.

Wednesday, June 27, 2007

tere lg~


hari ni secara x sengaja terbuli org..hahaha~

Monday, June 25, 2007

AKU YG TERE!!

YEAY!!! aku berjaya mengelak dari meng'klik' sume sotong2 perosak tuh! Lepas ni kne berusaha utk dapatkan masa yg lebh baik! (adakah usaha aku ni sia2??)
.
__________
.
sape rasa2 sgt mengenali ku jawab la soklan kat tepi kanan nih, MUSAF's TEST!
.
-sekian-

Sunday, June 24, 2007

ExploreBIZ

Business eXplorace, DISEBALIK TABIR
Aku memang sudah terfikir awal2 lagi, aku yang akan menguruskan explorace untuk ims 7 ini. Tapi kemudian masa meeting kak kausar mengemukakan cadangannya untuk membuat explorace gaya baru, lebih kepada bentuk perniagaan. Mula-mula lega la jugak, nk urus mende ni bukan senang, sesebuk dan lbh complicated dari nk urus ims sendiri. Ikut pengalaman mase ims 6, da la xtido malam sblm hari explorace, esk pagi nya pulak sambung lg keje, byk lg xsiap, kemudian byk gile kesilapan berlaku. Sedey tahap dewa jugak la aku. Lagi pun aku xpaham langsung kebenda yg kak kausar terang pada malam tuh. Aku pun buat bodo jek la. Skali 5 hari sblm hari kejadian kak kausar email explorace asal yg diambil dr petronas. Baru la aku paham mcm mana gamenye selepas baca. Kemudian kak kausar bg la cadangan2 nyer, aku dalam hati "xleh jd ni, xjd explorace ceni, jadi pun nnt takut ade yg xkne". Bukan la kau memandang rendah kak kausar, tp idea die ................ . Best, cume boleh jadi lagi menarik kalau sedikit pengubah suaian dilakukan. Kak kausar pn keje, ditambah dengan kesibukan rumah tangga nya lagi, aku pn decide nk ambil alih tugas leceh nih..
.
4 Hari berbaki, aku cube pahamkn balik rules n regulations explorace nih. Aku mula menaip semula selepas menterjemah dan mengubah mengikut kesesuain lokasi dan pserta ims yg budak hira'!. Konsep baru aku merekanya dengan tariq, 5 jam berbincang d NC dan itulah hasilnya.
.
3 hari sblm hari kejadian, aku mula memerah otak mengenai task yg sesuai. Tariq dan taufeq aku panggil untuk membantu apabila aku mula kehilangan idea. Malam tu juge aku taip sume idea2 yg klua dan menapis mana yg patut. Malam tu juga ada meeting ims. Dan bermula la aku episode aku xcukup tido. 3 jam sahaja malam itu.
.
Khamis, nenek dan datuk ku tiba di rumah. Kehadiran mereka membuatkan aku xbleh nk tido pagi, nnt kene sound! Hari ni juga aku mengemas kini semula idea2, check balik segala2 nya. Dalam pada masa yang sama, aku sibuk update kerja2 ims terutamanya unit makanan dan penempatan dan peserta. Hari yg sangat buzy! malam tu pulak ade meeting lagi (meetin g tertutup).
.
Pagi itu aku bagun awal kerna perlu menghntar ibu ke sekolah seawal 630 pagi. Sejam je tido. Sbb sgt lalok, aku lupe bwk spek, Tp mujurlah kerabunan ku tak seteruk mana. Aku masih boleh melihat dgn agak jelas, dan sedikit kabur. Balik sahaja, nenek ku mengajak keluar ke pasar jumaat, dari jam 8 sampai 10pg!! 4 kali aku ulang alik dari pasar ke kereta mengangkut barang dapur. Aku kehabisan tenaga dan kepenatan. Balik rumah aku bersiap pula ke shah alam mengambil afif di komuter. Kemudian ke NC mengambil barang2 utk nametag dan alat tulis utk explorace. Selepas solat jumaat, bermulala episode bekerja-gile-ba**. Aku n afif bertungkus lumus menyiapkan nametag dahulu, ditambah pula dengan ramai ajk2 yg masih xbg gamba walau telah diperingat berkali2. Sama macam kes sijil dulu, kerja aku x terjalan sbb org lain lmbt sgt, padahal bukan susah, send je melalui email. Selepas nametag, terus sambung menyiapkan explorace, aku bincang keseleruhan proses ngan afif, kemudian klua beli barang utk eplorace pula. Antara kerja yg plg leceh adalah nk buat sampul explorace, nk buat duit explorace ims, dan nk ok barang apa yg nk diginakan masa explorace, barang apa yg nk kene bg kat peserta explorace, kebarangkalian kalau hujan, kalau air pasang, kalau task yg dibuat melibatkan tempat tp kat resort xde tempat tuh dan mcm2 lagi yg aku sendiri da lupe. Segala-galanya selesai pada jam 10 malam. Asalnya aku merancang ingin pergi awal ke resort, tp ini la jd akhirnya. Sambil buat keje, aku ngan afif byk kali tertido. Kol 1130, ade kelisa datang amik kitorang ke resort. Time ni ade 3 keje x siap lg. Duit ims x laminate lg sbb laminating film da hbs, barang2 belum di asingkan mengikut task, dan task blom finalize lg sbb afif kate sgt membunuh.
.
Sabtu, aku rombak balik task2 ke yg lebih rasional seperti hasilnya yg da berlangsung. Kemudian aku mula membuat perincian untuk setiap task (yg tulisan merah tu). Tenga hari pulak ade meeting n peserta da stat datang. Kemudian syami bawak laminating film n stat buat duit. Afif paling kesian sbb dari kat umah aku sampai ke resort, keje die hanyala menggunting. Lebam tangan die. Petang tu aku ke pantai menyembunyikan sampul2 task yg perlu disembunyi awal. Ptg tu jugak aku kne bg taklimat pasal explorace. ptg tu jgk lg aku buzy gile ngan BBQ sedangkan explorace 40% xsiap lagi dr jam 4ptg-12 mlm. Lepas jam 12 hbs meeting xplorace, aku, afif n tariq siapkan duit, dan mula memotong task untuk dimasukkan ke dalam sampul. Jam 2 pagi, semua org da tido kecuali aku n zaid rais, zaid nk membantu tp die xtahu pape. jam 3 die tido. Aku tros bekerja menyampul task, membahagikan ikut tempat berlangsung, membahagikn duit, membungkus barang2 utk setiap task. Sambil2 tangan buat kerja, kepala aku ligat berfikir mcm mana perkara ni akan berlaku esk. Aku bayangkan ala2 ada simulator yg menggambarkan sumuanya dari mula sampai habis. Sume siap dalam jam 430 pg. Dan ni part aku paling bengang, sume katil da ditiduri org, selimut n bantal bawak pun sama. Pastu siap ada org bukan ajk amik 1 bilik kat apartment ajk. Aku dalam hati mmg panas. Nak tanak, aku tidur atas lantai depan tv, beberapa kali jugak la terjaga sbb sejuk n tak selesa.
.
Ahad. Aku hanya bagun kejap utk solat subuh. Mata mmg da xleh bukak. Kol 745 baru aku bangun semula. Apa aktiviti tu sume aku xtahu pape. Aku bawak turun sume barang, sblm tu aku print beberapa lampiran utk ajk. Turun je aku g makan dulu, lapa gile! Kemudian aku kene carik sorang2 ajk utk bg barang2 n sampul yg derang kne jaga. Padahal mlm tu aku da pesan suh kumpul kat dewan jam 8 pg. Pagi tu agak kelang kabut. Ajk2 sume pasif gile, tensen jugak la aku, pesrta pulak turun lmbt. Aku suh jgk Taufeq mula bila jam da menunjukkan waktu 850pg. Sepatutnya mula 830 n bid habis jam 9. Dan ketika itu juga idea baru bid dikemukan oleh kak kausar, mmg bernas, utk menjimat kan masa, setiap kumpulan tulis atas ketas je. jam 945 baru sumenye selsai. Time ni pn aku tensen gak, AJK sume pasif gile!!! gerak la sket ke setiap kumpulan utk bg sampul dan barang. Alhamdulillah, jam 10 aku menarik nafas lega walaupun masa da lari n byk masalah pagi tuh. perasaan geram dan penat lelah ku terubat bila melihat peserta berlari2 melakukan setiap task dengan gembira. Gelak tawa dimana2. Kemudian ada masalh lain timbul bile ade kumpulan yg tak dapat sampul..sudah. Nasib baik aku da bg salinan semua task kat setiap ajk, buleh la rujuk ctu. Masalah kedua muncul bila abg suria kencana ingin menyaman xplorace sebnyak 1 juta. Semuanya gara-gara salah faham yg berlaku antara afif dan salwa. Aku pun xsure apa yg derang xplain kat team tuh. Tp puncanya derang x dapat sampul. AKu tanya mana sampul tu kat afif, n katanya mmg xde. Baru aku sedar, mungkin salah aku sbb da lalok buat keje malam td, ada sampul yg aku salah letak atau tak buat> Tp seingat aku semuanya aku da rancang rapi malam td. Namun apakan daya, aku hanya manusia biasa.
.
Aku sgt berterima kasih pada kak kausar yg menjadi bank yg cekap, juga ajk2 lain yg xpetah melayan karenah peserta. Tp at the end, aku tetap x puas hari sbb 90% LEBIH TASK DAPAT DISELESAIKAN!!!!. geramplak aku bile pk2 balik, asal la aku mengurangkan tahap kesusahan task hari semalamnya. PAda asalnya aku, taufeq, tariq n afif da gelak2 da bile buat task yg nk mendera peserta.HAHAHA, last2 rasa mcm susah sgt kitorang kurangkn sket, tp tak sangka la pulak peserta kita hebat2. aku underestimate derang. cis!!!!! Tp aku tetap bersyukur, walau xselancar yg dirancang, tp lebih baik dari mase ims 6. To explorace crew, sory la nyusahkan korang atau ade terkasar bahasa tersilap kata, juga kepada peserta. kpd afif n tariq n taufeq n kak kausar, tq 4 d ideas.
.
Jam 3, aku pulang ke rumah. Sedang berlangsung kenduri kesyukuran, aku masih xboleh nk tidur sbb kne melayan tetamu. Tp mmg da tak tahan. byka kali juga aku terlelap. selepas asar aku tido sebentar, selepas isya', segalanya kabur, aku hilang didalam kepenatan di layar mimpi. Entah kemana kuterbang aku pn tidak pasti. Esk paginya bile ku tersedar, suhu badan ku sudah abnormal. 2 hari lamanya aku begitu. Hari2 yg dipenuhi dengan tidur~
.
ingat nk ulas pasal setiap task, ada kisah disebalik setiap task yg dibuat, tp malas la, da panjang pulak bile perasan.
.
-sekian-

Wednesday, June 20, 2007

LOGO ALUMNI HIRA'

Ini adalah versi terawal logo alumni Hira', sadis aku tengok. Nak join alumni pun rase malu..hahaha!
.

5 tahun yang lalu, selepas sahaja aku habis sekolah. Aku diheret oleh kak sarah ke dalam alumni. Bagi meneruskan aku dalam alumni, akupun dengan suka hati memperbaharui logo alumni seperti yang atas ni, dan menyebarkan kepada semua supaya menggunakan yang ini. 3 tahun lamanya aku perhati barulah sume orang yg bergiat aktif dalam alumni menggunakan logo ini. Sebelum tu, ada yang guna ade yg masih pakai yg lama.
Dan akhirnya, di saat aku bersara dr alumni, mcm tahu2 je derang nk re-brand alumni dan menggunakan logo baru, dan alumni HIra' kini dikenali sebagai ALIPH. Sape yg buat logo ni aku pn x tahu. Tp gabungan kaler die bg aku tak lawa dan logo ni jugak kalo di edit sket lg pasti boleh jd lebih menarik. Tp sbb da di rasmikan xleh la nk tuka2 sesedap hati. Tunggu la kemunculan orang yg mcm aku join alumni akan datang untuk memperbaharui lagi dgn sesuka hati logo ini..hahaha (gelak pendekar jahat)

-sekian mengenai sejarah ringkas logo alumni sekolah aku-

Bejeweled 2 Deluxe

ni la antara game tradisi keluarga aku. Semua main, dan juaranya pasti la aku yg menggunakan nama'LINDA'. Syida adalah kakak kedua ku, Munief abg ku, redgirl adik ke-2 ku, binkisaN adik pertaman ku. Nama2 yg lain sume xcukup tere nak masuk dalam rekod..ahhahaa (riak sungguh)
Untuk sesiapa yg xtahu, bile anda main CLASSIC dan ACTION, sampai 1 tahap, bile anda da tere, die akan unlock 1 secret mode. Dan akan ade la tanda '?' di main menu kat bahagian bawah mcm dalam gamba kat atas.
bile tekan, die tuka, kire yg TWILIGHT ngan HYPER ni untuk yg da expert la..harharhar..
.
-sekian-

Sunday, June 10, 2007

IMS 7 alumni hira'



.
Tarikh: 16-17 Jun 2007
Tempat: Pantai Indah Seaview Resort, Jeram, K. S'gor
http://www.seaviewresort.com.my/
Program: AGM, bbq, xplorace, sesi bersama muallim/ah, santai..
Yuran: RM20 (belum bekerja), RM35 (sudah bekerja)
(yuran makanan, penginapan, etc (RM15/30) + yuran tahunan ahli Alumni: RM5)
Sila daftar kepada Khansa' (013-2662076) / http://uk.f272.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=kulchazul@yahoo.com
Maklumkan kami sekiranya memerlukan transport.

Sunday, June 03, 2007

..........

Rindu pulak nk sambung belajar..
.
"sesiapa yg ingin kan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu, sesiapa yg ingin kan kemuliaan di akhirat hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya; dunia dan akhirat hendaklah dia berilmu"- hukamak.
.
Imam Syafi'e pernah berpesan kepada orang yang ingin menuntut ilmu dengan menyatakan beberapa syarat untuk meguasai sesuatu ilu. Kata beliau dalam sebentuk syair..
.
"Saudaraku, engkau tidak akan dapat menguasai ilmu kecuali dengan memiliki 6 perkara ini, akan ku khabarkan engkau satu persatu:
1. Cerdik
2. Haloba
3. Besungguh-sungguh
4. Ada perbelanjaan
5. Mendampingi guru
6. Memerlukan masa yg panjang
Jika semua perkara ini dipenuhi, maka mudahlah menguasai ilmu, InsyaAllah"
.
Aku teringat kata-kata dr sebuah manga, 3 jenis manusia diperlukan jika kita ingin berjaya dalam kehidupan dunia ini, guru teman dan pesaing.

Saturday, June 02, 2007

...........

MISI TERBARU
.
'MANSOURA'