- Bismillah -
Khamis, 19 Feb 2009
Hari ini merupakan hari terakhir exam, short case. Aku lulus tapi markah sgt xbest. Ntah mana silap, aku pun xtahu. Orang kata hanya orang yg benar2 bijak dan pandai yg tahu mana salah dan silapnya. Nampaknya aku masih jauh dan kne terus rajin berusaha. Selepas lunch, aku ke PPUM untuk buka jahitan d kepala. Kemudian pegi main bowling d mid walaupun kalah mengejut kepada fikri (xgune fikri pecah rekod tertinggi aku!!!!). Malam itu bersiap untuk expidisi ke Gunung Stong!
Jumaat, 20 Feb 2009
Selepas sahaja lunch lebih kurang jam 12 tgh hari, aku dan rakan medic ku Adam bertolak ke UM. Parking d um. Selepas solat jumaat kami ke mid. Aku pergi membeli barang untuk AGM ALIPH ngan orang2 bawahan yang janji nk jumpa kat mid lepas jumaat. Kemudian aku join Adam untuk men bowling dan seperti biasa (kecuali semalam) aku menang =]. Selepas maghrib, bermulalah perjalanan 17 orang pemuda medic um dalam ekspidisi menawan gunung stong.
Gunung Stong yang terletak d kelantan dengan ketinggian 1000m lebih dan bertapak d banjaran titiwangsa. Apa yg menarik mengenai gunung ini adalah, mempunyai air terjun tertinggi d asia tenggara dengan ketinggian hampir 500m.
Tepat jam 830 malam, kami bertolak ke kelantan dengan menaiki keretapi tanah melayu berhad. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam. Dan pastinya sgt membosankan.
Setelah 12 jam, kami akhirnya tiba d perhentian sekitar jam 830 pagi.
Menggunakan van sapu, kami bergerak ke sekolah dimana kawan ku bernama wadi, ibubapanya menguruskan kantin d sekolah ini. Kami sarapan dan mengambil barang makanan dan peralatan yg dipinjam dari keluarga wadi.
Selepas sedikit taklimat oleh wadi yg merupakan orang tempatan dan gunung stong ini juga merupakan tempat bermain sewaktu kecik2 die dulu. Lebih kurang jam 10 pagi, pendakian bermula. Sgt penat.
2 jam selepas itu, kami tiba d puncak air terjun dan akan berkhemah d situ.
Tempat ini dulunya mmg terkenal namun beberapa kejadian mati lemas telah menyebabkan tempat perlancongan ini suram. Tinggallah hanya papan tanda.
Sebelum mendirikan khemah, kami berehat sambil bergambar d puncak air terjun
6 khemah didirikan. Masing sudah diberikan tugas sebelum bertolak.
Aku ditugaskan untuk jadi ketua chef. Sementara sebahagian memasak, yg lain pergi berendam dahulu. Airnya sgt dingin. Kolam2 yg terbentuk d air terjun rata2nya sgt dalam melebihi 2 meter. Patut la banyak kejadian lemas.
Kawasan aku! Mmg sah2 xsedap tapi sbb aku yg paling tere antara yg xpandai masak, terpaksa la aku yg ambil tugas ini. Namapun orang bujang, kalau x megi, pasti la sandwich tuna ataupun nasi berlaukkan lauk yg da siap sedia dalam tin. Malam itu kami buat bbq dan nasi goreng.
Malam itu lain pula kisahnya. Selepas jam 10 malam, Keadaan menjadi sgt gelap gelita. Orang yg sepatutnya ditugaskan jaga malam turut tertidur. Ranger yg bertugas pula tiada kerana dikhabarkan telah turun petang tadi kerana sakit. Memang malam itu hanya kami digunung yg sunyi ini. Jam 3 pagi aku terjaga. Langsung tidak nampak apa. Aku memberanikan diri untuk keluar kemah dan menghidupkan semula unggun yg telah lama terpadam. Namun suasana yg sgt gelam mematikan hasrat ku. Lampu suluh hanya ku gunakan menyuluh jalan bawah. Tidak berani mengangkat tinggi. Kemudian aku duduk semula dalam khemah. Rakan sekemah ku negitu lena tanpa sedikit pun risau dengan keadaan ketika itu. Aku tidak dapat tidur, otakku merawang dan terbayang perkara yg bukan2. Cerita2 dan kisah2 novel dan televsion berlegar2 didalam kepala. Bunyi2 luar biasa kedengaran. Aku hanya diam. Kelu. Hampir sejam aku begitu, sambil menyebut nama Tuhan yg Melindungi.
Jam 6 pagi, aku dikejutkan kawan untuk solat subuh. Rupanya bukan aku sahaja, beberapa orang kawanku juga seperti aku. Terjaga kemudian tidak dapat tidur kerana terlalu risau perkara yg bukan2 berlaku. Selepas itu semua menyalahkan pasangan pertama yg jaga malam yg tidur awal dan tidak berjaga dan menjaga unggun api.
Selepas subuh, kami pegi semuala ke puncak air terjun untuk melihat kebasaran tuhan. Seperti berada d kayangan.
Selepas bersarapankan meggi, sebahagian dari kami teruskan pendakian. Rancangan asal untuk menawan puncak gunung stong tidak kesampaian kerana ranger bertugas sakit dan terpaksa turun. Jadi kami hanya pergi mendaki malawat gua dan air terjun yg lain.
Tengah hari itu sepatutnya makan nasi goreng cendawan, tetapi akhirnya terpaksa melahap nasik goreng ponggal. Ini semua gara2 rumet aku yg tolong masak. hahaha! (nasi ponggal adalah nasi yg dibuat semasa perayaan ponggal oleh kaum india. Nasinya sgt manis, pekat dan liat).
Memandangkan kami pergi sendiri2, tiada aktiviti spesifik ditetapkan. Nak buat apa buatlah, jgn yg pelik2 sgt sudak. Jadi antara aktiviti utama kami adlah mandi dan makan.
Setelah mandi manda buat kali terakhir, kami berkemas untuk berangkat pulang pada sekitar jam 4 ptg.
Lokasi puncak air terjun tertinggi d asia tenggara sememangnya menjadi pilihan untuk bergambar.
Selepas sampai d kaki bukit, kami makan malam sekolah dan berehat d rumah wadi yg terletak d kaki bukit. Jam 9 malam, kemi bertolak pulang.
Sgt penat. Rata2 kami terus terlelap selepas naik sahaja keretapi.
-Alhamdulillah-