- Bismillah -
Lagi gambar boleh tgk di FB Musafirdunia Photography.
Dalam gambar nampak mcm tak menarik sgt, mungkin bila ambil gambar gambar, die jadi agak dull warna. Tapi pape pun hasil yg asal aku agak berpuas hati. Dan album ini berzaiz 12'x18' .. Serius sgt besar ok. Album terbesar setakat ini yg aku buat. Korang boleh ambil permbaris atau measuring tape tgk 12 inches kali 18 inches berapa besar. Bila da bukak lagi woaaaaa >_< ...... *kagum sendiri*.
So wedding derang ni aku amik masa bulan 5, iaitu 2 bulan lepas. Dan ini adalah wedding paling byk gambar aku ambil setakat ini (eh ke aku da cerita?). Aku rasa dekat 3000 lebih untuk satu majlis je. Belum campur majlis satu lagi belah laki yg lebih kurang 1000. Dan wedding yg sgt penat sampai rasa nak pitam. Dgn cuaca panas dan aku yg gelabah nk pakai baju trademark --> kemeja hitam, mmg nanges la.
Kemudian masa penghasilan album, ada sedikit masalah. SBb kilang buat album, loaded dgn tempahan album. Ye lah musim kawen. Permintaan berganda2. Jadi nya biasa album ambil masa siap max 2 minggu je, tp kali ni jadi 5 minggu dan kemudian ada masalah lg dan kene delay beberapa hari lagi. Frust jugak bila lambat, dan customer pun dah tanya2. Terpaksa tebalkan muka minta maaf byk kali. Tapi apa2 pun hasilnya aku berpuas hati. Terima Kasih buat Mr T yg bg pandangan dan kritikan semasa dalam proses men-design album. Terimas Kasih kepada Sazali Basri dan Mr T yg teman aku ulang alik ke kedai gambar untuk hantar ambil dan cek progression album. Sbb kawasan tu mmg tak penah ada parking, jd kene park tepi jalan dan kne ada org tunggu dalam kete.
Untuk gambar2 perkahwinan Syayril dan Salmi, boleh di dapati di :
Sedikit mengenai album :
1. Saiz 12'x18'
2. Kulit keras/tebal
3. 64 muke surat (depan belakang)
-tidak termasuk kulit dan 2 helai kertas hitam pada helaian pertama dan terakhir album
4. Harga RM600 (4 m/s percuma)
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment