.

Sunday, June 02, 2013

QE & BBE upgraded!


- Bismillah -







Lupa nak cerita. Sebenarnya ini dah agak lama. Pada bulan 12 tahun lepas dan awal tahun 2013. Kedua-dua syarikat ini telah di naik taraf menjadi syarikat Sdn Bhd.

Sebenarnya dalam struktur atau dunia perniagaan, tiada istilah naik taraf dari ENTERPRISE kepada SDN BHD. Apa yg berlaku adalah kami (5 sekawan) membuka 2 syarikat baru, dan memindahkan semua aset dari syarikat Enterprise kepada syarikat Sdn Bhd.








Dua syarikat baru ini bernama :
1. Qayz Holdings (M) Sdn Bhd.
2. IBS Bros (M) Sdn Bhd.

Kenapa Holdings?
Holdings adalah syarikat yg memegang saham banyak lagi syarikat dibawahnya. Dan dalam masa 6 bulan, QHM telah membuka dua anak syarikat lain. Dan syarikat-syarikat ini semuanya tertumpu dalam bidang yg sama, iaitu pembinaan. Target jangka panjang kami adalah untuk menjadikan QHM sebagai syarikat yg memegang beratus-ratus saham dari syarikat seluruh dunia! Panjang sebenarnya nak cerita semua.

Kenapa nak buka banyak syarikat?
Nampak macam leceh, tetapi sebenarnya lebih mudah. Memandangkan kami masih tidak mampu mengupah banyak staff atau pekerja, kami tidak dapat buka banyak department. Jadi cara yg mudah adalah mencari rakan kongsi lain dan membuka syarikat baru. Memandang kan kebanyakan modal adalah dari QHM, jadi QHM akan menjadi salah satu pihak yg memegang saham dalam syarikat itu. Dan syarikat-syarikat ini juga menjadi anak syarikat QHM, tetapi diuruskan oleh rakan kongsi yg bukan dari QHM. Secara tidak langsung kami bukan sahaja jimat kerana mereka membayar gaji mereka sendiri, tetapi kami mampu membantu ramai lagi orang Melayu Islam lain berniaga.

Kenapa perlu banyak department? atau banyak syarikat?
Kerana dalam pembuatan rumah, banyak pihak akan terlibat. Contohnya pembekal bahan mentah, electrical, bumbung, glass, tiles, civil engineering atau teknikal, architecture dan lain2. IBS BROS memjadi pembekal batu bata utama kepada QHM. Selain itu syarikat terbaru yg akan ditubuhkan adalah GATE-1 WAREHOUSE SDN BHD yg akan menjadi pembekal simen, pasir, batu kelikir dan lain2 bahan mentah kepada QHM. Terlampau panjang kalau nk cerita semua. Tetapi senang cerita, dari beli bahan-bahan tadi dari syarikat lain, baik beli dari syarikat sendiri. Selain menjamin kualiti dan ketelusan, boleh dapat diskaun. Dengan kata lain kita bukan untung pada pembinaan rumah sahaja, tetapi pada batu bata dan bahan mentah juga. So senang cerita kalau buat 1 rumah, untung 3 kali. Kalau termasuk tanah, untung 4 kali.


Bros?
Sebutan yg betul bukan 'B-R-O-S", tetapi disebut "BROTHERS".


Jadi itulah sedikit sebanyak tentang syarikat yg aku dan rakan-rakan usahakan sekarang.

- Alhamdulillah -