.

Sunday, January 16, 2011

Photoshoot gold & silver bebeh~


- Bismillah -

Al kisah pagi tadi aku pergi berjumpa tokey Dinar & Dirham Restu untuk beli 1 keping Dirham Restu dan 1 keping Dirham Kelantan. Sebenarnye beli kan untuk orang. Dan kemudian aku juga meminta itu tokey untuk bawak koleksi2 gold & silver yg die ada. Jadi berlokasikan kedai mamak, aku dan assistant photographer aku (Mr T) pun menjalankan sesi photography emas dan perak di situ. Agak bahaya sebenarnye buat ditempat public sebegitu takut2 di cekup emas dan perak tu naya.


Hasil tangkapan nnt aku kasi letak. Kene touch up sikit sbb emas dan perak ini berkilat dan mudah mentulkan cahaya, jadi menyebabkan kadang2 silver berwarna emas dan merah akibat pantulan dari warna2 disekeliling.

Oh ada customer order 1 keping 10 dinar dan 1 keping 100gram dan silver 250g. Xsabar nak tunggu sampai untuk buat sesi photoshoot emas2 itu pula. Aku lebih excited untuk ambil gambar emas dari ada emas rupenye -.-'. Ini pasti akibat dah lama x ambil gambar. Sila salah kan posting ortho dan ENT wahai kekasihku D90.


- ALhamdulillah -

Friday, January 14, 2011

Malaysians4Change Video Part 2 & Iraq

- Bismillah -


Perbandingan ringgit Malaysia dan penjelasan bagaimana sebenarnya rakyat dirompak secara senyap bilamana duit dicairkan dengan pencetakan baru. Dan politik.



Kalau kita rasa kita xpandai takde ilmu dan takut ditipu oleh orang2 yg lebih pandai dari kita dalam sesetengah bidang, cari lah ilmu itu. Xsemestinya perlu ada ijazah dalam sesetengah bidang kita bolehjadi pakar. Ramai pakar2 datang dari bidang yg jauh berlainan dari apa yg mereka belajar secara formal di sekolah atau kolej dan universiti. Mahathir adalah doktor gigi. Maklumat sekarang semuanya dihujung jari. Jangan mudah terikut2 dengan apa yg cuba disampaikan seseorang tampa kita membuat kajian sendiri.

Saya sendiri sblm berani menjual emas dan mempromosinya kepada orang lain, saya telah cari bahan bacaan, beli ebook, tgk tv dan video2, subscribe newsletter dan duduk depan PC berhari2 dan berjam2. Tahniah juga kpd yg byk bertanya dan yg membuat kajian sendiri. Itu mmg tindakan yg betul. Bukan sesetengah orang yg promote bukan main tp ayat semua ikut2 orang cakap. Dia sendiri tak tahu apa sebenarnya.

Fahami video ini dan cuba lihat 'summary' yg ditunjukkan pada bahagian akhir video ini.

Sejarah :
Emas telah digunakan dalam transaksi manusia lebih dari 5000 tahun dan menunjukkan rekod yg sgt berjaya. Memang dunia telah menyaksikan bahawa emas dan perak adalah matawang paling stabil yg pernah wujud. Semasa dizaman Umar Al-khattab, Dinar dan Dirham mula diselaraskan dengan baik. Duit kertas menyaksikan kejatuhannya dalam tempoh hanya 30 tahun lebih sahaja. Maka jika anda kaji betul2 sejarah anda akan faham kenapa saya amat menyarankan jika kita hendak menabung/menyimpan, emas adalah bentuk simpanan antara yg terbaik. Namun begitu, seperti yg pernah saya tulis sebelum ini, simpanan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Janganlah kita tukar semua duit kita kepada emas pula (melainkan emas sudah diiktiraf menjadi matawang semula).

Berkenaan zakat, "Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki." (blog Lembaga Rasmi Zakat Selangor)

Anda lihat bagaimana dalam Islam sendiri, zakat disandarkan kepada emas dan perlulah mengikut harga semasa emas. Itu menunjukkan yg Islam sendiri mengiktiraf logam berharga ini atas kestabilan dan kekukuhan nilainya. Dan kita semua juga tahu ada zakat emas. Tapi kenapa tiada zakat kuprum atau zink  atau barangan lain? Ini menunjukkan emas itu sendiri Tuhan jadikan ianya sungguh istimewa. Sehingga Nabi sendiri pernah menyebut,

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)



Ini adalah apa yg berlaku kepada Iraq selepas mana US menjajah Iraq dalam perang baru2 ini. Bila mana berlaku krisis ekonomi atau jajahan, matawang duit kertas terus akan jatuh nilai dan tidak laku. Ini kerana pada asalnya duit kertas itu sendiri mmg tiada nilai dan hanya diberi nilai oleh kerajaan yg mentadbir. Cuba tgk pada wang kertas anda, ada tertulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai ..."


- Alhamdulillah -


Hyperinflation


- Bismillah -





Kita menggunakan sistem kewangan yg sama dengan negara2 yg mengalami hyperinflation. Apa yg membuatkan matawang kita selamat? Tahukah anda bank negara Malaysia sendiri menyimpan berjuta2 US Dollar sebagai reserve atau mungkin billion? (http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/11/the-currency-war-2.html). 

Suatu masa dahulu USD diikat dengan emas. Dan duit2 kertas lain pula di ikat dengan USD. Maka sistem kewangan ketika itu adlah stabil. Namun sejak 1971, USD sudah tidak terikat dengan emas. Maka berlakulah pencetakan wang secara berleluasa. Suatu masa dahulu 1USD bernilai 1 Troy Ounce (31.1g) emas. Namun kini 1400USD bersamaan dengan 1 Troy Ounce emas. Dan sejak 1971 itulah harga emas naik dengan mendadak. Dan mengikut jangkaan ramai pakar, kita masih lagi di peringkat permulaan sebelum emas dan perak naik lebih tinggi. Namun bila matawang kita yg kita sandarkan dengan USD yg akan jatuh, apa akan jadi pula dengan matawang negara kita. Lihat shaja bagai mana dalam tempoh 5 tahun ini bagai mana barang naik. 





Ramai yg masih ragu2 dalam menyimpan emas. Saya juga dulu begitu. Namun dengan melihat semula sejarah matawang kita akan tahu yg kertas tetap kertas. Kita hakikatnya ditanamkan kepercayaan yg kertas itu ada nilai, yg sebenarnya kos pencetakannya hanya sekitar 6sen, dan kita disuruh percaya ianya bernilai RM1/5/10/50/100. 

Ramai juga yg menyangka pelaburan emas ini adalh satu pelaburan baru yg semakin mendapat perhatian dan menjadi popular dan ramai orang mula tergila-gilakan emas dan perak. Hakikatnya kita silap. Bila ekonomi sudah bergolak, kita sebenarnya seolah2 terbaru sedar dan terjaga dari tidur tentang delusi duit kertas. Hakikat yg emas dan perak sebenarnye adlah matawang dan penyimpan nilai sebenar. Sama seperti cerita seorang raja yg bogel tapi semua orang mengatakan raja itu berpakaian cantik, sehinggalah ada seorang budak yg mengatakan bahawa raja itu bogel, baru semua mula terima hakikat itu. Jika anda sehingga kini masih ragu2 dan sekadar menyangka ini sekadar kata2 mulut manis untuk melariskan produk yg saya jual, anda sebenarnya tidak tahu sejarah.

Di Malaysia Emas dan Perak mungkin masih baru, namun di negara yg ekonominya bergolak hebat seperti di negara barat dan China, mereka sudah lama sedar. China antara negara yg paling byk menyimpan USD sebagai reserve. Akibatnya mereka juga turut bergolak. Namun China pandai, mereka menghasilkan ketulan2 perak dan menggalakkan rakyat mereka menyimpan perak. China juga mula berdagang dengan negara lain dengan matawang sendiri. China juga telah membeli 300 tan emas pada tahun lepas. 

Ada orang yg mengelak bila diceritakan tentang emas dan perak. Mereka menjangakka ini adalah sekadar jual beli biasa atau mungkin jualan langsung atau MLM atau pelaburan yg kebiasaannya yg sungguh membosankan. Merka telah rugi kerana walaupun emas adlah salah satu pelaburan, emas juga adalah matawang sebenar. Mereka tidak tahu sejarah dan tiada ilmu sbb itu mereka melarikan diri. Saya sudah byk jumpa orang begini. Dan mereka sebenarnye rugi. 

Video ini adalah sgt berguna untuk sesiapa yg ingin faham lebih lanjut mengenai emas dan perak. Anda tidak akan rugi dengan mengetahui sejarah dan ilmu2 ini.


- Alhamdulilah - 

Thursday, January 13, 2011

Bangladesh pun meleset




Cube bayang kan jika perkara dalam video di bawah berlaku. Vid ini dihasilkan oleh sebuar oragnisasai dipanggil NIA (http://inflation.us/) berikutan kejatuhan ekonomi US. Vid ini dihasilkan memandangkan keadaaan si sana yg sgt tenat, sampai jangkaan sebegini akan berlaku. Saksikan.





Perkara sebegini takkan berlaku jika anda menyimpan emas. Dan jika betul2 belaku, orang yg menyimpan emas dalah orang yg selamat, walau jatuh seteruk mana pun ekonomi dunia. Sejarah telah membuktikan dan sejarah mungkin akan berulang.


.

Wednesday, January 12, 2011

Ekonomi negara barat

- Bismillah -

Aku pun xsure sejak bila aku mcm sgt folo berita2 ekonomi dunia. Menarik jugak la lg2 US skrg mmg tgh bergolak. Sampai ada yg menjangka US akan mengalami hyperinflasi dalam beberapa tahun ini. Beberapa negara besar mcm China dan Russia dah mula gune matawang seniri untuk perdagangan antarabangsa. So just nk letak exchange rate duit kertas antara Malaysia dan negara2 maju eropah. Cube perhatikan dalam masa setahun je, berapa beza exchange rate untuk Ringgit Malaysia (MYR) dengan  1USD, 1 GBP dan 1 EUR.



Sumber dari website bank negara Malaysia

4/1/2010 : RM 3.4195 (1 USD)/ RM 5.4999 (1 GBP)/ RM 4.8844 (1 EUR)
12/1/2011 : RM 3.0625 (1 USD)/ RM 4.7893 (1 GBP)/ RM 3.9825 (1 EUR)


Ekonomi negara kita takat tu jeee kata Mahathir, yg terjadi sbb matawang negara2 barat jatuh. Dengan kata lain kalau rakyat Malaysia nk ke sana, sudah xsemahal dulu lah. Igt lg dulu masa 1 Pound Sterling bersamaan dgn  MYR7 (lbh kurang).

_________________________________

Oh ini pula fakta menarik tentang kos pergi haji (kelas biasa).

Tahun 2002
1 dinar = RM140
Kos Haji = RM9100.00
Dinar yang diperlukan = 65 Dinar

Tahun 2009
1 dinar = RM502
Kos Haji = RM9036.00
Dinar yang diperlukan = 18 Dinar

Tahun 2010
1 dinar = RM580
Kos Haji = RM9100.00
Dinar yang diperlukan = 16 Dinar

Tahun 2011
1 dinar = RM667 (harga 3/Jan/2011)
Kos Haji = RM9100.00 (yg dipersetujuai baru2 ini)
Dinar yang diperlukan = 14 Dinar



Sayang akubaru tahu pasal emas pada tahun 2009 dan mula kumpul pada tahun 2010. Byk kan kalau dari 2001 lagi aku da tahu. Dah haji dah skrg. Fuh~




- Alhamdulillah -

Saturday, January 08, 2011

Dadih segera Gemini




Saje la nk cube buat dadih kat bilik seniri. Aku beli cap Gemini semalam kat Tesco. Harga RM3.80 x silap. 200gm. masa mula2 bukak pek bau mmg sedap. Tp masa cair kn da mula bau yg tak best. Bau mcm warna tiruan yg sgt kuat. Aku igt sbb belum masuk peti ais mcm ni la kot. So hari ni bile nk makan, bau still kuat dan tak sedap. Jadi tu jadi tp bau bahan kimian tu kuat sgt. Tak sedap. Kat sgt bau. Mmg aku takkan beli lagi tak jenama nih.

Sesiapa tahu apa jenama yg lebih ok, y tak gune pewarna tiruan dan bau bahan kimia yg kuat mcm nih?

.

Thursday, January 06, 2011

I-Medic Logo

- Bismillah -

Mungkin ada yg tahu dan ada juga yg tidak tahu mengenai I-Medic. Ia merupakan satu pertubuhan amal berlandaskan perubatan. Nama lain adalah 'Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia'. Al kisah beberapa bulan lepas satu pertandingan membuat logo telah di anjurkan untuk I-Medic nih. So aku pun masuk je lah memandangkan aku pun selalu je design logo. Dan sgt mengecewakan aku rasa logo yg menang. Katanya ada lbh 80 penyertaan, tapi seryesli yg paling lawa takkan yg bawah nii???????????!!!!!



Tertekan ok -.-'

Aku tanya lah di FB Rakan I-Medic tentang logo ini dan ini jawapannya.


Seryes aku makin tertekan. Sekadar tulis I-Medic kemudian tambah strip sikit kat hujung. Aku rasa tak perlu buat pertandingan pun tape mcm nih. Tak perlu kreativiti langsung. Dan jawapan yg diberikan tgk lah, simple, professional dan berimej koprat. Pengalaman aku design logo untuk mcm2 persatuan dan juga syarikat dan aktiviti, komen aku logo ini bukan sekadar simple, tapi sgt sgt simple. Mcm tulisan sahaja, dan simple sgt sampai langsung tiada identiti 'perubatan' yg ingin di bawa. Sekadar tulisan? Logo sepatutnya menggambarkan motif sesuatu pertubuhan itu. Kemudian professional dan berimej koprat?? Seriouslyyyyyy cube cari mana2 logo professional atau koprat yg mcm ni, cari skrggg!!!

-.-'

haih~

Sejujurnya sgt mengecewakan. Bukan nk kutuk, tak niat xbaik pun. Tapi sejujurnya buruk. Tak tipu. Buruk.

Bukan aku tertekan sbb kalah. Da byk kali je aku kalah masuk pertandingan buat logo. Cume biasa yg menang tu lbh kreatif dan hebat. Aku sgt kagum dan tabik hormat. Tapi ini??

haih~



oh bawah ini logo2 yg aku buat. 

klik pada gambar untuk saiz asal yg lebih besar.




Tengok aku sorang dah hantar 10 jenis design walaupun ada yg hampir2 sama. Dan aku yakin orang2 yg design lagi 69 logo lain pasti turut kecewa dengan keputusan ini.
Ini pula adalah iklan tentang pertandingan membuat logo ini.
Tengok tulisan i-Medic dalam iklan itu. Itu adalah logo mula2 atau sementara semasa mula2 i-medic ditubuhkan. Apa beza dengan yg menang ini?

-.-'

aku tak faham apa motif die buat pertndingan ini sebenarnya.

haih~


- Alhamdulillah -