.

Monday, November 16, 2009

Photoshoot Tempurung

- Bismillah -




 burukkan?


Tempat : Gua Terpurung, Gopeng, Perak, Malaysia
Hari : Sabtu
Tarikh :  14 November 2000
Hasil : GAGAL+BURUK

Sebab : Xde tripod
Perasaan : Sedih+Kecewa+rasa mcm xnak amik gamba dah
(tp sbb da kne ugut so kne amik gamba balik haha)


- Alhamdulillah -

Thursday, November 12, 2009

December 21, 2012 the END?


- Bismillah -

Pernah kah anda mendengan fenomena 2012? Ia hanya bukan sebuah movie, malah movie 2012 dihasilkan berdasarkan mitos, namun mempunyai bukti2 tersendiri.




http://www.mysinchew.com/node/29902

http://en.wikipedia.org/wiki/2012_phenomenon

http://survive2012.com/

http://www.greatdreams.com/2012.htm

http://www.universetoday.com/2008/05/19/no-doomsday-in-2012/

http://www.13moon.com/prophecy%20page.htm

http://www.december212012.com/

http://survive2012.com/





 



Mana pandangan ahli ilmuan Islam??








- Alhamdulillah -

Tuesday, November 10, 2009

Muara Ikan Bakar

- Bismillah -

Lokasi : Port Klang
Kalau dari Hospital lebih kurang 20minit. Bergantung kepada trafik.

Hari itu aku dan Rahim ke kawasan ini, tetapi bukan untuk makan lelainkan mengambil gambar. Asal idamkan gambar sunset. Rahim pun nak mencuba camera baru dan lense mahalnya. Tapi cuaca begitu mendung, matahari langsung tidak kelihatan dan kami juga sampai lambat sbb terlupe jalan haha (aka sesat kejap). Da lama ok x pegi tempat ni. Last skali pegi dengan family dulu.


Lokasinya betul2 di sblh laut.


Menu


Harga yang ntah bile ntah last skali die update


Oh macam biasa pilih nak makan haiwan apa kemudian timbang n bg orang kedai masak


Ikan


Ini veiw kedai dari dalam, dari kawasan surau kedai. Ada surau ok sbb die tahu orang akan lalai makan so mcm baik buat la surau kan supaya nak semayang dekat je, jd boleh lepak lama lagi dan order byk lagi dan habis kan duit pelanggan lagi banyak


Ini masuk sikit dalam kedai


Ini kawasan meja2 dalam kedai. Belah sana tuuu adalah laut. Jadi boleh nampak laut dan juga kapal dagang dan juga pelabuhan dari jauh


Ini pula gambar kedai dari kawasan tepi kedai. Semasa kami pergi air adalah surut jadi boleh ke kawasan batu2 ini untuk mengambil gambar. Untuk melihat gambarku yg kacak bersama permandangan ini silalah lihat di fb encik Rahim. Lama ok kene posing tampa gerak selama lebih 15saat.


Dan sepanjang kawasan laut itu..eh xde la sepanjang tapi ada la byk jugak kedai2 atau gerai kecil yang memjual rata2 nya adalah mainan. Oh dan ada juga tudung makcik2 indon yg makin femes di kala ini


Ini pula permandangan panorama laut. Restoran adalah kawasan berlampu yg kanan sekali itu.

Tempat ini agak mahal sedikit dari kedai2 biasa. Tapi orang kata kalau nak yang terbaik perlulah berbelanja lebih. Berbaloikah? Kalau betul2 nak pasti ada cara. Eh tapi bukan seafood mmg standard agak mahal ke? Maksudnye kalau makan kat gerai2 biasa sorang mungkin RM10. Tp seafood lebih kurang RM30 dan boleh mencecah RM100 atau lebih seorang bergantung kepada jenis ikan dan kuantiti yang dihajati. Ye lah nelayan terpaksa membelah badai menggadai nyawa hanya untuk memuaskan nafsu makan ikan kita. Kan kan?


- Alhamdulillh -

Layout

- Bismillah -

Kepada yg berkenaan. Heloo manede tiruuuu. Sbb layout ni space die BESAAA so bole letak gamba BESAAA BESAAA mcm gamba bawah ni (dua2 gambar ini ada dalam flickr). Tahu la die mmg minat ngan perkataan BESAAA kn haha =p (ehehe)

Sedikit info mengenai gambar~

Gambar ini di ambil semasa pulang beraya di kampung halaman tercinta, Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Semasa hari raya ke 2. Lebih kurang 1 km lebih dr rumah tok adalah laut. Dan kebetulan cuaca senja hari itu cukup baik maka terhasillah gambar ini.


Yang ini pun sama. Ketika itu baru selepas musim menuai padi, dan kawasan sawah padi akan dibanjirkan semua untuk penanaman seterusnya.


- Alhamdulillah -

Monday, November 09, 2009

Kota keriangan - Ceritanya

- Bismillah -

Sambungan cerita photoshoot d genting.

Siang itu sangat berkabus, petang pula hujan. Cuaca begini sedikit menghampakan kami berempat terutama Qayyum dan aku. Selesai solat asar kami pusing2 di dalam banggunan indoor theme park. Waktu ketika itu sudah 6.50 apabila kami mula bergerak semua ke kawasan belakang hotel, di tepi gaung dengan harapan mengambil gambar matahari yang bakal terbenam. Tapi sekali lagi kami dihampakan bila awan begitu tebal sehingga biasan cahaya matahari pun tidak kelihatan.

Siang melabuhkan tirai, digantikan dengan malam yang cukup dingin.Tariq dan Zuhri membuat keputusan untuk melihat dan menunggu sahaja dari dalam banggunan. Bagi aku, kesejukan bukan penghalang, aku tetap pegi ke tepi gaung.Alang2 da datang jauh2 kan.... Tak lama kemudian Qayyum turut serta datang mengambil gambar.

(SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK RESOLUSI YANG LEBIH MEMUASKAN!)



Sangat tak sangka yang KLCC boleh nampak dari puncak Genting Highland. Time ni la da mule amik gamba tak igt masa. Akibatnye terlari2 mengejar bas.










- Alhamdulillah -

Saturday, November 07, 2009

Photoshoot

- Bismillah -

Keluar 830 pagi balik 930 malam. mengambil gambar. Penat. Walaupun cume tekan2 je tapi tetap penat. Tp tetap seronok =D. Terima kasih aH!

Manede takut ular. Geli je -.-'
(hgbsdhsvfgihshsvgsdoidhdsousdlkvvcusdfgcsdiochdsucfgdsochsd)


Panorama selat Melaka. Aem mane ko punye??? Tunjuk sket hasil D90 baru! haha~
cisss beli 17-55...


- Alhamdulillah -

Friday, November 06, 2009

Hujan Oh Hujan

- Bismillah -

KUALA LUMPUR 6 Nov. — Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran bahawa hujan sekejap-sekejap dan kadang kala lebat yang turun di Perlis, Kedah, Perak Utara dan Pahang sejak semalam dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Macam mana dengan plan kite ni ...aH??
haih~


Tiap petang tgk langit
Tiap malam tgk langit
Bilakah bulan kan muncul?
Bilakah matahari kan menyinarkan pancaran cahaya yg memukau lagi?


- Alhamdulillah