.

Thursday, July 19, 2012

mukhlis.ahmadazam@yahoo.com


- Bismillah -

Ok sebab abg aku punya email 'hanief.aa', so aku pun igt nk tuka je terus dari 'mukhlis.aazam' ke 'mukhlis.aa' sebab lagi mudah. Better tukar cepat sebelum byk guna untuk mende2 lain dan aku pun nak daftar syarikat enterprise hihi. Jadi aku pun ke mail option untuk tukar.



.___________________________.


Ok sgt stress. Aku tak tahu pulak ada limit 2 kali je tuka. Dan sebelum buat ini kene delete dulu email address tambahan yg da buat tu. So skrg email 'mukhlis.aazam@yahoo.co.uk' da xleh guna. Arghh lecehnya mcm nih.

So aku terpaksa buka akaun baru dengan email 'mukhlis.ahmadazam@yahoo.com'. Walaupun panjang tapi aku rasa orang lagi mudah nak ingat dari 'mukhlis.aazam'. Dan aku risau orang silap bahagian 'double a'. Tapi sebab leceh nak buka byk2 email setiap hari, jadi aku set kan supaya setiap email yg aku dapat di 'mukhlis.ahmadazam@yahoo.com' akan dapat pada email utama aku iaitu 'eng_0102mat@yahoo.co.uk'. Malah aku boleh reply dan hantar email dengan email address dari email satu lagi juga. Jadi tak perlu buka byk2 email.

Aku try gmail pun da takleh 'mukhlis.aa'. AKu tak nak guna domain yg tak femes sbb nnt orang susah igt. So buat masa ini guna je email ini dulu, dah dapat domain lain mungkin aku boleh add another email 'mukhlis.aa' dan buat mcm ini juga, jadi boleh buka 1 email sahaja.

Ada sesiapa ada idea domain yg terkenal dan mudah lain?

hmm hotmail aku tak cuba lagi.
domain lain?


- Alhamdulillah -







Wednesday, July 18, 2012

Daddy Long Legs




Alhamdulillah, novel terjemahan pertama saya telah terbit! Novel remaja klasik nukilan Jean Webster ini mengisahkan seorang anak yatim piatu, Jerusha Abbot yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej apabila seorang dermawan misteri sudi membiayai pengajiannya.

Sesiapa yang berminat untuk membeli buku ini, jemputlah ke link Bookcafe (kedai online penerbit PTS) seperti di bawah:


Awesome!
(Kak Malini adalah kakak ipar ku)


.

Friday, July 06, 2012

15 sen






Setelah dah mcm dekat 10 bulan, hasil dari 8 blog, baru tambah 15 sen
(sblm ini RM11.10)

-_______________________-


Jumpa tepi jalan lagi byk.

.

Tuesday, July 03, 2012

3 Cara Makan Durian Runtuh


- Bismillah -


Aku takde lah dapat durian runtuh atau pernah dapat durian runtuh. Tapi beberapa orang yg aku kenal di sekeliling aku ada. Jadi biasa ada 3 cara untuk makan durian runtuh ini menurut Pakdi.

1. Joli / belanja / tambah expenses & liability
2. Bayar hutang
3. Invest / tambah income & asset 

Pada aku yang terbaik adalah 2 & 3. Tak boleh 3 sahaja sbb hutang ni bawak masuk kubur. Jadi kalau rasa hutang tu da lama sgt patut kene byr, paham2 lah. Tapi kalau hutang itu mmg dibayar dengan tempoh seperti hutang pinjaman perumahan, kenderaan dan sebagainya, 3 lah yg terbaik.

Tapi janganlah salah faham. Memanglah duit itu gunanya untuk dibelanjakan. Kalau nak simpan je bukan boleh bawak masuk kuburpun. Tapi apa yg dimaksudkan adalah, bila dapat duit byk, guna duit byk itu untuk buat lagi byk duit, then baru kita belanja. Nak bawak masuk kubur pun boleh, belanjalah pada jalan Allah. Banyakkan sedekah. Sila baca artikel ini :

Sebut pasal hutang, yang aku tahu ada 2 jenis.
1. Good debt
2. Bad debt

Hutang yg baik (no. 1) adalah hutang yg dibuat untuh tambah income/asset atau hutang yg dibuat untuk tambah modal dala satu2 perniagaan yang seterusnya boleh memberi pulangan yg lebih baik. Dengan kata lain, kita pinjam duit itu untuk buat lebih banyak duit.

Hutang yang tak baik (no.2) adalah hutang yang dibuat kemudian duit itu dibelanjakan dan habis begitu sahaja atau digunakan untuk menambah liability (contoh mcm beli kereta).

Bukan kata kereta tak bagus. Tapi perlu pandai bezekan antara kemahuan dan keperluan.
Keperluan adalah pengangkutan. Kereta 2nd hand atau viva paling bawah skali dah memadai. Kalau beri alasan kereta 2nd hand cepat rosak, mana-mana kereta baru atau lama kalau tak pandai jaga pun akan cepat rosak. 
Kemahuan pula nak kereta mahal lagi, kalau viva nak viva elite, rasa byk duit sikit nak myvi.
Kemudian buat hutang byk2 sampai 9 tahun dan kaya kan lagi bank yg sudah kaya itu.

Cuba tanya diri kita balik, apa sebenarnya tujuan kita beli kereta, dan kenapa kita nak beli kereta terebut.

Kenapa viva elite?
kenapa myvi?
Kenapa pesona?
Kenapa inspira?
Kenapa itu? Kenapa ini?

Ada orang kata alang2 beli biar puas hati? Ye ke puas hati? Jangan nanti rasa sesak nak byr hutang sudah, sampai perlu pinjam pada orang lain pula untuk perkara-perkara lain. Tapi kalau mmg betul ada rezeki lebih, Alhamdulillah.

Tak dinafikan manusia ni suka menunjuk-nunjuk. Masing2 suka jika ada orang sebut2 kebaikan dan memuji kita. Maka bila ada timbul walau sedetik pun perasaan itu dalam diri kita, kita patut beristighfar.

Jadilah orang yang ikhlas.
Mukhlis.
hihi



- Alhamdulillah -