- Bismillah -
Sebenarnya aku dalam proses mencari kerta baru untuk menggantikan kereta kancil berumur 12 tahun yg kian hari makin uzur. Cadangannya adalah mencari kereta 2nd hand sebagai kereta ke-2. Kereta ke-3 mungkin baru akan membeli kereta baru.
Sesiapa ada tahu ada sesiapa yg ingin menjual kereta?
Dalam memilih kereta 2nd hand, beberapa faktor yg akan di ambil kira :
1. Umur kereta.
Cadangannya paling lama pun kereta keluaran 2009
2. Kereta tempatan atau bukan.
Setakat ini aku prefer kereta bukan tempatan. Tetapi jika ada kereta tempatan yg bagus dengan tawaran harga yg menarik, akan dipertimbangkan. Contoh Myvi 1.5 2010 harga RM20k.
3. Mileage.
Bawah 40,000km
4. Enjin kapasiti.
Bawah 1600cc
5. Jenis badan kereta
Sedan atau Hatchback
6. Lokasi Kereta
Sebaiknya yag dekat lah. Area Lembah Klang.
7. Harga
Cadangannya bawah RM40,000.
Tapo kot2 ada orag nk jual Polo TSI 1.2 Turbocharged 2009 harga RM60k aku angkat je.
8. Pembiayaan
Cadangannya separuh cash (deposit) separuh lagi dari personal loan.
Ataupun kalau ada orang yg nak jual kereta dan terima bayaran ansuran lebih baik.
9. Bila?
Cadangannya sebelum bulan 8 tahun ini.
- Alhamdulillah -