.

Sunday, April 17, 2011

Super Glue

- Bismillah -

So anyway malam tadi aku ambil Mr T di KL Central, die baru pulang ke Malaysia. Selepas itu pergi ke maple 223, makan nasi lemak. Kemudian aku hantar mamat tu balik rumah die. Kemudian before nk balik kolej tu, baru teringat ada beberapa barang yg aku da lama nak beli tak beli2 lagi, so aku singgah Tesco Shah Alam kejap.

Barang2 tersebut adalah :


Sbb nya aku ni jenis suke godek2 barang. Komputer aku bukak, laptop tu pun da byk kali bukak. PC modified sendiri sampai rosak >.<. Ok tade la salah aku pun haha. So kali ni aku bukak Rubik's cube. Aku da selalu da pun bukak. Tapi ntah kali ni mcm terkasar sket kot (?), jadi mcm ada satu bahagian Rubik's tu patah. Urghh stress. Tapi aku teringat, aku selalu tgk Myth Buster skrg nih.


Seryesly sgt addicted. Mungkin sbb aku mmg minat sains dan buat keje2 mcm derang buat. Untuk sape yg tak tahu, myth Buster ni lbh kepada dokumentari oleh Discovery Channel. Ceritanya berkenaan mamat 2 org dalam gambar di atas dgn 3 org pembantunya melakukan pelbagai eksperimen berdasarkan sains untuk memnguji ketulinan sesuati myth (misteri? lagenda?). Contohnye kita selalu dgr bawak kereta bukak tingkap tak pasang aircond lagi menjimat kan minyak. Betul ke? Coca cola boleh guna untuk bersihkan tandas, racun tikus etc, betul ke? Dan juga hollywood myths dan pelbagai lagi. Jadi mereka buat ujian terhadap cerita2 ini. Possible ke berlaku dalam dunia realiti.

Dan dalam cerita ini byk lah alat2 yg digunakan. Dan antara yg selalu adalah super glue.  Jadi itu yg membuat kan aku terfikir nk cari super glue bila Rubik's cube aku ni patah sket. Super glue ni bukan super glue biasa, die 4 kali lebih kuat dari super glue biasa mcm gam gajah tu. Dan nak gune kene hati2, pakai glove supaya tak kene kulit. Harga die pun hampir 2 kali ganda dari super glue biasa.

Kemudian aku juga beli gam super ini sbb bahagian thumb pad D90 aku mcm da tercabut sket. Biasa lah, itu menunjukkan org tu byk ambil gambar ke tak. Kalau jenis wedding photographer mcm aku nih, mende tu mmg biasa. Aku tgk kawan2 aku punye pun dah jadi mcm tu. Akibat pegang kamera dalam tempoh y lama. Ye la sekali majlis mahu dekat 8 jam juga kadang2 pegang kamera.



Ini adalah thumb pad yg aku maksudkan. Aku sebelum ni da beli byk jenis gam termasuk gam gajah yg femes tu. Tapi hasil nya xseberapa. Melekat sekejap kemudian boleh tercabut balik senang je. Dan melekat pun mcm tak berapa lekat. Aku dikir sbb permukaan pastil dan geah. Jadi gam biasa mmg tak sesuai. Tapi bila tgk Myth Buster, membuat kan aku nk cari gam super itu. 

Dan malam tadi aku dah gam kan bahagian Rubik's yg patah tu. Aku ras mmg agak kuat. Buat masa ini hasilnya agak memuaskan. Melekat pun sekejap. Tapi aku baca pada gam tu, die kata maximum kekuatan gam akan dikecapi dalam tempoh 48 jam. Tp setakat baru beberapa minit aku guna tadi mmg kuat dah. Puas hati juga.

Kemudian yg D90 punye thumb pad pun, hasil die sgt wow. Mmg sgt kuat. Sampai aku sendiri da tak leh nak cabut dah. Oh dan aku ada terkene kulit jari sket. Dan sbb super sgt gam nih, mmg tak leh nk cabut melainkan aku kikis kulit. Sakit T_T. Mcm mana nk ambil wudhu' nih?

Oh harga super glue tu adalah RM11 kot tak silap. Untuk hanya 3ml.


- Alhamdulillah -

Wednesday, April 13, 2011

Engagement Azam Dayana


- Bismillah -



(lagi2 gambar boleh dilihat di)


Sabtu, 5/3/2011.

Awal pagi itu sekitar jam 1 pagi aku pulang ke rumah untuk bermalam di rumah. Paginya selepas subuh, aku menghantar emak ke sekolah dan terus bergegas ke UM untuk ambil kawan2 medic, dan kemudian bergerak ke Melaka. Alamat pagi itu sbb nak cepat sgt, aku dan kawan2 tersampai awal di Melaka. Kitorang sebenarnye nak ke majlis kahwin group mate, Atikah (belah lelaki). Tapi awal sgt sampai dewan tempat berlangsungnya majlis pun tak bukak lagi -.-'

Majlis berlangsung di Dewan Bestari di MITC Melaka. So sbb awal sgt sampai (sekitar 10pagi), kami pun ke  Melaka International Bowling Centre, area2 dekat MICT tu juga. Igt nak bowling sepam dua, tapi nmpk penuh. So ktrg main pool/snooker kat area terbuka kat tempat tu. Ok aku sampai skrg tak tahu ape beza pool dan snooker. Ada beze ke atau sekadar beza pada nama macam motokar dan kereta?

Jam 1115 pagi, selepas hbs main 2 round (of kos la aku menang >.<) ktrg gerak balik ke dewan. Memandang pagi tu mmg aku tak makan ape lagi, jadi mmg puas menjamah hindangan kenduri. Macam biasa, macam kenduri Atikah belah perempuan pada bulan lepas, lauk die mmg terbaiK!!!! Sedap!!!! Memang nnt apa2 kenduri yg di anjur kan Atikah kene pegi lepas nihhh ehehehe, ok niat pergi kenduri dah salah. Tunggu adik die pulak kawen, Aina.

Gerak balik dari Melaka sekitar 1230. Itupun dah terpaksa gerak. Si pengantin Atikah pun tak sempat jumpa sbb masih bersiap. Tapi aku kene balik jugak. Sbb selepas itu aku ada job untuk ambil gambar pertunangan abang kepada kawan aku masa kat PASUM dulu. So yg Atikah nye, sempat ambil gambar kasut je, itu pun aku tatau sape yg amik gamba bawah ni. Tahu2 dah ada dalam kamera.


Sampai UM hantar kawan2, kemudian terus gerak ke SHah Alam, masjid Negeri. SOlat Zohor di situ kemudian naik Rahim terus ke Rawang pula. Kitorang terlambat dalam 10 minit dan keluarga pengantin perempuan terpaksa tunggu kitorang kejap lepas tol Rawang. Urghhh malunye. Sepatutnya kitorang yg datang awal tunggu derang. 

Sejak ambil gambar kahwin ni, mmg part merisik dan bertunang adalah yg paling aku enjoy. Sambil ambil gambar, sambil layan skali sesi sembang2 antara wakil dari pihak masing2. Biasanya sgt menghiburkan dan lucu. Dan itu yg menarik, gambar masing2 dapat di rakam dengan ekspresi yg lebih positif.

Oh sebut pasal gambar, aku tak faham sesetengah juru gambar, bila tayang gambar majlis kahwin atau tunang atau merisik, mereka lebih prefer letak gamba semasa outdoor atau indoor photoshoot. AKu fikir sebenarnya sewaktu majlis berlangsung lah lebih penting. Kerana sbb itu lah orang mcm kami di upah kan? Aku yakin kita semua paling penting nak gambar sewaktu majlis, sbb gambar photoshoot outdoor atau indoor itu anytime boleh buat. Tapi majlis sebenar yg berlangsung yg aku rasa sepatutnya menjadi ukuran. Sbb itu tujuan kita diupah. Maka aku fikir bila tunjuk gambar di web, fb atau blog, lebih wajar letak gambar semasa majlis. Bukan gambar bakal pengantin atau penganting posing masa outdoor photoshoot. Sbb tak guna gambar outdoor lawa tp gambar majlis xjadi. AKu personally bila nak upah photographer, aku akan pilih yg boleh ambil gambar dengan baik secara spontan, candid dan mengikut flow majlis. Sbb sekali dah berlalu satu2 event tu, dah xboleh patah balik nak ambil dah gambar itu. Kalu gambar posing xjadi nk buat balik 100 kali lepas tu pun xde masalah. 


- Alhamdulillah -



Monday, April 11, 2011

"Aku terima tanggungan dosa2 anak pakcik mulai saat sekarang"

- Bismillah -




Urgghh kahwin. Bukan sekadar akad.

Menarik Ustaz Azhar mengulas tentang budaya orang melayu sekarang yg demand lebih2 soal mas kawen. Rasanya skrg punya trend kurang2 RM10k - RM20k.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.



- Alhamdulillah -

Friday, April 08, 2011

T_T

- Bismillah -

urghhhhH!!!! kenapa la sesuatu kes tu, 1st time yg aku jumpe adalah waktu exam
>.<


- Alhamdulillah -

Wednesday, April 06, 2011

Naik lagi~

- Bismillah -


Yeaaaayy Alhamdulilah, Emas dan Perak terus mencatatkan peningkatan ^_^

SO anyway aku masih ada 2 keping 10g gold bar GCP  untuk dijual dengan diskaun 4%, dan 2 keping 5g gold bar PAMP Swiss Lady Fortuna juga nak dijual dgn harga diskaun, RM800 (Harga semasa RM850+). Kenapa aku bg diskaun? Jawapannya sbb aku dapat pun dgn harga diskaun. Ada org nak jual balik. Siapa nak boleh contact aku personally. Asalnya ada 10 keping yg GCP 10g gold bar tu, tp dah 8 orang beli. So tinggal lah 2. Siapa cepat dia yg dapat. Siapa yg nak, emas 5g dan 10g ni adalah permulaan yg baik untuk mula simpan selain dinar.




Penangan kenaikan harga silver yg mencapai 100% hanya dalam tempoh 8 bulan mmg sgt menarik. Tahu2 rupanya Bank Negara Malaysia pun dah keluarkan SIlver sendiri. Sebelum ini Kijang emas je. Dah xboleh elak siapa yg tahu potensi kenaikan silver mesti nak simpan juga silver selain emas. Kalau kita dengar berita, Negara China siap galakkan rakyatnya simpan 1kg silver sekeluarga lagi. Malaysia baru nak mula. Ok la ayt least ada effort walaupun takl di war-warkan kan pun. Ntah2 BNM pun dah mula beli silver utk buat reserve (?). Tapi tgk kat website BNM belum ada lg silver, emas sahaja setakat ini.

- ALhamdulillah -


Tuesday, April 05, 2011

Penerangan Terkini Rentetan Fitnah Politik Malaysia

- Bismillah -



Lain lain vid boleh di lihat di sini
http://www.youtube.com/user/rakyat1malaysia

- Alhamdulillah -


Saturday, April 02, 2011

[ 41:33 ]