.

Friday, May 30, 2008

Sempena Tandas Baru






18 May 2008

Friday, May 16, 2008

.................

Bismillah...


moga aku sentiasa tergolong dalam golongan mereka yg ber-SYUKUR
dan orang-orang yang SABAR
.
.
ameen~

Thursday, May 15, 2008

sIng..

Assalamuaalaikum..

fuh~ 2 minggu yg memenatkan...

oo yee..ada pengumuman untuk semua rakyat Malaysia.
Saya mewakili AJK EPISMA ingin menjemput mana2 kumpulan nasyid yg merasakan diri mereka sgt hebat dan tere untuk menyetai pertandingan nasyid yg bakal diadakan sempena EPISMA 08 di Dewan TUnku Cancelor UM. Di ingatkan sekali lagi, kumpulan anda mesti hebat dan pernah memenangi 3 tempat pertama pada mana2 pertandingan nasyid yg pernah diadakan. Kumpulan cikai2, yg tak penah2 menang dan yg baru nk mencuba masuk pertandingan tidak akan dilayan melainkan jika ada tempat lebih. Dengan kata lain, pertandingan ini cuba mengumpulkan mereka2 yg hebat2 belaka. Jadi jika anda rasa kumpulan anda hebat marilah menyertai. Xhebat xyah join. Maaf jika pelawaan agak kasar dan kurang sopan.

Tarikh : Akhir bulan 7 (tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian)
Terbuka kpd 12 kumpulan terawal
2 lagu dalam masa 10 minit
SAlah satu lagu mesti Live..(accapella/main alat musik sendiri..xleh minus one)

maklumat yg lebih terperinci akan diberitahu kelak
Untuk pertanyaan peringkat awal boleh hubungi Mr M ditalian 0123133764

Terima Kasih.
.
.
sing dollar aku byk xgune, ni gara2 pulau sentosa tutup arr nih!!
("|)


Wednesday, May 07, 2008

HilanG DalaM DamaI

Alahmdulillah..exam da hbs . Teruknye neuro anat aku..wuuu..
kol 12 jap g nk ke times Q n lowyat.
Malam pulak balik umah sbb mama kata die da rindu.
Esk, kamis dtg balik sbb jumaat 630 pagi akan bertolak ke singapore la.
Ya Allah..berilah aku lulus..amin~

Sedikit cerita mengenai EPISMA (EXPO PERUBATAN ISLAM MALAYSIA) yang bakal di anjurkan oleh PSIPUM (persatuan siswa siswi islam perubatan UM). Nama asal adalah EXPO PERUBATAN ISLAM UM, tetapi sbb pengarah projek merangkap rumet aku sgt mantap, pelbagai agensi perubatan besar tempatan dan antara bangsa akan turut serta. Malah PPIM (persatuan perubatan islam malaysia) ingin menjadikan EXPO ini sebagai satu platform utk derang menyampaikan anugerah doktor cemerlang peringkat malasia.. da jd mcm AIM la pulak. Jadi setelah berbincang maka dipersetujui untu tukar UM jd MALAYSIA dengan singkatan EPISMA 08. Program yang menelan belanja RM100 000 lebih ini akan dilangsungkan selaba 3 hari 3 malam pada penghujung bulan 7 di Kompleks perdana siswa UM. Target kitorang nk mengalahkan kemeriahan FESKUM (festival konvokesyen UM). Kita tunggu dan lihat... Banyak aktiviti bermanfaat dan menarik turut di adkan berserta juga aktiviti2 sampingan. Detail nya akan dihuraikan kemudian sbb skrg masih dalamm peringkat awal perancaangan. Logo tu mesti la aku yg design, tp terima kasih kpd YOEPMI atas idea dan konsep.
.
Alhamdulillah
.




Monday, April 28, 2008

Kem Anak Soleh

Assalamualaikum...
Yahaa!!! Jom kite tgk balik sejarah logo KAS....


Masa zaman2 KAS1, asalnya xde logopun. Tp bile nak buat latter head baru terpikir nk letak ape. Jadi aku dengan laju membuat logo d atas. Tp sbenanye gamba muka tu xde pun. Just 'O' biasa. Kemudian masa buat banner ader org gatal tangan (read: ibu sarah) g tambah mata dan senyuman pada 'O' itu. Maka bermulalah episode KAS dan smiley nye.. Pada zaman ni juga aku baru blaja2 mendesign nih..

Ini antara hasil aku yg agak cemerlang juga (pada masa itu). Nak buat serban die je da 2 jam. Tp skrg da tere, 2 minit bole siap..ngehehe~


Bile KAS 3, aku cube ingin nampak lebih matang. Mula memasukkan grafik2 yg lebey sket. Orang slalu komen aku yg aku nye design terlalu serius dan tak de unsur 'comey' (majoriti pompuan yg komen, sama kes masa design baju masa 1st yr dulu). Jadi aku cube menerima kritakan tersebut bg meng-improve-kan lagi hasil2 yg mendatang. Cube lebih menampakkn seni dan ke-'comey'-an nye. Kalau kak malini (kak iparku) x tegur masa aku buat design die, agak nye sampai skang aku xreti nk buat design yg comey2 nih (aku suke gune font yg lurus dan lebih serius, dan design tu utk budak jd xsesuai).

Jadi untuk tahun nih..ini la hasilnye dalam masa setengah jam. xleh lelama time study week nih. Kalo da masyuk dan khusyuk mendesign nih..sehari semalam pun penah xbenti.

Memula cube nk kekalkan tradisi muke senyum versi soleh tp rasa xlawa dan tak kene ngan konsep dgn design tulisan. Igt nk buat 3D trp masih xpandai. Ni pn xtahu knp gamba die jd buruk, ntah ape jd mase convert format gambar td. Kalo nk buat name tag ngan badge, nnt aku ubah lg gamba muke nih..tambah janggut ke..ngehehe. Tp lps exam aaa.

caucincau. Assalamualaikum.

Alhamdulillah~

Friday, April 25, 2008

April ini...

Assalamualaikum again.. Aku skrg tgh berpulun sepulun mungkin untuk final exam 5 may 2008 nanti. Minta semua doa semoga aku berjaya (",). Mcm biasa minggu exam sgt menyeksakan tp aku tersuka sbb time exam la aku dapat tgk seorang aku yg rajin..haha. Kagum dengan diri sendiri. Kan bagus kalau aku mula rajin awal sket (setiap kali nk exam ckp mcm nih). Owh..mcm biasa nk hipokrit sket, nk mintak ampun mintak maaf kat sesiapa sahaja. Aku yakin byk salah dan silap diri ini..hehe.
.
Ini sedikit cerita mengenai aku April ini...
.
Awal bulan ini agak kecoh dengan kejadian kecurian kasut di kolej aku. Blok aku menjadi mangsa utama sbb senang keluar masuk. Cerita ini bukan cerita baru sebenarnya. Dulu juga sudah pernah berlaku. Dicuri oleh penagih dadah dari clan penagih dadah bandar metropolitan. Jadi nk dikisahkan tahun ini setiap blok dipasang sistem kunci elektronik pada setiap pintu masuk blok dan access card diperlukan untuk masuk. Sgt menyusahkan tetapi sgt penting. Buktinya apabila satu hari, hujan sgt lebat dan kilat dan guruh sambung menyambung, kunci elektronik rosak dan akibatnya seminggu slps itu kejadian hilang kasut berleluasa seminggu seminggu lamanya. Kasut sume harga beratus yg diambil. Kasut toreh getah aku RM6.50 xnak pulak die amik. Memilih btol!! Diskriminasi!! Racess!!

TErjumpa masa usya2 internet. Mahathir mmg 'return' masa paklah mule buat spoil pasal nk ganti jambatan bengkok dgn tambak johor. SApa tak tau kisah die g you tube search 'mahathir'. Ada salah satu vedio nye yg die cerita apa kes senanye jambatan tu.

Rumate aku punye. Die kata lps ni tak yah nk risau2 dah pakai kat lua..

This is truly malaysian. Hidup teh tarik!! lepas ni mungkin ada sabun teh tarik pulak. Tak pun syampu ke, losyen muke ke.. sume teh tarik. Lepas ni roti canai lak, pastu durian mungkin.. buah naga?

Ni la lab aku..Lab 8. 2 org missing in action. Maira ngan Razin. Si Razin mmg kaki 'selalu-ada-alasan-tak-datang'. Ni tangkap masa 2nd last day sebelum study week bermula. Ini adalah lab yg sgt bising...kecuali aku dan hock gin yg sentiasa coolll...yea~
.
Plan lps exam?? SGt banyak. Sory kpd geng2 alumni hira', mmg tak dapat turun padang langsung tahun ini dan mungkin tahun2 akan datang juga. Sgt sibuk... Kalau ada kesempatan boleh la tlg sket2 kot... rancangan lps exam lps exam kang cite.. tp aktiviti pertama adalah jogging ke mid valley..YAAHAAA!!
.
Alhamdulillah

Thursday, April 17, 2008

Katalog 2008

Tolong promosi my sis bizness ...AMAL WAFA