.

Friday, January 11, 2008

FINALIS 07 - the event

Jumaat, 11 Januari 2008. 0955
.
Semalam aku menghadiri satu mensyuarat untuk kempen kesihatan yg bakal diadakan pada 2 Februari nanti di Saujana Utama, Sungai Buloh Kuala Selangor dengan PIBG2 sekolah, wakil2 sekolah dan wakil2 penduduk. Sangat banyak yg perlu difikirkan memandangkan program kali ini boleh kata agak besar dan bg aku ini adalah aktiviti terbesar yg aku terlibat secara langsung yg melibatkan pengunjung yg sgt ramai. Anggaran Pengunjung adalah lebih 10 000 orang memandangkan publisiti yg dilakukan besar-besaran dan tempat berlakunya program adalah dikawasan perumahan yg mempunyai bilangan penduduk lebih 20 000 orang. Program ini juga dilakukan dengan banyak pihak dan agensi2 luar. Asal Program ini akan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan kita tp apakan daya kejadian itu telah berlaku menyebabkan perasmi ditukar kepada ahli parlimen kuala Selangor. Sgt berterima kasih kpd YB kerana memasukkan program ini under salah satu aktiviti wakil rakyat, yg paling penting masuk bajet mereka skali. Yeay!!!
.
Bila meeting dengan orang2 besar dan org2 yg berpengalaman dalam memimpin sekelompok org yg sgt ramai, mindaku terbuka. Sangat hebat mereka ini. Berpandangan jauh dan idea masing2 sgt bernas. Selepas 2 jam meeting, aku, kawan2 dan penyelia kolej bergegas pulang ke kolej sbb malam itu ada FINALIS.
.
Aku asa kalau ada anugerah untuk pentas terbaik antara aktiviti2 FIS, FINALIS no.1
.

Selepas habis 9 org bertanding, tibalah saat2 yg dinantikan. Abg muadz membuat persembahan solo untuk lagu baitul maqdis dan berduet dengan dak mie utk lagu hijrah. Aku sgt suka lagu hijrah~
.Seterusnya persembahan uoleh Nazrey Johari. Memule die buat persembahan solo kemudian anaknya Syafika join sama berduet membawa lagu. Mcm biasa, Abg Nazrey punye lagu sgt sedap didengar dan msg yg disampaikan jelas tujuannya.
.
Tahun ini keputusan pertandingan agak mengejutkan, kumpulan sekolah menang mengetepikan kumpulan2 dari pesat pengajian tinggi yg lain
.
.
3 juri, Abg Munif, Abg Nazrey n Dakmie. Abg Muadz tak jd juri.
.
Aku sgt tak tersangka. Peminat abg muadz semakin ramai. Album yg dijual pada malam itu juga hampir habis. Berebut2 orang nk tangkap gambar dengan die...terutamanya gilrz~ Ada juga gamba ngan artis lain tp pakai kamere org len. Overall event memuaskan terutama artis jemputan yg sgt hebat. Menjemput composer dan org yg mmg extrem dalam bidang seni suara ni sbenanye sgt pedas terutamanya buat peserta. Dakmie kritik habis2 peserta. Pedas je sume yg denga. Nasib la, sape suh panggil juri profesional. Tp itu sume kan ilmu =], terimalah dengan hati yg terbuka.
.
Tp yg menyedihkan pengarah Finalis tahun ini sgt keras kepala. Tanak terima nasihat dan pandangan org lain yg lebih arif. Kemudian selepas aktiviti juga, dewan tak dikemas dengan baik. Boleh pulak pengarah die kata sume ajk penat jd kemas sket2 je. Banyak la, tu aktiviti korang, korang kene la tanggung jawab..ngok!!! Penat mcm mana pun tanggungjawab kene buat. Aku tengok pun derang bukan buat sampai penah lelah klua peluh sebesen atau xleh jalan sampai xnak kemas. Grrrr!!!
.
work of art...xde kaitan ngan finalis
.
Tetibe jumpe gamba ni. Ni time cuti raya haji hari tu. Aku dan kengkawan g pantai remis untuk mengutip kerang. Yeay!! Kemudian lepas tu igt nk masak n makan reramai. Tp yg dapat 1 kerang je T_T. Itupun aku yg dapat. Da lupe mcm mana nk kutip kerang. Dulu time sekolah dapat berbaldi lg. Jadi sbb nk masak jugak, g la beli kerang 3 kilo, Tiram sebiji dan beberapa hasil laut lain yg dijual sepanjang pantai.
.
xtahu lagi bile nk update lepas nih. Akan terus busy. Habis kempen kesihatan ada exam. Kemudian mengira hari untuk final exam bulan 5 pula. Kene bersungguh utk belajar. Habis final akan ke serawak untuk elektif. Pada masa yg sama akan busy menguruskan program MEDSOC (medical society) dalam Baktisiswa Sabah. Dengan kata lain, program yg mcm kempen kesihatan bulan 2 ni tp buat kat kawasan pendalam sabah. Setakat ni, idea gile nk buat kat satu kawasan pendalaman orang asli yg tinggal kat pertengahan gunung kinabalu, ape ntah nama tempat tuh.
.
- sekian-

2 comments:

Anonymous said...

ehm ...

Anonymous said...

Saya ingin dapatkan e-mail addr or kontek nomber sesiapa yg berkaitan di pihak Kolej Ibnu Sina dengan program 2 Feb di Saujana Utama tu untuk dimuatkan dalam http://www.saujanautama.net

sila e-mail kepada hassan1663@yahoo.com