.

Monday, August 29, 2005

..........

B|sm|LLah aR-Rahman aR-Rah|m

Isnin, 29 Ogos 2005, 1842
Awan berlabuh seperti kebiasaannya. Sekumpulan kera sedang leka bermain di pintu masuk kolej kediaman ibnu sina. Suasa petang isnin itu sunyi lagi sepi seperti selalu. bunyi gelak ketawa dan hingar pelajar kk6 hanya kedengaran di beberapa sedut kolej. Suasana sebegini adakalanya menenangkan tak kurang pula membosankan. Sedikit benar pelajar di kolej itu.

Hari isnin tiba lagi mengaut segala masa lapangku di waktu petang. Pusat Cyber Ibnu Sina, indah nama tetapi isinya tidak seberapa. nAmun aku bersyukur kerna tidak lama masa yg diamanahkan kepadaku untuk menjaga kamar elektronik ini. 2 jam sahaja. kadang-kadang terasa lama kadanag-kadang seperti seminit rasanya. Terpulang kepada aktiviti yg dilakukan petang itu. Manjelang esok hari, 30 Ogos 2005 merupakan pertama kali pelajar 1st year akan menduduki conass. soalan berbentuk MCQ. betul 1 markah dan salah tolak 1 markah. melihat soalan tahun-tahun lepas semuanya membunuh. patut la ramai je budak medic yg fail bak ingin lari selepas menjolok sarang tebuan.

Minggu lepas menyertai aktiviti kemerdekaan anjuran kolej 6, 2 dan 1 dan menyertai sukan tradisional. Dam haji (1st), lari dalam guni (1st) dan boling kelapa (3rd ).. hebat juga aku rupanya. kenyang perut malam itu melaktak dan menyentap hamper yg dimenangi. Hidup untuk makan bukan makan untuik hidup. Atau mungkin perlu diterbalikkan.

Menjelang peperiksaan esok hari sgt memarahkan kehidupan, mandi tak basah (tak mandi la tu), tidur tak lena, makan terlebih kenyang..mcm2 lg. Bukan kerna susah tetapi terlalu banyak, ini lah akibatnya kalau menanti bulan jatuh ke riba.

Asal kejadian dijadualkan sabtu 10 september nnt aku dan beberapa orang rakan akan ke banting menjadi rakyat sukarela membantu masyarakat di sana dalam menggalakkan dan mempromosikan kempen kesihatan disamping membantu mereka yang memerlukan. nAmun perancangan yang dibuat tidak diizinkan tuhan. PAda hari yang sama aku secara tidak sengaja telah tertarik dengan pertandingan kuiz physilogi pringkat universiti malaysia dan singapore. Dari maklumat yang aku perolehi, kuiz ini lain dari yang lain dan sangat menyeronokkan dan sangat memberi faedah kepada pelajar seperti aku. Harga tiket rm10 bertempat di dewan kenangan fakulti perubatan UM. aku telahpun membeli 2 tiket untuk aku dan tariq bagi program hujung minggu di munggu cuti nnt. Membe2 medic ukm pn dijangka hadir untuk kuiz ini. Dikhabarkan pula pada malam itu ada concert amal di UIA gombak dan apa yang pasti minggu seterusnya akan ada test untuk anatomi. Buat masa ini aku masih belum mampu tersenyum, tapi hati ku belum cukup risau. Ibarat hujan renyai yang turun sedang matahari memancar terik.

Embun pagi melakar lagi sambil sang burung bermadu sepi, namun si pagi laju pergi sedang matahari meniti laju berlari. Zohor mekar menekan pula sang suria yg baru megah berdiri dan akhirnya sang kelam dan sang malam membaluti lagi separuh kalam di dini hari. begitulah saban hari bila hari bersilih ganti, bila bulan datang dan pergi. Moga diri ini sentiasa di titi Ilahi dan hati ini semakin mekar seindah pewangi.

Sekian,
1920

No comments: