.

Monday, April 28, 2008

Kem Anak Soleh

Assalamualaikum...
Yahaa!!! Jom kite tgk balik sejarah logo KAS....


Masa zaman2 KAS1, asalnya xde logopun. Tp bile nak buat latter head baru terpikir nk letak ape. Jadi aku dengan laju membuat logo d atas. Tp sbenanye gamba muka tu xde pun. Just 'O' biasa. Kemudian masa buat banner ader org gatal tangan (read: ibu sarah) g tambah mata dan senyuman pada 'O' itu. Maka bermulalah episode KAS dan smiley nye.. Pada zaman ni juga aku baru blaja2 mendesign nih..

Ini antara hasil aku yg agak cemerlang juga (pada masa itu). Nak buat serban die je da 2 jam. Tp skrg da tere, 2 minit bole siap..ngehehe~


Bile KAS 3, aku cube ingin nampak lebih matang. Mula memasukkan grafik2 yg lebey sket. Orang slalu komen aku yg aku nye design terlalu serius dan tak de unsur 'comey' (majoriti pompuan yg komen, sama kes masa design baju masa 1st yr dulu). Jadi aku cube menerima kritakan tersebut bg meng-improve-kan lagi hasil2 yg mendatang. Cube lebih menampakkn seni dan ke-'comey'-an nye. Kalau kak malini (kak iparku) x tegur masa aku buat design die, agak nye sampai skang aku xreti nk buat design yg comey2 nih (aku suke gune font yg lurus dan lebih serius, dan design tu utk budak jd xsesuai).

Jadi untuk tahun nih..ini la hasilnye dalam masa setengah jam. xleh lelama time study week nih. Kalo da masyuk dan khusyuk mendesign nih..sehari semalam pun penah xbenti.

Memula cube nk kekalkan tradisi muke senyum versi soleh tp rasa xlawa dan tak kene ngan konsep dgn design tulisan. Igt nk buat 3D trp masih xpandai. Ni pn xtahu knp gamba die jd buruk, ntah ape jd mase convert format gambar td. Kalo nk buat name tag ngan badge, nnt aku ubah lg gamba muke nih..tambah janggut ke..ngehehe. Tp lps exam aaa.

caucincau. Assalamualaikum.

Alhamdulillah~

Friday, April 25, 2008

April ini...

Assalamualaikum again.. Aku skrg tgh berpulun sepulun mungkin untuk final exam 5 may 2008 nanti. Minta semua doa semoga aku berjaya (",). Mcm biasa minggu exam sgt menyeksakan tp aku tersuka sbb time exam la aku dapat tgk seorang aku yg rajin..haha. Kagum dengan diri sendiri. Kan bagus kalau aku mula rajin awal sket (setiap kali nk exam ckp mcm nih). Owh..mcm biasa nk hipokrit sket, nk mintak ampun mintak maaf kat sesiapa sahaja. Aku yakin byk salah dan silap diri ini..hehe.
.
Ini sedikit cerita mengenai aku April ini...
.
Awal bulan ini agak kecoh dengan kejadian kecurian kasut di kolej aku. Blok aku menjadi mangsa utama sbb senang keluar masuk. Cerita ini bukan cerita baru sebenarnya. Dulu juga sudah pernah berlaku. Dicuri oleh penagih dadah dari clan penagih dadah bandar metropolitan. Jadi nk dikisahkan tahun ini setiap blok dipasang sistem kunci elektronik pada setiap pintu masuk blok dan access card diperlukan untuk masuk. Sgt menyusahkan tetapi sgt penting. Buktinya apabila satu hari, hujan sgt lebat dan kilat dan guruh sambung menyambung, kunci elektronik rosak dan akibatnya seminggu slps itu kejadian hilang kasut berleluasa seminggu seminggu lamanya. Kasut sume harga beratus yg diambil. Kasut toreh getah aku RM6.50 xnak pulak die amik. Memilih btol!! Diskriminasi!! Racess!!

TErjumpa masa usya2 internet. Mahathir mmg 'return' masa paklah mule buat spoil pasal nk ganti jambatan bengkok dgn tambak johor. SApa tak tau kisah die g you tube search 'mahathir'. Ada salah satu vedio nye yg die cerita apa kes senanye jambatan tu.

Rumate aku punye. Die kata lps ni tak yah nk risau2 dah pakai kat lua..

This is truly malaysian. Hidup teh tarik!! lepas ni mungkin ada sabun teh tarik pulak. Tak pun syampu ke, losyen muke ke.. sume teh tarik. Lepas ni roti canai lak, pastu durian mungkin.. buah naga?

Ni la lab aku..Lab 8. 2 org missing in action. Maira ngan Razin. Si Razin mmg kaki 'selalu-ada-alasan-tak-datang'. Ni tangkap masa 2nd last day sebelum study week bermula. Ini adalah lab yg sgt bising...kecuali aku dan hock gin yg sentiasa coolll...yea~
.
Plan lps exam?? SGt banyak. Sory kpd geng2 alumni hira', mmg tak dapat turun padang langsung tahun ini dan mungkin tahun2 akan datang juga. Sgt sibuk... Kalau ada kesempatan boleh la tlg sket2 kot... rancangan lps exam lps exam kang cite.. tp aktiviti pertama adalah jogging ke mid valley..YAAHAAA!!
.
Alhamdulillah

Thursday, April 17, 2008

Katalog 2008

Tolong promosi my sis bizness ...AMAL WAFA







Sunday, April 13, 2008

It's not the system but the people that's bad

blogerzz 08

Memperkenalkan 2 blogger baru..


rumet ku HAZWAN aka PSIPUM aka OSTAD
http://ahmadhazwan.blogspot.com/
.
.
Dan pensyarah kegemaran pelajar perempuan
Dr Nawar Ariffin, spinal surgeon, Orthopedic department
http://pakpinpanjang.blogspot.com/

Saturday, April 12, 2008

April.... 08

-Bismillah-

yoo...lama x update. Selain sebuk stadi, skang tgh sikit2 sebuk dengan bakti siswa sarawak. Sabtu dan ahad lepas (5-6/4/08) team baktisiswa menganjurkan 'car wash programme'. Matlamatnya adalah untuk mengumpul dana bagi menampung pembiyaan baktisiswa yg lebih kurang RM90000. Caranya adalah kita yg dibahagiakan kepada kumpulan yg terdiri dr 5 org, offer orang service basuh kn kete die dan mengambil upah. Kami buat dr rumah ke rumah. Antara tempat yg menjadi mangsa adalah TTDI, SS2 da SS24 PJ.

Nak dijadikan cerita, kumpulan aku terdiri dr 5 org yg hebat2 belaka termasuk aku. Wai sern, pei swam, syikin dan ayu pada hari pertama sgt lubuk. Setiap kumpulan ditugaskan mencari RM600. Tp kumpulan aku sbb terlibat dgn menghantaran makanan, dan sbb salah strategi, ktrg berjaya dpt xsampai RM200 pun. Kumpulan paling tingi sabtu tu dapat lbh kurang RM1100. Dan derang dapat Dominos pizza sbg ganjaran. Esk nyer ahad, team aku merancang strategi baaik punye, bia aku sorang je g hanta makanan n yg lain g pusing umah org. Jd pada pagi tu ktrg da dapat lbh kurang RM400 lbh. BUkan stakat basuh kete, aku denga siap ade yg kene basuh kucing, mop rumah, kemas rumah, cabut rumput n keje2 rumah lain pun ada. Xpe la, janji ktrg dapat duit. Jadi mmg semangat la petang tu nk sambung utk sesi petang pula n nk dapat kumpulan yg dapat kutipan tertinggi. Ganjaran utk hari ahad tu adalah KFC. Skali time rekat dan lunch, ada 1 kumpulan tu da dapat RM700 lebey utk sesi pagi. Hampeh...

Tp atas usaha yg kuat dan tak kenal erti putus asa (cheeeyyy~)....dan ajaibnya juga, akhirnya team aku pulang dengan RM1672 dan dinobatkan sbg kumpulan tertinggi. yeay!! Ktrg pn makan aa KFC ptg tuh..tetibe kol 7 ade 1 lg kumpulan yg baru balik..lambatnyer~ dengan kutipan RM2000..waaa!!! Ktrg tros makan KFC laju2..har3. NAsib aa sape suh lmbt. Atas usaha keras sume, ktrg berjaya mendapat kutipan lbh RM23000 untuk 2 hari tuh..

Lupe nk story, aku adalah penolong pengarah logistik dan makanan untuk baktisiswa nih. Masa car wash tu juga, mcm2 kes jadi. Kene halau la, kene keja anjing aa, ada yg buat2 xde kat umah aa, ada yg xmengaku tuan umah aa..dan ada yg paling best, ktrg sampai je kat pintu pagar, tros tuan rumah jerit dr jauh.."xnak beli!! xnak beli!!!'..hampeh~

Tp xkurang juga yg sgt baik dan ada yg sudi membantu. Jumpe editor majalah, charity society dll yg siap offer bantuan dan memberi idea2 yg cukup bernas bg membantu aktiviti bakti siswa ini. Paling terima kasih kpd pak long aku yg tolong memberi idea plg bernas mcm mana nk approach CEO Air Asia utk sponser ktrg. Biasa la die org bisnes, org marketing, sgt hebat!

Stakat ni, ini adalah logo rasminya. Tak lain tak bukan pasti la aku yg design. Har3

Diantara idea bernas pak long aku juga ialah masa hantar proposal tu skali, kita siap dengan cadangan kita mcm mana kita akan publisiti kn Air Asia. Jadi aku pun design beberapa mende terasuk logo baru, sticker, badge, T-shirt, Topi dll sbg cara ktrg publisiti kan Air Asia sekiranya mereka sudi menaja Bakti Siswa Sarawak. Byk lagi la idea2 lain yg sgt aku kagum. Aku makin minat plak dengan marketing n bisness...hahaha. Dan proposal yg da siap nnt akan aku bg kat Pak Long ku dan die akan buat mcm mana ntah utk bg tros ke Mr Tony Fernandez, CEO AIr Asia. Ade la Link die tuh.

Selain baktisiswa yg dianjurkan oleh MEDSOC (medical society UM), antara projek besar lagi ialah EXPO PERUBATAN ISLAM yg akan dianjurkan oleh PSIPUM (persatuan siswa siswi Islam Universiti Malaya) yang meliatkan budget hampir RM50000. Dan aku memegang jawatan ajk publisiti, sesuai la ngan keje aku yg slalu mendesign. Tp aku tak puas hari sbb die bg aku jawatan org bawahan. Terpaksa la aku memberontak nnt..hahaha!

Minggu ni juga kolej ku, lebih spesifik lagi blok ku juga aras ku dikejutkan dengan kejadian kecurian kasut. Cite pasal kes curi/rompak/samun ni, nnt aa story lain dalam post setrosnyer..

-Alhamdulillah-

pssttt//..aku nk tanye korang, perlu ke kita selamat kn sufiah yusof? alaa..genius math yg g oxford masa umo 13 tahun tu. Perlu ke hanta ustaz ustazah g sana? Cue kite pk yg kat sini pun brp byk masalah sosial yg teruk dan lagi teruk dr kes sufiah tuh yg ada kat sekeliling kita. Aku respek dengan org malaysia yg prihatin ngan masalah org lain..tp masalah sendiri dan disekitar sendiri???