.

Wednesday, December 21, 2005

[[ T_T ]]

Akhirnya keputusan exam sem 1 di keluarkan dan lebih kurang 75% pelajar fail.
Senario yang sama berlaku ketika midsem exam dulu.
Pasti ramai yang akan sedih.
RAsanya sudah dapat dijangka memandangkan silibus batch 2005/2010 sudah ditukar dan boleh dikatakan lebih susah dari senior yang dulu.
Dan akupun pasti berasa sedih.
Memang begini rupanya lumrah pelajar medic UM sejak dulu lagi.
Pastinya teramat amat sedih apabila pelajar yang dikatakan cream of the cream of the country fail.
T_T

Sunday, December 18, 2005

.

PEMUDA
.
Pemuda pemuda pemuda
Padamu harapan ummat dan ugama

Engkaulah cahaya alam
Hidayatmu menyinari kelam

Engkau ibarat pelita
Menyinari gelap gelita

Engkau pejuang yang unggul
Menegak manhaj yang syumul

Engkaulah benting tinggi
Membina hidayat Ilahi

Engkaulah penjunjung Quran
Dustur ummat akhir zaman

Engkaulah pembela sunnah
Pedoman sepanjang hayat

Teruskan perjuangan
Walaupun fitnah menghadang

Kau kan dikurnia pahala
Dari Allah yang maha kaya

Wahai ummat sedarlah
Jangan kau masih berlengah

Kembalilah kepada Quran
Pembimbing sepanjang zaman

Waspadalah setiap masa
Jangan mudah terpedaya

Teruslah kau berusaha
Menuju ke medan jaya
.
...................................................................................
Teringat mase zaman mude-mude dulu,
Tapi mase kat sekolah dulu,
'syababun syababun syabablilbina'..ade tuka sket
(ni nyanyi time pembukaan finalis nnt ok gak nih..hehe)

Sunday, December 04, 2005

[[ ........... ]]

sem 2 da mule...mesti berusaha lebih kuat lagi..yosh!!

Saturday, December 03, 2005

[[ RELEASED!!!]]


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar, lebih jelas!

Sunday, November 13, 2005

[[ gUyvEr ]]

The Guyver : Bio Booster Armor

Baru-baru ni rase macam dah terpikat kat satu lagi ani..GUYVER!!! Dulu secara tak sengaja terjumpe link torrent dier utk epsd 1&2 pastu dah tertengok best pulak, baru2 nih release pulak episode 3 (yg ade sub la,yg raw dah byk rasenyer) dan jalan cite die makin menggila best!! seRonoknyer!! tambah satu lagi la koleksi anime aku lepas nih.....heheheee

Plot awal

A young man discovers a mechanical device that merges with his own body, turning him into a cyborg superhero. When strange creatures start appearing, trying to take the device back, he begins to uncover a secret plot to genetically engineer terrifying monsters.






Guyver By Guyver-Fansubs:


epsodE 01
epsodE 02
epsodE 03


mukhlis : ni sejak bile pulak blog ni jadi tempat cite pasal anime nih ??
musaf : sebuk la !!

Friday, November 11, 2005

[[ *mp4 extension. X264 codec ]]

buat mereka yg tak tahu lagi..

perhatian kepada kipas-susa-mati One Piece dari Fansub Kaizoku-Fansub, bermulanye dari episode 162, Kaizoku-Fansubs akan encode anime One Piece dalam file *mp4 menggunakan codec X264 menggantikan codec lama XviD. ini disebabkan quality file *mp4 (codec X264) adalah lebih tinggi berbanding file *.avi (codec XviD) pada saiz file yang sama. Ia seakan² perbandingan file audio antara file *Ogg dan *mp3 dimana *.ogg memberi kualiti yg lebih tinggi berbanding *mp3 pada saiz file yang sama besar. Oleh itu, korang memerlukan codec/tools baru utk membolehkan file *mp4 bole dimain pada player korang.

Memula sekali kene install ffdshow.
time install, jangan guna default option. UNCHECK option VFW pada skrin pertama installation. klik next. kemudian UNCHECK suma supported video codec KECUALI option H.264, X264 pada skrin kedua installation. klik next. kemudian UNCHECK suma option pada skrin ketiga, keempat dan kelima installation. danteruskan installation sampe abes.

Kedua, kene install Haali's Matroska Splitter untuk membolehkan file *.mp4 bole dimain pada suma player yang ade pada pc korang.


Untuk maklumat tambahan, sile ke Official Site Kaizoku-Fansub

http://www.kaizoku-fansubs.com/

buat masa skang, Kaizoku-Fansub still kuarkan version codec XviD, tapi hanya hingga episode 168. lepas tu, sumanya akan dalam file *.mp4

[di cetak rompak dari FungkuR's nEtwoRk]

Sunday, October 16, 2005

[[ lalala ]]

Usha-usha pc ni..byk nyer lagu nasyid dalam pc nih dan nyk lg yg tak denga..
Denga punyer denga, lagu hat ni bleh tahan

Iklhlas
Album : Dari Jakarta Ke Kuala Lumpur
Munsyid : Snada

Just giving once
But you telling everyone you meet
Just giving once
You're always talking about it
Just giving once
Atc as doing good thing is your habbit
Just giving one
Everybody has khown what you did

Just giving once
But you telling everyone you meet
Just giving once
You're always talking about it
Just giving once
Atc as doing good thing is your habbit
Just giving one
Everybody has khown what you did

Just giving one
When you give with your right hand
Don't let even your letf hand
Know the good thing that you did

When giving something, don't tell no one
When giving something, keep that with you
When giving something, just you and Allah
Who khown the good thing that you did

Wednesday, October 05, 2005

KENALI DENGGI

Apa itu penyakit denggi?
Denggi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus denggi bawaan nyamuk aedes.

Adakah ubat atau vaksin yang boleh merawat penyakit denggi?
Tiada. Dikatakan, ia akan mengambil masa hampir sedekad lagi untuk itu terjadi.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
Mengamalkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan untuk mengelakkan gigitan nyamuk aedes.

Apakah tanda-tanda diserang demam denggi?
Pelbagai. Antaranya, demam kuat secara mengejut, ruam merah pada kulit, sengal-sengal otot, sendi, biji mata dan kepala serta pendarahan pada badan, hidung dan mulut.

Apakah gejala-gejala akibat diserang demam denggi?
Sakit kepala, hilang selera makan, muntah-muntah dan sakit perut.

Bagaimana untuk mengenali nyamuk pembawa virus denggi?
Nyamuk aedes dapat dikenali dengan warna berbelang hitam putih di kaki dan badannya.

Bilakah waktu nyamuk aedes menggigit?
Nyamuk aedes aktif menggigit pada awal pagi iaitu dari pukul 5 hingga 7 pagi dan senja dari pukul 5 petang hingga 7 malam.

Di manakah nyamuk aedes ini membiak?
Di dalam air bertakung yang jernih di dalam dan di luar rumah.

Berapa lamakah tempoh kitaran hidup nyamuk aedes untuk menjadi nyamuk dewasa?
Seminggu, bermula dari telur, jentik-jentik, kepompong dan seterusnya menjadi nyamuk dewasa.

Adakah terdapat racun yang boleh membunuh nyamuk aedes?
Salah satu jenis racun pembunuh jentik-jentik nyamuk yang mudah didapati dan selamat digunakan adalah Abate.
Ia boleh dimasukkan ke dalam semua bekas menyimpan air yang tidak dapat dicuci air seperti tangki air, tempayan, kolah air, pasu bunga dan sebagainya untuk membunuh jentik-jentik nyamuk aedes.
Sukatan yang biasa digunakan adalah satu sudu teh (10 gram) Abate dicampurkan ke dalam 100 liter air.
Abate biasanya dimasukkan ke dalam bekas simpanan air lebih kurang tiga bulan sekali atau apabila bekas tersebut dicuci.

Di manakah tempat-tempat yang biasa nyamuk aedes membiak?
Di dalam rumah dan di luar rumah atau di mana-mana yang terdapat air bertakung seperti di bawah takungan peti ais, kolah mandi, pasu bunga, alas pasu bunga, tempayan dan sebagainya.
Di luar rumah pula seperti di dalam tayar buruk yang menakung air, saluran air hujan, tin kosong, deram isi air, tunggul buluh, pelepah daun yang menakung air dan sebagainya.

Bagaimanakah caranya untuk mengawal dan mencegah penyakit denggi?
Dengan mengamalkan kebersihan persekitaran rumah dan tempat bekerja dan ini seterusnya dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Cara untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes?
Menutup semua bekas menyimpan air, salin, berus dan basuh semua tempat menyimpan air seminggu sekali, bersihkan saluran air hujan, pastikan tempat pembiakan seperti tayar buruk, kaca, tin dibuang dengan selamat, tanam semua bekas yang menakung air, memasukkan racun pemusnah serangga (Abate) mengikut sukatan setiap tiga bulan sekali.

Menghapuskan nyamuk aedes dewasa?
Menggunakan racun serangga (aerosal) dan pasang jaring nyamuk di tingkap rumah. Semburan kabus (fogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa apabila terdapat kes demam denggi di kawasan tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan semburan kabus?
Semburan kabus dilakukan untuk membunuh nyamuk aedes dewasa yang membawa virus dengan segera supaya penyakit denggi dapat dikawal daripada merebak.
Ia dilakukan dengan menggunakan mesin yang menggunakan bancuhan racun serangga yang sesuai, dilakukan di luar rumah pesakit dan 200 meter sekitarnya dengan menggunakan mesin thermal fogger.
Semburan kabus menggunakan mesin Ultra Low Volume (ULV) yang diletakkan di atas kenderaan dilakukan di sekitar kawasan luar juga dilakukan untuk mendapatkan liputan kawasan yang lebih luas.
Bilakah waktu yang sesuai untuk dilakukan semburan kabus?
Pada waktu awal pagi, pukul 5 hingga 7 pagi dan 5 petang hingga 7 malam atau senja kerana nyamuk aedes aktif menggigit pada waktu tersebut.

Berapakah kekerapan semburan kabus dilakukan?
Ia akan dilakukan apabila kejadian kes denggi dilaporkan di kawasan tersebut dalam tempoh 24 jam dan diulang selepas tujuh hingga 10 hari. Dua pusingan ini dilakukan berdasarkan kitaran hidup nyamuk aedes selama seminggu dan tempoh pengeraman virus dalam nyamuk lebih kurang 10 hari berikutnya.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh penghuni rumah atau premis semasa semburan kabus dilakukan?
Bagi semburan kabus yang menggunakan mesin thermal fogger yang dikendalikan seseorang anggota, adalah dinasihatkan supaya mengosongkan rumah, atau premis bersama binatang peliharaan, menutup semua tingkap dan pintu yang menghala keluar kecuali pintu hadapan, membuka semua pintu bilik dalam rumah, menutup balang gas atau bahan mudah terbakar.
Bagi semburan kabus yang menggunakan mesin ULV yang biasanya dibawa oleh kenderaan seperti trak pikap dinasihatkan agar membuka pintu dan tingkap supaya racun serangga dapat membunuh nyamuk aedes di rumah, menutup atau menyimpan bahan makanan dalam peti ais atau almari.

Apakah tindakan undang-undang bagi mengawal pembiakan nyamuk aedes?
Pemilik rumah atau premis yang membiak aedes boleh dikompaun serta-merta tidak melebihi RM500, Seksyen 25 Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).
Jika gagal membayar kompaun seseorang boleh didenda mengikut kesalahan seperti berikut:
* Kesalahan pertama: Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 23(b) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).
* Kesalahan kedua: Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Seksyen 23(b) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000).
* Denda harian: Seseorang juga akan dikenakan denda harian tidak melebihi RM500 bagi setiap satu hari kesalahan itu diteruskan sehingga punca pembiakan dihapuskan. Seksyen 23(c) Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit 1975 (pindaan 2000). - Sumber Cawangan Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan.

J|HAD

Jihad is not terrorism.
Jihad is not killing innocent people.
Jihad is not strong bullying the weak.
Jihad is not collateral damage.
Jihad is not tolerance of oppression.
Jihad is not silence against injustice.
Jihad is not imposing your values on others.
Jihad is not man-made concept.

Jihad is conveying the message of The One True God.
We are on this planet as representatives of The Merciful and Compassionate God to establish peace and harmony through complete submission to His Commands.
Jihad is a concept of The One True God, Who alone deserves all worship.
All efforts in the way of God are Jihad.
Giving to charity and fighting tyranny are examples of acts of jihad.
Muslims are permitted to take up arms against who wage war against them.
Armed Jihad is therefore permitted only in self-defense.
The retaliation against the armed attacks must be measured and proportionate.
Armed jihad is temporary in that it ends when the enemy ceases its aggression.
Muslims must move quickly to establish peace once the enemy seeks peace.
In Islam, showing compassion to the enemy that has been defeated or is seeking peace is considered superior to achieving victory.
The aim of armed jihad is to restore peace and avert more wars and aggression.
Muslims are prohibited from engaging in armed acts of aggression even toward their sworn enemies.
When others commit murders, their religion is never mentioned.
But when Muslims resort to violence against political oppression, economic exploitation and the taking away of their land, Islam is put on trial.
Muslims have a duty to explain the truth. Jihad is conveying the true meaning of jihad to Muslims and non-Muslims.
Today the enemies of Truth can destroy others without entering their territories.
They can destroy a country抯 economy by speculating on the country抯 currency.
Jihads is taking proactive measures against these 憉narmed?combatants in a manner that is tactically savvy and multi-faceted, and seek to restore economic and political justice and peace.
Jihad is acquiring knowledge and developing skills that will make it difficult for others to easily oppress and kill Muslims.
Jihad is fostering unity amongst the believers in The One True God to strengthen the coalition to establish justice and world peace.
Jihad is to be vigilant against the attempts by others to make us define jihad in manner that fits their ulterior motives.
Jihad is not responding in a manner desired by others that will make it easy for them to tarnish the image of Muslims and Islam.
Jihad is preparing for the jihad of self-defense and propagating the truth by winning the greater jihad against the Self.
————————-
By Dr Y Mansoor Marican, Ph. D (www.hajtips.com)

Friday, September 23, 2005

Nafeesah Al-Wafa'


ala kuci-kuci..

[[ 21 tahun ]]

hohoho..kakak ku ke-2 yang berumur 21 tahun telah dirisik. akak-akak yang berumur 23 dan 24 tahun tu bile lg..kukui =]

Tuesday, September 20, 2005

[[ Insan baRu ]]

Suasana di Selasa sama tenang dengan hari semalamnya. Tenang, nyaman, indah, berbayu lembut dan redup. Awak verarak ceria. Tiada titisan huja. Pohon melaibai-lambai.

Hospital Seremban, 1000
Seorang serikandi akan sedang memandang langit siling dewan bedah hospital berkenaan. Hatinya sedikit resah, gusar, takut, sedih bercampur gembira. Namun anak yang bakal lahir memadam segala rintis-rintis mendung hujan yg terbit dari dalam diinya. Tepat jam 11pagi waktu Malaysia, akhirnya seorang bayi perempuan berjaya dilahirkan dan secara rasminya aku naik lagi sepankat menjadi Pak Uteh..hehehe, Alhamdulillah. Akak aku ni kene bedah sbb posisi bayi yg songsang, kepala baby tu tanak turun kebawah.

Tapi akak aku ni asalnya plan ingin bersalin di hospital Ampuan Rahimah kemudian sanggup berpindah ingin bersalin di hospital seremban kerana ada akhwat disana katanya. Biarla die, asal die gembira dan aku pn turut tumpang gembira. Satu sudah, yang sorang lagi bakal menyusul awal tahun tahun depan insyaAllah.

Lupa nak sambung kisah semalam, ingat nak cerita sedikit sebanyak mengenai Fiestival Nasyid Amal Ibnu Sina (FINALIS) yg bakal diadakan bulan Disember nnt. Pertandingan nasyid ini agak unik, penyertann dibuka kepada semua kumpulan bukan profisional samada daru universiti, kolej kediaman, kolej universiti, kolej suasta, sekolah mahupun kumpulan persendirian atau underGround. Aku harap aRRaid dapat join FINALIS nih seterusnya mengaut terus johan dalam kedua-dua kategori yg ada iaitu trdisional dan temparori (betu ke ejaannyer?) /moden. Setakat ini, aku sebagai orang yg agak besar dalam ahli jawatan kuasa penganjur mmg sibuk, walaupun tak la sesibuk manapun sebenarnya. Secara kasarnya FINALIS bakal diadakan pada bulan disember pada 3 malam, 2 malam untuk peringkat saringan. Juri terdiri dari pada kumpulan nasyid profesional tanah air dan masih dalam peringkat perbincangan ngan abg Waie. Hadih merupakan wang tunai dan piala pusingan. SEtakat ini tiada sebarang bayaran yg dikenakan untuk menjadi peserta tp tak tahu la jika ada sebarang perubahan kelak. Lg 1, pertandingan ini memerlukan kumpulan, solo tidak dibenarkan, rasanya haritu bincang minimum 4 org.

Patang ni lps zohor ada latihan CPR di dining hall KK6.

-sek|an-

Monday, September 19, 2005

[[ Daun yang Luruh ]]

Angin bertiup lagi, menghembus-hembus bumi Malaysia yang aman dan damai ini. Bayu petang menyapa lembut semua penguhuni kk6 seperti selalu. Hujan baru sahaja berhenti. Suasana redup. Suasana sedikit dingin.

Suasana sebaik dan seindah ini sungguh gemar diselami. Namun suasana pelajar tahun satu pelajar MBBS UM lain pula atmosferanya. Masing-masing mendung. Tersenyum pahit. Adajuga yang luka malah hacur lebur pun tak kurang jua.

Minggu ini aku agak sibuk menguruskan fiesta nasyid amal ibnu sina 2005. Abg waie sebagai wakil PIN akan datang ke sini untuk berbincang beberapa perkara..

opss..da azan, bukak puasa dulu..chioww

Monday, September 05, 2005

[[ ........ ]]

2 September 2005
Akhirnya cuti yg dinanti tiba jua. Tetapi sebelum pulang, kumpulan GXEX 42 perlu menghadiri kelas selama 2 jam, 1 jam menggantikan kelas yg dibatalkan 2 minggu lalu. Cuaca petang itu mendung dan berbayu lembut, namun suasana di dalam makmal komputer dimana berlangsungnya GXEX sebaliknya pula. Semakin lembunt angin menyapa nyapi di bumi luar, Si makcik yg mengajar kami GXEX semakin lantang suaranya berceramah dan membebel membabi buta. Entah apa salah silap kami tidak ditahui juga. Namun akhirnya kami mendapat berita yg makcik itu mood nya mmg dalam keadaan yg menyebabkan dia ditakuti lelaki. Puncanya adalah dari hari sebelumnya, kumpulan 41 telah menyebab hari ni si makcik mengeluarkan kata-kata yg bukan-bukan terhadap kami. Parah-parah. Payah kalau berurusan dengan orang yang suke ikut mood sendiri ni. Hal semalam, semalam punye la, yg nk dibawa sampai ke hari ni kemudian lepasnya pula kepada kami apa kes? Mmg tak puas hati. Namun keghairahan untuk pulang membuatkan kami lupa perkara td.

Ingat lg tak mengenai sukan tradisional yg pernah ku kisahkan dahulu..

Kalau stakat nk dibandingkan dengan si shalin, menang lg gaya aku.hehe.. terpegun sume yg melihat seorang jaguh membaling kelapa. amacam?? bangga tak korang y baca ni sbb kenal ngan aku..ehee


Sempena hari kemerdekaan, Kolej Ibnu Sina menghantar wakilnya dalam upacara perbarisan. Namun takdir menentukan segalanya. sudah la berlatih cuma 2 hari, ada exam pula pada 30 ogos 2005 sedangkan pertandingan tersebut dijalankan pada malamnya sebelum jam 12. Dan apa yang paling menyedihkan, pihak PA system telah tersalah pasang lagu, tidak seperti yg telah kami maklumkan. Dari 17 kumpulan kami hanya merangkul tangga ke 10. Rata-rata kami cukup kecewa dengan kesilapan teknikal tersebut. Mana tidak, penat berlatih tetapi persabahan yg sebenarnya tidak dapat dipersembahkan. Kami pasrah. Pasti ada hikmah disebaliknya. ( Gambar : Pose tugu negara dr kami ). Selepas habis perbarisan, kami berkonvoi ke gerai pak abu (gerai makan KK6). Masing-masing menjamu selera dah tak ingat dunia, macam lepas ni da tak makan je. Manakan tidak, sume bill akan di bayar office sebagai ganjaran kitorang. Rasenye makan hari tu, kalau perut lembupn tak cukup gak. kuikui..


Hari Rabu menjelang pula dan hari itu merupan hari cuti seperti yg diketahui. Malam tu geng-geng gerai chikumaring yg penat lelah berkerja menbuka, menjaga dan menutup gerai makan yg dibuka sempena Festival Konvokesyen 2005 menerima habuan masing2. Bukan tanak boikot tp tahu-tahu da ade org beli. apa lagi, kisah malam sebelumnya berulang lg. Kalaulah tiap-tiap malam sekenyang malam tu dan malam sebelumnya, waahh..memang sah hidup untuk makan.

Sedabg menaip menyusun ayat mengatur perkataan, aku teringat sesuatu. Aku telah dilantik sebagai 'org besa' dalam prigram Ihya' Ramadhan yga akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Di tambah pula sebagai ajk dalam program alumni fakulti perubatan universiti malaya pada akhir tahun ini. Dua program yg sgt besar. Dan satu lagi, juga sebagai 'org besa dalam pertandingan nasyid antara universiti seluruh melaysia yg bakal dilangsungkan juga pada bulan 12 nnt. Juga program besa. Aiyaaa..

-sekian-

Monday, August 29, 2005

..........

B|sm|LLah aR-Rahman aR-Rah|m

Isnin, 29 Ogos 2005, 1842
Awan berlabuh seperti kebiasaannya. Sekumpulan kera sedang leka bermain di pintu masuk kolej kediaman ibnu sina. Suasa petang isnin itu sunyi lagi sepi seperti selalu. bunyi gelak ketawa dan hingar pelajar kk6 hanya kedengaran di beberapa sedut kolej. Suasana sebegini adakalanya menenangkan tak kurang pula membosankan. Sedikit benar pelajar di kolej itu.

Hari isnin tiba lagi mengaut segala masa lapangku di waktu petang. Pusat Cyber Ibnu Sina, indah nama tetapi isinya tidak seberapa. nAmun aku bersyukur kerna tidak lama masa yg diamanahkan kepadaku untuk menjaga kamar elektronik ini. 2 jam sahaja. kadang-kadang terasa lama kadanag-kadang seperti seminit rasanya. Terpulang kepada aktiviti yg dilakukan petang itu. Manjelang esok hari, 30 Ogos 2005 merupakan pertama kali pelajar 1st year akan menduduki conass. soalan berbentuk MCQ. betul 1 markah dan salah tolak 1 markah. melihat soalan tahun-tahun lepas semuanya membunuh. patut la ramai je budak medic yg fail bak ingin lari selepas menjolok sarang tebuan.

Minggu lepas menyertai aktiviti kemerdekaan anjuran kolej 6, 2 dan 1 dan menyertai sukan tradisional. Dam haji (1st), lari dalam guni (1st) dan boling kelapa (3rd ).. hebat juga aku rupanya. kenyang perut malam itu melaktak dan menyentap hamper yg dimenangi. Hidup untuk makan bukan makan untuik hidup. Atau mungkin perlu diterbalikkan.

Menjelang peperiksaan esok hari sgt memarahkan kehidupan, mandi tak basah (tak mandi la tu), tidur tak lena, makan terlebih kenyang..mcm2 lg. Bukan kerna susah tetapi terlalu banyak, ini lah akibatnya kalau menanti bulan jatuh ke riba.

Asal kejadian dijadualkan sabtu 10 september nnt aku dan beberapa orang rakan akan ke banting menjadi rakyat sukarela membantu masyarakat di sana dalam menggalakkan dan mempromosikan kempen kesihatan disamping membantu mereka yang memerlukan. nAmun perancangan yang dibuat tidak diizinkan tuhan. PAda hari yang sama aku secara tidak sengaja telah tertarik dengan pertandingan kuiz physilogi pringkat universiti malaysia dan singapore. Dari maklumat yang aku perolehi, kuiz ini lain dari yang lain dan sangat menyeronokkan dan sangat memberi faedah kepada pelajar seperti aku. Harga tiket rm10 bertempat di dewan kenangan fakulti perubatan UM. aku telahpun membeli 2 tiket untuk aku dan tariq bagi program hujung minggu di munggu cuti nnt. Membe2 medic ukm pn dijangka hadir untuk kuiz ini. Dikhabarkan pula pada malam itu ada concert amal di UIA gombak dan apa yang pasti minggu seterusnya akan ada test untuk anatomi. Buat masa ini aku masih belum mampu tersenyum, tapi hati ku belum cukup risau. Ibarat hujan renyai yang turun sedang matahari memancar terik.

Embun pagi melakar lagi sambil sang burung bermadu sepi, namun si pagi laju pergi sedang matahari meniti laju berlari. Zohor mekar menekan pula sang suria yg baru megah berdiri dan akhirnya sang kelam dan sang malam membaluti lagi separuh kalam di dini hari. begitulah saban hari bila hari bersilih ganti, bila bulan datang dan pergi. Moga diri ini sentiasa di titi Ilahi dan hati ini semakin mekar seindah pewangi.

Sekian,
1920

Thursday, June 23, 2005

WARKAH BUAT CIKGU

UNTUK --> Cikgu
DARIPADA --> Kelas 1F

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Cukgu, kami dari kelas 1 Fikir inginmohon maaf. Kami semua harapkan cikgu maakan kami semua. Kami tahu selama 3 bulan (sebulan setengah je sebenarnyer) sahaja, cikgu berkhidmat di SEKOLAH MENENGAH SUNGAI KAPAR INDAH. Dan kami tahu hari dan tarikh cikgu akan meninggalkan kami. Bukan saja cikgu yang kami beri surat malah Guru Ganti yg berkhimat disini. KAMI SEMUA tidak dapat beri apa-apa kepada cikgu hanya sehelai surat saja yang diberi. Dengan itu kami mengucapkan jutaan terima kasih dan keikhlasan cikgu mengajar kami untuk menggantikan cikgu NORAZALINA.

SEKIAN TERIMA KASIH

DARIPADA
1 FIKIR