.

Tuesday, October 15, 2013

Mukhlis + 1

- Bismillah -



Alhamdulillah, pada tanggal 17 Ogos 2013, aku telah di ijab kabulkan bersama si gadis pilihan hihi.
Sudah tentu banyak cerita antara kami. Saaaaaaaangat banyakkkk.
Tapi nak cerita semua sgt sgt lah malas dan tiada masa.

Maka, memandangkan aku suka buat blog dan ambil gambar, aku buat 1 blog khas, cerita aku dan Amrina. Dan blog itu tiada tulisan, cuma gambar yang menceritakan segalanya.

Jemputlah jika sudi.




- Alhamdulillah - 

Sunday, September 22, 2013

Medical


- Bismillah -

Posting kedua adalah medical. Da habis da pun. Long story short, mula2 sgt stress, sbb sgt busy dan tak dapat nak catch up. Rasa nk give up tu mmg ada. Rasa nak nanges pun ada. Masuk kerja 630pg, hbs kerja 11 malam. Tak habis rehat da kne bgn kerja balik. Pergi kerja kene marah itu tak tahu ini tak tahu. Nak buat revision mmg tak sempat.

Tapi dalam kesibukan dan ke stress-an yg amat, ntah macam mana, tiba2 ada satu bisikan kecil dari dalam. Aku merasakan satu kesusahan dan kesibukan menjadi satu cabaran.


maka .......



Ambik ko. Tak pasal2  beberapa minggu lepas itu aku jadi favorite houseman oleh MO dan Specialist. AKu da tahu apa nk buat sblm diberitahu. Dan aku siapkan kerja dgn cepat. Kalau dulu siap 2 jam balik lambat, skrg 2 jam sblm balik aku da siap most of works need to be done.



akibatnya, aku sgt byk belajar dan seronok bekerja.



- Alhamdulillah -


Friday, August 16, 2013

ya Allah, Selamatkanlah Mesir


- Bismillah -





" Dan janganlah kalian mengatakan bagi mereka yang terbunuh pada jalan-jalan Allah SWT sebagai orang-orang yang telah mati, tetapi mereka hidup dan akan tetapi kamu tidak dapat merasai "


- Alhamdulillah -

Monday, August 05, 2013

Ujian 4 penjuru


- Bismillah -




Hari ini aku hampir menyerah kalah pada ujian bertalu-talu pada 10 akhir Ramadhan tahun ini. Aku hampir-hampir putus asa. Putus asa pada apa, aku pun kurang pasti. Tapi mungkin pada segala-galanya. Pada hidup? Aku rasa aku hanya mahu baring dan pejamkan mata tampa berfikir apa-apa.

Rasa sedih ada.
Rasa muram ada.
Rasa mahu menangis ada.
Rasa kecewa ada.
Rasa marah ada.
Rasa geram ada.

Kadang-kadang tiada rasa apa-apa.
Tiada emosi.

Orang lain gembira apabila hari raya bakal menjelma. Majoriti pasti gembira dan excited bila bakal menjadi raja sehari dalam 2 minggu lagi. Ramai tersenyum bila perngakhiran posting medical hampir tiba.

Tapi aku...


+
Psychomotor retardation
Poor concentration
Constipation


Mungkin Tuhan gantikan amalan aku yg kurang dgn ujian 4 penjuru ini.
Mungkin.

Aku pun tidak tahu.
Yang pasti aku rasa mahu menyerah kalah.




Cuma masih belum.


- Alhamdulillah -

Sunday, June 02, 2013

QE & BBE upgraded!


- Bismillah -







Lupa nak cerita. Sebenarnya ini dah agak lama. Pada bulan 12 tahun lepas dan awal tahun 2013. Kedua-dua syarikat ini telah di naik taraf menjadi syarikat Sdn Bhd.

Sebenarnya dalam struktur atau dunia perniagaan, tiada istilah naik taraf dari ENTERPRISE kepada SDN BHD. Apa yg berlaku adalah kami (5 sekawan) membuka 2 syarikat baru, dan memindahkan semua aset dari syarikat Enterprise kepada syarikat Sdn Bhd.








Dua syarikat baru ini bernama :
1. Qayz Holdings (M) Sdn Bhd.
2. IBS Bros (M) Sdn Bhd.

Kenapa Holdings?
Holdings adalah syarikat yg memegang saham banyak lagi syarikat dibawahnya. Dan dalam masa 6 bulan, QHM telah membuka dua anak syarikat lain. Dan syarikat-syarikat ini semuanya tertumpu dalam bidang yg sama, iaitu pembinaan. Target jangka panjang kami adalah untuk menjadikan QHM sebagai syarikat yg memegang beratus-ratus saham dari syarikat seluruh dunia! Panjang sebenarnya nak cerita semua.

Kenapa nak buka banyak syarikat?
Nampak macam leceh, tetapi sebenarnya lebih mudah. Memandangkan kami masih tidak mampu mengupah banyak staff atau pekerja, kami tidak dapat buka banyak department. Jadi cara yg mudah adalah mencari rakan kongsi lain dan membuka syarikat baru. Memandang kan kebanyakan modal adalah dari QHM, jadi QHM akan menjadi salah satu pihak yg memegang saham dalam syarikat itu. Dan syarikat-syarikat ini juga menjadi anak syarikat QHM, tetapi diuruskan oleh rakan kongsi yg bukan dari QHM. Secara tidak langsung kami bukan sahaja jimat kerana mereka membayar gaji mereka sendiri, tetapi kami mampu membantu ramai lagi orang Melayu Islam lain berniaga.

Kenapa perlu banyak department? atau banyak syarikat?
Kerana dalam pembuatan rumah, banyak pihak akan terlibat. Contohnya pembekal bahan mentah, electrical, bumbung, glass, tiles, civil engineering atau teknikal, architecture dan lain2. IBS BROS memjadi pembekal batu bata utama kepada QHM. Selain itu syarikat terbaru yg akan ditubuhkan adalah GATE-1 WAREHOUSE SDN BHD yg akan menjadi pembekal simen, pasir, batu kelikir dan lain2 bahan mentah kepada QHM. Terlampau panjang kalau nk cerita semua. Tetapi senang cerita, dari beli bahan-bahan tadi dari syarikat lain, baik beli dari syarikat sendiri. Selain menjamin kualiti dan ketelusan, boleh dapat diskaun. Dengan kata lain kita bukan untung pada pembinaan rumah sahaja, tetapi pada batu bata dan bahan mentah juga. So senang cerita kalau buat 1 rumah, untung 3 kali. Kalau termasuk tanah, untung 4 kali.


Bros?
Sebutan yg betul bukan 'B-R-O-S", tetapi disebut "BROTHERS".


Jadi itulah sedikit sebanyak tentang syarikat yg aku dan rakan-rakan usahakan sekarang.

- Alhamdulillah -



Sunday, May 26, 2013

Bantuan dana untuk Usahawan Bumiputera


- Bismillah -



Bantuan dana untuk Usahawan Bumiputera


- Alhamdulillah -

Anda tanya saya sawab


- Bismillah -


1. Aku tak pernah cakap aku HAPPY & EXCITED blaja medic.
Tak pernah.
Tetapi pengalaman masuk universiti dan belajar medic memang suatu yg menarik dan perlu disyukuri. Ramai orang masuk universiti nak terus A ke Z. Aku masuk ke Universiti nak dapat skali  B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X dan Y, dan pada masa yg sama dapat ke Z juga.

Buka fikiran, lihat lebih jauh. Jalan di dunia ini bukan hanya 1.

2. Aku lupa diri? Kalau betul lupa, dah berhenti lama. Penat dan mengeluh tak bermaksud aku putus asa.

3. Memang betul di luar sana yg memerlukan kerja dan mendambakan ilmu, jadi cari lah ilmu dan kerja. Apa kaitan dengan aku? Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih. Ilmu dan kerja merata2, tinggal usaha dan buat je.

4. Pernah aku kata aku tidak bersyukur?Atau perlu ke aku sebut aku bersyukur baru bermaksud aku bersyukur?

5. Tidak sedar apa?

6. Menghabiskan duit dan gaji orang? Ni dah cerita apa ni?

7. Aku pernah ke kata aku buat bisness tak ikhlas? Yg menilai keikhlasan kita Tuhan ke manusia?

8. Lagi byk duit lagi bagus. Boleh buat hospital free di Palestine. Kan byk pahala tu. Kalau semua orang Islam tak kaya, sapa yg menyumbang pada orang Islam. Mubaligh Kristian?

9. Tugas Doktor bukan hanya menolong orang pada saat kritikal. Sila cari ilmu lagi.


- Alhamdulilah -

Saturday, May 11, 2013

Struggling




.____________.






.





Kereta 2nd hand


- Bismillah - 




Sebenarnya aku dalam proses mencari kerta baru untuk menggantikan kereta kancil berumur 12 tahun yg kian hari makin uzur. Cadangannya adalah mencari kereta 2nd hand sebagai kereta ke-2. Kereta ke-3 mungkin baru akan membeli kereta baru.

Sesiapa ada tahu ada sesiapa yg ingin menjual kereta?

Dalam memilih kereta 2nd hand, beberapa faktor yg akan di ambil kira :

1. Umur kereta.
Cadangannya paling lama pun kereta keluaran 2009

2. Kereta tempatan atau bukan.
Setakat ini aku prefer kereta bukan tempatan. Tetapi jika ada kereta tempatan yg bagus dengan tawaran harga yg menarik, akan dipertimbangkan. Contoh Myvi 1.5 2010 harga RM20k.

3. Mileage.
Bawah 40,000km

4. Enjin kapasiti. 
Bawah 1600cc

5. Jenis badan kereta
Sedan atau Hatchback 

6. Lokasi Kereta
Sebaiknya yag dekat lah. Area Lembah Klang.

7. Harga
Cadangannya bawah RM40,000.
Tapo kot2 ada orag nk jual Polo TSI 1.2 Turbocharged 2009 harga RM60k aku angkat je.



8. Pembiayaan
Cadangannya separuh cash (deposit) separuh lagi dari personal loan.
Ataupun kalau ada orang yg nak jual kereta dan terima bayaran ansuran lebih baik.

9. Bila?
Cadangannya sebelum bulan 8 tahun ini.



- Alhamdulillah -

Thursday, May 02, 2013

Makanan Kahwen

- Bismillah -




Aku sebenarnya sedang cari balik list makanan yg aku nak jadikan menu semasa kenduri kahwin aku nanti. Tapi aku da penat tgk previous post tak jumpa-jumpa juga. Sapa jumpa tolong beri tahu ye.

Yang aku igt satu je buat masa ini :
Pegaga King!

>.<

- Alhamdulillah -

Tuesday, April 09, 2013

http://statigr.am/mukhlis_aa


- Bismillah -



Aku masih lagi seorang photographer walaupun aku sekarang mungkin kurang pegang dslr. Tp dengan telefon bimbit aku sentiasa ambil gambar. Aku sgt merindui aktiviti keluar dengan kawan-kawan ambil gambar.

Walaupun aku mungkin kurang update blog ini, aku selalu update instagram.
Sebab boleh update di mana-mana walau sedang bekerja.
Dan gambar-gambar adalah perkara yang berlaku di sekeliling aku.
Jadi buat anda yang sentiasa menunggu update, sila follow aku punya instagram.

Carian nama : mukhlis_aa
atau yg tiada telefon bimbit pintar, layari alamat ini : http://statigr.am/mukhlis_aa


- Alhamdulillah -








Hampir 4 bulan



Macam biasa, maaf lama tak update. 
Macam biasa, sgt busy.
Mcm biasa, sebab sibuk utk 2 benda utama, doktor dan perniagaan.

So selepas hampir 4 bulan, hampir nak habis posting yg pertama (kalau tak kene extend la), aku still rasa xbest jadi doktor .__.

Cuma dah tak mcm dulu, kali ni bukan sebab tak suka, bukan sebab stress, cuma sebab x rasa seronok. Setiap pagi atau petang bila pergi kerja, perasaan seronok atau excited tu takde. Tidak enjoy bila berbuat kerja.

Rasa ikhlas tu tak pernah ada, walaupun dah banyak kali cuba ikhlas kan diri. Adakah mungkin aku tidak sesuai menjadi doktor sebenarnya?

Kawan aku kata mungkin aku tak suka O&G, bukan tak suka jadi doktor. Mungkin juga?
Biar masa menentukan.

Aku bersyukur aku ada benda lain selain doktor yang boleh buat aku rasa excited dan enjoy. Tidak terkurung di hospital sahaja.

Tapi akibatnya aku sgt sibuk.

Sangat sangat sibuk.

Berkejar sana sini.



- Alhamdulillah -



Monday, February 25, 2013

KIta boleh berjaya kalau kita mahu





"Rezeki takkan dapat kalau kita tak kejar"




- Alhamdulillah -


Monday, January 21, 2013

RM10

- Bismillah -




Sewaktu zaman belajar aku telah berjaya untuk mengumpul tunai hampir RM30,000.00, dari pelbagai sumber termasuk biasiswa dan pernigaan sendiri. Proses mengumpul duit sebanyak itu mengambil masa hampir 4 tahun juga lamanya. Semuanya hanya untuk 1 perkara, kahwin. Namun hari ini hampir kesemua wang tersebut telah habis. Kebanyakannya digunakan untuk menubuhkan syarikat yang hari ini sudah bernilai lebih setengah juta Ringgit Malaysia. Alhamdulillah.

Namun wang yang telah berlipat kali ganda tersebut adalah dalam bentuk saham syarikat yang tidak boleh digunakan dalam masa terdekat untuk perbelanjaan kahwin. Selain itu sedikit darinya aku guna untuk menggantikan handphone lama yang sudah sgt nazak, dan perbelanjaan seharian (makan, barang2 keperluan seharian, petrol dan tol). Ini kerana walaupun aku sudah bekerja, proses untuk mendapat gaji permulaan adalah sangat lambat. Kebiasaannya mengambil masa sehingga 3 bulan. Maka sekarang aku terpaksa hidup 3 bulan tampa gaji dan bergantung kepada duit simpanan yg hampir habis.

Disebabkan duit simpanan yg hampir mencecah angka kosong, maka aku perlu mengumpul semula RM30,000.00 (atau mungkin lebih disebabkan inflasi). Namun kali ini dalam tempoh hanya 8 bulan. Tidak mustahil tetapi perlu disiplin yang sangat tinggi. Antara yang aku cuba usahakan adalah dengan menghadkan perbelanjaan bulanan tidak melebihi RM1000. Ini adalah termasuk bil telefon, bil internet, ASB, takaful dan perbelanjaan harian. Kalau diperhatikan, RM500 sebenarnya adalah untuk takaful dan ASB. Iyaa aku mmg suka menabung.

Untuk makanan sahaja, aku setakat ini cuba untuk tidak lebih dari RM10 sehari. Walaupun Klang adalah bandar yg kurang nenbangun berbanding Kuala Lumpur, majoriti sekali makan hampir mencecah RM7. Harga makanan di sini adalah semahal di Kuala Lumpur. Kebiasaannya aku cuba untuk makan sehari sekali sahaja. Dan setakat ini berjaya. Ini adalah kerana kerja yang sangat sibuk, jadi kebiasaannya tengah hari mmg tidak makan. Di UM dahulu ada byk kedai makan untuk pelajar yg menawarkan harga rendah, jadi walaupun hidup di KL, namun lebih jimat.

Tetapi  kadang2 mengada nak makan berbelas ringgit dan berpuluh ringgit yg kene tahan tu walaupun makan sekali sehari je .__.

Selain itu untuk mengelak perut dari meragam bila cepat lapar, aku ada beli banyak buah untuk dimakan bila lapar. Boleh beli byk2 sebab masa aku ada beli peri ais hihi. Mungkin ada yang akan mempersoalkan baik bakan dari beli pegi ais. Jawapan aku adalah : peti ais beli sekali sahaja berharga RM550. Boleh diguna lama. Dalam tempoh 55 hari sahaja, aku sudah boleh jimat dari makan 2 ke 3 kali sehari. Selain itu Klang adalah bandar yang panas. Kalau panas dari cahaya matahari tidak apa lagi. Tetapi panas bahang. Bangun tidur sampai basah lencun akibat berpeluh. Jadi jika ada air sejuk, adalah sangat membantu. 



- Alhamdulillah -

Friday, January 18, 2013

Dokte

- Bismillah -



Dahulu semasa aku masih seorang pelajar, aku rasakan yang bekerja dalam kerajaan adalah tidak menyeronokkan, atas sebab imbuhan yang tidak memuaskan dan tidak setimpal dengan tugasan yang diberikan. Dan atas alasan yang samalah ramai doktor lari pergi ke swasta.

Hari ini, aku masih rasa bekerja dalam kerajaan masih tidak menyeronokkan, secara spesifik lagi adalah menjadi doktor kerajaan. Tetapi atas alasan yang berbeza. Dari segi imbuhan sebenarnya boleh tahan kerana agak banyak elaun yang diberikan, namun begitu aku rasa masih tidak setimpal dengan tugas seorang doktor. Apa yang tidak menyeronokkan adalah kita terikat dengan banyak benda dan perihal. Contoh mudah, nak ke luar negara mestilah dengan kebenaran ketua jabatan. Kerja mengikut waktu yang ditetapkan adalah antara yang paling aku tidak suka. Setiap hari 7 pagi hingga 7 petang adalah memenatkan. Solat pun kene curi-curi. Karenah manusia pula macam-macam. Tidak mudah dan susah. Aku lebih prefer ikut waktu sendiri dan jadual yang lebih flexible. Maka aku bersyukur kerana aku sudah punyai syarikat sendiri. Cuma perlu cari masa yang sesuai untuk letak jawatan. Mungkin dalam tempoh 10 ke 15 tahun bergantung kepada keadaan. Buat masa ini itu antara 2 yg aku sangat tidak suka.

Sehingga hari ini aku rasakan yang kerja hari-hari adalah satu paksaan. Bukan tak suka kerja doktor, tapi tidak kene dgn jiwa. Setiap pagi, aku cuba untuk ikhlaskan hati, namun sehingga kini masih tidak berjaya. Tidak benci, tapi tidak pula suka. Kerana ada cara kerja lain yang aku lebih suka. Banyak sebab kalau hendak di senaraikan kenapa aku masih tidak dapat ikhlaskan diri lagi. Namun yang paling utama aku fikirkan adalah suasana tempat bekerja. Lebih spesifik lagi dengan siapa aku bekerja. Dan yang aku pasti aku kurang suka dengan beberpa orang superior yang terlampau angkuh, sombong, panas baran dan tiada hati perut. Banyangkan perlu bekerja dgn orang sebegini selama 2 tahun. Memang patut ada antara rakan doktor aku yang akhirnya break down dan terpaksa berjumpa dengan psychiatrist dan akhirnya hari ini sudah tidak berfungsi.

Namunpun begitu, faedah menjadi pegawai kerajaan ada juga menariknya. Terumanya dari segi pinjaman yang ditawarkan dan elaun-elaunnya. Sebab itu lah bank berebut menawarkan pinjaman kepada kaki tangan kerajaan. Namun bahayanya di sini adalah jika anda membuat bad debt instead of good debt. Selain itu untuk dibuang kerja dari kerajaan adalah sangat susah. Kawan aku yang dah tak boleh berfungsi sebagai doktor itupun masih belum dibuang lagi dan dapat gaji penuh juga tiap-tiap bulan. Tetapi ini sahaja tidak cukup untuk membuatkan aku ikhlas hari-hari.

Aku rasakan ramai ibu bapa atau masyarakat telah silap kerana terlampau taksub dengan pekerjaan doktor, sehingga ramai orang ingin menjadi doktor. Ini adalah pemikiran yang silap. Ibu bapa pasti sangat bangga jika anak mereka adalah doktor. Dan aku sangat tidak suka jika ada ibu bapa yang memaksa anak mereka untuk menjadi seorang doktor. Tidak salah untuk membimbing, tetapi tidak betul untuk memaksa. Setiap orang dicipta berbeza, kemampuan dan minat adalah berbeza juga. Nak paksa-paksa orang, diri sendiri kenapa tak jadi je doktor, ye tak. Jangan rasakan kehendak sendiri adalah pilihan yang terbaik untuk anak kita. Itu kehendak kita, bukan anak kita.

Mendapat pendedahan yang betul adalah sangat penting sebelum membuat keputsan untuk terjun ke dalam bidang apa. Dan aku rasa itu yang masih kurang dalam masyarakat dan sistem pendidikan hari ini.

Waktu kecil bila ditanyakan cita-cita, ramai sungguh yang ingin menjadi doktor. Kenapa? Pastilah sebab ibu bapa dan suasana mereka. Kita patut ubah perkara ini. Selepas ini mungkin bila ditanya cita-cita, kanak-kanak akan menyebut daie, businessman, proztaz, agen perlancongan muslim dan lain2 yg jarang kita dengar. Tak ke lebih menarik di situ? Selain itu jangan pandang rendah pekerjaan lain seperti geologist, penulis, ahli muzik, photographer dan sebagainya. Doktor sahaja tampa cleaner huru hara okay hospital.

Sebut tentang cita-cita, aku pernah jumpa seorang kanak-kanak sekolah rendah. Bila ditanya tentang cita-citanya, dia mengatakan dia ingin menjadi ang islam yang syahid di bumi palestin. how cool is that??


- Alhamdulillah -

Tuesday, January 08, 2013

Sorry laaa lama tak update.

- Bismillah -




Nak jadi dokte, photographer, designer dan businessman yg running 4 syarikat dalam satu masa bukan senang. Jadi dunia blog terpaksa di letak ke belakang sekejap.

Ini pun dah tahan nafsu nak buat macam2 lagi. Kalau tak tatau la bagaimana.

Kalau boleh kage bushi no jutsu kan senang. 

Ada orang kata aku tak fokus. Tapi mereka silap. Aku sangat fokus dan sgt serius. Sebab itu aku boleh banyak perkara besar ini dalam satu masa. Kalau aku tak fokus dah lama tunggang terbalik. Dan nasib baik sbb ada rakan2/partners yang lain yg byk membantu terutama dalam business.

Selain itu aku da agak tinggalkan dunia design, dunia game, urghh Diablo 3 tak main lagi!!! Dan termasuk lah dunia travelling aku. Hari tu plan nak ambil lesen scuba diving. Nampak nya terpaksa tangguh dulu harapan itu. Nak panjat gunung Stong skali lagi pun terpaksa tangguh dulu. Fokus apa yg ada.

Ambil gambar pun kadang2. Mmg gatal tangan sudah nak ambil gambar. Da lama sgt tak ambil.

4 businesses?
3 darinya aku dan beberapa orang kawan adalah owner. Lebih kepada bidang construction. DUlu aku ada cerita dua darinya (walaupun baru intro, xsempat nk cite panjang lebar .___. ), iaitu QE dan BBE. Yang terbaru adalah QHM.

1. Qayz Enterprise
2. Bina Bata Enterprise
3. Qayz Holdings (M) Sdn Bhd

Yang satu lagi adalah Gold Meister Enterprise. Ini sebenarnya dari rentetan group Emas Corp yang aku da kawan2 yg berniaga emas tubuhkan. Tapi sbb maisng2 nak makin serius, jadi kami tubuhkan syarikat terus. Tetapi buat masa ini aku kurang aktif menggerakkan Emas Corp ini sbb sibuk dengan main dokte-dokte dan dgn lagi 3 syarikat.

Jika diberi kesempatan aku akan cerita satu persatu. Tapi mungkin tak detail sgt sbb aku cadang nak bukukan atau masuk paper-kan pengalaman berkecimpung dalam dunia business secara serius ini. Dan aku berani kata, sehingga saat ini aku agak bersyukur dengan pencapaian yg aku dapat sehingga ke hari ini. Dan tahun 2012 aqdalah tahun yg sgt cemerlang, kerana tahun 2012 lah, aku bukan sekadar dapat MBBS, tetapi juga tubuhkan 4 syarikat dan photography aku (yg xde syarikat) naik dgn jayanya sampai aku terpaksa tolak permintaan orang untuk mengupah aku mengambil gambar.

Rancangan Tuhan itu mmg unik. Alhamdulillah.

Oh ni belum cerita pasal nak tunang dan kawen lagi. Mak aku selalu bising2 tanye preparation aku. Tapi aku cuma jawab, "nantilahh...". Sampai mak aku risau. Sbb aku fikir, aku nak majlis yg simple je. Buat ape nak rumit sampai pening kepala. Benda yg kne buat cuma tempah kad, hantar jemputan dan buat kerduri. Tu je. Aku pernah anjur majlis yg lagi complicated dari ini. Mudah kan?

Tak ke??   .______.


- Alhamdulillah -