.

Tuesday, August 11, 2009

Farhan & Imran Wed - Part 1

- Bismillah -

Ni antara gambar semasa kenduri kahwin Imran dan Farhan (bukan Imran Kawin dengan Farhan ok. Derang adik beradik dan buat kenduri sekali). Aku rasa aku nak jadi jurugambar kanak2 la. haha~











Hahh, mesti la yg ni fave aku kan
(tetibe teringain ada anak. hahaha~)

Ohh..dan ada satu lagi tp aku letak kat flickr
Don't stare, please


- Alhamdulillah -

Monday, August 10, 2009

G.I. Joe

- Bismillah -

Malam tadi...ok la tipu, pagi tadi aku mimpi aku jadi Duke. wowww.. sgt cool kn?
ohh..dan aku mimpi aku kawen. haha~


- Alhamdulillah -

Floria Putrajaya 2009

- Bismillah -












- Alhamdulillah -

Sunday, August 09, 2009

Imran? Farhan? Floria?

- Bismillah -

Entry PENAT. Jom penatkan diri!
(Cisss la Rahim bg tahu lambat, kalau tak mesti aku da ada speedlight. haha~)
Al-kisah hari ni g Ipoh jadi wedding photographer lagi..haih~

Semoga mereka dikurnia kan 10 orang anak!! haha~

-.-'

...

______________________________


Penat kan diri lagi~

-.-'


-.-'



...

ni untuk bibot..haha~



- Alhamdulillah -

Wednesday, August 05, 2009

Salman & Fatimah

- Bismillah -

Sejujurnya aku mmg xpandai sgt edit2 gamba kawen ni,
tapi saje gak cube2 buat =]



















- Alhamdulillah -

Cikgu Orked

- Bismillah -

Aku ada pengalaman 2 kali jadi cikgu di sekolah menengah. Sekali masa selepas SPM, aku kerja di sekolah menengah ........ aku da lupe nama dia tapi kat Port Klang lah. Paling xle tahan aku kerja seminggu je sbb tak tahan. Pastu aku lari. hahaha. Sebabnya 1. Jauh 2. Sgt jem terutama time nak balik, selalu je asar disekalikan dengan maghrib. Sekolah tu ada banyak masuk kes polis, so pepaham la bebudak dia mcm mana. Ohh, dan aku ajar subjek Math untuk Form 1 dan Form 2.

Kali kedua selepas Pasum. Aku kerja di Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah. Tapi kali ni aku kerja mengikut perjanjian yang diberi iaitu 3 bulan. Aku ajar Pendidikan Seni form 1, Pendidikan Jasmani form 4, Math form 1&2 dan Science f4. Oh, dan aku siap jadi guru kelas untuk kelas f4! Kemudian biasa lah, cikgu lelaki yg masih muda single mingle dan hot pulak tu slalu je dapat surat cinta dan sms2 dari murid2 perempuan. Masa hari guru aku dapat hadiah lagi banyak dari guru disiplin menyebabkan guru disiplin tak puas hati ngan aku. Masa sukan aku mendepat sorakan gemuruh dari budak2 paling banyak. Ok, mmg sgt -.-', tapi itulah hakikat. hahaha~

Oh..terpanjang pulak intro nye. Aku cuma nak bercerita pagi ni hujan, jadi sgt menarik untuk sambung tidur selepas subuh. Nak dijadikan cerita aku mimpi jadi cikgu, tapi kali ni cikgu sekolah rendah. Dan yg menariknya sbb salah sorang murid aku adalah Orked!!! Pastu setiap pagi dan setiap petang daddy die datang amik. gagagaga~

Ok aku tahu ramai tapaham. ni adalah blog Orked. Daddy Orked adalah seorang photographer perkahwinan terkenal kat Malaysia nih. Saiful Nang. Kire macam idola (?) la. Mummy Orked adalah kawan abang aku n Kak Malini masa derang blaja kat Cambridge dulu. Aku tapenah pun jumpe derang nih, cume Orked sangat cute. Slalu baca blog die dan tengok hasil gambar2 yang ditangkap. Awww~ tu je. haha~


- Alhamdulillah -

Sunday, August 02, 2009

1 Ogos 2009

- Bismillah -


Sekitar kenduri kahwin Salman. Aku g pakai baju kemeja hitam lengan panjang. xke panas -.-'. kat lua mmg la sentiasa nampak cool kn, tp kat dalam da hujan taufan da. haha. Alhamdulillah, aku rasa aku da cube yang terbaik. Nak compare ngan Saiful Nang memang lebih baik jgn ngade2 nak compare lah kan. Kasi chan la kat diri sendiri, 1st timer katakan.

Dari jam 1130 pagi ke 530 petang. Fuh. Xpe2, kutip pengalaman. Tapi yang bestnye tadi air bandung aiskrim soda die sgt best. Dan daging die pun lembut2. Ohh..ayam golek pengantin aku x sempat nk rasa. Da la byk lebih (haha~). Ciss..

Tahniah Salman & Wife (lupe nama..haha)


Muallim Rusydi : "Enta bila lagi Mukhlis?"
Aku : "Err..ana ada setahun lebih lagi muallim belajar"
Muallim Rusydi : "Ooo..memang macam tu ke syaratnya ?" sambil menggenggam erat tanganku dan jelingan mata yang penuh makna.
Aku : ..... (kelu) T.T


_____________________________


(Gamba tiada kaitan)..tadi sebelum pulang ke kolej, aku singgah giant, kemudian beli air di gerai sebelah giant yang ada jual bersama Steamboat. Aku beli air cincau 1. Bg RM10. Makcik tu xde duit pecah. Jd aku terpaksa beli steamboat RM4 padahal aku da kenyang. Da la pedas dan xsedap steamboat tu. tak ke ....$#^%^%* T.T

_____________________________


Aku baru tahu ada duit kertas RM50 baru. haha~
(batak kejap)


- Alhamdulillah -