.

Friday, April 25, 2008

April ini...

Assalamualaikum again.. Aku skrg tgh berpulun sepulun mungkin untuk final exam 5 may 2008 nanti. Minta semua doa semoga aku berjaya (",). Mcm biasa minggu exam sgt menyeksakan tp aku tersuka sbb time exam la aku dapat tgk seorang aku yg rajin..haha. Kagum dengan diri sendiri. Kan bagus kalau aku mula rajin awal sket (setiap kali nk exam ckp mcm nih). Owh..mcm biasa nk hipokrit sket, nk mintak ampun mintak maaf kat sesiapa sahaja. Aku yakin byk salah dan silap diri ini..hehe.
.
Ini sedikit cerita mengenai aku April ini...
.
Awal bulan ini agak kecoh dengan kejadian kecurian kasut di kolej aku. Blok aku menjadi mangsa utama sbb senang keluar masuk. Cerita ini bukan cerita baru sebenarnya. Dulu juga sudah pernah berlaku. Dicuri oleh penagih dadah dari clan penagih dadah bandar metropolitan. Jadi nk dikisahkan tahun ini setiap blok dipasang sistem kunci elektronik pada setiap pintu masuk blok dan access card diperlukan untuk masuk. Sgt menyusahkan tetapi sgt penting. Buktinya apabila satu hari, hujan sgt lebat dan kilat dan guruh sambung menyambung, kunci elektronik rosak dan akibatnya seminggu slps itu kejadian hilang kasut berleluasa seminggu seminggu lamanya. Kasut sume harga beratus yg diambil. Kasut toreh getah aku RM6.50 xnak pulak die amik. Memilih btol!! Diskriminasi!! Racess!!

TErjumpa masa usya2 internet. Mahathir mmg 'return' masa paklah mule buat spoil pasal nk ganti jambatan bengkok dgn tambak johor. SApa tak tau kisah die g you tube search 'mahathir'. Ada salah satu vedio nye yg die cerita apa kes senanye jambatan tu.

Rumate aku punye. Die kata lps ni tak yah nk risau2 dah pakai kat lua..

This is truly malaysian. Hidup teh tarik!! lepas ni mungkin ada sabun teh tarik pulak. Tak pun syampu ke, losyen muke ke.. sume teh tarik. Lepas ni roti canai lak, pastu durian mungkin.. buah naga?

Ni la lab aku..Lab 8. 2 org missing in action. Maira ngan Razin. Si Razin mmg kaki 'selalu-ada-alasan-tak-datang'. Ni tangkap masa 2nd last day sebelum study week bermula. Ini adalah lab yg sgt bising...kecuali aku dan hock gin yg sentiasa coolll...yea~
.
Plan lps exam?? SGt banyak. Sory kpd geng2 alumni hira', mmg tak dapat turun padang langsung tahun ini dan mungkin tahun2 akan datang juga. Sgt sibuk... Kalau ada kesempatan boleh la tlg sket2 kot... rancangan lps exam lps exam kang cite.. tp aktiviti pertama adalah jogging ke mid valley..YAAHAAA!!
.
Alhamdulillah

3 comments:

Cik Puan Berangan said...

good luck exam.


psst: berminat nak jugak skaf yg ade gamba bulan ijau tu

Anonymous said...

jogging ke midvalley??

^_^

ksarah

Anonymous said...

riadhah sambil membeli belah..ngehehe