.

Sunday, March 09, 2008

xle bla...

Memang xle bla. TV3 ngan RTM buat liputan life mengenai keputusan pilihan raya. Aku yang sambil2 mendonlot dari pagi pun folo je la perkembangan keputusan pilihan raya dari tv, website tak rasmi dan juga rasmi. Dan mmg sgt jelas, aku yakin semua orang nampak bertapa berat sebelahnya dan bertapa dibonekanya media masa malaysia ni.

Bila menang kata rakyat membuat pilihan yang betul. Bila kalah masing2 muke gelabah xle bla. Pastu satu2 tempat mula kalah sampai kedah ngan penang dikuasai pembangkang. Mula klua teori2 bodoh pengkritik. Pastu lagi xle bla die kata ramaja skrg kurang terdedah dengan 'politik sebenar' Malaysia dan lebih terpengaruh dengan blog2 pembangkang yg salah yg berleluasa di internet. Pastu siap salahkan Akta Universiti lagi...kah3x. Kalo mcm tu lps ni mansuhkan la akta yg tak bagi student terlibat dengan politik.

Kemudian boleh pulak kata peranan media masa surat khabar dan tv kurang berkesan dalam menyampaikn mesej kepada rakyat sbb skrg org baca berita online. Secara tak langsung dia dah mengakui yang media masa malaysia telah menjadi boneka kepada parti kerajaan. menyedihkan. Boneka2 media masa ini terlalu takut dengan kerajaan, nk hidup senang. Masing2 ambil jalan mudah untuk untung. Memang patut dikritik hebat oleh media luar seperti al-jazeera dan CNN.

Yang ni pun xle bla gak. Depa kata depa kalah sbb rakyat nak sampaikan mesej kepada kerajaan yg rakyat inginkan kemajuan. Jadi seolah2 bg warning kat kerajaan yg rakyat bukan main2 dan serius dan mintak kerajaan turut serius. Jadi saje pilih pembangkang untuk menyampaikan mesej itu. Maksudnye seolah-olah bile kerajaan da dapat mesej tu, pilihan raya akan datang rakyat akan memilih mereka semula. Adakah mereka berfikir rakyat itu terlalu lurus bendul, bodoh dan simple begitu? Kemudian bila perbincangan dan pengupasan lanjut, timbul pula istilah 'undi eksperimen'.

Kemudian mereka kritik pula kelantan. Mereka kata mereka tidak dipilih kerana rakyat kelantan kurang bersetuju dengan cara barisan nasional yg kurang islam. Eh..tahu pun..igt tak tahu. DAn depa kata lagi rakyat kelantan kurang terdedah dengan arus kemodenan, ttp dijanji dgn ulama pas kalau join pas masuk syurga, dan itu sahaja jalan utk masuk syurga. Jadi rakyat kelantan tak kesah tak maju tp janji masuk syurga. Jelik, pelik dan cacatnya pemikiran orang yg mengkritik ini. Ini lah yg menjadi masalah kalau orang yg jahil diberi kuasa untuk berkuasa dan mengkritik. Bodoh ape. Orang tak masuk u pun xkan bg alasan mcm tuh.

Tapi sayang, rakyat Malaysia sudah tidak kuno. Bukan rakyat tidak mendapat mesej, bukan jugak sbb saja undi pembangkang sbb nak bagi warning kat kerajaan yg rakyat serius, ttp rakyat bijak menilai dan memilih. Depa ingat depa mudah2 je nak kencing rakyat macam dulu... Terlalu jelas penipuan dan pembohongannya. Kan jelas ini menunjukkan yg pimpinan nasional sudah menjadi suatu persoalan oleh rakyat. Keraguan terhadap kemampuan kerajaan masa kini sudah mula dipertikaikan.

Dan macam2 lagilah kritikan2 xle bla. Tunggu saja surat khabar pagi nnt. Pasti penuh dengan alasan.

Tp aku tertarik apabiladikatakan mengenai bagaimana agaknya hak keistimewaan orang melayu selepas ini? Mane tak, DAP makin berkuasa dan parlimen pasti akan kecoh dengan cita2 orang cina yg da lama nk hapuskan mende ini. Tunggu dan lihat sahaja lah. Inilah demokrasi, kuasa ditangan rakyat.

eh...sejak bile pulak aku beri komen pasal politik nih..hahaha..nmpknya aku da maju lagi =]

9/3/2008
01.32 AM

7 comments:

Anonymous said...

hidup musaf!!! :D
saya sangat bersetuju ngan anda...

-piah-

maz m. said...

Salam, wahai sahabatku yang mulia hatinya,

hahaha aku tgk tv3 je tau, tv1 aku tak tgk...

ko semakin maju???? hahaha tang tu aku kurang ariff n no komen.

tapi aku rasala, penganalaisis(pengkritik yang disebut ko)yang dikatakan bodoh dan memberi analisis bodoh, tidaklah sebodoh yang ko cakap. derang pon mewakili suara rakyat jugak, cuma bila mengulas dan memberi pendapat di TiVi derang lebih sopan dan lebih berlapik. ulasan pedas cuma sekali sekala ja.

aku sure panganalisis2 nie lebih ariff dgn sejarah politik n kedudukan politik semasa negara.cuma bila da dijemput sbg tetamu derang buatla cara tetamu, cakap pun berlapik-lapik. lainla if tulis kat blog sendiri kan???

cuma aku rasa ja host2 rancangan tu tak cukup buat homework atau mereka memang tahu, tapi buat-buat tak tahu kerana dijadikan boneka pengantara oleh pihak2 tertentu.

isu yg ditimbulkan undi parti ini supaya blh masuk syurga, undi eksperimen, bagi warning kat kerajaan juga diutarakan oleh host2.penganalisis cuma sekadar bagi pendapat dan analisa mereka dengan agak ilmiah dgn diexplain lagi kenapa rakyat kelantan mengundi parti itu, bukan sekadar nak masuk syurga tetapi kepentingan rakyat yang lebih memilih soal agama berbanding pembangunan pesat. membangun biar selari dgn asas dan syariat Islam. begitu jugak ulasan dgn undi eksperimen dan bla bla bla...

parti roket byk menang kali nie kerana sentimen anti-Umno yang begitu sukses. bahaya kerana ada sentimen perkauman. selain dari isu menteri2yang perform dan tak perform dari golongan dan bangsa2 tertentu.

menang majoriti mudah ada pro n kon bagi pihak2 tertentu. checkla balik sejarah tragedi 13 mei bila kerajaan time tu menang dgn majoriti mudah. atau check balik PRU 1999 bila time tu orang melayu da pecah 3, kalau dulu takat dua ja. dan checkla balik macam mana keadaan negara dan kedudukan orang melayu (yang masih manja, dan kini masih manja) time tu. ko pun bleh buat penilaian sendiri ttg baik tak baik menang majoriti 2/3 atau majoriti mudah.

polisi parti tak salah banyak, cuma yang mengendalikan polisi yang banyak haprak dan corrupt.

sekadar secebis buah fikiran aku.
trimas sebab sudi membaca ~_^V

Cik Puan Berangan said...

marvellous marzafirzie. ternyata u buat homework.hehe

eh en musaf. maju ke cakap pasal politik ni?

tapi ape yg aku tau.kalau kerajaan tu pembangkang agak susah nak dpt pembangunan sbb bajet dah kena cut. adil tak adil itu lain cerita. sbb itu pilihan rakyat. bukannnya kehendak pemimpin.

so..hanya masjid di selangor tak kena usik sebab tu bawah sultan selangor..mari meramaikan masjid.
but no politik masjid ok.

alifreyes or said...

tahniah..

andalah generasi yg malaysia perlukan kui kui3..

musaf said...

helloo..aku ade ke kate pengalisis dan tetamu jemputan tu bodoh. Bace leklok k.

kesimpulan yg aku cube buat ialah analisa derang adlh berat sblh kerna mereka sokong/dipaksa/terpaksa sokong parti kaerajaan. Jadi hujah2 mereka terikut2 dgn parti yg disokong. kn jelas. Cume ada sorang mamat je yg aku rasa hujah dia lebih terbuka dan tidak memihak mana2 pihak.

Untuk aku maju la...sbb aku xpenah nk pk menda2 ni sblm nih. tgk anime lg best..kui3

maz m. said...

hohoho jgn la melenting kawan.. tak kasanovala... ~_^V

kan aku cakap derang cakap berlapik...tak semestinya sokong pihak tu...

Cik Puan Berangan said...

tak sokong mana mana masih ada courage untuk berdiri di bumi malaysia techenta ini?