.

Saturday, December 05, 2009

Raya Haji 09 - Part 2

- Bismillah -

Memperkenalkan...


 pakar bedah Umair dari New Zealand & Chef Siddiq dari Melaka, dalam misi merekaa..

 
  mencari Otak LEMBU.

 

 Dr Umar mula2 merungkai bahagian rahang bawah lembu dari bahagian atas kepala

 
Kemudian dengan menggunakan kapak, memotong bahagian muncung lembu. Proses ini sahaja mengambil masa hampir 45 minit. Sgt memenatkan.


 

 Jadi diganti oleh chef Siddiq, menetak bahadian atas kepala lembu.


Kemudian memotong tanduk dan membuang bahagian atas lapisan tengkorak lembu

 
Dan akhirnya nampaklah otak lembu yg sudah sedikit hancur kerana chef yg kurang berpengalaman. Proses ini juga mengambil masa lebih kurang 45 minit dan sgt memenatkan. Namun timbul masalah bagaimana ingin mengeluarkan otak lembu. Tidak boleh ditarik nnt pecah. Nak tebuk bahagian lain tanpa menyebabkan kerosakan pada bahagian otak pula mengambil masa dan sgt memenatkan.

 
Jadi berehat lah dahulu dengan ABC special,

 
yg disediakan oleh chef Munzir.

Selepas setengah jam misi diteruskan. Kali ini terpaksa meminta bantuan dan tunjuk ajar dari Mahaguru. Cara yg sebenar adalah dengan mengoyakkan bahagian selaput maninges otak.


 

Dr Umair melaksanakan langkah terakhir sambil diperhatikan oleh Mahaguru.


 
Dan akhirnya mereka berjay, dan gembiralah keduanya kerana usaha mereka selama 2 jam tidak sia-sia.



- Alhamdulillah -



erm.

- Bismillah -

Kenapa kalau dia?

- Alhamdulillah -

Kolej Kejururawatan Pusrawi - Majlis Perpisahan Pelajar Putera Puteri Januari 2007 (panjangnye tajuk -.-')

- Bismillah -



 





Jumaat
4 Disember 2009
Aku dan Rahim telah di tempah untuk mengambil gambar bagi sebuah majlis makan malam yg bertempat di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

50mm F1.4 mmg sgt menarik dan mengagumkan. Warna dan ketajaman gambar sangat memukau. Tetapi masih belum dapat dikuasai sepenuhnya kerana focal length yg tetap. Dan juga terpaksa tukar2 lense untuk cover group foto dan portrait.


TerimaKasih cik nurse (?) Murni


Saya masih bujang. Sila pilih saya.


1 dari 4


- Alhamdulillah -

Friday, December 04, 2009

Gambar raya

- Bismillah -


Pengumuman untuk adik beradik. Gambar2 raya ada di laptop hamba di rumah.
Sila lah ambil jika mahu. Password laptop sila tanye wadah.
Untuk album Raya Haji, sgt byk gambar budak tembam di atas ini.

- Alhamdulillah -

The Truth Is Out There

- Bismillah -

Jangan jadi terlalu baik, nanti dianggap jahat.
Sebab itu dalam mahkamah kedua2 pihak boleh bersuara.
Kadang2 sesetengah perkara lebih baik di diam kan sahaja. Tetapi kadang2 boleh memakan diri.
Dunia memang xkan lari dari masalah. Ujian sentiasa ada.

Biarlahh...


- Alhamdulilah -

Wednesday, December 02, 2009

Raya Haji 09 - Part 1

- Bismillah -



Aku baru perasan yang blog aku macam banyak sangat gambar sejak menjak ini. Xkesah lah. Aku rasa lebih mudah untuk faham jalan cerita yg akan disampaikan nanti.

Al kisah Raya Haji/Korban/EidulAdha. Memandangkan nenek dan datuk belah ayah sudah tiada, keluarga aku akan acap kali pulang ke kampung Kedah, kampung belah mak untuk setiap kali Raya Haji mahupun Raya Puasa. Seingat aku, memang sejak dahulu keluarga kami akan pulang ke kampung. Amat jarang untuk sambut raya di rumah sendiri. Rasanya Raya Puasa setakat ini tidak pernah. Raya Haji pula kebiasaannya memang akan pulang ke kampung. Memandang aku dalam kategori yg belum punyai keluarga mertua, aku dan adik-adik hanya ada satu pilihan iaitu untuk turut balik beraya di Kedah. Namun adik bongsu tidak ikut pulang kerana sedang sibuk SPM.

26 November 2009
Khamis
Bertolak tengah hari, Dari NKVE ke Guthre seterusnya ke lebuh raya utara-selatan. Cuaca agak baik walaupun kadang2 hujan renyai-renyai. Perjalanan mengambil masa lbh kurang 6 jam memandangkan terdapat kesesakan jalan di beberapa lokasi berpunca dari kemalangan kecil dan orang ramai berhenti dan memperlahankan kenderaan untuk MENOLONG MELIHAT! Sesudah sampai petang itu, selepas kemas2 sikit dan makan, aku beransur keluar untuk seperti biasa ke sawah padi dan tepi laut untuk mengambil gambar matahari terbenam. Kata mak "seronoknya orang muda berjalan sahaja". Alang masih berdaya dan mampu, layankan sahaja.


Semasa aku sedang menangkap gambar ini, tiba2 ada seorang makcik menegur aku. Memandangkan lokasi sawah yg aku pergi terletak di depan sebuah rumah, dan makcik tu pula sedang membersihkan halaman rumahnya.
Makcik "Ambik gambaq apa?"
Aku "Eh waalaikumussalam makcik. Saja amik gambar. Hobi"
Makcik "ooo anak sapo nih"
Aku "cucu Tok Ani"
Makcik "ooo Anak Imah ka?"
Aku "eh bukan bukan, anak Waty"
Makcik "oo anak menakan la nih"
Aku tersenyum sahaja.

Kemudian makcik tersebuat menyambung kerjanya dan tiba-tiba datang pula seorang anak muda dalam linkungan umur aku, menaiki basikan dan parkir disebelah aku.
Anak Muda "Amik gambaq na. D apo nih?"
Aku "D90. Minat amik gambar juga ke?"
Anak muda mengangguk "tapi biasa2 ja"
Aku "mesti ada flickr? Tumblr? Fotopages? Blog?"
Anak Muda "Ada Flickr"
Aku "nama apa?"
Anak Muda "Asmaq" Sambil tersenym "Asmar"
Kemudian kami bersembang panjang tentang fotografi. Mudah sungguh untuk orang yg mempunyai minat yg sama menjadi kawan. Tiba2 makcik tapi yg aku rasa mak die menegur memperkenalkan aku sebagai saudara walaupun aku sebenarnya langsung tak tahu apa mahupun siapakah gerangan sebenarnya makcik itu. Nama die pun aku lupa tanya.

Kemudian aku ke tepi laut pula. Tapi awan semakin tebal dan tidak secantik di tepi sawah tadi.



Ok macam biasa, bila kita bawa sesuatu yg agak besar dan jarang dilihat, kita akan menjadi perhatian ramai macam biasa. Pedulikan. Orang lalu aku senyum sahaja. Orang menyapa aku membalas. Memandangkan sunset senja itu biasa2 sahaja. Aku pulang awal ke rumah Tok.



 Malam itu tidak buat apa sangat selain bermain dan mengambil gambar budak ini. Kemudian tengok tv dan format laptop walaupun tidak berjaya. DVD windows 7 yg aku beli semacam tidak lengkap dan rosak. Lusa nya aku membeli lain.


27 November 2009
Jumaat
Pagi itu selepas solat raya, aku, maklang, mak, tok dan Siddiq ke rumah penyembelihan. Aku pun tak sure sebenarnya itu apa. Tapi ada kandang lembu yg byk lembu dan kambing dalamnya. Owner tempat ini, Pakcik Mat, memborong haiwan2 ini untu dijual. Mereka juga menjalan kan aktiviti sembelihan sekali. Jadi Aku sekeluarga, kumpul 7 orang untuk cukupkan 7 bahagian untuk tumbangkan seekor lembu.


Kandang ini sangggaattttttttttttttt busuk. Tak tahu nak kata bau ape dah. Tahi pun lagi wangi. Macam najis haiwan2 ini bercampur dengan darah, sampah dan pelbagai lagi jenis najis kemudian diperam selama bertahun. Itulah bau nya.
 
Tapi bukan kami yg sembelih. Pakcik mat yg sembelih. Caranya, seperti dalam gambar ini, Siddiq melafazkan kata dengan mewakilkan Pakcik Mat untuk melakukan sembelihan, ibadah korban kerana Allah SWT.
 
Selain itu untuk yg tiada di situ, juga boleh mewakili melalui telefon, dan Encik Mat akan menerima perwakilan tersebut.
 
Selepas dan sambil bertakbir dan memuji dan menyebut nama Tuhan, dengan gaya pendekar semutar misai, Pakcik mat menjalankan amanah dengan sekali potong sahaja.

Kemudian selepas melihat sembelihan, kami pulang. Ingatkan rumah sembelihan itu kan buatkan semuanya, tapi rupanya, sejam kemudian bila ambil balik daging2 itu, cuma kulit telah dibuang dan lembu itu dibahagiakan ke bahagian2 besar. 4 kaki, 1 kepala dan organ dalaman.


Balik itu, kamilah yg perlu melapahnya sendiri. Lihat lah apa yg kaum hawa buat. Lagi2 yg berbaju biru muda itu. Tangkap gambar sahaja kemudian bersenang lenang di dalam rumah. Yg lelaki-lelaki lah, berpenat lelah membanting tulang, memerah keringat melapah seekor lembu dan menimbang dan membungkus untuk di agihkan ke pada mereka yg berhak. Oh ye, gambar ini aku ambil semasa mula sahaja kemudian aku turut tolong. Rajin kan kami. 3 dari kami masih bujang. 2 sedang mencari 1 masih rilek2 sahaja ehehe.


- Alhamdulillah -

Tuesday, December 01, 2009

Raya Haji 09 - Baby Irin

-Bismillah -


- Alhamdulillah -