.

Wednesday, March 26, 2008

tiba-tiba...

aku rasa orang lain pun sama je kot dgn aku ni...

tiba-tiba je.... aku rasa nak keje la pulak, da 14 tahun kat tadika/skola/IPT

tiba-tiba je.... aku rasa nak nak kawen, ada teman bercerita sepanjang masa. Penat jugak nk control macho setiap masa. lagi2 bile org tahu aku masih single, sume xcaye..haha~ lagipun pk2 balik kalo kawen lmbt nnt umor jarak dgn anak da jauh sgt, x best. tak dapat kongsi da buat aktiviti bersama mcm2. Kene start mencari la ceni.. =p

tiba-tiba je.... aku rasa nak cepat2 g klang. Nak jadi orang baru, yg lain dr dulu. Yang lebih bersemangat dan lebih rajin

tiba-tiba je.... aku rasa nak berniaga. Seronok tgk oran buat bisness nih. Plan sana sini. Setelah 21 tahun hidup, aku sedar aku ada bakat dalam merancang dan mumbuat strategi, mmg ptt aku dapat anugerah..haha~

tiba-tiba je.... aku rasa nak ambil tahu pasal politik. Pilihan raya baru2 ni benar2 menarik perhatian aku. konspirasi adalah satu perkara yg menarik

tiba-tiba je.... aku rasa nak nak cari 1 masa nak blaja balik mengunakan software designer dari mula sampai tahap advance. Pasti aku boleh menghasilakan design yg lebih hebat selepas itu

tiba-tiba je.... aku rasa nak jadi angkasawan. Memang ini cita2 pertama aku masa aku sekolah rendah. Aku masih ingat aku menconteng menggunakan maker pen melukit gamba roket di dalam almari baju ibu bapa ku dan menyebabkan aku kene marah. Sampai sekrang gambar itu masih ada =]. Mesti seronok dapat meneroka angkasa, menjumpai kehidupan lain. Aku sudah kemaruk dengan Stargate

tiba-tiba je.... aku rasa nak muhasabah diri balik. Fikir balik semua salah silap ku dimasa dahulu. Moga aku terus berfikir dan terus sedar. Kita khalifah Allah ini ada misi yg perlu diselesaikan. Siapa agaknya yg terpilih?

tiba-tiba je.... aku rasa nak cek balik sume cita2 dan matlamat aku. Terlalu banyak yg aku nak dan terlalu tinggi dan jauh matlamat aku. Jika ingin dibandingkan dengan cara dan usaha mcm tak kan sampai je apa yg dirancangkan.. Hmm.. Aku perlu terus berubah

tiba-tiba je.... aku rasa nak termuntah. Makan banyak sgt. Rahim la ni, mentang2 da lebat, di cakap ngan aku.. "makan la apa sahaja dan kat mana pun, aku blanja". Dan td kitorang g murni, aku makan mee raja, chiken cop, roti hawaii, medium size honeydew spesel (makanan utk 3 org). Dan rahim cume makan nasi goreng ciken cop, itu pun tak habis. Aaaaa....sgt kenyang. Inilah nikmat dunia.

kawan2..kita hidup ni byk sgt dosa. Setiap kali bercerita jarang kita tak mengumpat. Setiap kali melihat jarang skali kita menjaga pandangan. Setiap kali azan jarang sekali kita berhenti mengutamakan solat. Setiap kali berfesyen jarang skali kita nak menutup aurat. Setiap detik dan setiap saat jarang sekali kita ingat tuhan. Bila senang jarang skali ingin berdoa dan bersyukur.

Moga hari esok lebih baik

wassalam

Sunday, March 23, 2008

KKM 08

KURSUS KECEMERLANGAN MOTIVASI
antara aktiviti kolej dalam khidmat masyarakat
membuat kursus motivasi untuk pelajar sekolah di
SMK SUNGAI KAPAR INDAH, KAPAR, KLANG
22 mac 2008

walaupun hanya projek kecil, tp kita kene terus memandang jauh. mengutip segala cebis pengalaman untuk memajukan diri. Dan untuk projek kali ini, aku dan kawan2 yg dapat award 'anugerah setia bakti ibnu sina' a.k.a. senior dlm menganjur aktiviti membantu pengarah yg masih baru menceburkan diri dalam bidang menganjurkan program ini. dan dr 5 aku bg 3.5




on d way back..


-wassalam-

psst..mukhlis, dont create excuse!!!!
8 years to go!!

Thursday, March 20, 2008

MAC 2008

15-16 MAC 2008
HULU LANGAT, SELANGOR
PROGRAM 'BUDAK MEDIC'

program yg dianjurkan psipum khas utk mereka yg beragama islam bg memantapkan diri dalam akademik, tak lupe juga makanan rohani dan sedikit aktiviti fizikal yg aku describe kn bg dak2 hira' xmencabar langsung.


Lembah Azween ni takde aa best sgt, bole la buat tempat seisi keluarga. untuk org yg suke kan aktiviti lasak dan mencabar mcm aku, tempat ni tak berbaloi untuk pergi.

boleh plak bas tersesat. Terpaksa a mengemis japz..

17 MAC 2008
MPIS 2
6th COLLEGE

aku jadi ajk teknikal...back stage boyz~

pada masa yg sama aku adalah salah seorang yg menerima award..

yeah!! Anugerah jasa bakti..utk org2 yg berbakti kepada kolej
.
.
malas nk tulis panjang
'A picture is worth a thousand words'
.
=sekian-

Wednesday, March 12, 2008

Gurindam Pak Lah

Panasku sangka hingga ke petang,
rupanya hujan di tengahari,
kelantan ku sangka mudah ditawan,
rupanya ku hilang 5 negeri,

sungguh malang nasibku ini,
tiada kampung dan tiada negeri,
penang negeriku ditawan DAP
taktau kemana nak bawa diri,

bagi peluang pada khairy
sambil kutumpu kpd isteri
manalah tahu kot dapat baby
boleh bg nama khairy

.SELAMAT.AMAN.MAKMUR.

diciplak dari kelate daily
.
.
antara aktiviti aku di youtube sejak pilihan raya....
usya - hanief's video
search nama 'mahathir' dan lihat komen2 mahathir terhadap pemerintahan kerajaan skrg
.
.
-sekian-

Sunday, March 09, 2008

xle bla...

Memang xle bla. TV3 ngan RTM buat liputan life mengenai keputusan pilihan raya. Aku yang sambil2 mendonlot dari pagi pun folo je la perkembangan keputusan pilihan raya dari tv, website tak rasmi dan juga rasmi. Dan mmg sgt jelas, aku yakin semua orang nampak bertapa berat sebelahnya dan bertapa dibonekanya media masa malaysia ni.

Bila menang kata rakyat membuat pilihan yang betul. Bila kalah masing2 muke gelabah xle bla. Pastu satu2 tempat mula kalah sampai kedah ngan penang dikuasai pembangkang. Mula klua teori2 bodoh pengkritik. Pastu lagi xle bla die kata ramaja skrg kurang terdedah dengan 'politik sebenar' Malaysia dan lebih terpengaruh dengan blog2 pembangkang yg salah yg berleluasa di internet. Pastu siap salahkan Akta Universiti lagi...kah3x. Kalo mcm tu lps ni mansuhkan la akta yg tak bagi student terlibat dengan politik.

Kemudian boleh pulak kata peranan media masa surat khabar dan tv kurang berkesan dalam menyampaikn mesej kepada rakyat sbb skrg org baca berita online. Secara tak langsung dia dah mengakui yang media masa malaysia telah menjadi boneka kepada parti kerajaan. menyedihkan. Boneka2 media masa ini terlalu takut dengan kerajaan, nk hidup senang. Masing2 ambil jalan mudah untuk untung. Memang patut dikritik hebat oleh media luar seperti al-jazeera dan CNN.

Yang ni pun xle bla gak. Depa kata depa kalah sbb rakyat nak sampaikan mesej kepada kerajaan yg rakyat inginkan kemajuan. Jadi seolah2 bg warning kat kerajaan yg rakyat bukan main2 dan serius dan mintak kerajaan turut serius. Jadi saje pilih pembangkang untuk menyampaikan mesej itu. Maksudnye seolah-olah bile kerajaan da dapat mesej tu, pilihan raya akan datang rakyat akan memilih mereka semula. Adakah mereka berfikir rakyat itu terlalu lurus bendul, bodoh dan simple begitu? Kemudian bila perbincangan dan pengupasan lanjut, timbul pula istilah 'undi eksperimen'.

Kemudian mereka kritik pula kelantan. Mereka kata mereka tidak dipilih kerana rakyat kelantan kurang bersetuju dengan cara barisan nasional yg kurang islam. Eh..tahu pun..igt tak tahu. DAn depa kata lagi rakyat kelantan kurang terdedah dengan arus kemodenan, ttp dijanji dgn ulama pas kalau join pas masuk syurga, dan itu sahaja jalan utk masuk syurga. Jadi rakyat kelantan tak kesah tak maju tp janji masuk syurga. Jelik, pelik dan cacatnya pemikiran orang yg mengkritik ini. Ini lah yg menjadi masalah kalau orang yg jahil diberi kuasa untuk berkuasa dan mengkritik. Bodoh ape. Orang tak masuk u pun xkan bg alasan mcm tuh.

Tapi sayang, rakyat Malaysia sudah tidak kuno. Bukan rakyat tidak mendapat mesej, bukan jugak sbb saja undi pembangkang sbb nak bagi warning kat kerajaan yg rakyat serius, ttp rakyat bijak menilai dan memilih. Depa ingat depa mudah2 je nak kencing rakyat macam dulu... Terlalu jelas penipuan dan pembohongannya. Kan jelas ini menunjukkan yg pimpinan nasional sudah menjadi suatu persoalan oleh rakyat. Keraguan terhadap kemampuan kerajaan masa kini sudah mula dipertikaikan.

Dan macam2 lagilah kritikan2 xle bla. Tunggu saja surat khabar pagi nnt. Pasti penuh dengan alasan.

Tp aku tertarik apabiladikatakan mengenai bagaimana agaknya hak keistimewaan orang melayu selepas ini? Mane tak, DAP makin berkuasa dan parlimen pasti akan kecoh dengan cita2 orang cina yg da lama nk hapuskan mende ini. Tunggu dan lihat sahaja lah. Inilah demokrasi, kuasa ditangan rakyat.

eh...sejak bile pulak aku beri komen pasal politik nih..hahaha..nmpknya aku da maju lagi =]

9/3/2008
01.32 AM

Friday, March 07, 2008

.............

Hari baru
Semangat baru
Cita-cita baru
Cara baru
Hala tuju baru
8 tahun lagi
Aku pasti
.
create no excuse

Tuesday, March 04, 2008

workaholic

Antara aktiviti besar dalam diari aku di tahun 2008 ini
........................
22 Mac 2008
Kursus Motivasi Untuk Pelajar Sekolah, di Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah, Kapar, Klang Selangor

25 Mac 2008 - 27 Mac 2008
Survey untuk Baktisiwa Sarawak, di Bintangor Sarawak

9 April 2008
MUNUS, National University of Singapore, Singapore

23 Mei 2008 - 6 Jun 2008
Elective Program di Hospital Kuching, Sarawak

Julai 2008 - Ogos 2008
Baktisiswa Sarawak, di Bintangor Sarawak

Ogos 2007
Clinical Year di Hospital Klang selama setahun