Sabtu pula. Pagi itu ada simposium. Aku xpergi sbb sibuk dengan urusan baktisiswa. RAsa sgt rugi xdpt join. Malam tu pula ada forum mengenai perubatan islam. Kehadiran sedikit mengecewakan pada mulanya, gara2 hujan.

Ahad dan hari terakhir adalah pertandingan nasyid.
Posting khas untuk tajuk ini.

-Alhamdulillah-

Thursday, July 24, 2008

PERSIS sempena EPISMA

-Bismillah-

Kepada sesiapa sahaja, anda semua dijemput beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara pertandingan nasyid sempena EXPO PERUBATAN ISLAM MALAYSIA 08 (EPISMA 08). 12 kumpulan akan bertanding bagi merebut hadiah utama yg merupakan wang tunai berjumlah RM1000. Antara Kumpulan yg akan menyertai pertandingan ini adalah aRraid (Muawwidz, Umar ariffin & d gEnG) dan kumpulan Nasyid dari Sekolah Menengah Islam Hira' Jeram.

SEMUA DIJEMPUT HADIR!!!

-aLhamdulilLah-

Monday, July 21, 2008

huuuuuu kSaI

-BismillaH-


18-20 Julai 2008
TAHNIAH utk kedua pasangan mempelai.
(ada kwn aku tanya, kalau perempuan mempelai lelaki nye apa pulak? hahaha)
Dan terima kasih kepada baskoro krn melambatkn aku g majlis nikah..ciss!


19 Julai 2008
Hanya 3 patah perkataan mampu kami ucapkan...
Kami sangat penat~

-Mekasih kat Yusri n Zul tolong aku-



Bermula Khamis ini. Knp aku kne buat kerja yg sepatutnya bukan aku yg kne buat???
Kpd makwid, umar n ahli ArRaid yg len, make sure korang joinj pertandingan nasyid ahad nih. Call afif alam or aku utk info selanjutnye.


Isnin akan datang. Tp aku sgt geram dengan biro tajaan. 3 bulan punye keje, RM3000 je sponser koperat korang dapat!!! Hampeh btol. Geram aku. Macam x bersungguh je. Kempen kesedaran kesihatan dulu aku dan 2 org kawan dpt cari hampir RM20K dalam masa sebulan. Ni 20 orang 3 bulan. Pastu nk harapkan personal donation yg setiap org kne cari n dari carwash. Boleh pulak wajibkan RM150 minimum setiap org kne cari. Ape laa... Aku da la kepenatan minggu nih, penuh ngan meeting ngan panggilan n keje kne buat. Lagi buat hal.

bersabar~



-Alhamdulillah-

Tuesday, July 15, 2008

week no-end

Bismillah~

Last week aku ke kebun cendawan milik abang ipar aku.

Ini adalah rumah cendawan

Ini pula medium dimana cendawan itu tumbuh
Ini pula keadaan di dalam rumah cendawan. Baru 2 minggu disemai. Cendawannya belum tumbuh lagi.

Ini pula adalah beg dimana cendawan akan tunbuh darinya. Secara kasarnya aku sgt tertarik dengan perniagaan ini. Kalau aku ada masa kosong pasti aku da lama join.

Kalau dulu aku selalu berpendapat aku dilahirkan dalam keluarga pendidik memandangkan kedua ibubapa ku berkerja sebagai cikgu. Abang aku pula pensyarah d UKM dan kakak aku juga asalnya akan menjadi pensyarah di sebuah kolej swasta. Kemudian masa berlalu. Kakak aku mula membuat syarikat jual baju versi muslimah dan beberapa islamic items. Kemudian kakak iparku dengan bisnes baju kanak2 muslim dan seterusnya abg iparku dengan projek cendawannya. Kemudian ada ura2 pula nk menternak cacing la, lintah la, kolam ikan la...mcm2. Adakah aku sebenarnya dilahirkan dalam keluarga peniaga? Aku mmg sgt berminat dengan perniagaan tp tiada peluang buat masa ini. Aku juga sgt berminat dengan fizik dan matematik. Rasa sgt syg telah meninggal kn ilmu2 itu. Dan aku tak pernahpun suke medic suatu masa dahulu.
Sabtu lepas, 12 July, aku ke medical checkup d damansara. Sgt sikit volunteer aku dapat cari samapi terpaksa panggil Tariq tlg. Secara kasarnya prog adalah hari keluarga taman dengan kerjasama dari ISLMA
Ni adalah rumet aku yg sgt pasif (termasuk dlm lecture hall)...senyap sepanjang masa. Rumet sorang lg plak sgt bising denga guitarnye.

-Alhamdulillah-

Sunday, July 06, 2008

HB 5940

Bismillah...


Aku bukanlah dengki n nk kacau periuk nasi org, tp kita nk buat kelentong org pn biar lah berpada-pada. Jumaat, 5 July 2008, aku pulang ke kolej setelah bercuti d rumah lebih kurang 3 hari. Menyambut saranan kerajaan, aku dan kawan menggunakan sistem pengankutan awam. Setelah sampai d stesen LRT Universiti petang itu, aku menahan sebuah teksi. Kebetulan kami sedang rushing sbb malam itu ada hal. Namun yg aku x puas hati si pemandu teksi mengambil kesempatan atas kekalutan kami.
__________________
"Saya xguna meter, tp nk ke UM mmg sy pergi. RM5 je. Biasa kalau guna meter pn lebih kurang RM4.50-RM5 sahaja" kencing pemandu teksi itu.
"Bole la" kataku yg malas nk bertengkar memandangkan kami sudah sgt penat dan nk cepat.
"Ke UM ye, kolej 6" sambung ku lagi.
"Saya hantar ke hospital sahaja la ya, sbb nk keluar nnt takut jam" selamba kata pemandu teksi itu.
"Apa2 je la" aku yg sgt penat dan malas nk layan.
___________________

Tapi dalam hati ku sebenanyer da panas da. Kalo ikut meter RM2.50 je paling mahal. Tahu la aku, da berpuluh kali ulang alik. Kemudian boleh pulak nk hanta tempat lain dari yg aku suruh. Ada ke patut. Jiran pekerja kilang bangsa Nepal sblh rumah aku pn lagi baik. Ketiak busuk btol. Aku nk menolak teksi tu malas la pulak. Da lama tunggu. Kalo aku x ambik pn byk lg org tengah tunggu teksi time tuh. Tu yg layan je la, walaupun rasa nk pijak2 je jari kelinking die

Ni la teksi pemandu hampeh tuh.

Ni la org nye. Tahniah sbb jd fames jap kat blog aku. Ingat kitorang cop duit ke.
................................

Ni baru 1 contoh. Byk lg perangai pemandu teksi ni senanyer. Ktrg ni dak medic dan rasanya mmg slalu gak ulang alik ke mid valley. Rata2nya sume naik teksi. Kalo dak2 medic, biasa amik teksi dari hospital je senang. Ada 1 hari tu sorang pemandu tu, jalan punye kosong tp bwk teksi punye la lambat. Adik aku yg takut2 bwk kete pn rasanya blh bwk lg laju kat jalan yg kosong mcm tu. Pastu bile laju sket die brek padahal jalan kosong. Time kat traffic light die saja main2 tekan minyak. Aku tak tahu la cara mcm tu blh naikkan meter bayaran. Tp mmg aku perasan mahal sikit dari selalu. Biasa g mid dr UM atas terbalik, xlebih RM5. Tp bile pemandu tu buat mcm tu, jd RM6.50. Ermmm, mungkin aku kene kaji sikit mcm mana meter beyaran teksi ni berfungsi sebenarnye. Boleh sound direct je kalo pemandu2 teksi ni buat menda pelik2.

Ni bukan la kutuk pemandu teksi. Ramai je yg baik dan mesra lagi murah senyuman. Tp ada segelintir yg... kambing pn xmcm tu (mmg la sbb kambing xbawak teksi..haha).

__________________

Sedikit perubahan dalam jadual hidupku

6 July g kebun cendawan abg ipar ku. Huhu.. kenapa aku rasa ahli keluarga aku ni mcm byk org yg makin terlibat dengan bisness nih.

7 July Mula 3rd year. Rupanya 6 minggu kat Um kemudian baru g klang. 3 minggu klass, seminggu cuti n 3 minggu klasss kemudian baru ke hospital klang.
"Jadual kItaOrang"

12 July ada ikhwah jemput PSIPUM buat medical checkup di suatu kawasan perumahan d damansara, sempena hari keluarga taman tu.
&
Kenduri aqiqah FIFA (xleh g T_T)
&
kenduri kahwin abg Radziq

13 July jadi pemandu pelancong untuk saudara seislam dr seberang (jd ke??)

19 & 20 July, kenduri yg mesti pergi. Mukhayyam xleh g sbb xcuti (T_T).

25-27 july adalah EPISMA (expo perubatan islam malaysia). Aku cuma terlibat sebagai penasihat untuk pertandingan nasyid (afif alam faizli jd pengarah) dan utk sentral keje aku mcm biasa, design baju, name tag etc..

28 july - 2 ogos ada Baktisiswa serawak kat sarikei, bintangor serawak. AKu sbg timbalan pengarah logistik dan makanan...tp apasal design2 sume aku kene wat gak!!! Aku memula plan g awal, tp mamat2 pengankutan da beli tiket flight utk aku lambat. CIss!!

25 ogos pindah ke hospital klang..




- aLhamduLiLLah -

Monday, June 30, 2008

LangKaWI 08

BIsmiLLah..

tgk gamba je la

Pergi ke sana naik sampan. Sgt penat. Sampai rabu malam kamis. Uncle Nasa ambil, singgah pantai cenang kemudian trus check in hotel.

Kamis, pagi tu pusing2 Pekan Kuah memandangkan hotel di Kuah. Breakfast. Selepas dapat kereta, nissan sentra, memula jalan ke Gelari Perdana. Dalam tu sume pasal Dr M dan bininye.

Kemudian ke Kolam Air Panas. Ingat blh mandi, skali under construction. Rendam kaki je la.

Destinasi tengah hari ke Pantai Rhu. Tak mandi. Sekadar jalan2. Tanjung Rhu ni ada 2 bahagian, 1st yg dalam gamba atas ni, public beach. 2nd private beach kat sblh 1 lg.
Kemudian ke Jeti KUah, usya2 shopping complex dan eagle square

Petang itu, setelah makan goreng pisang dan rojak buat, kami ke Underwaterworld. Tgk penguin etc..

Sgt seronok. Byk lg gamba yg best2 senanyer

Boleh kata setiap malam kami lepak d KFC. Ada wireless. Sambil2 makan, aku kne siapkan sedikit kerja untuk Baktisiswa n EPISMA. Kat langkawi ni, time malam je sunyi. KOl 9, Sume kedai da tutup. Bosan.

Jumaat. Kami ke Pantai tanjung Rhu belah private beach. Stelah main2...

Kami ke Jeti tanjung rhu naik bot. 4 jam lamanya. Pusing pulau, g kasi makan helang, tgk gua buaya, meredah lautan etc..

Masa naik bot ada juga restoran terapung. Tp kami lupe bawak duit T_T

Kemudian ke gua kelawar. Makcik dr India di depan kami kene keja ngan beruk...kuang3

Kemudian da penat pusing2 pulau dan masuk gua dan tgk binatang2. Terus ke lautan luas..

Ni part paling best.. bawak bot seniri pastu lumbe ngan boat sblh yg dinaiki pasangan dr ..cina kot

Kemudian sblm balik semula ke Jeti Tanjung Rhu..singgah jap Gua..

Petang tu ke pusat kraft...

Kemudian ke cable car..time ni da sgt penat.

Sblm balik singah sat tgk donkey. Ingat nk naik tp tutup.
Malam tu mcm biasa lepak KFC

Sabtu. Ke Pantai Kok.

Kemudian ke pantai Tengah dan Pantai Cenang. Mandi manda. Petang tu igt nk ke pulau dayang bunting tp hujan. Ada 1 lg pulau tu nk g gak tp rupenye itu trip 1 hari.

Sblm hujan tu, kami ke MARDI agrotek. G usya buah-buahan tempatan. Motif utama adalah lunch. Ktrg ada the only one pelancong tempatan dalam tour group tuh. Jd secara xlangsung ktrg terpaksa jd pemandu pelancong skali. Kenyang gak la melantak buah2

Last day, Ahad. Cuma g shopping. Tq kepada P n Syamil yg jd pemandu pelancong kami. Ntah macam mana blh keni ngan depa nih. Derang ni mmg org Langkawi. Aku g langkawi bwk 2 beg tp balik bwk 3 beg. huh~

sekian

-Alhamdulillah-

Thursday, June 19, 2008

Politik


Sejak pilihan raya lalu aku rasa aku semacam minat mengikuti perkembangan politik negara. Boleh kata tiap hari aku akan melayari blog2 'taiko besar' seperti Tun Dr Mahathir, Khir Toyo etc... Bilangan pengunjung mmg gila, sbg contog blog TDM, baru 3 hari buka sudah mencecah 300 000 pengunjung. KOmen utk setiap topik yg diutarakan pasti beratus dan adakalanya beribu. Rata2 yg aku lihat pengunjungnya adalah org kuat penulis blog itu. Tak habis2 memberi sokongan padu dan utuh. Ada juga golongan pembangkang yg hanya tahu mengutuk. Dan sikit benar org yg betul2 memberikan komen dan buah fikiran yg bernas berdasarkan isu yg dilontarkan tanpa membuta tuli menyokong atau membangkang.

Rata2 penyokong, komen mereka menyokong padu, mempercayai dan membenarkan 100% org yg disokong. ATau rata2 pembangkang yang membantah, menghentam dan mengutuk sekerasnya org yg dibangkannya. Bagi aku, kan lebih baik jika kita berfikiran rasional dan berpandangan jauh sblm membabi buta menulis. Tak semestinya org yg disokong sentiasa betul dan tak juga org yg dibangkang sentiasa salah. Teringat aku kata2 Dr Rani (DUN Meru eh?), "xkesah kalah kalau parti yg menang betul2 menjalankan tanggungjawab". Begitu juga kita sbg rakyat, janganlah terlalu taksub dengan seseorang. Bak kata lecturer aku, "use ur common sense" (aku rasa die kata dekat 20 dalam masa sejam). Tiada manusia yg sempurna. Everybody lies.


Cube usya link ni, baca komen yg ke 3. Terlalu kebudak-budakkan.
>>>LINK<<< - -


.
.
Alhamdulillah