.

Tuesday, January 31, 2012

Novel Ramlee Awang Murshid

- Bimilillah -

Seperti yang semua tahu atau yg tak tahu, kerajaan Malaysia ada memberikan 'baucer buku 1 Malaysia' bernilai RM200 (4 keping baucer RM50) kepada semua pelajar tempatan di seluruh Malaysia. Maka aku yg masih berstatus pelajar adalah tidak berkecuali.

Mengenai novel2 Ramlee Awang Murshid, aku mmg dah lama mengikuti hasil2 penulisan novelis thriller terkemuka Malaysia ini. Sejak dari bangku sekolah lagi. Sejak dia mula masuk bersama Alaf 21 lagi. Masih ingat semasa di tingkatan 5, aku menjadi pustakawan sekolah, akulah orang yg mencadangkan untuk membeli semua novel2 penulisan beliau sebagai koleksi buku di perpustakaan sekolah. Dan aku sendiri yg pergi beli di Pesta Buku Antarabangsa ketika itu (2003), dan aku juga berjaya mendapat kan tanda tangan abang Ramlee untuk kesemua buku2 belia. Ada 5 atau 6 buku kot yg aku beli sekaligus ketika itu.




Dan sehingga sekarang, aku rasa novel2 Ramlee adalah satunya2 novel bahasa melayu yg aku baca dan sentiasa mengikuti perkembangan hasil2 karya terbarunya. Novel2 melayu lain ada baca tp kalau betul2 best je la, tapi tiada pula kenal mahupun mengikuti perkembangan karya penulisnya. Except datuk sedaraku, Abdullah Hussein. Itu tak kenal mmg nk kene la kan.

Tapi tahun 2006 aku berhenti membaca apa2 novel2 pun termasuk novel2 baru hasil penulisan Ramlee. Mungkin sbb byk sgt buku medic kne baca sampai aku dah taknak baca apa2 lain dah. Asik membaca je, walaupun mcm tak pandai2 jugak  .____. . Jadi last buku yg aku baca adalah Hijab Sang Pencipta, yg aku beli dan sampai skrg baru baca suku je haha. Masa stop baca tu igt stop kejap je, ni skali da 6 tahun tak sambung2 lagi. Rasanya lepas tu ada 6 novel baru yg aku dah tak baca - Fiksyen 302, Rayyan Fantasi, 9 Nyawa, Mikhail, Cinta Sufi, Cinta Bidadari.

Tapi sbb da ada vaucer dan beli barang di kedai buku, maka perlu genapkan harga kepada RM50 atau gandaannya, sbb kalau tidak, akan rugi,sbb xdapat baki (walaupun ada kawan aku kata masa mula2 dapat vaucer MPH Mid Valley pegi bg baki RM49 walaupun beli pen RM1). Jadi tadi aku pergi MPH Mid Valley dan aku beli Fiksyen 302 dan Rayyan Fantasi. Beli je dulu tatau la bile nk baca ._____.    ,yg 2 lagi pun igt nk beli tp yg 2 cinta2 tu tatau la nk beli tak. Walaupum ada unsur2 thriller juga, tp cinta2 tu membuat kan aku kebosanan. Dan antara sbb kenapa aku tak habis baca buku yg last aku baca tu. Baru suku je rasanya baca.

Jadi di bawah ini aku listkan semua buku2 Ramlee Awang Murshid yg diterbitkan oleh Alaf 21. Sebelum2 itu dia ada tulis3/4 buah novel juga rasanya, tp penerbitnya syarikat lain.

Novel RAMFC 

  1. Fiksyen 302 Terbaru!
  2. Rayyan Fantasi
  3. 9 Nyawa
  4. Mikhail
  5. Ungu Karmila
  6. Hatiku Di Harajuku
  7. Adam
  8. Mandatori
  9. Satu Janji
  10. Rahsia Perindu
  11. Ranggau
  12. Personal Justice
  13. Tombiruo
  14. Semangat Hutan
  15. Tombiruo Terakhir
  16. Bagaikan Puteri
  17. Cinta Sang Ratu
  18. Hijab Sang Pencinta
  19. Cinta Sufi
  20. Sutera Bidadari
Koleksi Novel Bersambung
  1. Trinovel Tombiruo -  [Tombiruo, Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir]
  2. Epik Lengkap Laksamana Sunan - [Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi & Sutera Bidadari]


2 novel baru yg juga paling latest yg baru dibeli :




Temubual Ramlee Awang Mursyid tentang Fisyen 302 :





3 Gamba di bawah merupakan yg di ambil dari google tampa izin :






Selain itu Ramlee Awang Murshid juga ada kelab peminat.
http://www.kelabram.com
https://www.facebook.com/RAMFC


- ALhamdulillah -


Friday, January 27, 2012

Internet Speed

- Bismillah -


 Top 50. Kelajuan internet secara PURATA untuk negara2 di seluruh dunia. Ini sekadar purata, bermaksud ada sesetengah kawasan di sesebuah negara mempunyai kelajuan internet yg lebih mahupun kurang dari purata. Ini juga bergantung kepada kawasan mana anda melayari internet, pekej internet yg anda ambil dan juga perkhidmatan dari Telco yg mana.




Sebagai contoh, ini kelajuan internet di UNIVERSITI MALAYA ketika ini. Jauh lebih baik dari purata kelajuan internet di Malaysia iaitu sebanyak 1.19Mbps sahaja. Rasanya di Korea selatan, ada yg selaju 90+ Mbps. Sgt mengagumkan!

- Alhamdulillah -




Monday, January 23, 2012

SNAP - Tona Warna

- Bismillah -


Sabtu baru2 ni aku ada menghadiri satu2nya dan yg pertama kelas photography sepanjang hidup aku. Tapi not exactly kelas photography. Tapi kelas Tona Warna (gamba atas yg kanan skali).

Kelas ini :

Aku mesti kata, agak seronok. Mungkin bg sesetengah orang ini kelas photoshop, tp sebenarnya tidak bg aku. Sebab sedar tak sedar aku dah tahu photoshop agak byk. Jadi apa yg di ajar tidak membantu sgt.  NAMUN, yg paling best yg aku dapat, adalah teknik SN sendiri menghasilkan tone die. Sebab sebelum ini cara aku buat tone agak lain. cara SN lebih mudah ringkas dan nampak hasilnya. Aku punya sgt complicated, punye banyak layer tapi hasil tak consistent langsung.

Kiranya mcm buat kopi. Antara aku dan org yg mmg expert buat kopi. Tapi die punya lg sedap sbb teknik dia lebih hebat. Mungkin ada suhu tertentu. Mungkin kne masuk kopi dulu, air panas dan last skali baru susu. Mungkin serbuk kopi tu kne kisar halus lagi etc. Tapi hakikat nya dua2 pandai je buat kopi.

Tapi ape2 pun yg paling excited sebenarnya adalah bila berjumpa SN sendiri >_<

Memandangkan aku dah usya die dah agak lama. Sejak dari zaman fotopages lagi. Sejak die tak sefemes skrg lagi. Sejak die pun baru nak naik lagi. Sejak b4 aku sendri amik gamba dgn serius lagi. Sejak zaman pegang compact dan tak kenal langsung iso, shutter speed, aperture etc. Jadi bila 1st time jumpe agak excited.

Ape2 pun thanx to Abg Hanif Mahmud kerana sponsor tiket. Nanti2 sponsor la lagi >_<
Thanx Hasif Mahmud bawak kamera dan tolong ambil gambar bawah ini. Aku tak bawa kamera pun hari tu.


tambah tone sket

gamba asal.


Aku rasa utk tahap aku sekarang kerna pergi kelas yg lebih advance. Tapi kelas2 SNAP adalah sgt mahal. Tona warna ni paling murah. Itu pun orang yg blanja. Wuuuu~



- Alhamdulillah -

Monday, January 16, 2012

MAS KAHWIN : ANTARA SYARIAH DAN ADAT

- Bismillah -





- Alhamdulillah -




Thursday, January 12, 2012

Ayam, di mana ku cari mu.

- Bismillah -

Sejak 3 minggu lepas, ada suatu misteri berlaku di Kolej 6, Universiti Malaya. Bilamana sejak minggu itu, tiada lagi ayam kelihatan di kolej ini. Samada ayam itu adalah ayam kampung yg liar berkeliaran, atau bela mahupun ayam daging. Makin parah bila dewan makan kolej 6 juga, semenjak waktu itu sudah lagi tidak menyediakan ayam.

Beberapa hari selepas itu naik satu notis di papan kenyataan di dewan makan kolej 6.

"PERHATIAN!
LAUK AYAM TIDAK ADA SEHINGGA DIBERITAHU"

Singga diberitahu yg tak tahan tu. Setiap orang yg membaca notis itu terkejut. Hari terus berlalu dan penduduk kolej makin hari makin rindukan ayam. Dan keadaan makin teruk apabila kualiti menu makanan menjadi semakin teruk. Boleh kata sejak 2 minggu lepas, menu utama hari2 adalah telur rebus atau telur goreng dan sardin. Dan bukan boleh ambil dua2, tp kne pilih salah satu lauk.

Telur rebus pula biasa dihidangkan dengan sambal atau kuah kari. Dan sambal atau kuah kari yg diberi biasa sgt sikit. Telur goreng pula kadang2 terlampau berminyak. Mungkin sbb masak sekali byk2. Dan biasa takde kuah ape. Jadi biasa makan mmg kering. Kadang2 die bg sup kosong. Sup yg mcm tak rasa ape. Sardin pula kuah sgt cair dan pedas. Senang cerita tak sedap. Kadang rasa hanyir.

Ini bukan masalah tidak bersyukur, tapi apa yg berlaku adalah tiba2 dan tiada penerangan diberikan. Dan kami bayar untuk makanan2 itu. Namun bila makanan kering sgt dan tiap2 hari makan 3 kali lauk sardin dan telur, siapa tahan? Dah la tak sedap, akibatnya ramai yg keluar beli makanan di luar. Kan suatu pembaziran. Lebih baik tutup sahaja dewan makan dan tak perlu charge untuk makanan.

Dan kolej mcm biasalah. Bila ditanya, tiada jawapan. Jawapan diberipun kadang2 tidak masuk akal. Lori yg hantar ayam rosaklah etc.

Dan di group FB kolej pun mulalah. Orang mula merungut. Maaf jika ada penggunaan kata2 atau perkataan yg kurang baik dalam komen2 di bawah.


Yang kisah polis datang sebenarnya ada kisah tersendiri. Cerita lain kali.
Ape2 apun, nak makan AYAMMMMMM!!!!!!!!!!!!

3 minggu dengan telur dan sardin yg tak sedap adalah menyiksakan. Nak makan luar hari2 keringlah poket. Jadi kadang2 aku makan sehari sekali sahaja. Tak pun puasa.

Sebut pasal sardin, setakat hidup aku yg dah 25 tahun ini. Ada satu je sardin yg sedap pernah aku makan, iaitu maklong Nem aku masak. Sudah lama, suatu masa dahulu. Sejak itu aku tak pernah makan sardin yg sedap. Kalau tak average pun, mmg tak sedap langsung. Termasuklah yg aku cube masak sendiri byk kali .__.


- Alhamdulillah -

Monday, January 02, 2012

Cerita photography Bulan 10, 11 dan 12, 2011 part 2

- Bismillah -

TIGA. Seminggu selepas mengambil gambar Mariam Adlina, pada hari sabtu berikutnya, aku dan Rahim ke Penang pula untuk mengambil gamabr kawan sekerja Rahim. Atikah. Aku fikir semua nya ok sahaja. Except masa aku edit gambar2 perkahwinan itu, aku kurang suka warna atau tone yg dihasilkan dalam dewan perkahwinan. Aku fikir puncanya adalah dari kombinasi warna yg kurang kene. Sbb warna tema dalah biru muda dan warna dewan adalah pink. cahaya matahari yg sedikit oren dan cahaya flash yg berwarna putih menyebabkan tone gambar menjadi pelik. Nak edit tukar tone semua gamabr adalah sgt susah dan memakan byk masa. Ape2 pun skrg semua dah siap.

EMPAT. Seminggu selepas itu lagi, yg merupakan seminggu sebelum aku ke Korea. Majlis pernikahan Kak Hani & Abg Azizi di Sungai buloh pada hari sabtu, dan Majilis resepsi nya pula pada hari Ahad. Terima Kasih buat kak Mar Sahri yg memperkenalkan kami kepada Kak Hani. Yang ini masalahnya bilamana gambar dah siap xboleh nk burn dalam dvd. Mula2 dvd burner x detect dvd. Kemudian cari burner lain masa burn asik fail je. Membazir byk jga dvd. Bila dah boleh last2, bila dah hantar, kak Hani kata ada gambar rosak tak boleh buka pula. Nak hantar pun susah, sbb waktu itu musim hujan sgt lebat. Sampai kak Hani pun risau xbg ktrg hanta dvd sbb hujan lebat sgt. Last2 kami dtg bawa external hdd untuk dicopy terus ke dalam laptop Kak Hani pada hari yg hujan rintik2. Nak tunggu tak hujan alamat tgh malam atau awal pagi lah.

Oh cerita pasal Kak Hani. AKu tak cam die masa hari nikah, hari majlis resepsi dan hari biasa masa hantar dvd. Muka die sgt lain untuk setiap hari2 itu. Mcm bila jumpa "eh ni kak Hani ke"? Dasyat sungguh kuasa make up.


- Alhamdulillah -