.

Sunday, May 14, 2006

Guyver 2: Dark Hero

Guyver 2: Dark Hero [ cOm|nG soOn ]

huwahaha..cite kegemaran aku da nk klua dah.

Monday, February 27, 2006

Ra|haN

ART|S SEBENAR NO.1 MALAYSIA
.
Mereka diundang mengadakan persembahan di National Trade Centre Toronto, Kanada yang antara lain bertujuan memungut derma bagi mengisi tabung gempa bumi di Pakistan selain Persidangan Reviving Islamic Spirit
.
BERJAYA membolosi Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah, Afrika Selatan dan Russia, kumpulan nasyid terkenal, Raihan, tidak duduk berpeluk tubuh.
.
Empat anggotanya terus mara dan buktinya, mereka baru kembali daripada membuat persembahan khas di benua Amerika Utara, baru-baru ini.
.
Apa yang membanggakan, Raihan diundang mengadakan persembahan di National Trade Centre Toronto, Kanada yang antara lain bertujuan memungut derma bagi mengisi tabung gempa bumi di Pakistan selain Persidangan Reviving Islamic Spirit. Pertunjukan amal itu adalah susulan dari showcase mereka di Manchester, United Kingdom (UK), pada Aidilfitri lalu.
.
Kejayaan terbaru Raihan itu bukan saja dapat memartabatkan lagi lagu nasyid Melayu, bahkan turut membawa nama Malaysia ke tahap lebih tinggi dalam dunia nyanyian.
.
Jelas selepas meninggalkan kenangan manis di Russia, Indonesia dan UK, tahun lalu, benua Amerika Utara pula melakarkan sejarah manis buat Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.
.
Kunjungan ke Kanada sebenarnya bukan baru kerana sebelum ini, Raihan pernah muncul di Toronto, Julai lalu sempena Muslim Day di Paramount Wonderland yang dihadiri kira-kira 5,000 penonton.
.
Dalam kunjungan terbaru kali ini, Raihan mendapat sambutan hangat dan kehadiran mereka memang dinantikan apabila kira-kira 15,000 penonton dari Kanada dan Amerika Syarikat (AS) membanjiri National Trade Centre Toronto.
.
Masing-masing nyata terpukau dengan lagu yang dipersembahkan dan menghayati semua mesej yang disalurkan.
.
Ketika ditemui Bintang Popular, minggu lalu, Che Amran berkata, Raihan sebelum ini pernah diundang mengadakan persembahan dalam Persidangan Reviving Islamic Spirit, pada tahun lalu, tetapi tawaran itu terpaksa ditolak kerana bertembung dengan program Jelajah Perancis 2004 mereka.
.
“Kali ini barulah kami berpeluang ke sana. Persembahan kami selama 45 minit itu diiringi dua pemuzik iaitu Khairul dan Shahrizan dari Akademi Seni Kebangsaan (ASK).
.
“Kami menyampaikan lagu Arab, Melayu dan Inggeris pada konsert itu seperti 99 Nama Allah, Assolatuwassalam, Thank You Allah, Allahu, Selawat, Syukur, Puji Pujian dan Cahaya Selawat.
.
“Kami amat bersyukur kerana nama Raihan mula dikenali peminat Muslim di Kanada. Ini kerana mereka sudah lama memiliki album kami yang dijual di sana. Walaupun mereka tidak memahami bahasa Melayu tetapi rata-ratanya cukup tertarik dengan rentak, melodi dan konsep lagu kita.
.
Selain itu, ada juga lagu dalam bahasa Arab dan Inggeris yang boleh difahami mereka,” katanya.

Dia berkata, matlamat Raihan mengunjungi benua Amerika Utara tempoh hari bukan sekadar memenuhi undangan nyanyian, malah bagi mempromosikan album mereka, Brotherhood yang diterbitkan khas untuk pasaran antarabangsa. Album berkenaan turut menyelitkan lagu dalam bahasa Inggeris dan Arab khas untuk pendengar luar.
.
Sesudah benua Amerika Utara, Raihan bakal menjayakan Raihan World Tour 2006 yang bermula dengan persembahan di Thailand pada hujung Januari ini, diikuti Trinidad & Tobago, bulan depan.
.
di copy paste dr http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/Variasi/20060123183112/Article/

Wednesday, December 21, 2005

[[ T_T ]]

Akhirnya keputusan exam sem 1 di keluarkan dan lebih kurang 75% pelajar fail.
Senario yang sama berlaku ketika midsem exam dulu.
Pasti ramai yang akan sedih.
RAsanya sudah dapat dijangka memandangkan silibus batch 2005/2010 sudah ditukar dan boleh dikatakan lebih susah dari senior yang dulu.
Dan akupun pasti berasa sedih.
Memang begini rupanya lumrah pelajar medic UM sejak dulu lagi.
Pastinya teramat amat sedih apabila pelajar yang dikatakan cream of the cream of the country fail.
T_T

Sunday, December 18, 2005

.

PEMUDA
.
Pemuda pemuda pemuda
Padamu harapan ummat dan ugama

Engkaulah cahaya alam
Hidayatmu menyinari kelam

Engkau ibarat pelita
Menyinari gelap gelita

Engkau pejuang yang unggul
Menegak manhaj yang syumul

Engkaulah benting tinggi
Membina hidayat Ilahi

Engkaulah penjunjung Quran
Dustur ummat akhir zaman

Engkaulah pembela sunnah
Pedoman sepanjang hayat

Teruskan perjuangan
Walaupun fitnah menghadang

Kau kan dikurnia pahala
Dari Allah yang maha kaya

Wahai ummat sedarlah
Jangan kau masih berlengah

Kembalilah kepada Quran
Pembimbing sepanjang zaman

Waspadalah setiap masa
Jangan mudah terpedaya

Teruslah kau berusaha
Menuju ke medan jaya
.
...................................................................................
Teringat mase zaman mude-mude dulu,
Tapi mase kat sekolah dulu,
'syababun syababun syabablilbina'..ade tuka sket
(ni nyanyi time pembukaan finalis nnt ok gak nih..hehe)

Sunday, December 04, 2005

[[ ........... ]]

sem 2 da mule...mesti berusaha lebih kuat lagi..yosh!!

Saturday, December 03, 2005

[[ RELEASED!!!]]


Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar, lebih jelas!

Sunday, November 13, 2005

[[ gUyvEr ]]

The Guyver : Bio Booster Armor

Baru-baru ni rase macam dah terpikat kat satu lagi ani..GUYVER!!! Dulu secara tak sengaja terjumpe link torrent dier utk epsd 1&2 pastu dah tertengok best pulak, baru2 nih release pulak episode 3 (yg ade sub la,yg raw dah byk rasenyer) dan jalan cite die makin menggila best!! seRonoknyer!! tambah satu lagi la koleksi anime aku lepas nih.....heheheee

Plot awal

A young man discovers a mechanical device that merges with his own body, turning him into a cyborg superhero. When strange creatures start appearing, trying to take the device back, he begins to uncover a secret plot to genetically engineer terrifying monsters.






Guyver By Guyver-Fansubs:


epsodE 01
epsodE 02
epsodE 03


mukhlis : ni sejak bile pulak blog ni jadi tempat cite pasal anime nih ??
musaf : sebuk la !!