.

Wednesday, March 26, 2008

tiba-tiba...

aku rasa orang lain pun sama je kot dgn aku ni...

tiba-tiba je.... aku rasa nak keje la pulak, da 14 tahun kat tadika/skola/IPT

tiba-tiba je.... aku rasa nak nak kawen, ada teman bercerita sepanjang masa. Penat jugak nk control macho setiap masa. lagi2 bile org tahu aku masih single, sume xcaye..haha~ lagipun pk2 balik kalo kawen lmbt nnt umor jarak dgn anak da jauh sgt, x best. tak dapat kongsi da buat aktiviti bersama mcm2. Kene start mencari la ceni.. =p

tiba-tiba je.... aku rasa nak cepat2 g klang. Nak jadi orang baru, yg lain dr dulu. Yang lebih bersemangat dan lebih rajin

tiba-tiba je.... aku rasa nak berniaga. Seronok tgk oran buat bisness nih. Plan sana sini. Setelah 21 tahun hidup, aku sedar aku ada bakat dalam merancang dan mumbuat strategi, mmg ptt aku dapat anugerah..haha~

tiba-tiba je.... aku rasa nak ambil tahu pasal politik. Pilihan raya baru2 ni benar2 menarik perhatian aku. konspirasi adalah satu perkara yg menarik

tiba-tiba je.... aku rasa nak nak cari 1 masa nak blaja balik mengunakan software designer dari mula sampai tahap advance. Pasti aku boleh menghasilakan design yg lebih hebat selepas itu

tiba-tiba je.... aku rasa nak jadi angkasawan. Memang ini cita2 pertama aku masa aku sekolah rendah. Aku masih ingat aku menconteng menggunakan maker pen melukit gamba roket di dalam almari baju ibu bapa ku dan menyebabkan aku kene marah. Sampai sekrang gambar itu masih ada =]. Mesti seronok dapat meneroka angkasa, menjumpai kehidupan lain. Aku sudah kemaruk dengan Stargate

tiba-tiba je.... aku rasa nak muhasabah diri balik. Fikir balik semua salah silap ku dimasa dahulu. Moga aku terus berfikir dan terus sedar. Kita khalifah Allah ini ada misi yg perlu diselesaikan. Siapa agaknya yg terpilih?

tiba-tiba je.... aku rasa nak cek balik sume cita2 dan matlamat aku. Terlalu banyak yg aku nak dan terlalu tinggi dan jauh matlamat aku. Jika ingin dibandingkan dengan cara dan usaha mcm tak kan sampai je apa yg dirancangkan.. Hmm.. Aku perlu terus berubah

tiba-tiba je.... aku rasa nak termuntah. Makan banyak sgt. Rahim la ni, mentang2 da lebat, di cakap ngan aku.. "makan la apa sahaja dan kat mana pun, aku blanja". Dan td kitorang g murni, aku makan mee raja, chiken cop, roti hawaii, medium size honeydew spesel (makanan utk 3 org). Dan rahim cume makan nasi goreng ciken cop, itu pun tak habis. Aaaaa....sgt kenyang. Inilah nikmat dunia.

kawan2..kita hidup ni byk sgt dosa. Setiap kali bercerita jarang kita tak mengumpat. Setiap kali melihat jarang skali kita menjaga pandangan. Setiap kali azan jarang sekali kita berhenti mengutamakan solat. Setiap kali berfesyen jarang skali kita nak menutup aurat. Setiap detik dan setiap saat jarang sekali kita ingat tuhan. Bila senang jarang skali ingin berdoa dan bersyukur.

Moga hari esok lebih baik

wassalam

2 comments:

Cik Puan Berangan said...

eh mukhlis.maziah kata kalo ko nak kawin dia free je skrg..


hehe.jgn marah atau membulatkan mata ok.

pesanan khidmat majlis raja-raja cuma menyampaikan pesan datin seri.


tq,
permaisuri

musaf said...

itu aa masalahnye..byk sgt sampai xterpilih aku. hahaha~