.

Friday, November 28, 2008

SG - 1

- Bismillah -

Sudah masuk ke minggu yang ke 5 dan akan ke 6 isnin ini. 2 minggu lagi sebelum End-of-posting-exam. Nak kata sibuk mmg sentiasa sibuk. Selain selalu kne pergi wad sampai da bosan dan malas nk ke wad, banyak topik yg belum di cover dan perlu di baca habis. 2 minggu lagi juga ada pc fair yg mesti pergi. Banyak barang perlu dibeli selepas kali terakhir aku ke pc fair adalah pada awal tahun. Pasti perlu berusaha lebih bersungguh.

_____________________________


Aku sudah 2 kali melanggan account rapid share selama sebulan. kali terakhir minggu lepas. Sangat puas hati kerana download speed hampir mencecah 3Mb/sec! Tetapi bergantung juga pada speed internet connection. Kalo laju, makin berganda la download speed. Dan Minggu ini, seorang kawan ku mengajak pula berkongsi membeli akaun rapid share lagi, tapi kali ni lagi best, kami beli untuk 5 bln dengan harga yg sgt murah. Jadi boleh kata tiap2 hari aku akan biar laptop terbuka untuk download. Dan pastinya cerita pilihan ku adalah STARGATE. Aku sekarang dalam proses mendownload semua episode untuk semua season. Sekarang dalam proses mendownload Stargate SG-1 yg mempunyai 10 seasons dengan setiap season lbh kurang 22 episodes. Kemudian Stargate Atlantis yg sudah ada 6 season. website STARGATE.


Stargate adalah sebuah drama science fiction yg dihasilkan berdasarkan imaginasi dan sains sebenar. Ceritanya logik dan penuh dengan teknologi dan penemuan sains yg mungkin manusia akan peroleh satu hari nanti. TV series ini aku mula tgk sejak sekolah rendah lagi dan telah menarik minat aku dalam math dan fizik, terutamanya quantum physics. Aku selalu rasa aku berada di bidang yg salah. Tetapi untuk berpatah balik sudah terlambat, jadi cara terbaik untuk aku bersama dengan apa yg aku minat adalah perancangan masa depan. Aku belum ada perancangan yg teliti, walaupun aku mula merangka sesuatu. Kadang2 misteri lebih menarik.

_________________________________

Sabtu, 22 Nov 2008
Semalam, ibuku telefon memberitahu yang pak ngah muiz sedang sakit terlantar di rumah mak long nem d Kelana Jaya. Kami sekeluarga berangkat ke sana petang hari ini untuk ziarah. Aku sungguh kasihan melihat keadaan pak ngah Muiz yg sungguh lemah tak berdaya seperti orang lumpuh. Katanya dia ada masalah saraf. Pernafasannya berbunyi sungguh kuat, terhasil dari air liur yg tersekat di kerongkong kerana dia tidak boleh telan. Menurut mak ngah, pak ngah terbaring begini sejak dari minggu lepas, tidak bangun2. Tapi petang ini tiba2 dia meminta untuk diangkat untuk mengambil angin di luar. Sebelum maghrib, kami sekeluarga pulang. Aku kembali semula ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah).

Malam itu aku tidur awal, sekitar jam 1130 malam.

Ahad, 23 Nov 2008
Tidur aku malm itu agak lena. Mungkin kerana aku penat kerana kurang tidur untuk malam sebelumnya. Namun pada jam 1230 tengah malam, Telefon bimbit ku berbunyi mematikan tidur nyenak ku.
"Pak Ngah meninggal" suara sebak ibuku dari muncong telefon. Aku kelu.
Aku tanpa lengah mmenyambar kunci kereta dan terus pulang ke rumah dan bersama ahli keluarga yg lain terus ke Kelana Jaya. Menurut makngah, Pak ngah sesak nafas sebelum pengsan. Mungkin otot2 pernafasannya lumpuh, bisik hati ku. Setibanya d sana, jenazah Pak ngah sudah diletakkan diruang tamu, menghadap kiblat, ditutup dengan kain putih. Hampir jam 4 pagi, baru kami sekeluarga pulang.

Pagi itu, sekitar jam 10 pagi, kami sekeluarga ke Kelana Jaya semula. Aku bersyukur kerana dapat membantu menunaikan fardhu kifayah itu sehingga jenazah Pak ngah sempurna dikuburkan. Malam itu dan 2 malam seterusnya diadakan majlis tahlil untuk Pak ngah. Moga Pak Ngah dimasukkan bersama golongan orang2 yg beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah...buat Pak Ngah Muiz.

-Alhamdulillah-

Sunday, November 09, 2008

kecoh~

-Bismillah-

Beberapa minggu lepas kampus cawangan klang fakulti perubatan UM agak sedikit huru-hara apabila berlaku sedikit ketidak puas hati antara beberapa pelajar cina dan melayu. Apa yg aku dengar, semuanya bermula apabila ada pelajar muslim membuat aduan yg ada pelajar cina lelaki yg suka membawa perempuan masuk kedalam bilik mereka. Perbuatan ini tidak disenangi segolongan besar pelajar lelaki melayu yg masih suci murni dan gebu.

Kemudian bila tiba bulan Ramadhan, semasa solat taraweh, yg si muslim solat dengan menggunakan mic. Seorang pelajar cina lelaki yg mmg agak dibenci ramai dengan senang lenang menjerit melolong memaki hamun dari jauh org2 yg sedang solat taraweh d surau supaya xyah pakai mic sbb bising. Semenjak itu pelajar cina tersebut makin dibenci ramai. Suasana tegang berterusan sehingga tibanya syawal. Suatu hari d petang jumaat selepas pelajar lelaki balik dari solat Jumaat, ada notis yg menyebabkan pelajar muslim panas. Satu forum akan di adakan dengan tajuk 'wajarkah azan di laungkan d kampus'. Nampaknya telah ada pelajar yg mengadu yang azan sgt bising dan mengganggu ketenteraman. Mmg kami terus tahu sapa yg buat aduan sehingga berlakunya perkara sebegini. Mmg nk kene cabut bulu ketiak budak nih!

Suasana terus tegang sehingga akhirnya pihak atasan fakulti terpaksa campur tangan dan akhirnya forum d ubah ke tajuk lain, 'kepentingan azan'. Terus xpuas hati muke mamat tuh. Dan ada beberapa perkara lagi yg berlaku d kampus pelajar HTAR ini. Perbuatan perempuan cina yg senang lelang masuk ke blok lelaki seterusnya ke bilik mmg sudah sejak dari dulu2 lagi, mungkin sudah lebih 10 tahun. Tapi memandangkan batch aku kali ni byk yg soleh2, timbullah ketidak senangan atas perbuatan ini. Sebenarnya ada pelajar cina yg dah terkantoi berzina dalam bilik. Berkali2 pulak tu cuma dia xtahu yg org lain da tahu. Hebat sungguh sistem mata-mata kami. Tp bak kata phase co-ordinator bacth aku, seorang Prof bangsa cina, berkata.."I dont want to invole in ur personal life". Inilah medic UM.

__________________

Hujung tahun da tiba, dengan kata lain cuti sekolah pun dah tiba. Xde team KAS nk gerak ke?
____________________

Baru2 ini ada MQA yg aku xtahu apa nama panjangnye telah datang ke kampus kami untuk periksa kualiti kami dari pelbagai espek, dan xsangka kali dipuji oleh timbalan dekan kerana dapat berlakon dengan baik sekali, menjadi seorang pelajar yg sgt baik, berdedikasi, kemas, rajin dan mantap. Yg aku tahu MQA ni mcm satu organisasi mcm ISO nk cek2 kualiti n akan bg pengiktirafan untuk yg terbaik dari yg terbaik...kot?

-Alhamdulillah-

Wednesday, November 05, 2008

SuSu IbU

-Bismillah-

Berasa sgt penat~

Jumlah mamalia dalam dunia ini, 4237 spesis, dan hanya 1 spesis yg memberi minum bayi mereka dengan susu dari jenis spesis lain. Spesis yg terperangkap dalam kebijaksanaan sendiri.

Susu lembu untuk lembu, memenuhi keperluan untuk menjadi seekor lembu.

-Alhamdulillah-