.

Monday, August 05, 2013

Ujian 4 penjuru


- Bismillah -




Hari ini aku hampir menyerah kalah pada ujian bertalu-talu pada 10 akhir Ramadhan tahun ini. Aku hampir-hampir putus asa. Putus asa pada apa, aku pun kurang pasti. Tapi mungkin pada segala-galanya. Pada hidup? Aku rasa aku hanya mahu baring dan pejamkan mata tampa berfikir apa-apa.

Rasa sedih ada.
Rasa muram ada.
Rasa mahu menangis ada.
Rasa kecewa ada.
Rasa marah ada.
Rasa geram ada.

Kadang-kadang tiada rasa apa-apa.
Tiada emosi.

Orang lain gembira apabila hari raya bakal menjelma. Majoriti pasti gembira dan excited bila bakal menjadi raja sehari dalam 2 minggu lagi. Ramai tersenyum bila perngakhiran posting medical hampir tiba.

Tapi aku...


+
Psychomotor retardation
Poor concentration
Constipation


Mungkin Tuhan gantikan amalan aku yg kurang dgn ujian 4 penjuru ini.
Mungkin.

Aku pun tidak tahu.
Yang pasti aku rasa mahu menyerah kalah.




Cuma masih belum.


- Alhamdulillah -

Sunday, June 02, 2013

QE & BBE upgraded!


- Bismillah -







Lupa nak cerita. Sebenarnya ini dah agak lama. Pada bulan 12 tahun lepas dan awal tahun 2013. Kedua-dua syarikat ini telah di naik taraf menjadi syarikat Sdn Bhd.

Sebenarnya dalam struktur atau dunia perniagaan, tiada istilah naik taraf dari ENTERPRISE kepada SDN BHD. Apa yg berlaku adalah kami (5 sekawan) membuka 2 syarikat baru, dan memindahkan semua aset dari syarikat Enterprise kepada syarikat Sdn Bhd.








Dua syarikat baru ini bernama :
1. Qayz Holdings (M) Sdn Bhd.
2. IBS Bros (M) Sdn Bhd.

Kenapa Holdings?
Holdings adalah syarikat yg memegang saham banyak lagi syarikat dibawahnya. Dan dalam masa 6 bulan, QHM telah membuka dua anak syarikat lain. Dan syarikat-syarikat ini semuanya tertumpu dalam bidang yg sama, iaitu pembinaan. Target jangka panjang kami adalah untuk menjadikan QHM sebagai syarikat yg memegang beratus-ratus saham dari syarikat seluruh dunia! Panjang sebenarnya nak cerita semua.

Kenapa nak buka banyak syarikat?
Nampak macam leceh, tetapi sebenarnya lebih mudah. Memandangkan kami masih tidak mampu mengupah banyak staff atau pekerja, kami tidak dapat buka banyak department. Jadi cara yg mudah adalah mencari rakan kongsi lain dan membuka syarikat baru. Memandang kan kebanyakan modal adalah dari QHM, jadi QHM akan menjadi salah satu pihak yg memegang saham dalam syarikat itu. Dan syarikat-syarikat ini juga menjadi anak syarikat QHM, tetapi diuruskan oleh rakan kongsi yg bukan dari QHM. Secara tidak langsung kami bukan sahaja jimat kerana mereka membayar gaji mereka sendiri, tetapi kami mampu membantu ramai lagi orang Melayu Islam lain berniaga.

Kenapa perlu banyak department? atau banyak syarikat?
Kerana dalam pembuatan rumah, banyak pihak akan terlibat. Contohnya pembekal bahan mentah, electrical, bumbung, glass, tiles, civil engineering atau teknikal, architecture dan lain2. IBS BROS memjadi pembekal batu bata utama kepada QHM. Selain itu syarikat terbaru yg akan ditubuhkan adalah GATE-1 WAREHOUSE SDN BHD yg akan menjadi pembekal simen, pasir, batu kelikir dan lain2 bahan mentah kepada QHM. Terlampau panjang kalau nk cerita semua. Tetapi senang cerita, dari beli bahan-bahan tadi dari syarikat lain, baik beli dari syarikat sendiri. Selain menjamin kualiti dan ketelusan, boleh dapat diskaun. Dengan kata lain kita bukan untung pada pembinaan rumah sahaja, tetapi pada batu bata dan bahan mentah juga. So senang cerita kalau buat 1 rumah, untung 3 kali. Kalau termasuk tanah, untung 4 kali.


Bros?
Sebutan yg betul bukan 'B-R-O-S", tetapi disebut "BROTHERS".


Jadi itulah sedikit sebanyak tentang syarikat yg aku dan rakan-rakan usahakan sekarang.

- Alhamdulillah -



Sunday, May 26, 2013

Bantuan dana untuk Usahawan Bumiputera


- Bismillah -



Bantuan dana untuk Usahawan Bumiputera


- Alhamdulillah -

Anda tanya saya sawab


- Bismillah -


1. Aku tak pernah cakap aku HAPPY & EXCITED blaja medic.
Tak pernah.
Tetapi pengalaman masuk universiti dan belajar medic memang suatu yg menarik dan perlu disyukuri. Ramai orang masuk universiti nak terus A ke Z. Aku masuk ke Universiti nak dapat skali  B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X dan Y, dan pada masa yg sama dapat ke Z juga.

Buka fikiran, lihat lebih jauh. Jalan di dunia ini bukan hanya 1.

2. Aku lupa diri? Kalau betul lupa, dah berhenti lama. Penat dan mengeluh tak bermaksud aku putus asa.

3. Memang betul di luar sana yg memerlukan kerja dan mendambakan ilmu, jadi cari lah ilmu dan kerja. Apa kaitan dengan aku? Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih. Ilmu dan kerja merata2, tinggal usaha dan buat je.

4. Pernah aku kata aku tidak bersyukur?Atau perlu ke aku sebut aku bersyukur baru bermaksud aku bersyukur?

5. Tidak sedar apa?

6. Menghabiskan duit dan gaji orang? Ni dah cerita apa ni?

7. Aku pernah ke kata aku buat bisness tak ikhlas? Yg menilai keikhlasan kita Tuhan ke manusia?

8. Lagi byk duit lagi bagus. Boleh buat hospital free di Palestine. Kan byk pahala tu. Kalau semua orang Islam tak kaya, sapa yg menyumbang pada orang Islam. Mubaligh Kristian?

9. Tugas Doktor bukan hanya menolong orang pada saat kritikal. Sila cari ilmu lagi.


- Alhamdulilah -

Saturday, May 11, 2013

Struggling




.____________.






.





Kereta 2nd hand


- Bismillah - 




Sebenarnya aku dalam proses mencari kerta baru untuk menggantikan kereta kancil berumur 12 tahun yg kian hari makin uzur. Cadangannya adalah mencari kereta 2nd hand sebagai kereta ke-2. Kereta ke-3 mungkin baru akan membeli kereta baru.

Sesiapa ada tahu ada sesiapa yg ingin menjual kereta?

Dalam memilih kereta 2nd hand, beberapa faktor yg akan di ambil kira :

1. Umur kereta.
Cadangannya paling lama pun kereta keluaran 2009

2. Kereta tempatan atau bukan.
Setakat ini aku prefer kereta bukan tempatan. Tetapi jika ada kereta tempatan yg bagus dengan tawaran harga yg menarik, akan dipertimbangkan. Contoh Myvi 1.5 2010 harga RM20k.

3. Mileage.
Bawah 40,000km

4. Enjin kapasiti. 
Bawah 1600cc

5. Jenis badan kereta
Sedan atau Hatchback 

6. Lokasi Kereta
Sebaiknya yag dekat lah. Area Lembah Klang.

7. Harga
Cadangannya bawah RM40,000.
Tapo kot2 ada orag nk jual Polo TSI 1.2 Turbocharged 2009 harga RM60k aku angkat je.



8. Pembiayaan
Cadangannya separuh cash (deposit) separuh lagi dari personal loan.
Ataupun kalau ada orang yg nak jual kereta dan terima bayaran ansuran lebih baik.

9. Bila?
Cadangannya sebelum bulan 8 tahun ini.



- Alhamdulillah -

Thursday, May 02, 2013

Makanan Kahwen

- Bismillah -




Aku sebenarnya sedang cari balik list makanan yg aku nak jadikan menu semasa kenduri kahwin aku nanti. Tapi aku da penat tgk previous post tak jumpa-jumpa juga. Sapa jumpa tolong beri tahu ye.

Yang aku igt satu je buat masa ini :
Pegaga King!

>.<

- Alhamdulillah -