.

Friday, November 28, 2008

SG - 1

- Bismillah -

Sudah masuk ke minggu yang ke 5 dan akan ke 6 isnin ini. 2 minggu lagi sebelum End-of-posting-exam. Nak kata sibuk mmg sentiasa sibuk. Selain selalu kne pergi wad sampai da bosan dan malas nk ke wad, banyak topik yg belum di cover dan perlu di baca habis. 2 minggu lagi juga ada pc fair yg mesti pergi. Banyak barang perlu dibeli selepas kali terakhir aku ke pc fair adalah pada awal tahun. Pasti perlu berusaha lebih bersungguh.

_____________________________


Aku sudah 2 kali melanggan account rapid share selama sebulan. kali terakhir minggu lepas. Sangat puas hati kerana download speed hampir mencecah 3Mb/sec! Tetapi bergantung juga pada speed internet connection. Kalo laju, makin berganda la download speed. Dan Minggu ini, seorang kawan ku mengajak pula berkongsi membeli akaun rapid share lagi, tapi kali ni lagi best, kami beli untuk 5 bln dengan harga yg sgt murah. Jadi boleh kata tiap2 hari aku akan biar laptop terbuka untuk download. Dan pastinya cerita pilihan ku adalah STARGATE. Aku sekarang dalam proses mendownload semua episode untuk semua season. Sekarang dalam proses mendownload Stargate SG-1 yg mempunyai 10 seasons dengan setiap season lbh kurang 22 episodes. Kemudian Stargate Atlantis yg sudah ada 6 season. website STARGATE.


Stargate adalah sebuah drama science fiction yg dihasilkan berdasarkan imaginasi dan sains sebenar. Ceritanya logik dan penuh dengan teknologi dan penemuan sains yg mungkin manusia akan peroleh satu hari nanti. TV series ini aku mula tgk sejak sekolah rendah lagi dan telah menarik minat aku dalam math dan fizik, terutamanya quantum physics. Aku selalu rasa aku berada di bidang yg salah. Tetapi untuk berpatah balik sudah terlambat, jadi cara terbaik untuk aku bersama dengan apa yg aku minat adalah perancangan masa depan. Aku belum ada perancangan yg teliti, walaupun aku mula merangka sesuatu. Kadang2 misteri lebih menarik.

_________________________________

Sabtu, 22 Nov 2008
Semalam, ibuku telefon memberitahu yang pak ngah muiz sedang sakit terlantar di rumah mak long nem d Kelana Jaya. Kami sekeluarga berangkat ke sana petang hari ini untuk ziarah. Aku sungguh kasihan melihat keadaan pak ngah Muiz yg sungguh lemah tak berdaya seperti orang lumpuh. Katanya dia ada masalah saraf. Pernafasannya berbunyi sungguh kuat, terhasil dari air liur yg tersekat di kerongkong kerana dia tidak boleh telan. Menurut mak ngah, pak ngah terbaring begini sejak dari minggu lepas, tidak bangun2. Tapi petang ini tiba2 dia meminta untuk diangkat untuk mengambil angin di luar. Sebelum maghrib, kami sekeluarga pulang. Aku kembali semula ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah).

Malam itu aku tidur awal, sekitar jam 1130 malam.

Ahad, 23 Nov 2008
Tidur aku malm itu agak lena. Mungkin kerana aku penat kerana kurang tidur untuk malam sebelumnya. Namun pada jam 1230 tengah malam, Telefon bimbit ku berbunyi mematikan tidur nyenak ku.
"Pak Ngah meninggal" suara sebak ibuku dari muncong telefon. Aku kelu.
Aku tanpa lengah mmenyambar kunci kereta dan terus pulang ke rumah dan bersama ahli keluarga yg lain terus ke Kelana Jaya. Menurut makngah, Pak ngah sesak nafas sebelum pengsan. Mungkin otot2 pernafasannya lumpuh, bisik hati ku. Setibanya d sana, jenazah Pak ngah sudah diletakkan diruang tamu, menghadap kiblat, ditutup dengan kain putih. Hampir jam 4 pagi, baru kami sekeluarga pulang.

Pagi itu, sekitar jam 10 pagi, kami sekeluarga ke Kelana Jaya semula. Aku bersyukur kerana dapat membantu menunaikan fardhu kifayah itu sehingga jenazah Pak ngah sempurna dikuburkan. Malam itu dan 2 malam seterusnya diadakan majlis tahlil untuk Pak ngah. Moga Pak Ngah dimasukkan bersama golongan orang2 yg beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah...buat Pak Ngah Muiz.

-Alhamdulillah-

1 comment:

Cik Puan Berangan said...

innalillah. takziah pang ngah muiz.