- Bismillah -
So hujung minggu ini secara rasminya aku menamatkan karier aku sebagai jurugambar untuk beberapa bulan sehingga aku hbs medic. Ini adalah sgt penting kerana professional exam lagi 2 bulan lebih. Aku perlu sgt sgt sgt belajar rajin2, juga memerlukan doa dari kalian semua yg membaca. Ok ada lagi ke org baca blog ini memandangkan aku dah kurang update sejak kebelakanagan in .___.
Ok sebelum itu, cerita tentang wedding job yg baru2 ini. B4 aku ke korea aku ada 4 wedding job berturut2 selama 3 minggu. Memang minggu itu sgt sibuk. Nasib baik time tu kat Banting, dan agak free sbb kelas pagi sahaja. Alkisah aku berjaya siapkan 2 job punya gambar b4 ke korea. Nadhirah Sahri dan juga Mariam Adlina. Tapi ada perkara tak best berlaku. 2 job lagi aku siapkan after balik dari Korea. Aku cerita 2 dulu yg aku siapkan sebelum ke Korea.
SATU. Nadhirah Sahri punya last minute ayah die cancel kan nak album. Sbb aku siapkan lambat sgt. Aku AKUI aku buat album yg die request sgt lambat. Dua bulan tak siap lagi design. Sebabnya die expect aku design mcm designer beribu ringgit. Sedangkan level itu aku belum capai tahap itu lagi. Dan ini adlah masalah sbb takkan aku nk tolak mentah2? Jadi aku cuba buat yg terbaik. Tapi nk siapkan aku pelu buat research dan byk try and error dulu. Sbb itu lama. Dan memandangkan aku buat ini mende part time, jadi biasa nya aku buat cuma bila aku free. Aku dah maklumkan kepada semua customer aku, gambar biasa ambil masa sebulan nk siap sbb aku buat part time. Album tambah lagi 2/3 minggu.
Tp bila ada request buat album yg bukan aku punye style dan aku tak pernah buat, ia jadi complicated. Seolah2 anda pergi kedai tepi jalan nk beli burger Ramlee, tp anda mintak die buat mcm burger Carls Junior. Seryes, mcm tu la aku rasa. Tapi aku cube buat. Dan buat sesuatu yg ko tak penah buat dan baru nk cube dan cari ilham memang memakan masa. Tp setelah 2 bulan, die cancel pula.
Pengajaran : Aku patut explain dari mula, kalau aku tak boleh buat, means aku tak ambil kerja itu. Sbb at the end aku dah buat walaupun tak siap, ambil byk masa semua tapi takde hasil malah membazir masa. Aku yg rugi.
Tapi aku kurang berpuas hati, sbb sepatutnya dari mula, kalau da hire aku, bermaksud die dah survey dan tgk hasil2 aku, sepatutnya die bersetujulah dgn cara kerja biasa aku. Bukan hire aku tp expect aku buat kerja mcm org lain. Kenapa tak at the 1st place hire sahaja org lain yg boleh buat kerja itu. Ini part yg buat aku terasa. Dan part lagi best, actually die tak survey pun, anak die yg buatkan. Jadi aku rasa aku dipilih berdasarkan harga dan taste anak die. Tp after wedding, die yg ambil alih berurusan dgn aku dan expectation die sgt tinggi. Kalau aku tahu dari mula die nk mcm tu, aku dah rakemen Candid Syndrome, Senior photographer derang harga dalam 5k+, kalau nk SN sendiri ambil gambar dalam 8k+. By the way aku charge xsampai 500 pun. Dan byk photographer lain tak puas hati sbb harga itu sbb sebenarnya terlalu murah. Ambil gambar bukan sekadar ambil gambar ok. Ia satu kerjaya yg berkos tinggi, memakan byk tenaga dan masa.
Tapi apa2 pun aku still siapkan gambar dalam masa sebulan. Dan aku dah nak hantar mula2, tp ayah die taknak, nk sekali dgn mock album. Sbb biasa aku mmg hantar gambar dulu, sbb album akan ambil masa lagi. Jadi at least pengantin dan kelaurga dah dapat tgk gambar dulu. Tapi tak pe lah. Yang penting skrg semua da settle. Gambar pun dah bg. Dan album die kata nk buat sendiri. Ok silakan.
DUA. Mariam Adlina, takde ape maslah pun berlaku. Dan customer sgt ok dan sgt baik. Masa ambil gambar semua tiada maslaah langsung. Smooth je. Seronok ambil gamabr die orang. TAPI TIBE2 MASA AKU CEK BALIK GAMBAR MASA NK EDIT, BOLEH KATA SEPARUH DARI GAMBAR TAKDE!!!!! HILANG!!!!!!!! Aku tak tahu la memory card corrupt ke ape. Tp mmg masalah memory card. Sbb gambar part tgh2 majlis n hujung2 langsung takde. Memang menanges tak berlagu la. Dan down sgt aku time tu. Wuuuuuuuuuuuuuu T_T. Jadi aku just siapkan gambar yg ada dan hantar sambil meminta maaf berjuta2 kali. Aku sgt sedih. AKu tak tahu apa berlaku. Da cube mcm2 pada memory card itu, tapi tade hasil. Rasa sgt malu dgn Mariam dan tunang die serta keluarga mereka. Die orang byk kali call tanye takleh dapatkan jugak ke gambar2 yg hilang tu. Aku cume mampu minta maaf je T_T. Dan ini adalah nightmare setiap photographer, ambil gambar tp takde gambar. Aku rasa time ni mmg mcm tanak amik gambar langsung dah. Rasa serba salah sgt. Sgt malu.
Pengajaran : Setiap kali ambil gambar, terus buat backup time majlis tu jugak. Ataupun immediately after majlis. Jangan tunggu2. Dan ktrg juga terus beli memori kad baru. Wuuu menangis T_T
___________________________
2 lagi cerita bersambung kemudian.
- Alhamdulillah -