.

Sunday, October 31, 2010

Unplugged


Epi 24


A documentary about the comings of the Antichrist / Dajjal, Imam Mahdi, and the second coming of Jesus (Nabi Isa). A very powerful and unprecedented documentary with Bahasa Melayu subtitles. All credits due to Noreagaaa and Achernahr.


Mungkin ramai yg dah tahu mengenai siri The Arrival. Setelah membuat sedikit pembacaan, sebenarnya ada byk teori dan konspirasi yg wujud. Ada yg menyokong dan ada yg menolak sekeras2 nya. Malah ada yg memanggil Noreagaaa (org yg buat siri itu) sebagai penipu besar. Namun aa pula yg mengatakan hanya 85% sahaja yg boleh dipercayai. Wallahua'lam. Makin aku mencari, makin aku rasa tak tahu. namun apa yg aku dapat tahu, kebanyakan kajian mengenai Dajjal dan puak yg menyembah iblis ini, adalah dilakukan oleh orang barat sendiri.

http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/10/panduan-memahami-ilmu-teori-konspirasi.html

http://me.leokid.my/dunia-akhir-zaman

Manusia bila mereka tidak menyibukkan diri dalam perkara2/agenda2 besar, mereka akan menyibukkan diri dalam perkara yg kecil dan remeh temeh.

Saturday, October 30, 2010

Qalas Qalas Kek Lapis


Sepanjang 3 hari, eh 4 hari dari semalam ke Isnin, kolej aku mcm tgh ada cultural week. Tema tahun ini adalah serawak. Aku td masa nk ke DM untuk makan, berselisih ngan membe2 yg masing2 pegang kek Lapis serawak yg nampak sungguh lazattt *O* (gelap mata), (sambil tangan amik setiap jenis kata nk rasa)

Pastu pegi DM tgk laaaagiiii ada byk jenisssssss *O* (rasa lagi). So aku usya2 la kampeni yg jual tuh, baru tahu kewujudan kampeni sebegini.

 * gelap mata *

Pastu mcm boleh tempah kecik2 mcm nih, sangat kiut boleh buat mcm doorgift masa kenduri kawen *O*

Ini alamat kedainya
NO.16 G
JALAN REKO SENTRAL 6, REKO SENTRAL
JALAN REKO, KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN

untuk maklumat lanjut mengenai setiap jenis Kek Lapis, usya album fb derang nih

*O*
*O*
*O*
*O*
*O*

Friday, October 29, 2010

yeaa~ ( ^^, )

- Bismillah -

Alhamdulillah. Siap juga meng edit lbh kurang 1000 gambar. Ada orang tanye, apa yg aku edit? biasa nye selepas ambil gambar, aku akan go tru tgk gamba mana yg nk disimpan untuk di oleh nnt, dan mana yg xlawa utk di delete je. Biasa yg xlawa ni yg compo pelik sgt, over/under exposed sgt, yg mmg ntah pape, blur (salah focus) etc. Kemudian aku kene bukak satu2 gambar dalam photoshop, sbb nye kali ini aku dan Encik Rahim ambil almost semua gambar dalam RAW. jadi nk tanak kne bukak satu2. Lagi2 gambar Encik Rahim, selalu exposure lari. Tapi dengan RAW boleh betulkan exposure tampa merosakkan kualiti gambar. Sbb majlis kahwin contohnya sekali je seumur hidup, maka adalah rugi jika gambar detik2 di majlis itu rosak/cacat atau xlawa atau xde. Dengan ambil gambar dalam RAW, risiko gamba cacat kurang sbb boleh edit gile2 jugaklah.

Bila masuk photoshop, simple sahaja editing aku buat untuk kebanyakan gambar. Biasa main levels and curves. kadang2 tambah tone. Maksudnye tambah cerah/gelap, naikkan/kurangkan warna. Namun kebiasaannya untuk gambar portrait kene buat mcm2 sikit. Aku pun tak tahu nk ckp buat ape exactly, bile tgk gambar baru tahu biasa nk buat ape. Kadang2 mmg tak tahu langsung, just rasa gambar tak kene jd kne buat sth. Jadi cuba2 je lah.
Bawah ini 2 satu contoh ape yg aku buat. 

Bila ambil gambar close up, maka akan nampak segala macam yg ada kat kulit tu.

 Sebelum

 Selepas. jadi kene lah buang, xkesah parut atau jerawat atau black head etc. Kebiasaanya dibuat pada wajah perempuan. Lelaki mcm kulit licin bersih sgt tak macho la kan? Lelaki biasa kene nampak kasar dan harsh sikit, perempuan pula perlu lembut dan licin. Kebiasaannye lah yg aku tgk org buat. Tapi terpulang kepada orang yg meng-editlah.


bawah ini pula adalah gambar kaki bayi
 Sebelum

 Selepas 1

Selepas 2. Bayi biasa dikaitkkan dengan kelembutan. Jadi aku cuba sebaik mungkin untuk menjadikan gambar nampak lembut. Kemudian tambah sedikit tone, samada pink-keorenan-dan-kuningan atau biru-keunguan.

Tones seperti yg aku pernah tulis sebelum ini, mudah nk buat. Tapi nak hasilkan yg betul2 sedap mata memandang adalah sgt sukar dan mengambil byk masa dan kene cuba2.

Editing nampak mcm susah, tapi mcm aku dah biasa buat, kalau setakat main level/curves/hue-saturation, kadang2 tak sampai 10 saat pun. Kalau yg kompleks sikit amik masa beberapa minit, tp kebiasaannya kurang 5 minit.

Selepas aku dah buat semua ini, dari ambil gambar, pilih2 dan editing, baru aku faham kenapa upah ambil gambar adalah kerja beratus ringgit, bile dah pro akan jadi beribu. Kerha mengambil gambar bukan sekadar mengambil gambar, dan sgt memenatkan kadang2. Mcm Saiful Nang tak silap aku paling murah adalah RM7200 untuk satu majlis perkahwinan. Cume aku kadang2 xpaham, bila seseorang photographer terlalu mengikut harga2 semasa, sebagai contoh sekadar shoot and burn sahaja, dah RM500. Mmg lah harga itu standard, tapi kalau amik gamba pun tah pape, aku pun tak paham mcm mana ada customer boleh hire derang (ini adalah statement umum, tak merujuk kepada sesiapa).

Oh pastu aku  slalu terbaca pasal mende nih (kat forum mana2 web of fb) pasal derang bengang ngan kemunculan photographer baru yg kene kan bayaran terlalu murah. Aku personally langsung tak kesah kalau org nk charge murah gile. Sampai photographer2 lain bising derang tak cari makan. Aku rasa kualiti gambar itu speaks by it self lah. Kalau customer tu amik yg murah2, biasa gamba biasa2 je, kadang2 bukan biasa, average org yg tak tahu pape pasal photographer pun amik lagi lawa. Sbb ape, sbb orang yg xtahu gune dslr dan amik gamba pakai dslr (except pakai mode auto lah), biasanya gambar derang akan jd lebih buruk, dari org yg pakai compact (sbb compact kebiasaannya auto). kalau aku dan Rahim, kami mengikut peralatan dan skill yg kami ada, masa mula2 dulu sgt kurang segalanya, jadi adalah sgt murah. Ikut standard seniri la kan. Namun skrg kami naikkan berdasarkan kualiti gambar yg kami hasilkan. Dan aku rasa semua photographer sepatutnya begitu. Kadang2 kesian tgk customer yg xtahu pape pasal photography, dan mcm kene con je.  


- Alhamdulillah -

Thursday, October 28, 2010

Deepavali


Antara 

Gunung Tebu 
vs

Bukit Tabur, Taman Melawati dan Ampang Pecah.




Pilihan yg sgt sukar


Date Line : Malam ini


Berterusan bukak satu2 RAW file dan retouch gambar adalah satu perkerjaan yang memenatkan. Ini da masuk hari ke 3 aku bertungkus lumus siapkan gambar wedding pada 101010 hari tuh. Last week adalah exam jd mmg aku buat sket2 je, mcm sehari 10 gambar, buat ptg2  je pun sementara tunggu dinner. Total gambar mencecah 1000 yg perlu disiapkan. Dan hari ni dah 80% siap. Fuh. Sikit lagi. Aku mesti siapkan hari ini juga. Sepatutnya seminggu aje. Tapi ni da 3 minggu sbb exam hari tu. Mmg tak boleh bertangguh. Nnt customer bising =p
Ok sambung edit gamba..

sambung..

Zzzz..

Kroohh krohhh..


Monday, October 25, 2010

Hamster

- Bismillah -

Al kisah aku kadang2 bce jugak random blog yg sape aku pun tak kenal owner die. Tapi yg sorang ni aku slalu bace sbb politik lah, dan die juga menjual arnab dan barang2 untik binatang peliharaan yg lain termasuk makanan. Jadi satu hari die post pasal bengang ngan satu orang pompuan ni, da order n da confirm nk beli sangkar (dan skali barang2 dalam die) dan makanan dan serbuk kayu (chipsi). Die tunjuk la gambar barang2 tu. Tapi last minute die tak jadi beli. Sedangkan owner blog tu da amik dari kedai (die tak simpan stick, org nak baru die beli/amik dari pembekal). Paling aku terkejut harga semua RM39 je.

Al kisah kat kolej aku nih ada la ramai jugak pembela hamster, kepalanya si Qayyum. Die bela Hamster dulu mula2 lepas clash ngan makwe die -.-' . Lepas tu total ada la dekat 4-5 orang. So aku mcm terpengaruh dan slalu la jugak menziarahi hamster2 derang nih. Hamster ni pulak jenis beranak laju dan laju membesar. Jadi tayah beli. Dari sorang, pass anak die ke sorang lagi. Sbb itu boleh byk gamster. Dan paling penting sgt senang nk jaga. Bagi makan dalam seminggu atau 2 minggu skali pun tape. Bersihkan sangkar n tuka serbuk kayu sebulan atau sebulan lebih skali. kalau malas sgt 2 bulan tade hal. Pastu tayah mandi. Pastu tanye2 harga biasa dalam RM60 - RM100 utk starter beli sangkar n barang2 sume, tak termasuk hamster nye lah. Qayyum kata die ada membe yg jual so boleh dapat murah la. Usya pethouse dalam RM150+. Mahal jugak. Oh dan aku ada habit suke usya pet house kalau aku jumpa. Aku pun tatau ape aku tgk dan tak pernah ada niat pun nk beli, tapi suke usya. Just usya.

Tapi setahun lepas tu, da makin kurang dan skrg mcm da tade kot? Ke ada tp aku tak tahu tatau la. Ada junior2 ke yg bela. Sume dah tinggal kat umah je malas jaga kat sini. Yg ada skrg adlah kucing. Kucing lawa la, bulu panjang dan sgt manja selalu dibelai2. Kucing paling fames adlah milik Imran. Dan aku sgt tak tahan masuk bilik die. Mmg bau kucing habis lah. Dengan tempat tidur dan makan minum kucing sume ada dalam tu. Pasir berak pun ada kot x silap aku. Aku pun tatau cane die boleh tahan hidup kat bilik tu tido sume.

Nway jadi sbb harga die RM39, so aku terus pm fb die, kata nk angkat. Dan tadi die siap datang UM. Wah sgt seronok. Dan murah, siap free delivery lagi. Td sembang2 sket die kate mmg die slalu buat keje mcm tu. Mmg busy hari2 hantar barang. Mmg jual hanta skali. Pastu die kata sangkar je harga RM26, kalau besar lg RM46. Aku rasa ni pun da besa jugak kot yg aku beli nih. Tade la besa mana tp mcm ok la. Siap ada alat main roda pusing2, tempat minum dan makan dan rumah lagi. Kire so far yg aku penah usya dan tanye, ini adalah sgt murah. Sape2 nk beli barang2 utk binatang ternakan aku sgt rakemen beli kat mamat nih. Cara kerja die sgt bagus, on time, berkualiti dan murah. Dan binatang yg dia ada jual adalah arnab sahaja. Tapi kalau barang2 untuk binatang ternakan lain ada, termasuk makanan. Tapi kne confirmkan la dulu tanye.

Jd td lepas kelas aku usya2 la tenet jenis2 hamster. Ada 5 jenis semuanya yg biasa org bela.
  • Syrian hamster
  • Chinese hamster
  • Dwarf Campbell Russian Hamster
  • Dwarf Winter White Russian Hamster
  • Roborovski Hamster
Akupun tatau nk beli mana lagi. Adam (juga pembela Hamster) rakemen Roborovski sbb katanye kiut. Ada yg rakemen Syirian sbb paling senag nk jaga dan jenis tak gigit orang. tatau la. Kos sekor hamster yg aku slalu usya kedai antara RM10 -RM25. Tapi kalau korang ada kawan2 yg da bela, tunggu je kejap, beranak la tuh. Mintak la satu ke mule2. Sbb Hamster mmg laju je beranak. Jadi owner asal pun ada byk2 pun tak larat nk jaga. 
Oh yg aku beli sume 3 barang termasuk makanan gambar nya ada kat atas tu. Aku print screen dari owner blog yg aku beli tu. Aku pun konfius2 nk bela ke tak senanye. Mcm tetibe je aku dah beli -.-' . Tgk lah kalau aku malas bela nnt aku bg adik aku kat umah jaga lah. Kalau die malas suh bibik haha.


- Alhamdulillah -

MDP

- Bismillah -

aku dah tukar address blog gambar aku dari 
http://5-eyes.blogspot.com/
ke


Dan untuk gambar2 si baby bunga Iffah yg lain, yg aku tangkap semalam pun aku dah letak di situ. Aku rasa selepas ini mungkin byk gambar job yg aku ambil mmg aku letak semua di situ. Di sini mungkin sekeping sahaja sbb nk jimat space. Sbb baru2 ini aku punya PicasaWeb sudah hampir penuh. Macam tinggal 100mb sahaja lg. Untuk pengetahuan yg tidak tahu, bilamana kita membuat akaun blogspot, dan apa2 blog yg kita buat dibawah akaun tersebut, semua gamba2 yg diupload (dari mana2 blog dibawah akaun sama) akan disimpan di Picasa nih. Dan total space diberi adalah 1Gb sahaja. Nak lebih mcm biasa, kne bayar. Jadi aku igt aku mahu delete gambar2 lama dalam entry2 lama blog ini. Demi entry2 baru yg bergambar. Dan aku juga sekarang mengecilkan saiz gambar sebelum di upload, kalau tak mmg lagi cepat penuh.

Kalau sebelum ini blog photography mmg aku buat di bawah akaun sama, senang. Tapi sbb da nk penuh, maka aku buat akaun baru, maka dapat la 1Gb baru. Dan aku boleh la delete gamba2 di blog lama itu untuk jimat space. Dan walaupun nampak gambar yg aku upload adalah besar, sebenarnya aku dah resize supaya bersaiz lebih kecil. Kebiasaannya antara 200 - 500 kb sahaja. Terimakasih kepada Adobe Photoshop Lightroom. Dengan satu klik sahaja, aku dapat resize semua gambar, juga letak watermark sekali gus. 

Dan gambar lain juga aku letak di Fan Page Facebook Musafirdunia Photography (Lihat di sebelah kanan blog ini dan sudi2 lah like ehehe). Buat masa ini aku rasa Facebook xde limit berapa total gambar boleh letak. Cuma 1 album tidak lebih 200 gambar. Dan gambar yg besar akan automatic di resize oleh facebook. Kalau tidak resize, upload akan amik masa sedikit jika dah resize awal2.


- Alhamdulillah -